Tuesday, December 5, 2017

Backpackers Hokkaido



First day drive in Hokkaido, Japan terus rasa nervous. Biarpun drive macam di Malaysia, pemandu berada sebelah kanan. Tapi tempat baru kan, jadi memang agak nervous juga untuk memandu.

Lagipun speed limit di Jepun very slow compare dengan Malaysia. Speed limit di highway 80km/j dan had laju dalam kawasan bandar Hokkaido 40km/j.

Berhati-hati betul aku memandu. Gara-gara tidak mahu memandu lebih had laju. Maklumlah biasa drift kalau pegi keja. Tapi bila di negara orang ni haruslah jadi pemandu yang berhemah.

Ok hari kedua di Hokkaido ni destinasi tujuan kami-Biei dan kawasan sekitarnya.

Dari guesthouse ke rental car tu tersesat sekejap. Jadi ambil masa sikit cari kedudukan rental car yang berhampiran dengan Sapporo Station.

Lepas ambil kereta di Budget Rent A Car yang berada dalam APA Hotel, kami terus mulakan perjalanan ke Biei. Kami mulakan perjalanan sekitar jam 10.30 pagi dan tiba di Biei sekitar 1 petang.

Travel dengan bajet ciput, kami hanya sewa Vitz Toyota. Lebih kurang macam Proton Iriz. Segala urusan tempahan dibuat secara online sebelum datang ke sini. Disebabkan kami booking awal dapatlah harga 19,800 yen untuk 4 days rental.

Kami datang kaunter untuk sign dan buat pembayaran sahaja. Oh ya sebelum mula memandu, minta ajar siap-siap macam mana guna GPS dan avoid toll road. Sebab biarpun direction gps dalam English tapi tulisan dalam tu semua dalam Kanji.

Jadi kenalah belajar cara guna gps dan elakkan laluan bertol. Biarpun jarak agak jauh berbanding toll routes, tapi pemandangan memang berbaloi.

Masa tempeh kereta, kami request wifi router dan ianya dipinjamkan secara percuma. Kawan-kawan aku yang jadi penumpang tu boleh juga la upload gambar dan video dalam perjalanan.

Insurans pula kami ambil basic yang memang sekali dengan pakej sewa. Bayaran insurans yang cover semua sangat mahal jadi, kami hanya ambil basic insurans sahaja. Tapi kalau memang ada extra budget, ambil la full coverage just in case berlaku kemalangan.

Disebabkan kami hanya ambil basic insurans maka, aku kena memandu berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Diawal pemanduan kami tersalah masuk laluan yang ada tol, jadi terpaksa juga bayar 310 yen. Lepas tu, berhenti tepi jalan dan set gps betul-betul. Nasib la tidak sampai ribuan yen.

Kami memang set siap-siap avoid toll routes masa start drive tapi gatal tangan sambung MP3 terus setting terggangu.
Bila drive laluan tiada tol, kami disajikan dengan pemandangan kawasan luar bandar yang sangat cantik. Sepanjang jalan boleh nampak kawasan bersalji.

Naik sahaja kawasan berbukit, boleh nampak salji tebal menutupi pokok  dan kawasan lereng bukit. SubahanAllah indah sangat pemandangan di situ.

Tapi bila berada kawasan bersalji, terpaksa drive lagi slow sebab risau jalan licin. Aku tiada pengalaman drive tempat bersalji jadi kena memandu berhati-hati.

Suhu masa berada di kawasan berbukit-bukau sekitar 4-7 degree. Itu suhu menurut bacaan dashboard kereta kami la.

Tujuan pertama di Biei adalah Shirahige Waterfall. Terbayang kebiru-hijauan air terjun. Sebab kebanyakan gambar yang kami lihat orang post air terjun di situ memang bewarna biru-kehijauan.

Lepas drive lebih 3 jam, kami tiba di Shirahige Waterfall. Laluan menuju ke kawasan air terjun ni tebal dengan salji. Tapi nasib baiklah jalan raya tidak bersalji.

Masa ni teruja sangat tengok salji tebal. First time nampak salji tebal begitu seumur hidup. Ni belum datang Hokkaido masa winter. Kalau datang masa musim sejuk confirm aku tidak keluar bilik.

Travel during winter season will be my last choice. Aku duduk dalam tempat aircond pun boleh menggigil. Ni kan pula dengan salji.

Kecantikan kawasan sekitar Shirahige Waterfall ni biarlah diceritakan melalui gambar yang sempat lensa camera dan handphone aku rakam.

Air terjun biru-kehijauan itu tidak jelas kelihatan sebab kawasan sekitar sudah beku dengan salji. Jadi kami lebih excited bergambar berlatarbelakangkan gunung yang dilitupi salji.

Selesai posing di setiap sudut yang ada, kami terus drive ke destinasi seterusnya iaitu Shirogane Blue Pond. Jarak dari Shirahige Waterfall ke Blue Pond ni dalam 10 minit sahaja.

Tiba di Blue Pond, kami bergambar sekejap saja. Pelancong terlalu ramai dan laluan ke tasik licin dan berlumpur. Rasanya tidak sampai 30 minit pun kami bergambar di situ.

Kami perlu ke destinasi terakhir di Biei sebelum senja. Aku tidak berani memandu di kawasan bersalji malam-malam.  Bayangkan jika salji turun lagi. Stuck dalam kawasan hutan ishhh…memang tak sanggup.

Jam 4 petang sudah senja jadi kami perlu rushing untuk pulang ke Sapporo. Kenapa tidak stay di Biei atau Furano? Ni sebab travel buddy aku request awal-awal tidak mau berpindah banyak tempat.

Masa travel di Korea, hampir setiap hari kami pindah hostel dan guesthouse.

Destinasi terakhir di Biei, Shikisai-no-Oka. Rasa kecewa bila tengok ladang bunga tu banyak sudah bertukar warna coklat…bunga sudah layu. Mungkin musim bunga sudah berakhir pada penghujung Oktober. Mungkin juga disebabkan salji yang turun tiba-tiba menyebabkan banyak bunga layu.

