Wednesday, December 20, 2017

Backpackers trip to Hokkaido 3

Hari ketiga-Heading to Hakodate
(25 Oktober 2017)

Hari ketiga di bandar Hokkaido. Kami mulakan pemanduan ke Hokkaido University untuk bergambar sebelum menuju ke destinasi yang agak jauh.

Seawal 8 pagi kami sudah keluar hostel ke Hokkaido University. Tempat ni dikatakan sebagai must visit di Hokkaido during autumn. Memang berbaloi datang sini awal pagi. 

Masa ni Gingko Tree sudah bertukar warna kuning & kemerahan. Ya Allah memang terpegun dengan pemandangan tu.

Akhirnya berjaya feeling2 Autumn in My Heart

Abadikan kenangan di Hokkaido University
Hampir sejam juga posing di situ sebelum teruskan perjalanan ke Hakodate. Jarak Sapporo City ke Hakodate hampir 5 jam drive. Sebab mau elak laluan tol. Kematu bontot drive long journey macam ni.

sejauh 222km kena drive ke Hakodate
Tapi seperti kemarin, pemandangan sepanjang perjalanan memang berbaloi. Ada juga la berhenti singgah beli air & toilet break. 

Tiba di kawasan Hakodate, kami terus ke Onuma Quasi National Park. Jalan menuju ke Onuma Park dipenuhi dengan Gingko Tree kuning kemerahan.

Kami juga sempat berhenti tepi jalan untuk bergambar. Ni la bestnya drive sendiri. Boleh berhenti bila-bila masa yang kami mahu.

berhenti untuk posing di laluan menuju ke Onuma Park
Onuma Park ni banyak laluan yang berikan pemandangan berbeza. Kami agak rushing, jadi pilih laluan paling pendek untuk bergambar di tasik berhampiran yang berlatar-belakangkan Gunung Komagatake.

Onuma Park ni turut menyediakan bot untuk kelilingi tasik di situ. Tapi kami tidak ikut pun boat tour keliling tasik tu. Kami hanya bergambar tepi tasik saja. Onuma Park ni luas jadi kalau ada banyak masa, boleh la keliling kawasan national park ni sepuasnya.

Itu Mt Komagatake yang boleh dilihat dari tasik di Onuma Park

ni boat house kalau orang mau ikut Lake Cruise Tour di Onuma Park
Onuma Park ni mempunyai 4 pilihan walking trail. Paling singkat 15 minit dan jika punya banyak masa, boleh la pilih trail paling jauh yang ambil masa 50 minit one way.

Kami memilih trail paling pendek sebab banyak lagi tempat lain yang mau dituju di Hakodate.

Selesai bergambar, kami teruskan perjalanan menuju ke Goryokaku Tower. During Spring, taman sekeliling Goryokaku Tower ni dipenuhi dengan bunga Sakura. Terdapat kira-kira 1, 600 pokok bunga sakura ditanam sekeliling taman berbentuk bintang ni.

Susah mau cari angle yang nampak keseluruhan bentuk bintang..ni saja yang terbaik lensa phone aku ambil
Hakodate City from Goryokaku Tower

Musim luruh ni, nampak daun pokok kekuningan. 

Bangunan setinggi 90 meter ini unik dengan landskap berbentuk bintang.  Yuran masuk 900yen.

Bila rasa-rasa puas posing setiap sudut, kami terus keluar untuk mencari guesthouse untuk malam ni. Rasanya tidak sampai sejam pun kami berada dalam Goryokaku Tower ni sebab pelancong terlalu ramai. Agak sukar untuk cari ruang bergambar tanpa diganggu.

Masa ni bayaran parking sama mahal dengan entrance fees sebab set GPS cari guesthouse lama sangat dalam kereta.

Bila GPS kereta tidak dapat identified guesthouse yang kami cari, akhirnya kami cuba gunakan Google Maps telefon.

Penginapan kami malam ni di Hakodate Guesthouse. Sesat juga mencari guesthouse ni sebab GPS dalam google tidak accurate sangat.

Hakodate Guesthouse
Lepas hampir setengah jam pusing-pusing, akhirnya jumpa juga la guesthouse yang berada berhampiran Lawson Convenience Store.

Guesthouse ni mempunyai parking sendiri jadi jimat la duit parking untuk malam ni.

Menariknya tentang guesthouse ni, ia adalah bangunan lama yang hampir berusia 80 tahun.

Scary part adalah shower yang ada tab mandi. Tab mandi di situ macam sink aluminium tempat kita basuh pinggan lepas tu terlalu dalam. Tidak berani terus mau mandi dalam tab.

Bangunan lama kan jadi tidak la expect interior yang mewah. Cuma tandas tu buatkan aku terfikir movie serial killer. Hahaha abaikan imiginasi gila aku.

Guesthouse ni sediakan basic facilitiea macam guesthouse biasa, ada heater untuk mandi, water boiler kalau mau makan maggie serta toaster untuk bakar roti.

Berbanding hostel di Sapporo, di sini tidak dibenarkan masak. Tiada kitchen khas untuk masak. 

Semalaman di Hakodate ni kami memang plan untuk makan luar. 

Kawasan ni berada hampir dengan laut, semestinya seafood mereka sedap. 

Travel buddy aku sempat tanya restoran seafood yang tidak serve daging di kawasan berhampiran.

