Saturday, December 24, 2011

Ibarat Pensel & Pemadam

 
Aku terbaca status salah sorang rakan FB ku..dan ia memberi aku idea utk mencoretkan sesuatu di sini..Ikatan antara anak dan kedua ibu bapanya ibarat Pensel dan Pemadam..beginilah kisahnya :
Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.
>> Hidup kita juga sebegini..kita boleh diibaratkan sebagai pensel dan ibu bapa kita pula berperanan seperti pemadam..apa saja silap kita pasti mereka akan padamkannya..murninya mereka kan..mereka tidak ingin kita susah lalu mereka dengan rela akan padamkan segalanya
sejahat mana pun seorang anak itu terhadap kedua ibu bapanya..kedua ibu bapa itu pasti akan menyebelahi si anak setiap kali si anak itu membuat kesilapan. Setiap kesilapan yang kita lakukan mesti ibu bapa kita akan padamkannya..aku berharap aku tidak akan menjadi pensel yang mencoretkan sesuatu yang sia-sia dan memerlukan kedua ibu bapa ku memadamkannya dengan penuh susah payah..
>> Jagalah ibubapa anda..balaslah jasa mereka dgn kebaikan..insyallah kita akan beroleh keberkatan

Friday, December 23, 2011

Tinggal aku sendiri

huhu..kawan2 office suma suda mula cuti hujung tahun n cuti Christmas..erm hanya berapa kerat jak yang tinggal utk cover function2 Xmas..kesian kami b'kerja ni..nasib baik la cuti2 begini sikit jak function yg ada..so buli guyang kaki la dok office..yg penting siap keja awal buli balik awl..happy holiday everyone :)

Friday, December 16, 2011

Thursday, December 15, 2011

Bersama dengan FBI

hehehe..radio feveret aku sah2 Hot Fm..so asal pagi jak mesti suara Dj Hot Fm yang membuatkan aku tergelak masa on the way mau pegi kerja..so bila ada peluang mau b'gambar dgn salah sorang DJ AM Krew ni..aku nda la lepaskan peluang..

Aku jumpa FBI ni masa Konsert Semangat Inspirasi d Padang Merdeka pada 11 Disember lalu..sebab dapat masuk VVIP punya tempat so dapat la peluang b'gambar dengan FBI

macam happy btul sa kan dapat gmbr dgn FBI

Wednesday, December 14, 2011

Mendaki Gunung Kinabalu melalui Mesilau Trail

(L-R) guide Ramin, aku, Yanti, Fiza, Herman,Omel, Apek, Boy..at the back, Hussin(Left) n guide Kuintin(right) at Mesilau Operation Room

Aku ni bukan la kaki panjat gunung tapi kalo orang bawa boleh2 juga la..bila ingat balik pengalaman pertama naik gunung bulan April baru2 ni memang aku akan cakap 'uhhhh panat pula naik gunung..nda mau suda naik gunung' tapi last2 bila ada peluang mau naik sekali lagi ambil jak la tu peluang..

First time pegi sponsored by persatuan..ni kali kena bayar RM 327 dengan extra charges RM 64 utk bayar tu guide n transport..kira ok la baitu kan..kalo mau guna rate local mcm susah mau dapat sebab kuota hanya utk 25 orang jak sehari..so ikut rate biasa la..

Ni kali kira group leader kmi ni bawa naik dari Mesilau trail yg kononnya lagi mudah dan pemandangan pun cantik..kami start gerak dari rumah dlm 5 pagi..pas tu singgah di Menggatal tukar keta n sampai di Kinabalu Park dlm 8.30 pagi.

Ia la bah kunun2 mau merasa naik dari Mesilau sebab senang..nah sekali last2 tertipu pula..memang la Mesilau trail tu landai tapi sampai satu part tu memang curam mau turun n tinggi betul mau naik balik..dan dan dan trail ni ada extra 2km berbanding naik dari Timpohon Gate..so memang pendakian pun ambil masa yg lama la..

Kami sampai d Kinabalu Park dalam 8.30pagi urus itu dan ini n naik trabsport pegi Mesilau mau2 juga kmi start mendaki dalam 9 lebih..mau dekat pukul 10 pagi suda.

sampai jak Mesilau trail ada SMART group dari KL mau mendaki..punya mantap abang2 SMART ni siap b'lari lagi..ia la diorang ni kan polis n askar memang la mantap..ada juga sekumpulan korean dlm 20 orang, juga mendaki dari Mesilau..nasib baik tua2 kalo mcm pelakon korea yg aku selalu tengok dlm drama tu, pengsan kali suda aku hahaha...
Start mendaki jak cuaca macam nda berapa bagus..mendung2 juga tapi masih ada matahari..mau b'gambar dgn background gunung kinabalu pun nda dapat ni sebab kabus tebal.

Bila kami sampai jak pondok di km 4 tempat kami makan2, tiba2 hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya..apa lagi terpaksa lagi pakai Poncho n teruskan pendakian kalo tidak, mungkin malam baru sampai Laban Rata..tapi mengigil juga la t'lampau sejuk dgn angin lagi uish..punya adventure aku rasa time tu..tp it was the best experience ever..

biarpun ada Poncho tapi basah jg la..nasib baik baju2 sudah packing masuk dlm plastik kalo nda confirm mau naik smpi summit keesokan harinya xda baju..sorang kawan aku ni habis basah baju dlm beg dia siap buli perah lagi tu baju..sebab baju hujan dia t'tinggal dlm kereta..nah nasib badan la kan..