Selepas bergambar, kami terus cari port untuk makan. Perut sudah berbunyi tidak berisi sejak keluar awal pagi tadi. Masa makan ni sudah jam 3 petang. Memang menggigil kelaparan dan kesejukan.

Disebabkan malas cari tempat lain, kami hanya makan di kawasan parking sahaja. Parking kereta paling hujung, lepas tu duduk bersila tanpa sebarang alas. Makan la kami bertiga di situ sampai kenyang.

Angin boleh tahan sejuk sebab kawasan tu kawasan pergunungan.

Selesai membaham nasi berlaukkan telur dadar dan sayur yang dimasak sebelum keluar guesthouse, kami terus pulang ke Sapporo. Sampai Sapporo dalam sekitar 8.30 malam juga la.

Map Code
Shirahige Waterfall-796 182 604
Shirogane Blue Pond-349 568 888
Shikisai-no-Oka-349 701 188/152

Diving adalah dunia baru ku


Zaman muda remaja tidak mahu explore apa ada di dasar laut. Bila usia makin lanjut ni, baru aku terbuka hati dan punya keberanian untuk explore dasar laut di Sabah ni.

Tanggal 4 Disember 2016 aku certified as an Open Water Diver (OWD). Setahun sudah berlalu. Tidak banyak tempat yang aku dive sepanjang tempoh tu.

Tapi bila dapat peluang menyelam di Sipadan, listed as Top 10 beautiful diving site in the world memang terasa diri amat bertuah.

Terima Kasih Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) Sabah atas peluang yang diberi.

Aku dapat lesen dive pun atas tajaan Motac Sabah. Masa tu kami menyertai Program Voluntourism: Volunsharing bersama Media ‘End in Sipadan’.

Honestly, sebelum ni aku beranggapan diving ni cukup sekadar pakai equipment dan terjun ke dasar laut.

Tapi bila certified as a diver, banyak weh benda kena belajar. Banyak teknik dan perkara perlu diambil perhatian supaya tidak bahayakan diri masa berada di dasar laut. Tapi perkara berkaitan teknikal ni, pelan-pelan praktis pasti boleh punya.

Back to Sipadan. Barracuda Point is the best diving site in Sipadan. Kenapa? Sebab di situlah hidupan marin yang pelbagai boleh kita temui. Dari school of fish hingga ke penyu dan shark. Bukan shark do do do do do do ya..

Oh sebelum pergi jauh merapu. Kami diberi kelonggaran untuk menyelam di Sipadan dengan lesen OWD. Standard requirement untuk diving di sini adalah Advanced Open Water.

Tapi disebabkan kami menyelam dibawah Kempen ‘End in Sipadan’ iaitu Program Motac Sabah jadi, kami dibenarkan diving di situ dengan lesen OWD.

Ok our first dive was in South Point. Dive site ni memang lawa dengan a wall of corals. Dive next to a wall of corals memang amazing. Kalau tidak jadi diver, tidak merasa la pengalaman best macam ni.

Current masa tu not so strong, jadi agak mudah untuk kami melakukan aktiviti selaman dengan tenang.

Untuk 2nd dive, kami diving in Barracuda Point. This is one of the best dive site in Sipadan. Jika dive site first tu a wall of corals. Tapak selaman kedua ni, kami terpegun dengan hidupan marin yang pelbagai.

A School of fish berada di keliling kami masa diving. Perasaan excited tu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Keindahan diving sites di Sipadan ni biarlah gambar berbicara.

Jika diving di tempat-tempat lain sebelum ni aku tercari-cari kelibat Penyu, di Sipadan ni penyu berlambak. Toleh kiri ada penyu, toleh kanan pun ada penyu. Dari saiz sekecil-kecil meja coffee table sampai sebesar-besar dining table.

Dive site ketiga adalah Coral Garden. Memang macam berada dalam forest of corals.

Setiap dive site kami dive kira-kira 30-40 minit. Tapi aku punya gas bertahan sampai 30-37 minit saja. Kawalan pernafasan kurang baik. Teknik belum betul.

Apa pun overall pengalaman menyelam di Sipadan aku gambarkan sebagai pengalaman yang tidak dapat dirasai di tapak selaman lain.





Sebelum dive di Sipadan, dibawah program yang sama, kami dibawa menyelam di Mari-Mari Sepanggar, Pulau Mantanani, Kudat dan Silam Bay Lahad Datu.

Setiap dive site ni mempunyai kelebihan tersendiri. Mari-Mari Sepanggar dipenuhi dengan corals dan macro species.

Pulau Mantanani terkenal dengan crystal clear water. Jadi visibility masa diving memang terbaik. Tapi aku perasan beberapa corals di Mantanani ni mula bleaching. Sedih tengok khazanah laut kita alami kemusnahan. So let’s pray fish bombing dapat dihentikan sepenuhnya di perairan kita.

Kudat juga terkenal dengan hidupan makro. Nudies antara hidupan yang senang ditemui di perairan Kudat.

Last dive sebelum Sipadan adalah Silam Bay, Lahad Datu. Ni antara diving site yang aku terjatuh cinta. Keindahan dasar laut di Lahad Datu boleh sama taraf dengan Sipadan.

Sebab aku lebih gemarkan corals berbanding hidupan marin. Melihat saiz corals yang besar di Lahad Datu buatkan aku kagum. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Jadi kenapa kita tidak jaga khazanah alam sebegitu.

Bagi divers yang menyelam sebab ingin melihat keindahan corals yang pelbagai, Lahad Datu adalah tempat paling sesuai untuk anda. Untuk penyelam yang suka dengan hidupan marin yang pelbagai spesis, menyelam la di Sipadan.

I would say, diving in Lahad Datu worth your money. Don’t let the Tanduo incident affect our diving industry. The security personnel are always patrolling our water. I felt secure during our dive trip in Silam Bay on November.

