Wednesday, September 21, 2011

Pertama kali bertentang mata

Ceh tajuk tu macam ayat orang bercinta ja kan..tapi tu la pengalaman ku bila pertama kali diberi tugasan menemuramah orang yang sangat kontroversi sekarang ni iaitu Mat Sabu@Haji Muhammad Sabu. Atas kenyataan yang disiarkan bahawa beliau mengatakan Komunis sebagai hero malaya sangat mempopularkan beliau buat beberapa minggu selepas raya ni.

Jumaat lepas yang juga merupakan Hari Malaysia (16 September) buat pertama kalinya aku bertentang mata dengan Timbalan Presiden PAS ni...melihat beliau memasuki pejabat PAS Putatan yang terletak di Asia City Complex, dengan hanya mengenakan kameja putih dan seluar slack, penampilan beliau begitu bersahaja..dan aku tidak melepaskan peluang untuk beri first impression aku tentang beliau..

Bukan menyokong mahupun membangkang tapi bila kami para wartawan di Sabah ni berbual dengan beliau, ternyata dia bukanlah seperti apa yang digambarkan oleh para wartawan di semenanjung..walaupun ni pertama kali menemubual beliau tapi bagi aku..apa yang diperkatakan beliau ada benarnya.

Media tidak memberi beliau peluang untuk memberi penjelasan sebenarnya..beliau diserang 16 hari 16 malam tanpa sedikit ruang untuk menjelaskan kenyataannya yang sudah di putar belitkan oleh pihak tertentu..PERCAYA? owh mungkin tidak sepenuhnya tapi bila dengar kenyataan Mat Sabu pada masa tu, aku mula berfikir sejenak, apalah salahnya jika media berikan peluang kepadanya menjelaskan hal sebenar..kenapa harus memutar-belitkan situasi sebenar.

Memandangkan kes tu sudah 'naik' mahkamah beliau enggan mengulas lanjut mnegenai kenyataannya yang sudah diputar belitkan bahawa dia mengatakan Komunis ni sebagai hero Tanah Melayu..Jawapannya simple 'Nasib baik la kita ni ada media eletronik yang membantu saya menjelaskan keadaan sebenar'..iya mungkin benar kata beliau walaupun dalam suratkhabar tempatan beliau tidak diberi kesempatan membela diri tapi kita banyak sumber lain seperti Youtube n Blog.

Paling aku respect apabila Mat Sabu mengatakan kita harus melihat sejarah ni dari pejuang-pejuang terdahulu seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain. Kita tidak harus mengukur sejarah dengan hanya melihat peranan Datuk Onn Jaafar and Tunku Abdul Rahman, kata beliau.

Bukan aku mengiyakan kata-kata beliau 100 % tapi apa yang dipertakan tu ada benarnya..sebab bukan semua kita tahu mengenai sejarah terdahulu..kita hanya membaca dan mempelajarinya..

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...