Masa d km 4 tmpt kami singgah makan tu..buli2 la korean yg ramai2 tu makan kimchi..uish tahan pedas betul diorang ni tau...kalo kita mengkali cirit birit suda t'lampau makan pedas..

Pendekkan cerita..aku sampai Waras Hut dlm 5 petang..Laban Rata sikit jak lagi dlm 3 minit kunun..tapi sebab kena hujan..kami singgah2 dulu d Waras Hut kasi tinggal apa yg nda perlu sebab beg t'lampau berat mau bawa naik pegi Laban Rata..lagipun kami memang akan bermalam d Waras Hut..sampai jak d Laban Rata mood mau makan xda suda sebab t'lampau penat..so makan sekadar alas perut jak..

Yang paling best sebelum tidur group leader kami siap tanya lagi siapa yg mau teruskan pendakian smpi puncak? sebab macam semua penat n nda sanggup suda teruskan..

tapi sebabkan aku belum pernah sampai puncak, aku memang bersemangat mau teruskan pendakian..kami ada 8 orang semuanya tapi 2 orang hanya mampu mendaki sampai Layang-Layang Hut jak..

so hanya kami b'enam jak yg masih ada harapan mau mendaki sampai summit..dari 6 orang ni 2 orang tu orang semenanjung..sorang kawan aku d Uni dulu n sorang lagi orang TM..tapi yg orang TM ni suda kali ke 4 naik gunung kinabalu dan sudah sampai puncak dulu2..so nda jadi hal la kalo dia malas mau naik sampai puncak..cuma bezanya ni kali kami naik via Mesilau Trail..so lagi adventure

Esoknya hanya 2 orang jak kami teruskan pendakian sebab kami punya group leader yg orang TM tu turun balik nda sanggup mau teruskan..

kami start mendaki dlm jm 3pagi..dan dan dan akhirnya kami 2 orang sampai ke puncak..tapi aku sampai lambat sikit la sebab aku naik slow2 takut sakit kepala kena 'high altitute sickness'..nasib baik juga sebelum mendaki sempat makan panadol..aku sampai jam 6.15 pagi..memang puas hati la dapat jejak kaki di puncak..mungkin aku akan mendaki lagi pas ni hehe..

Part paling susah bagi aku ialah masa mau turun sebab kami mendaki kan subuh2 mana nmpk curam or tidak itu trail..sekali mau turun aduiii punya gayat esp..part yg hanya b'gantung dgn tali..aku siap ckp dgn kami punya guide 'nah macam mana mau turun ni..aku nda berani' hahaha..naik confident jak tapi skli turun nah takut pula aku..so t'paksa turun slow2..takut jatuh eeerrrr....gerun juga la

Kami start turun dari Laban Rata dlm jam 9.45 pagi dan aku bersama dengan 3 orang lagi berjaya sampai d Timpohon Gate 1.30petang..lagi 2orang lambat sikit sebab akak aku injured-t'seliuh masa naik..

so kena dukung lagi dia dgn guide..kena pau lagi bayar RM 250 per km..sebab x cukup duit minta dukung smpi 2km jak..lagi 4km t'paksa turun slow2..tapi not bad la diorang smpi sebelum jam 4petang juga..kira ok la tu kan..pas tu makan2 kami terus drive balik rumah..

In the future..sapa sebut pasal naik gunung through mesilau siap..jangan pernah mention mesilau trail lagi..penat owh terlampau jauh ni..

Friday, December 9, 2011

:: Ombak Rindu ::

'Redha itu iklas, Pasrah itu Menyerah '

Macam2 feedback yang aku baca dan dengar mengenai filem yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu nukilan Fauziah Ashari.

Kata orang filem ni nda ikut 100 % jalan cerita dlm novel sebenar..tapi kita tidak boleh expect lebih2 sebab novel tu panjang dan filem tu hanya 2 jam 5 minit ja..so jangan la letak expectation yg terlalu tinggi menggunung..

Memandangkan seorang kawan aku cakap dia x feel sangat tengok cerita ni sebab t'lalu cepat jump scene..tapi bila aku tengok dengan minda yang terbuka aku memang suka filem ni..ya terus terang ia memang typical malay movie tapi itu la lumrah masyakarat kita..dan ternyata dari kutipan yang diperoleh memang filem ni berjaya tawan hati penonton.

Mendengar starting lagu dendangan Hafiz-Untuk Kamu sudah cukup buat aku jatuh cinta dengan filem ni..lakonan mantap Aaron Aziz dan Maya Karin berjaya menawan hati..it is a recommended film for all..it's just a love story between Haris and Izzah..

Dugaan demi dugaan diterima and ternyata Cinta itu berjaya menyatukan mereka berdua..kalo dihayati betul2 memang banyak scene kita akan menangis sebab dugaan tuhan tu cukup besar buat Izzah..

Tuesday, December 6, 2011

yipee..finally I managed to climb low peak's of Mt Kinabalu on Nov 29

 
yeahhh..I managed to conquer Mt Kinabalu

After long ascent from Mesilau summit trail to Mt Kinabalu, finally my second attempt to conquer the highest mountain in Malaysia succeeded.

It was really challenging to climb Mt Kinabalu via Mesilau summit trail compare to Timpohon Gate. Most of new climbers will climb via Timpohon Gate and only certain people who want to experience adventure will choose Mesilau Trail.

We start our ascent from Mesilau on November 28 at about 10am and reached Laban Rata at 5pm.