All photo by Joe Starzz. One of the local heroes I met during End In Sipadan campaign. A school dropout who make a living by taking video & photos underwater. All photos taken by him amazed me.












Tuesday, July 25, 2017

Jeju here we come!!! (part 3)

Jeju Day 3

Ini hari terakhir kami berada di Seogwipo sebab sebelah malam sudah kena berangkut ke hostel yang terletak di Jeju City. 

Jika hari kedua kami menuju ke Barat Jeju. Untuk hari ketiga ni, kami explore Timur Jeju pula. 

Pergerakan untuk hari ni juga seawal 9 pagi sebab kena drive jauh. Tujuan hari ni mau ke Mount Sanbangsan, Yongmeori Coast & Jusangjeollie Cliff.

Muzium-muzium termasuk muzium Teddy Bear out from our itinerary sebab entrance fee pun sudah mahal. Baik nikmati pemandangan yang entrance fees lebih murah. 

Entrance di Jeju ni semuanya bawah 5,000 won. Sangat murah berbanding destinasti pelancongan di Seoul. 

Sebelum keluar guesthouse, kami bersarapan nasi berlaukkan telur dadar yang dimasak dengan daun bawang, lada & serbuk cili. Serbuk cili yang tuan rumah sediakan di peti ais ni memang sedap. Maggie pula jadi kuah. Sudah jadi kebiasaan orang Sabah makan nasi berkuahkan maggie.

Bila sudah kenyang. Kami terus bergerak ke Mt Sanbangsan ni cuaca dalam perjalanan agak mendung. Bila sampai sahaja di parking, tiupan angin sangat kuat. Jadi bertambah sejuk la cuaca di situ sebab di persisir laut. Kami tidak la berhasrat mendaki gunung sebaliknya ingin bergambar sahaja berlatarbelakangkan Mt Sanbangsan.

Niat dihati untuk melihat hakisan laut di Yongmeori Coast tapi disebabkan cuaca dan high tide, tempat itu ditutup untuk pelawat. Kecewanya sebab betul-betul mau bergambar di situ gara-gara tengok instagram Jeju Muslim. Mungkin bukan rezeki mau jejak kaki ke Yongmeori kali ni. 

Dari kawasan parking boleh nampak juga la hammel ship yang turut ditutup untuk pelawat pada hari itu. Bad timing datang ke kawasan persisir pantai ni. Mungkin  mau kena repeat datang Jeju lagi la lepas ni.

Bila cuaca makin berangin & nampak macam mau hujan, kami teruskan perjalanan ke Jusangjeolli Cliff. Dalam perjalanan kami berharap sangat hujan x lebat sebab cliff ni pun berada di persisir laut.

Semasa menuju ke Jusangjeolli ni kami nampak banyak attraction lain yang berada di sekitar kawasan ni. Tapi kami x singgah pun sebab memang mau stick dengan original plan. Kalau singgah nanti lewat pula untuk return kereta di Jeju City.

Bila sudah sampai Jusangjeolli, kami terus membeli tiket yang berharga 2,000 won. Hujan mula turun sebelum kami sempat bergambar berlatarbelakangkan batu-batuan yang terbentuk hasil pembentukan lava gunung berapi ke laut. Cliff itu terbentuk secara semulajadi. Memang unik ciptaan Tuhan.



Boleh tahan juga lebat hujan masa tu. Nasib ada tempat untuk berteduh. Kebetulan ada orang tengah menjual oyster berhampiran pelantar tempat bergambar tu, jadi ramai juga orang tumpang berteduh di situ.

Ahlamdulillah hujan tidak berlanjutan maka dapat juga kami bergambar di situ. Cuaca di Jeju ni memang unpredictable..tidak hairanlah kami pesawat kami tidak dibenarkan mendarat di Jeju pada malam sepatutnya kami sampai di Jeju. Walhal di ruangan udara langsung tidak merasa turbulence.

Tengah-tengah bergambar tu, datang pula sekumpulan warga China. Sekali lagi insiden di Seongsan Ilchulbong berlaku di sini. Warga China ni kalau mau bergambar memang x peduli orang lain. Pajak spot bergambar seolah-olah hanya diorang sahaja ada di situ.

Kami berusaha juga menyelit diantara pelancong China tu. Masa tu tidak peduli sama ada diorang orang tua atau bukan. Iya la jauh-jauh datang sini, wajib la bergambar di spot yang terbaik kan. 

Rasa-rasa puas bersiku dengan auntie-auntie Cina tu, kami pun meninggalkan kawasan tu. Kami parking agak jauh sebab GPS bagi direction hingga situ sahaja. Ada juga parking yang lebih dekat dengan cliff tu.

Kami tinggalkan kawasan Jungmun tu untuk menuju ke Jeju City. Disebabkan masih awal lagi, kami memutuskan untuk singgah ke Jeolmul Natural Forest. Masa buat research pasal Jeju, aku tertarik dengan keunikan hutan yang gabungkan hutan semulajadi dan buatan manusia ini.

Pemandangan sepanjang jalan menuju ke kawasan yang terletak di kawasan berbukit ni memang cantik. Jeju memang dikurniakan dengan keindahan alam semulajadi yang akan membuatkan kita terpukau.

Bila sampai parking cuaca yang mendung bertukar menjadi ribut. Angin bertiup kencang sehingga kami terasa kereta bergegar. Kereta bersaiz kecil memang ringan kalau ditiup angin kencang. Kamk terpaksa pindah parking antara 2 kereta lain.

Angin kencang disertai hujan menyebabkan kami menunggu sementara waktu di kereta sebelum buat keputusan mau terus masuk ke forest atau tidak.

Kawan merangkap driver kami turun ke kafe yang berada berhampiran parking. Dia risau angin terlalu kuat. Dia x berani mahu memandu dalam keadaan cuaca sebegitu. Ketika ni, berlaku percanggahan pendapat antara kami bertiga.

