First day di Hokkaido
(23 Oktober 2017)
Fight kami tiba di New Chitose Airport around 8.25am waktu Jepun. Sejam awal dari Malaysia.
Sampai saja di airport, terus beratur di kaunter Imigresen Jepun. Sistem mereka kena go through dua kaunter. Kaunter pertama untuk clear dokumen, thumb print. Lepas tu kaunter kedua, untuk serahkan borang declaration kastam.
Aku dan seorang rakan elok ja lepas setelah beg kena check. Seorang lagi kena tahan untuk check beg. Kawan aku seorang tu, bawa kopi sekotak kecil. Jadi kena soal banyak sikit. Tapi Alhamdulillah lepas juga kopi tu. Kalau tidak, jenuh la mau mencari kopi yang diyakini.
Selesai urusan dokumentasi imigresen & kastam, kami berehat sekejap untuk mengatur barangan. Sedang sibuk selongkar barangan, seorang mamat Jepun mendekati kami untuk tanya kami datang dari mana & atas urusan apa di Hokkaido. Dia perkenalkan diri, dia seorang anggota polis airport.
Ingatkan dia mau semak pasport. Sebab baca dalam group FB RTJ ada traveller Malaysia pernah berdepan situasi begitu. Rupanya mamat tu hanya ingin bagi flyers untuk hubungi nombor emergency polis jika berlaku sebarang insiden masa berada di situ.
Bagus kan polis airport ni. Bagi info berguna untuk pelancong. Lepas bagi flyers, dia terus beredar.
Kami turut beredar untuk ke Lapangan Terbang Domestic. Bukan mau naik connecting flight tapi subway untuk ke bandar Hokkaido, terletak di area domestic airport
Kawan aku in charge subway. Seperti trip last year di Korea, aku memang failed bab subway.
Dari airport kami ambil JR Line ke Shin Sapporo dengan tiket berharga 880yen. Lepas tu sambung ambil 1-day pass untuk berjalan sekitar Hokkaido. 1-day pass ni 830yen. Asalnya ingin meronda kawasan sekitar tapi bila sampai tu hujan turun & bersalji, niat tu dibatalkan.
First time tengok salji memang excited. Tapi bila terpaksa berjalan dalam hujan salji dengan pakai poncho, aku terus nekad tidak mahu travel masa winter & snow. Beku ok berjalan dalam hujan salji.
Kami kena berjalan kaki dari Shiroishi Station ke hostel penginapan kami,Backpackers Hostel 'Ino's Place'.
Dalam web, hostel tu 6 min walking distance dari subway station tapi, langkah kami dalam hujan salji tu boleh sampai 10-15 minutes. Untuk cari hostel pun take about 2-5 minutes.
Kami sampai sebelum 12noon jadi dapatlah early check in. Sebab hostel ni from 12noon-3pm diorang rest jadi memang tiada orang akan entertain client di kaunter.
Bila terkena hujan bersalji, kami terus ambil keputusan berehat sekejap sehingga hujan reda. Last-last malam juga baru keluar. Di sini jam 4 petang sudah gelap macam 7 malam di Sabah.
A good place to meet other guest here at living room |
Living Room in Ino's Place |
Kami keluar semula untuk ke Sapporo TV Tower. Nasib baiklah hujan sudah berhenti masa tu. Tapi sejuknya memang buatkan aku mengigil.
Etrance untuk menaiki TV Tower tu 720yen. Turun bawah, sempat beli hot cocoa dari vending machine. Ni ja minuman yang nampak orang yakini halal so, kami pun beli jugalah tanpa was-was. Sedap weh koko tu.
Naik kejap seja pun sebab tower tu pusing-pusing pemandangan yang lebih kurang sama juga. Cantik tu memang cantik juga la sebab pemandangan bangunan skyscrapper dan bandar waktu malam.
Night View from Sapporo TV Tower |
Masa otw balik hostel, kami singgah ke AEON Mall untuk beli telur & sayuran for dinner & breakfast the next day.
Selesai shopping, terus jalan kali balik hostel sebab AEON tu tidak jauh dari hostel. Balik hostel terus masak & dinner dengan bahagianya.
Malam pertama di hostel tu, macam kami sahaja guest yang menginap di situ.
Sekian perjalanan kami pada hari pertama.