It was a great achievement for me to climb the highest mountain in Malaysia via Mesilau trail which is quite far compared to Timpohon Gate. 

There is an extra 2km to climb Mt Kinabalu via Mesilau Trail. It took me one and half hours for two kilometre climbing. It's very challenging for me as I am not a professional climber.

I'm really proud to complete my ascent in Mt Kinabalu for second time. My first attempt was in April, but due to the heavy rains, we were not allowed to climb.

I am really happy to climb the mountain two time in 2011. Within a year, I climbed Mt Kinabalu via two different trails. It's really challenging. 

On the first day, we were faced difficulty to continue the ascent to Laban Rata because of heavy rain. When talking about the weather, I have to admit that by end of the year, Malaysia is facing rainy season.

Half way of the ascent to Laban Rata, it was heavy rain. We stop for a while at Kilometre 4 to have our lunch before continue 
 Although the weather is cold, my body started shaking but I motivate myself to continue with the ascent or I will not reach Laban Rata before 7pm.

After seven, the cafe in Laban Rata will close and the people who arrive after seven would not be provided with food. Oh no..i will suffer without food after long journey. So, it's motivate me more to reach Laban Rata on time to get my dinner :)


In heavy rain, with high spirit I continue my ascent. I just wore my raincoat or poncho. Luckily, I managed to arrive at Laban Rata at 5pm. Yeahhhh..it did it :)

For this adventure trip, there were eight of us. Unfortunately only two of us managed to climb to the summit on the next day (November 29). Here the photos taken during the two days adventure journey..
 
via Mesilau Summit Trail..I got two certificates
wit my sister friend..only two of us managed to climb the summit
view from the top of Mt Kinabalu at 6.15am on Nov 29
before the ascent start..posing at starting point, Mesilau Summit Trail
my sister, Yanti at starting point Mesliau Summit Trail

Tuesday, November 22, 2011

Cubaan kali ke-2

hoyeah lagi 6 hari sebelum aku cuba kali kedua menakluk summit mt kinabalu..harap2 kali ni dapat la sampai summit..mudah2an cuaca baik on Nov 28&29..

1st time naik ari tu..aku tidak berjaya jejakkan kaki hingga ke summit sebab hujan lebat..so harap2 ni kali dapat la..wish me luck :)

Walaupun sekarang ni musim hujan tapi kalo nasib aku bagus pasti berjaya dapat sijil colour..nda larat la mau cuba lagi untuk kali ke-3..kali ni aku pergi bersama kawan2 akak aku..so mungkin boleh relaks sikit..first time pegi tu ari covering function so agak terhad sedikit pergerakan..

Erm...mau fikir apa lagi mau di bawa bersama memandangkan kami akan bertolak awal pagi dari rumah n terus naik so aku nda mau la tertinggal apa2, mana ada kedai buka awl pagi..so setakat ni yang terlintas d kepala otak aku ni adalah:-

1) headlights/torch light
2) water proof glove
3) snow cap
4) poncho/raincoat
5) energy bar (chocolates)
6) extra batteries
7) panadol n minyak kapak (just in case altitute sickness-memang akan)
8) dehydration salt
9) sweater/wind breaker
10) comfortable shoe

Catatan seorang wartawan..

Bunyi title macam serius ja kan..ni la idea yang aku dapat ketika baca ruangan nota seorang wartawan dalam kami punya sister paper 'Utusan Borneo' baru-baru ini.

Menyentuh soal etika kewartawanan memang besar skopnya..tapi bairlah aku berkongsi pendapat peribadi aku mengenai isu ini..

kata orang kalau mau jadi wartawan perlu ketepikan perasaan peribadi dan rasa simpati yang menghalang kerja sebagai seorang wartawan..mungkin ramai yang mengamalkannya tapi bukan semua orang mampu untuk ketepikan perasaan belas kasihan terhadap orang lain begitu saja..

Baru-baru ni ada satu kes kemalangan di tempat kerja yang melibatkan keluarga kepada seorang staff kami..dan atas kehendak ketua pengarang, rakan sekerja ku di arahkan menemubual keluarga mangsa..persoalan yang sama difikiran ku rupanya bermain di kepala rakan sepejabatku..rakan ku berkata:'tidak sampai hati kan mau tanya banyak-banyak bila ada keluarga yang meninggal' katanya selepas meletakkan gagang telefon ofis. Terus terang aku katakan memang susah hendak ketepikan perasaan kesian tu..terutama untuk orang2 baru seperti aku..

Senior-senior aku mengatakan walau apa jua caranya yang penting kita pandai dapatkan bahan..bahan perlu didapatkan walaupun kita terpaksa bohong 'sunat'

ermmmmm mungkin ada sesetengah perkara tu memerlukan seorang wartawan ni berbohong tapi tidakkah ianya melanggar prinsip hidup..entah la aku sendiri sukar untuk menilainya..sensitiviti perlu diketepikan jika ingin berjaya..benarkah begitu?? bagi aku asal apa yang disampaikan kepada pembaca itu benar..itu sudah memadai. Perjalanan aku dalam dunia kewartawanan ni masih jauh lagi..tiga tahun masih terlalu 'baby' dlm bidang ni..

Monday, November 14, 2011

The world's largest floating book fair is back

Hello everyone..another four more days the floating book fair is now returning to KK Ports..so lets enjoy the new ship and variety of books..

The Borneo Post (November 11)--A total of 100,000 visitors are expected to visit Logos Hope, the world’s largest floating book fair that will soon arrive in the city with its international crew.