Disebabkan tidak mahu terlewat untuk hantar kereta, aku memberanikan diri memandu turun dari kawasan berbukit tu. 

Niat untuk bergambar di Jeolmul Forest terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca sebegitu amat mustahil untuk berhenti.

Biarpun tiada lesen, tawakal juga la semoga tidak ditahan polis. Aku memandu perlahan menuju ke hotel penginapan kami untuk malam tu. Kami perlu menghantar backpack dan semua barangan ke hotel sebelum hantar kereta supaya tidak berangkutan naik teksi dengan backpack yang besar.

Syukur juga la pencarian hotel tidak sukar. Selepas meninggalkan backpack di hotel, kami mencari restoran untuk makan terlebih dahulu sebelum teruskan perjalanan menghantar kereta sewa tu.

Dalam banyak-banyak restoran halal kamj senaraikan, kami terjumpa Restoran Bagdad terlebib dahulu. Jadi makan sahaja di situ untuk jimatkan masa. Restoran ni nampak mewah dan harga makanan pun mahal sedikit berbanding di Itaewon. Sebab tiada pilihan, kami order juga la beriyani ayam & kambing untuk share makan bertiga. Harga untuk 2 beriyani RM 28,000.



Beriyani di Korea ni tidak sama dengan tempat kita. Beriyani yang dihidang seperti nasi tomato. Kari ayam & kambing pun tidak macam kari Malaysia yang kaw-kaw. 

Biarpun tidak sama rasa tapi habis juga kami baham semua nasi yang ada ni supaya malam x perlu lagi cari dinner.

Selesai makan, kami terus mencari stesyen minyak untuk penuhkan kembali minyak petrol kereta tu. Ini antara syarat yang diberi ya. Ambil kereta yang full tank dan kembalikan kereta juga dengan full tank.

Masa cari stesyen minyak, kami ambil kira pesanan orang Johor yang kami temui di Kkodak2-kkodak Guesthouse iaitu jika ingin isi petrol, cari stesyen dengan lambang Smile sebab harganya lebih murah. Nasihat itu diberi based on their experience yang terpksa bayar minyak hampir RM 1K sebab tersilap pegi petrol station yang mahal.

Gara-gara mau mencari station Smile, kami terpaksa memandu agak jauh dari bandar. Tidak kisah perlu drive jauh asalkan tidak bayar petrol sampai RM 1,000. Hampir 15-20 minit pemanduan dari Jeju City baru terjumpa station Smile.

Dalam keadaan cuaca hujan dan angin kencang sebegitu, buka pintu untuk pass credit card isi minyak dengan orang di pump tu pun rasa mau terbang. Akak di pump tu pun berempas pulas dengan baju hujan untuk tolong isi minyak.

Lepas struggle untuk isi minyak kami terus menghantar kereta di Sixt Rental Car. Selesai urusan kembalikan kereta, kami naik shuttle bas ke airport. Masa tu hujan sudah berhenti. Hanya angin sahaja masih ada.

Dari airport baru naik teksi untuk ke Twins Hotel. Sukar untuk cari teksi dari Sixt Rental petang-petang begitu. Kami dinasihatkan ambil teksi dari airport supaya tidak perlu tunggu lama. Bila sampai airport MasyaAllah queue orang tunggu teksi sangat panjang. Tiada pilihan, kena beratur juga la.

Dalam beratur tu sempat bersembang dengan traveller dari Indonesia. Mereka tidak dapat naik flight untuk ke Seoul sebab penerbangan di tangguhkan. Keadaan cuaca ribut sebegitu menyebabkan penerbangan terpaksa ditangguh.

Tiba giliran kami naik teksi, kami terus serahkan kad hotel kepada driver tu. Dia angguk kepala lepas tu terus menuju ke tempat penginapan kami.

Kami perasan dia pusing 2-3 kali cari hotel. Siap mendengus tanda marah sebab x jumpa lokasi hotel. Walhal dalam GPS terang2 ada end point hotel. Kami beranggapan dia mau charge lebih tambang. Selepas berpusing-pusing sekitar beberapa blok dari hotel, akhirnya dia jumpa juga hotel kami. Syukur sangat sebab x kena turunkan jauh malam-malam tu. Kami sampai hotel around 7.30pm.

Turun teksi sempat juga la singgah kedai buah depan hotel. Beli sedia untuk makan the next day. Malam tu bila lapar, makan lagi maggie yang ada. Maklumlah borong maggie untuk 8 hari di Korea. Thats how we end our journey for today.

Friday, July 21, 2017

Jeju here we come!!! (part 2)

Jeju DAY 2

Hari ini kami makan heavy breakfast sebelum mula meronda Jeju. Nasi lebihan malam tadi, kami makan berkuahkan maggie dan sambal goreng yang dibawa dari Sabah. Alhamdulillah sambal ni tahan lama.

Di Jeju semua arrangement perjalanan diatur oleh aku. Jika esah berperanan hafal laluan subway dan mengatur perjalanan semasa di Seoul, aku mainkan peranan yang serupa masa di Jeju. Bezanya di Jeju kami naik kereta dan di Seoul naik subway.


Bila ketiga-tiga kami sudah ready untuk menempuh hari kedua ni, kami pun mula bergerak jam 8 pagi ke Seongsan Ilchulbong. Rasanya semua oran tahu, ni antara Unesco site yang terletak di Jeju.


Bagi aku Jeju Island memang sebuah pulau yang cantik. Aku suka travel ke tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik berbanding melihat bangunan pencakar langit di bandar-bandar besar.


Tidak sia-sia berusaha juga datang ke Jeju selepas insiden pesawat berpatah balik.


Berbalik kepada perjalanan kami. Kami tiba di Seongsan Ilchulbong sejam kemudian. 


Ketika ini anak tangga untuk naik ke Seongsan Ilchulbong sudah mula dibanjiri orang ramai. Tapi x terlalu crowded. Masih ada ruang untuk berjalan dan berhenti ambil gambar.


gaya orang yang gila bergambar..ni sebelum start mendaki tangga


Sebaik sahaja beli tiket yang berharga 2,000 won kami teruskam sesi bergambar. Kawasan lapang sebelum memulakan pendakian tangga ni turut digunakan untuk khidmat sewa kuda. Siapa yang rasa mau naik kuda dan bergambar berlatar belakangkan bukit ni, boleh la sewa khidmat tu.


Tapi kami x la buang duit untuk tujuan itu. Kami hanya bergambar di kawasan lapang tu sahaja sebelum kawasan tu diserbu pelancong lain.



Add caption


air laut tu sangat clear..ambil gambar from Seongsan Illchulbong peak
Lepas tu, hanya aku dan kawan aku Esah sahaja yang naik ke atas. Seorang lagi kawan aku merangkap driver kami di Jeju, x sanggup mau panjat anak tangga yang menguji kekuatan kaki tu.


Tempat ni walaupun x curam mana tapi boleh tahan teruji juga stamina diri. Nasib baik sebelum travel kami sudah training hiking berbulan-bulan.


Cuaca yang agak sejuk membuatkan kami lebih mudah penat. Nasib baik, air dalam botol tupperware sentiasa dibawa ke mana-mana bila travel.


Ada satu stop point sebelum sampai peak, bolehkan pengunjung lihat pemandangan Seogwipo dan lautan. Countryside punya view memang amazing. Bila sampai peak, MasyaAllah indahnya dunia ciptaanNYA.


Setiap sudut yang ada kami posing untuk ambil gambar. Sudah naik penat-penat haruslah gigih bergambar kan. Walaupun kawan aku siap kena kuis ganas oleh uncle Chinese sebab dia mau suruh kawan aku lari dari satu spot bergambar.


Agak-agak la uncle wei, kami pun datang dari jauh juga & mau b'gambar di situ. Kalau rumah kami di Jeju x la kami berhabis mau bergambar di atas tu. Kawan aku sempat juga siku uncle tu supaya dia x pajak ruang untuk bergambar tu seorang-seorang.


Berdasarkan pemerhatian kami, Chinese tourist walau di mana saja berada agak rude dengan orang lain. Kalau diorang datang Sabah pun perangai hampir sama. Bukan mau mengata tapi itu realitinya. Biarpun bukan semua tapi kebanyakkan dari mereka memang agak kurang sopan.


spot di sini la aksi siku-menyiku dengan pelancong China
bila ko rasa diri berbakat ambil gambar, offer diri tolong pasangan Ahjuma ni snap photo mereka berdua
Lama juga kami habiskan masa di Seongsan Ilchulbong ni sebab masa diambil untuk turun naik sahaja hampir 40 minit. Saja naik slow-slow supaya boleh nikmati pemandangan yang cantik. Ayat cover line sebab x cukup fit.


Semasa turun baru nampak pelancong semakin bertambah dan bersesak-sesak untuk naik. Syukur sangat sebab datang awal kalau tidak, stuck la di tangga kalau ada orang berhenti ambil gambar.


Turun sahaja dari puncak, terus cari kedai serbaneka untuk beli air & sudah tentu Banana Oyu wajib dibeli. Masa di Seoul sudah rasa yang warna hijau tulisannya, agak strong rasa susu. Masa di Jeju, aku cuba Banana Oyu yang tulisannya warna biru muda, yang ni boleh masuk dengan tekak aku. Rasa banana & susu just nice. 


Seterusnya kami sambung perjalanan ke Seopjikoji untuk cari juga canola flower. No phone yang aku jumpa di google bawa kami sesat masuk jalan kampung. Nasib baik ada rembat map book di guesthouse. Jumpa juga la tempat All In berlakon ni. 

Rumah Api tu jauh sangat..ambil gambar pun cukup la
panorama view of Seopjikoji
Pencarian calona flower tidak berjaya. Keliling kawasan lapang hanya ditunbuhi rumput sahaja. Kekecewaan terubat dengan view laut yang cantik. 


Nampak rumah api tempat All In shooting tu agak jauh, kami tidak teruskan hasrat jalan sampai ke rumah api. Penat dari mendaki anak tangga belum hilang lagi.


One thing aku notice di Jeju ni, kebanyakan lokasi penggambaran drama mahupun filem secara automatik dijadikan destinasi pelancongan. Mungkin bukan semua tapi kebanyakan. Rasanya tu salah satu strategi promosi tourism destination diorang. 


Turun sahaja parking, terhidu pula bau sotong bakar. Melihat Ahjumeoni tu hanya jual seafood, insyaAllah halal. Kami yakin untuk beli & makan sotong bakar tu. Sedap & fresh. Kekenyalan sotong tu fuhhh sampai habis kami baham.


Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Seongeup Folk Village yang memperlihatkan rumah tradisi yang berdindingkan tanah liat dan berbumbungkan jerami. Perkampungan yang menjadi lokasi penggambaran drama bersiri Jewel in the Palace ini sangat sunyi dan tenang.

parking kereta ja nampak Canola Flower tepi car park...excited
Seongeup Village ni perkampungan orang tapi sangat bersih
Masa berkunjung ke sini, tourist tidak ramai maka, suasana agak tenang. Hanya beberapa kereta sahaja yang parking di situ. 


Sama seperti Bukchon Hanok Village di Seoul, Seongeup Village ini juga merupakan perkampungan yang mempunyai penduduk. Jadi, kita kena jaga tingkah laku supaya tidak terlalu buat bising ketika bergambar di kawasan perkampungan ni.


Dari perkampungan ni, pemandangan berlatar belakangkan kincir angin turut kelihatan. Untuk bergambar memang sesuai sangat la.


Bila hari sudah mau petang, kami kembali semula ke guesthouse. Sampai Seogwipo time peak hour so memang agak sesak. Disinilah pemanduan terasa mencabar. Asal sampai roundabout, mesti kami akan tengok kanan walhal perlu tengok kiri. Jadi mangsa juga la kena horn dengan driver lain.