“The floating book fair is now returning to the city with a new ship that had only been in service for two years and which is also equipped with an air-conditioned deck,” said its project coordinator Marcel Friess.

He said the ship would be open to the public from November 18 to allow visitors to meet crew members and purchase books.

The ship’s 400 crew members are volunteers from over 45 countries, who left behind families, jobs, and the security of their homes. The crew offers a unique example of unity in cultural diversity.

Logos Hope offers an expanded selection of books of over 5,000 titles at affordable prices. It covers a range of subjects including science, sports, hobbies, and family life. With children’s titles, academic texts, dictionaries, atlases and more, the book fair is something the whole family can enjoy.

“The rest of the ‘Visitor Experience’ deck is also open for the public to explore. From the welcome area, which introduces the new vessel through a short movie and interactive displays, to the International Café with ice cream, drinks and snacks for sale; there is sure to be something for everyone,” said Friess.

According to him, Logos Hope would be open to the public in Kota Kinabalu Port from November 18 until December 11.

With an entrance pass of RM 1, the people in the city can come and bring along their children to visit this floating book fair. No entrance fee for children under 12-year-old, but they must be accompanied by an adult.

The ship is open from 10 am till 10 pm on Tuesdays to Saturdays and from 1 pm to 10 pm on Sundays. It will be closed on Monday, November 21, December 5 as well as on Tuesday, November 29.

Logos Hope is operated by GBA Ships e.V., an international, charitable organization registered in Germany. In almost 40 years of service, the organization has welcomed 40 million visitors up the gangways in over 160 countries and territories around the world. The ship is hosted in Malaysia by NECF Malaysia.

Friess said this is the first ever visit of Logos Hope to Malaysia. After docking in Penang, Port Klang and Kuching, Sabah is the last stop for Logos Hope in Malaysia before heading to its next stop in Singapore and then to the Philippines.

The previous ship Doulos, paid 36 port visits to Malaysia from 1990 till 2009.

When asked on competition from online books, group leader Steven Kregel, a volunteer from Netherland said, he did not see it as a challenge as people are always buying book. It is proven by the huge number of visitors who came to the book fair.

Based on the record, the dock in Penang showed the highest number of visitors with 121 203 visitors, followed by Port Klang with 92, 528 visitors and in Kuching the number of visitors up till November 10 was 86,000.

Steven said out of 400 crew members, only five of them are Malaysian.

For this four-week long book fair, Logos Hope will be assisted by 30 to 40 volunteers from the local people in the city.
 
Logos Hope

Friday, October 28, 2011

Memori Silam

hehehe..ni la kisahnya kalo duduk office sambil2 mengimbau zaman2 kegemilangan drama2 televisyen dari luar negara yang menghantui orang kita suatu ketika dulu..

Biasa la keja kami di office kalo petang sambil2 ketuk story sambil bercerita..memandangkan sekarang ni 'The Cave of the Golden Rose'  ditayangkan semula ti TV 9 setiap ahad..kami pun bercerita semula bagaimana GILAnya kami tengok cerita ni..for the first time orang suka watak penjahat, Tarabas..biarpun hero drama ni Rumaldo tu hensom juga tapi zaman2 sekolah dulu..bila tengok cerita ni siap terbayang2 kalo la dia ni boyfriend aku ish2..punya best..zaman sekolah jak la..skrg ni kalo tengok balik cerita ni bikin lucu juga dengan dark and white witch hehe..so funnny kan

Kemarin aku cakap la dengan my colleague ni..ingat kah zaman kegilaan telenovela America Latin dulu..siapa la yang nda tengok 'La usurpadora'..pasangan kembar yang saling bergaduh dengan watak seorang jahat n seorang lagi baik..memang best kan dulu2...lepas tu ada pula cerita 'Maria Mercedes' gadis biasa yang miskin tapi cantik..hahaha terasa diri ni kembali ke alam remaja bila ingat semula cerita2 ni..iya la dulu kan semua cerita ni zaman sekolah menengah..asal balik sekolah jak kelam kabut mau sampai rumah..

Lepas kegilaan amerika latin..ada pula 'Pangako Sayo' n 'Sanay Wala Nang Wakas' dengan heroinnya Kristine Hermosa n hero Jericho Rosales..ish memang gila tagalog la time tu..super2 punya minat drama2 tagalong zaman sekolah dulu.
Save the last dance for me
Dan sekarang 'Koren drama' punya season la pula..tapi rasanya buat aku dan rakan2 seusia denganku zaman demam korea ni masa kami d 'U' dulu lagi..siap stay up sampai pagi semata2 mau kasi habis semua episod..ish memang gila la..antara favourite drama yg aku suka dari dulu ' Save The Last Dance For Me' Eugune n Ji Sung..tapi kalo mau cakap suka kebanyakkan korean drama semua aku layan..minat punya pasal sampai subuh pula buli stay up..

Thursday, October 13, 2011

:: Bila Kita Tua ::

I Just went to Sri Pritchard Home in Kinarut tis morning..for wat??erm biasa la covering function. sayu hati melihat orang-orang tua yang menghuni d situ..ia la bah sapa nda kesian kan tapi kalo anak diorang sendiri sudah nda peduli sama diorang apa la kita mau cakap..cakap dalam hati jak la.

Hari ni aku cover Sedco buat lawatan amal ke situ sempena ulang tahun mereka yang ke40..ia la it is part of their CSR programme..

masa dengar taklimat..ada juga jenaka yang terkeluar dari mulut akak2 Sedco tu..bila dinyatakan ada tempat tinggal untuk suami isteri, ada yang berjenaka "erm..macam resort pula kan, syok ni tau cari dulu pasangan dulu baru buli tinggal d sana'.