Kami balik guesthouse dalam jam 5 petang sebab malam tu plan mau ke night market mau food hunting. Masa buat research ada blogger yang suggest kalau rasa mau makan di pasar, cari saja gerai yang jual seafood sahaja. No meat. No chicken. InsyaAllah tidak akan termakan benda tidak halal.


Untuk ke Olle Traditional Market ni, kami jalan kaki saja dari guesthouse. Sebelum keluar tu sudah tanya owner direction pasar ni. Tidak jauh mana pun pasar ni dari guesthouse. Niat ke pasar untuk makan apa yang boleh dimakan.
Tteobokki & udang goreng tepung
Tapi sebelum makan, kami sempat membeli di sekitar pasar tu. Di sini banyak juga barangan yang menarik untuk dibeli namun, kami hanya membeli daun bawang untuk masak breakfast & wind breaker. Colourful sangat wind breaker & jacket yang dijual di pasar ni. Selesai membeli-belah kami teruskan dengan tujuan asal datang pasar ni, iaitu makan makanan local.


Kami observe gerai mana yang hanya jual seafood sambil-sambil tanya owner, diorang ada serve daging atau tidak. Boleh juga la kawan aku bercakap korea sikit sebab sebelum datang Korea ni, kami berdua ada ambil course Korean Language. Tapi aku failed untuk ingat dan faham. Setakat tanya direction & harga tu aku boleh la.


Lepas pusing dari hujung ke hujung. Kami berhenti di sebuah gerai yang hanya hidang seafood sahaja. Tapi kami x makan seafood pun. Kami hanya cuba tteobokki dan fish cake yang dimasak dengan chili. Pedas berapi weh kuah tteobokki dan fish cake tu. 


Di sini ada cerita juga..bila mau bayar kawan aku panggil ma'cik tu Ahjuma. Sekali bila kami beredar, ma'cik tu panggil kami Ahjuma Ahjuma. Rupanya dia panggil sebab mau bagitau barang kami tertinggal. Kena panggil Ahjuma terus terasa tua. Kami kena panggil Ahjumoeni rasanya supaya polite sikit. Maaflah ma'cik kami belum khatam belajar Bahasa Korea.


Balik guesthouse dengan perut yang kenyang. Maka lena la tidur kami malam tu.

Monday, July 17, 2017

Jeju here we come!!! (part 1)

Jeju Day 1  
(14 April 2016)

Disebabkan hari sebelumnya sudah penuh drama. Hari ke-4 (14 April 2016) di bumi Kimchi ni, kami berusaha menaiki subway pertama dari Incheon International Airport ke Gimpo International Airport (for domestic flight).

Hari ni kami nekad untuk terus dapatkan flight ke Jeju Island tanpa perlu membeli tiket baharu. Kami yakin ni pun sebab orang Korea yang kami hubungi malam sebelumnya kasitau kami berhak naik next flight/get refund. Sebab teknikal problem di pihak Jeju Air bukan disebabkan kami terlewat atau terlepas flight.

Biarpun awal subuh tadi pengurus Jeju Air inform kami no arrangement for next flight for those who stranded last night tapi kami tetap cuba nasib.

Alhamdulillah Allah berkati perjalanan kami. Setelah maklumkan di kaunter check in kami antara penumpang terkandas semalam & we want to board earliest flight to Jeju, staff di kaunter minta kami tunggu kejap untuk buat panggilan telefon, lepas tu dia terus minta pasport & flight ticket semalam. Ticket flight masa stranded tu. 

Bersyukur sangat, kami berjaya menaiki flight ke Jeju Island tanpa perlu beli tiket baharu. Walhal lepas insiden diberitahu tiada arrangement new flight untuk kami dan no refund akan diberi, kami ada cuba cari tiket baharu tapi agak mahal. 

Kami perlu juga sampai di Jeju Island hari ini sebab penginapan dan kereta sewa semua sudah booking. Rugi la sebab payment dikira hangus sekiranya kami tidak muncul-muncul di Jeju. 

Bila tiket flight baharu diberikan pada kami barulah dapat menarik nafas lega. Syukran Jazilan Ya Allah sebab permudahkan penggembaraan kami di bumi Korea. 

Alhamdulillah biarpun perancangan tersasar sedikit tapi kami berjaya sampai di Jeju dengan selamat. Pengajaran masa tu, JANGAN ambil flight malam untuk ke Jeju sebab cuaca di pulau sukar dijangka.   

Kami tiba di Jeju kira-kira 10 pagi dan terus mengambil kereta sewa. Nasib baik aku sudah maklumkan kepada Sixt Rental kami akan lewat sedikit mengambil kereta disebabkan masalah penerbangan. 

Destinasi pelancongan di Jeju Island ni terpisah antara satu sama lain. Kami hanya menunggu shuttle bas Sixt Rental ni di Jeju Airport sebab sudah dimaklumkan awal-awal akan ada bas pickup semua penyewa kereta di airport. Shuttle bas ni kerap berulang-alik so, tidak la risau kalau sudah terlepas bas yang sebelumnya.   

Dari airport ke Sixt Rental kira-kira 5-10 minit sahaja. Tiba di Sixt Rental, terus serahkan booking yang sudah kami print. Selesai urusan dokumentasi di Sixt Rental, kami teruskan perjalanan ke Seogwipo. 

Oh ya, International Driving License diperlukan untuk memandu di Korea ya. Untuk kali ni, kawan aku yang drive sebab aku x yakin drive on the left side. Takut karang, buat kes langgar/dilanggar orang di Jeju. 

Dari Jeju, kami teruskan perjalanan ke Seogwipo. Semua perjalanan dan destinasi di tuju berada sekitar Seogwipo. Mudah drive di Jeju ni sebab direction GPS dalam English. Cuma tulisan sahaja dalam Hangul
tulisan sahaja dalam Hangul ya..direction GPS dalam English
Untuk pergi ke destinasi yang kita tuju hanya perlu masukkan nombor telefon destinasi tu. Jadi kena la pastikan nombor phone x salah, kalau salah, alamat terpesong ke tempat lain la jawabnya. 