Aku yang mendengar hanya tersenyum..ia la mereka hanya bergurau..siapa la yang sanggup menghantar diri sendiri ke situ. Buat apalah beranak ramai kalo ibu bapa sendiri tidak terjaga.

Ni bukan pertama kali aku ke sana..aku pernah buat special report pasal Sri Pritchard Home ni masa mula2 aku start keja dulu. Masa datang tu, terasa sunyi betul tu ruamh orang tua..iya la aku datang berseorangan dan bukannya lawatan berkumpulan. Hari-hari biasa memang sunyi la tempat tu. Alhamdulillah time ada perayaan banyak juga NGO yang berkunjund ke situ.

Tapi bukan itu point yang aku mau cakap..Aku bersyukur sangat kerana tidak ramai muslim or bumiputera yang dihantar dan menjadi penghuni di situ. Bukan mau cakap kita ni bagus tapi at least kita masih punya belas kasian untuk tidak menghantar orang tua kita pegi rumah orang-orang tua.

Bayangkan ja la..60 per cent dari penghuni d sana adalah Cina??Y?? erm aku pun nda pasti..tepuk dada tanya diri sendiri. Kenapa berlakunya perkara ni..Mungkin ramai antara anak-anak mereka ni berkerjaya dan tiada masa mau jaga parents diorang tapi macam mana susah pun, nda payah la bah pegi hantar di rumah orang tua..kesian juga tu, macam tiada keluarga la pula..

Harap2 bila kita sudah tua nanti anak2 kita tidak akan sanggup hantar kita pegi rumah orang tua..kalo dihantar juga sama la nasib kita dengan mereka2 ni. Buat apa la kerjaya yang hebat jika ibu bapa sendiri tidak di jaga dengan baik.



Tuesday, October 4, 2011

My childhood fren wedding

After a few years we didn't meet each other finally kami bertemu juga di hari bersejarahnya..Ni la salah seorang jiran merangkap kawan baik ku zaman hingusan dulu..tinggal selang beberapa rumah ja..tapi bila sudah habis sekolah keluarganya berpindah ke Putatan. Walaupun tidak la jauh dari Papar tapi kami tidak berkesempatan untuk bertemu dan berbual panjang..Majlis berlansung di kediaman beliau d Putatan pada Sept 24-25..

Malam Berinai

wit Linda n my sister
 


Kesian si kecil itu...

Apalah dosa si kecil sehingga ibunya sanggup mencampakkan dia dari tingkat 2 bangunan..berita yang memaparkan remaja berusia 19tahun mencampakkan bayi yang baru dilahirkan, menjadi berita hangat kemarin (3 Oktober). Apalah salah si kecil tu..kalau iya pun tidak sanggup menanggung malu sekurang2nya hantar la bayi tersebut ke rumah kebajikan. Bukannya dengan campakkan bayi tu ke dalam longkang..di mana perikemanusiaan kita??dimana sifat manusia yang berbelas kasihan tu? kenapa harus memperlakukan si kecil seperti itu?

Memang la dasar perempuan yang tidak punya hati perut..sanggup membuang anak yang baru dilahirkan sebegitu rupa..ni hakikatnya remaja masa kini mudah terpedaya dan mudah membuat dosa..bukan aku mengatakan aku ni cukup sempurna tapi berfikirlah dengan rasional..kenapa harus berbuat demikian kepada bayi yang tidak berdosa..sakit hati melihat berita yang terpapar di dada akhbar..apa mau jadi la dengan dunia sekarang..

Wednesday, September 21, 2011

Pertama kali bertentang mata

Ceh tajuk tu macam ayat orang bercinta ja kan..tapi tu la pengalaman ku bila pertama kali diberi tugasan menemuramah orang yang sangat kontroversi sekarang ni iaitu Mat Sabu@Haji Muhammad Sabu. Atas kenyataan yang disiarkan bahawa beliau mengatakan Komunis sebagai hero malaya sangat mempopularkan beliau buat beberapa minggu selepas raya ni.

Jumaat lepas yang juga merupakan Hari Malaysia (16 September) buat pertama kalinya aku bertentang mata dengan Timbalan Presiden PAS ni...melihat beliau memasuki pejabat PAS Putatan yang terletak di Asia City Complex, dengan hanya mengenakan kameja putih dan seluar slack, penampilan beliau begitu bersahaja..dan aku tidak melepaskan peluang untuk beri first impression aku tentang beliau..

Bukan menyokong mahupun membangkang tapi bila kami para wartawan di Sabah ni berbual dengan beliau, ternyata dia bukanlah seperti apa yang digambarkan oleh para wartawan di semenanjung..walaupun ni pertama kali menemubual beliau tapi bagi aku..apa yang diperkatakan beliau ada benarnya.

Media tidak memberi beliau peluang untuk memberi penjelasan sebenarnya..beliau diserang 16 hari 16 malam tanpa sedikit ruang untuk menjelaskan kenyataannya yang sudah di putar belitkan oleh pihak tertentu..PERCAYA? owh mungkin tidak sepenuhnya tapi bila dengar kenyataan Mat Sabu pada masa tu, aku mula berfikir sejenak, apalah salahnya jika media berikan peluang kepadanya menjelaskan hal sebenar..kenapa harus memutar-belitkan situasi sebenar.