Satu lagi yang perlu diberi perhatian masa memandu di Jeju ni adalah tahap kelajuan kita. Pemanduan x boleh lebih had laju sebab GPS akan bagi warning. Bagus juga la ada amaran had laju sebegini sebab tidak la drive macam fast 2 furious. 

Dengan kelajuan antara 90-100km/j, kami tiba di Seogwipo kira-kira jam 12 noon. End point kami dari Jeju City adalah Kkodak Kkodak Guesthouse, Seogwipo. 

Untuk cari guesthouse ni tidak la susah mana cuba mau cari entrance tu agak bingung sikit. Kami putuskan parking di kawasan parking seberang jalan & jalan kaki sahaja ke guesthouse yang terletak selang satu blok dari kawasan parking tu. 


Kkodak Kkodak Guesthouse
Biarpun waktu check in 2pm, kami cuba nasib untuk minta kebenaran check in awal sebab keletihan semalaman x cukup tidur dan belum mandi. Nasib menyebelahi kami bila owner tu benarkan kami check in awal. 

Masuk sahaja bilik kami ambil masa yang lama untuk berehat, makan & mandi sebelum teruskan perjalanan ke destinasi dalam list destinasi harus dikunjungi. 

Kami keluar semula jam 4 petang menuju ke Jeongbang Falls. Disebabkan terdapat 3 waterfall sekitar Seogwipo ni, kami putuskan pegi satu tempat sahaja. 

Hari pertama di Jeju ni badan masih merasa letih sebab insiden terkandas di airport jadi satu tempat memadailah.

Penginapan malam sebelumnya di Jeju City sepatutnya kira burn tapi nasib baik sempat maklumkan kepada wner bahawa penerbangan bermasalah & kami x akan tidur di hostel berkenaan. Tiada sebarang charge kena deduct dari akaun bank. 

Selepas puas bergambar dan nikmati pemandangan melalui Olle Trail di situ, kami kembali semula ke guesthouse. 

Jeongbang Waterfall
take a swafoto is a must kalau pemandangan secantik ini
Malam pertama di Jeju, kami putuskan untuk masak sahaja hidangan dinner sebab kedai serbaneka terletak tidak jauh dari guesthouse kami. 

Sampai sahaja di guesthouse, kami terus berjalam kaki ke mart yang ada berdekatan untuk melihat apa yang ada dijual di situ. 

Luck on our side, ada jual beras dalam pek kecil. So, kami beli la beras & telur untuk dinner. 

Malam pertama menginap di sini, kami sempat berkenalan dengan seorang wanita berasal dari Johor yang turut stay di situ bersama rakannya. Dia berkongsi cerita masa mereka berada di Busan. 

Kebetulan lepas dari Jeju kami akan move to Busan. Dia advise better pegi canola field di Busan sebab canola flower di sana luas berbanding di Jeju. Maka hasrat untuk ke Udo Island the next day kami batalkan sebab kawan yang drive x mau bazirkan masa naik feri ke seberang.

First day di Jeju ni kami retire lebih awal sebab esok akan pergi ke destinasi yang lebih jauh.

Sunday, July 16, 2017

Annyeong!! Destinasi Korea Ku (part 3)

SEOUL Day 3 


Bangun pagi sudah terasa kesejukan disebabkan hujan seawal subuh. Hari ni pergerakan kami juga bermula awal pagi sebab petang sudah mau gerak ke Jeju Island. 

Disebabkan masa keluar masih hujan renyai-renyai manja maka terpaksa la keluar lengkap dengan baju hujan untuk ke subway. Tempat di tuju hari ni sekitar Seoul saja. 

Kami bermula dengan Bukchon Hanok Village untuk melihat design rumah tradisi yang unik di sekitar perkampungan dalam bandar. Kebanyakan rumah di sini berpenghuni so, tidak boleh la buat buat bising. Hormati kawasan perumahan orang. 

Sepanjang mendaki kawasan perumahan berbukit ni, tertanya-tanya juga di mana mereka parking kereta sebab langsung x nampak kawasan kosong untuk parking. Ada la beberapa rumah yang ada garage dalam kawasan pagar mereka. 


ketuk pintu tapi muzium belum buka


rumah tradisi Korea yang nampak mewah
Lepas ronda satu round kawasan perumahan tu, aku dan Esah decide jalan kali seja ke Gyeongbuk Palace. Gara-gara kedekut duit, padan muka kami berdua sebab kena jalan kaki agak jauh. Ikut map nampak dekat. Bila berjalan, taubat x mau buat kerja gila begini lagi. 

Kalau ambil teksi 3-5 minit sampai sudah Gyeongbuk. Jalan kaki plus sesat, mau 30 minit juga berjalan. Habis kalori dalam badan terbakar. Nasib baik la jumpa juga istana tu lepas jalan begitu jauh. Kalau x jumpa juga, nangis x berlagu la jawabnya. 

Oh ya perjalanan hari ni seorang kawan aku sudah taubat x mau ikut jejak kami berdua. Dia stay di Myeongdong saja. Dia penat sebab hari kedua di Seoul kami agak rushing dari satu tempat ke satu tempat. Mau kejar itinerary punya pasal. 

Back to Gyeongbuk Palace. Dalam istana ni pusing kiri pusing kanan terasa macam berada di China. Pelancong China ramai yang amat. Mau bergambar pun susah sebab pelancong terlalu ramai. 

Kami juga terlepas untuk saksikan changing guard ceremony sebab jalan kaki lama sangat. Plan asal, mau sampai on time supaya boleh tengok ceremony tu. Xda rezeki cuba lagi lain tahun. 




susah mau bergambar tanpa ada orang di belakang...yang ni sebelum sekumpulan pelancong serbu
ni keadaan sebenar...
Bila kaki rasa terlalu penat, kami berhenti ronda kawasan palace tu dan teruskan perjalanan untuk ke Namsan Tower. 

Pegi Namsan Tower x sanggup sudah mau naik subway sebab kena jalan lagi. So, kami terus ambil teksi sampai ke Namsan. Teksi dari Gyeongbuk Palace ke Namsan 4,600 won. 

Sampai sahaja Namsan, kami memilih untuk naik cable car sebab kaki sudah x larat mau memanjat anak tangga yang banyak tu, macam mau naik ke Batu Cave. Kos naik cable car 8,500 won for return. 

Berada di Namsan Tower ni membolehkan kita nampak seluruh bandar Seoul. Biarpun agak berkabus sebab cuaca agak sejuk lepas hujan tapi still boleh nampak bangunan pencakar langit di sekitar Seoul. 



Lepas habis 'posing' di setiap sudut yang dirasakan penting, kami pun turun semula untuk sambung ke part paling penting setiap kali travel iaitu shopping souvenir. 

Dari Namsan kami terus ke Namdaemun Market. Kami perlu beli souvenir sebab kami x akan kembali semula ke Seoul. Shopping apa yang perlu sahaja sebenarnya. Souvenir untuk family & rakan sekerja. 


sedap tau kuih ni..beli sampai 2 kali 
Harga barangan di Namdaemun ni boleh dikira murah kalau kita pandai bargain dengan peniaga. 

Pelbagai barangan boleh ditemui di Namdaemun ni. Rambang mata juga la sebab semua murah-murah. Sambil shopping ternampak pula gerai menjual minuman panas. Aku yang sangat menggemari Green Tea terus order. Harganya dalam 2,500 won per cup untuk green tea. 

Sepanjang berada di Seoul, nampak sahaja vending machine, aku memang akan beli green. Kalau tidak silap semua harga minuman di vending machine dibawah 1, 000 won. Sedap sangat green tea mesin ni weh!!

Bila jam menunjukkan hampir 4pm, kami tamatkan sesi beli-belah dan kembali ke guesthouse untuk berkumpul semula dengan seorang lagi travel buddy kami. Kemudian angkut backpack dan teruskan perjalanan ke Gimpo International Airport untuk sambung penjelajahan di Jeju Island. 

Tiket flight sudah settle sebelum tiba di Seoul. Masa beli tu kebetulan ada promosi oleh Jeju Air, tiket kami hanya 30,000 won seorang. Kira-kira RM100 la kalau convert duit kita.

one & the last time I'll took this airlines if plan for next trip to Jeju
Biarpun flight kami jam 8 malam tapi kami sengaja bergerak awal bagi mengelakkan sebarang masalah transportation. 

Penerbangan yang patutnya mengambil masa 1jam bertukar menjadi hampir 3 jam berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ketika berada di ruangan udara Jeju. Berlaku drama yang menguji kesabaran kami.

Selepas berada di ruangan udara hampir 2 jam, pesawat dinaiki berpatah semula ke Incheon International Airport. 

Sebaik turun flight around 11.30pm, krew Jeju Air berikan arahan turun. Masa ni, dalam kebingungan x tahu musibah apa yang berlaku, kami turun. Bila nampak banyak penumpang airlines lain berpusu-pusu keluar menuju ke bas yang disediakan, kami tidak melihat bas dengan tag Jeju Air. 

Kami terus bertanya kepada krew Jeju Air dan kami diberi satu nombor yang tidak diketahui nombor apa. Dia hanya beritahu bad weather & aircarft terpaksa return ke Incheon. 

Apabila kami tanya is that a flight nombor or bus no, krew tu macam bingung & minta kami hanya ambil no tu. Rupanya tu no phone yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut.

Tidak puas hati dengan penjelasan x clear begitu, kami minta krew wanita tu bawa kami jumpa pengurusnya. Masa pusing-pusing ikut krew tu jumpa manager dia, kami terserempak dengan 3 orang penumpang wanita lain dari Hong Kong. Mereka juga berkeras untuk jumpa manager Jeju Air sebab dibiarkan berlegar-legar di airport tanpa penjelasan.

At first, we thought the manager will be giving a better explanation, tapi manager tu lebih teruk dari krew tadi. Dengan muka yang macam malas mau layan pertanyaan kami dan pelancong Hong Kong tu, kami terus tanya adakah kami akan dapat naik next flight or refund. 

Manager tu maklumkan no refund will be given because the aircraft already take off from the departure destination. Terkejut beruk ok. Musibah apakah ini. Tidak puas hati dengan penjelasan sebegitu, kami minta nombor Officer on Korea Tourism atau any relevant authority in Korea Tourism. 

Dalam marah-marah tu, tergelak juga bila ingat balik insiden ni. Kawan aku tanya siapa kami boleh hubungi dalam Ministry of Tourism diorang, jawapan manager (No, its not mystery this is a bad weather). Kami tanya pasal ministry not mystery. 

Boleh imagine x keadaan kami bercakap bagai ayam & itik berkomunikasi. Masa tu kami give up sudah sebab tiada krew yang boleh cakap & faham english dengan baik.

Lepas argue hampir 30 minit last-last kami stop sebab manager tu langsung tidak membantu. Masa tu hampir 2 am so, kami decide stay sahaja di Incheon Airport. 

Bila sudah bertenang seketika, kami hubungi kawan di Tourism Ministry Sabah. In case dia ada kenal someone in Korea Tourism. 

Alhamdulillah ada juga contact yang boleh kami hubungi biarpun orang ni bukan orang tourism tapi dia kenal someone in the tourism industry di sana. Biarpun x dapat bantuan tourism authority di sana tapi dapat juga la explanation yang lebih jelas. 

Akhirnya kami memilih tidur dulu, esok subuh bila subway sudah mula beroperasi baru atur perjalanan ke Jeju Island. Sambungan drama kami dalam next entry :-(