Memandangkan kes tu sudah 'naik' mahkamah beliau enggan mengulas lanjut mnegenai kenyataannya yang sudah diputar belitkan bahawa dia mengatakan Komunis ni sebagai hero Tanah Melayu..Jawapannya simple 'Nasib baik la kita ni ada media eletronik yang membantu saya menjelaskan keadaan sebenar'..iya mungkin benar kata beliau walaupun dalam suratkhabar tempatan beliau tidak diberi kesempatan membela diri tapi kita banyak sumber lain seperti Youtube n Blog.

Paling aku respect apabila Mat Sabu mengatakan kita harus melihat sejarah ni dari pejuang-pejuang terdahulu seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain. Kita tidak harus mengukur sejarah dengan hanya melihat peranan Datuk Onn Jaafar and Tunku Abdul Rahman, kata beliau.

Bukan aku mengiyakan kata-kata beliau 100 % tapi apa yang dipertakan tu ada benarnya..sebab bukan semua kita tahu mengenai sejarah terdahulu..kita hanya membaca dan mempelajarinya..

Wednesday, September 14, 2011

:: PENCURI...PENCURI.... ::

Dalam 2 minggu berturut2 ada jak kes ragut terjadi dekat kawasan office aku ni..bikin takut juga..bcos we do know who will be the next victim..aish bila dengar jak kes-kes macam ni terjadi membuatkan aku rasa anything can happen.

Last week, my colleague kehilangan BB dia akibat diragut oleh manusia yang macam tiada kerja lain selain meragut harta benda orang...malangnya si peragut berjaya melarikan diri..aish apa punya jenis manusia la..suka2 jak pi ambil2 harta benda orang..kalo dapat tangkap tu confirm tumbuk sampai parah dulu baru serah pada pihak polis..betul2 bikin panas..memandangkan aku pun hampir jadi mangsa dulu jadi aku faham macam mana perasaan my colleague..

Yesterday while we had our lunch my colleague nampak someone ran depan restaurant kami tengah makan tu..dan bila ada sekumpulan orang kejar n jeri 'PENCURI' barulah kami sedar yang dikejar tu adalah snatch theft. Sekali lagi peragut gagal untuk diberkat..hanya tinggal motorsikal dia jak yang jadi bahan bukti..nah siap la dia ni kali..macam mana dia mau ambil balik tu motor di balai. Kami dengar cerita yang mangsa kes tu adalah orang tua yang sedang melintas jalan dekat2 area office kami juga..uina bikin takut sekarang ni..
Petang semalam akak aku call n bagitau 2 hanphones di kedai diarong kena bawa lari pencuri..biasa la kan kalo customer mau tengok handphone memang la kita bagi diorg tengok..tengok punya tengok kena bawa lari pula..nda guna punya pencuri..nasib baik juga akak aku tiada cedera..bos dia pun ok jak apa buli buat kalo barang suda kena bawa lari..mau kejar pun nda sempat sudah akak aku cakap..ni la bah orang senang2 jak ambil kesempatan kalo kita tidak berjaga2..last2 diorg report polis utk tindakan selanjutnya..ada CCTV pun muka tu pencuri nda jelas..senang2 la tu pencuri terlepas n enjoy makan duit haram..

Sekarang ni kalau balik malam jalan sorang2 p kereta pun jadi fobia kalo nampak ada orang follow dari belakang..ia la beringat sebelum terkena kan..




Wednesday, September 7, 2011

:: Salam Aidilfitri ::

1st day of Hari Raya wit my Pak cik Sidek's family
menikmati juadah yang ada..
my beloved nieces isap cucut 2gether
wit  my beloved nieces
my sis forced tis little kid-Iqa smile 4 the camera
wit my ex-classmates
tis little girl also posing like her mom friends
raya saya bermula dengan baju raya yang tak siap..perasaan? huh confirm la marah tapi apa boleh buat..kalo paksa2 pun bukannya tukang jahit tu boleh siapkan sekelip mata macam orang gunakan magik tu..redha ja la..

Raya tahun ni alhamdulillah sempat juga mengunjungi sanak-saudara dan sahabat handai biarpun hanya beberapa rumah jak, maklum la cuti seminggu jak tu pun start sebelum raya lagi..kalo diikutkan macam mau jak cuti sebulan sebab raya kan sebulan tapi apa buli buat kita ni kerja makan gaji..kena la ikut flow hidup yang sedia ada..

Erm..rasanya nda payah kali mau cerita panjang2..ni aku selitkan beberapa gambar kenangan raya tahun 2011 ni..

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran

Mau start suda aku bercuti raya ni..jadi sebelum start cuti baik aku update siap2 blog aku ni sebab broadband line kalo di kampung memang hampeh tahap gaban.
Alhamdulillah tahun ni persiapan raya ala kadar jak..semuanya b'jalan dengan baik. cuti pun suda approved jadi apa mau tunggu lagi balik kampung la (walaupun sebenarnya ari2 aku ulang-alik dr kampung g kk) hehe...
Banyak2 ucapan..pesanan yang dihantar mellaui sms la yang cukup padat merungkai segala-galanya..jadi aku selitkan la beberapa yg aku jumpa di FB
:: Dalam Kelembutan Lidah ada juga ketelanjuran kata, Dalam kata-kata pasti ada yang tersentuh hati, dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan Dosa, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ::
:: Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI :: 
:: Sebelum Ramadhan Pergi,
Sebelum Aidil Fitri Datang,
Sebelum Operator Sibuk,
Sebelum SMS Selalu Pending,
Sebelum Duit Raya Habis,
Dalam Hati Mengucapkan,
MINAL AIDZIN WAL FAIDZIN,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN ::
:: SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA..MAAF, ZAHIR & BATIN::

Tuesday, August 23, 2011

Baju Raya

huhu..hitung punya hitung tinggal beberapa hari jak lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri..sudah pasti kita sibuk kan..terutama golongan hawa..sibuk bersihkan n hias rumah. Tapi paling penting ialah shopping raya..alhamdulillah rezeki bapa ku tahun ni membolehkan kami sekeluarga shopping awal sedikit..cuma beberapa keperluan lagi yang perlu dibeli dan disiapkan..

Pagi tadi aku dengar la station radio feveret aku Hotfm..topik yg iperbincangkan sangat menarik perhatian aku..iaitu BAJU RAYA. aku percaya semua orang ada pengalaman manis n pahit pasal baju raya kan..terutama sekali yg dihantar kpd tailor.

Bagi aku seperti tahun2 sudah, aku akan hantar baju tmpt yg aku biasa jak biarpun ada 2-3 kali orang tu tersalah jahit (maksudnya apa yang siap tidak seperti yang kita minta)..pernah sekali tu aku hantar kat sorang mak cik..dan malam raya kedua baru baju tu siap..ermmm apa leh buat redha jak la..mau marah2 pun bukan baju tu leh siap cepat..kita faham juga yang diorang ni banyak jahitan tapi kalau kita hantar baju sebelum puasa..apakah jadahnya baju tu nda buli siap before raya..kalau siap malam raya pun jadi la..

Biasanya bila kelam kabut mau siapkan baju tu..memang nda jadi la macam apa yang kita minta..kita bagi fesyen lain..lain pula yg siap..at the end baju tu hanya jadi koleski semata-mata..nda muat mau dipakai terlampau kecik la..bida juga kalau mau pakai baju kurung yang sendat..bagus pakai kebaya..

Tahun ni aku nda tau la apa nasib sama baju raya ku..tunggu jak la kalau akak tukang jahit tu siapkan..kang tanya balik2 bila siap? lain pula jadi baju aku..tunggu ja la..kalau nda siap jawapnya recycle balik la baju yg ada.mau beli pun susah mau cari saiz XS macam aku ni..mesti ada jak yg nda kena di mata..ada yang terlebih bling2..liplap2..ish nda la aku mau pakai baju macam pokok krismas..yg terlampau meriah..

Friday, August 19, 2011

Raya Raya Raya...

Lebih kurang 10 hari lagi kita akan sambut bulan Syawal, setelah sebulan berpuasa...pasti banyak yang belum ready lagi kan..

Terasa mau buat biskut raya ni tahun tapi takut pula jadi macam tahun lepas..banyak yang tak jadi sebab ikut buku resepi punya pasal..tahun sebelum tu ok jak semua biskut yang aku buat..Tahun ni kira-kira aku mau 'cuba try test' lagi la buat biskut raya kalau sempat la..Biasalah bila ada tuntutan kerja bukan senang mau ditinggalkan..bukan busy tapi sedikit sibuk..

bila cakap pasal persiapan raya ni banyak yang mau difikirkan hanya perlu duit jak yang mau bayar..Gaji belum masuk macam mana mau shopping?? Harap2 gaji awal la raya ni..Kalau biasanya gaji masuk 30/31hb mudah2an ni bulan by 29 sudah masuk..sempat juga shopping last minit kan..

Apa yang perlu ditukar raya ni ermmmm...Perabot baru rasanya tidak diperlukan sebab perabot di rumah masih bau kilang lagi beli tahun lepas..cuma tunggu baju raya jak ni..entah siap entah tidak..kalau la nda siap nampaknya duduk rumah jak di hari raya ni..ish punya nda best kan..

Mungkin raya tahun ni sedikit suram buat keluarga Pak Tua ku yang baru kehilangan bininya pada hari Jumaat lepas iaitu pada 12/8/2011. Mudah2an roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang solehah..al-fatihah

Sorry la terselit sikit kesedihan di sini..biarpun kita sambut raya dengan meriah pasti mereka yang berduka tidak akan dilupakan :)


getting older :)


Hehe..18/8/1985 dalam 26 tahun yang lepas aku dilahirkan di muka bumi ni..syukur alhamdulillah, kini aku masih diberi bernafas dan menikmati kehidupan seperti biasa..Terima Kasih ya Allah..

Alhamdulillah sudah 2 kali ulang tahun kelahiran ku jatuh di bulan Ramadhan..jimat sikit budget untuk diri sendiri..bertemankan 3 slices cakes yang dihadiahkan oleh adik iparku..aku sambut hari jadi di rumah bersama keluarga tersayang..Love u all :)

Walaupun simple tapi aku tahu mereka sayangkan aku hehehe..menempuhi hari-hari mendatang membuatkan aku berfikir dan terus berfiikir..macam2 lagi benda akan jadi..looking forward for it :)

Sunday, August 14, 2011

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif


Tuesday, August 9, 2011

Bonus setengah bulan gaji buat kakitangan awam???

Muka depan dada-dada akhbar tempatan ari ni semua memaparkan 'Berita Baik' buat kakitangan awam.Bonus setengah bulan gaji wit minuman RM 500..wow macam best ja di dengar kan..mesti semua kakitangan awam gembira kan..walaupun mungkin ada yang expect lagi banyak tapi syukur la bah nak..daripada kami yang kerja di private sector ni.

Mungkin ada yang puas hati mungkin ada yang tidak..ala biasalah lumrah alam mana ada yang sempurna di mana mereka. Tapi buat yang dapat bonus tu sah-sah raya sakan kan..iya la tetiba jak kena umumkan ada bonus..Tapi happy kah mereka? kenapa baru sekarang? ada udang di sebalik mee ka? entah la malas mau fikir dan tulis panjang sama2 la kita renungkan signifikasinya...

Monday, August 8, 2011

Minggu kedua Ramadhan

 Alhamdulillah...kita telah pun masuk minggu kedua Ramadhan..syukur kepada Allah swt kerana memberikan kita kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan baik ni insyallah...

Dengan kesempatan ni aku pun mau ucapkan salam Ramadhan kepada semua..sama2 la kita tambahkan apa yang kurang di bulan ni..mana yang buruk kita cuba perbetulkan.

Paling best, dalam banyak2 negeri di Malaysia ni, kami yang berada di Sabah ni paling untung sebab dapat sungkai 'berbuka puasa' lebih awal dari kawan2 yang berada di Semenanjung..ni la istimewanya duduk di Sabah. Tapi sebenarnya tiada beza pun sebab kami sahur lebih awal dari diorang di Semenanjung..so sama jak la..

Apa yang x bestnya bulan Ramadhan ni kalo kita terjumpa makanan yang mengecewakan..bukan memilih tapi hak kita sebagai pengguna. Semalam aku beli cendol di bazar Ramadhan Lintasan Deasoka dan sangat kecewa dengan taste cendol tu cair sangat..tapi nasib baik ia murah dan tidak semahal air yang diperkatakan dalam Hotfm segmen 'Tak Tahan' pagi tadi..air cendol @ apa2 jenis air di sini baru RM 1.50-RM 2 tapi dengar dalam radio tadi ada peniaga yang jual air tebu sampai RM 6..ish cekik darah apa..

Agak2 la kan kalo mau untung pun..jangan la sampai jual makanan tu mahal sesangat. Berniaga tu berpada-pada la kan. Cuba perbetulkan sikit niat berniaga tu..insyallah dapat juga keberkatan.

Memang la kalo pembeli terasa mahal nda payah beli tapi kalo sudah tiada pilihan macam mana mahal pun diorang TERPAKSA beli juga..faham2 la kan ramai yang berkerja dan nda sempat sediakan juadah sungkai 'berbuka puasa'..

Sudah masuk minggu kedua kita berpuasa ni aku masih belum makan favourite nasi aku..NASI DAGANG..huhu bila la dapat makan..insyallah akan aku jejakkan kaki ke bazar ramadhan asia city mencari nasi DAGANG ku :)

Friday, August 5, 2011

Boracay Island, Manila

while wating for our flight to Kalibo Airport at 4.30am
yeah..we were here in Kalibo International Airport
a digital instruction on the safety in flight

Yong get ready to take picture from upstairs
a view from the top of Crystal Cove
trying to look cute face
wit Mariah and my trademark 'cute face'
at one of the stops during Island hoping at Boracay Island
early morning face
our last day in Boracay


bye2 St Vincent..recommended place to stay in Boracay Island, station 2
I was here in Crystal Cove
Paraw, a boat using to go to white beach
Yong wit her new fren
start our journey in Boracay Island
Boracay Island view from the Crsytal Cove
White Beach
mariah and Yong pose before our guide bring us to Island Hoping


hoyeah..we were here
'Paraw' is using to give a ride to see the sunset and sunrise
kantoi skodeng orang mandi
yaii gete..cover the duyung breast
on our way back to Kalibo Airport..bye2 Boracay Island, sayonara

Boracay Island...is a place where five of us spend two days and a night during our first visit in Philippines. 

I had never been in Philippines before. It was my first experience to travel outside Sabah with my friends and colleague to our neighbor country. 

It was really interesting trip as we decided to take a flight from Manila to Kalibo to reach to this Boracay Island. 

Arrived in Kalibo Aiport, there is a lot of tour buses that can bring tourist to a jetty, where we can ride a 'Paraw' to Boracay Island, it's very easy to get transport at the airport.

The view of this White Beach is amazed me and I wish I can come back here one day..Due to a limited time, we were unable to see all parts of Boracay. During our two days in the Island, we accompanied by a tour guide that suggested by the cottage staff and his very helpful.

Once reached at the island, we checked in at St Vincent Cottage (it's recommended for those travel in a group), its located in between Station 2 and 3. We booked a room earlier before came here to ensure there is a place for us to stay there.

During island hoping, the guide brought us to see the Cave Island and some part of the Boracay. Cave Island is very beautiful. The scenery is so amazing and only can be described by seeing pictures. I believe the sunset here will looks very beautiful.

During our stay in this Island, I found out mostly the visitors are from Korean, China and United States.

For Muslims, going to Philippines will be very hard as it's not easy to find halal food even in town area. Although, there are lot of fast food outlets but most of them serving pork. So we have to be more selected in terms of food when come to Philippines..

Thanks God, we found a small Muslim residence in this Island which serving halal food. Although, the price is expensive, it doesn't matter as long as we can eat rice during our stay.

At night, we spend time to have a walk along the White Beach from our station to station 1. Bar lounges, massage centers, tattoo makers, doing hair beads can be found everywhere.

After dinner, we went around to see if any interesting scene can be captured..and Yes..we found a fire ball show..We don't want to spend a lot here, so we only watch it from outside as there is a entrance fee for it.











Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...