Firsy restoran kami pegi sudah tutup. Jadi kami putuskan untuk makan sushi.

Tempat dicadangkan guesthouse owner adalah Kantaro Sushi. Lebih kurang 8-10 minute drive.

Kitorang yakin makan di restoran ni sebab tiada hidangan berasaskan daging. Maka, membaham la sushi sampai kenyang.

Sushi kena serve sama macam di Sushi King. Pilih la dari sushi yang jalan-jalan tu. Tapi disebabkan takut salah pilih pinggan mahal, kami isi form untuk order apa yang kami mau makan.

Total semua yang kami makan untuk 3 orang 2, 400 yen. Ntah la murah ka mahal. Tapi yang pasti makanan di restoran ni memang berbaloi. 

Restoran ni sediakan parking space untuk pelanggan. Ia terletak betul-betul tepi laut. Kalau datang waktu siang boleh la nampak keindahan tempat ni. 

Kami datang tu memang dinner time. So, pelanggan memang full. Selesai makan dengan lahapnya kami teruskan dengan plan seterusnya iaitu mau lihat keseluruhan bandar Hakodate dari Mt Hakodate.

Tapi terpaksa tunggu gate buka untuk laluan kereta naik. Selesai makan jam 8.30 malam. Ada masa lebih sejam untuk tunggu gate dibuka untuk kenderaan naik. 

Baca dari blog orang, jam 10 malam baru kereta boleh naik ke Mt Hakodate. 

Tapi kami cuba juga naik around 9.30 malam, Alhamdulillah memang sudah boleh naik atas. 

Masa drive naik ni, aku nervous juga sebab jalan gelap dan menaiki bukit. Kawasan hutan pula tu. Dalam kerisauan tu akhirnya berjaya juga sampai puncak Mt Hakodate.

Night view dari Mt Hakodate viewing area ni memang berbaloi. Nampak seluruh bandar Hakodate dari atas. 

Sunset view mesti lagi cantik sebab ada laut bersebahan observatory deck tu.

Pasal view memang terbaik. Tapi sejuk di atas observatory area ni memang bikin lutut bergegar. Jadi kami tidak luangkan masa yang lama di situ. 

Lepas puas hari ambil gambar disetiap angle yang dirasakan lawa, kami terus tinggalkan tempat yang berangin tu. Sejuk weh mana tahan duduk situ lama-lama.

Puas hati dengan hasil gambar masing-masing kami pun pulanglah ke guesthouse yang kebetulan hanya ada kami sahaja menginap di situ untuk malam tu.

Balik rumah terus semua menggigil kesejukan. Nasib baik heater yang tradisional di guesthouse ni berfungsi. Dapat la tidur dengan selesa. Heater bilik ni guna bahan api & air. Memang tradisional sangat.

Map Code
-Onuma Quasi National Park 86 815 474
-Goryokaku Tower 86 165  027
-Mt Hakodate 86 009 717/730
-Mt Hakodate Ropeway 86 041 003

Backpackers trip to Hokkaido 2

Hari kedua-Heading to Biei
(24 Oktober 2017)

First day drive in Hokkaido, Japan terus rasa nervous. Biarpun drive macam di Malaysia, pemandu berada sebelah kanan. Tapi tempat baru kan, jadi memang agak nervous juga untuk memandu.

Lagipun speed limit di Jepun very slow compare dengan Malaysia. Speed limit di highway 80km/j dan had laju dalam kawasan bandar Hokkaido 40km/j.

Berhati-hati betul aku memandu. Gara-gara tidak mahu memandu lebih had laju. Maklumlah biasa drift kalau pegi keja. Tapi bila di negara orang ni haruslah jadi pemandu yang berhemah.

Ok hari kedua di Hokkaido ni destinasi tujuan kami-Biei dan kawasan sekitarnya.

Dari guesthouse ke rental car tu tersesat sekejap. Jadi ambil masa sikit cari kedudukan rental car yang berhampiran dengan Sapporo Station.

Lepas ambil kereta di Budget Rent A Car yang berada dalam APA Hotel, kami terus mulakan perjalanan ke Biei. Kami mulakan perjalanan sekitar jam 10.30 pagi dan tiba di Biei sekitar 1 petang.

Travel dengan bajet ciput, kami hanya sewa Vitz Toyota. Lebih kurang macam Proton Iriz. Segala urusan tempahan dibuat secara online sebelum datang ke sini. Disebabkan kami booking awal dapatlah harga 19,800 yen untuk 4 days rental.

Kami datang kaunter untuk sign dan buat pembayaran sahaja. Oh ya sebelum mula memandu, minta ajar siap-siap macam mana guna GPS dan avoid toll road. Sebab biarpun direction gps dalam English tapi tulisan dalam tu semua dalam Kanji.

Jadi kenalah belajar cara guna gps dan elakkan laluan ada tol. Biarpun jarak agak jauh berbanding toll route, tapi pemandangan memang berbaloi.

Masa tempeh kereta, kami request wifi router dan ianya dipinjamkan secara percuma. Kawan-kawan aku yang jadi penumpang tu boleh juga la upload gambar dan video dalam perjalanan.

Insurans pula kami ambil basic yang memang sekali dengan pakej sewa. Bayaran insurans yang cover semua sangat mahal jadi, kami hanya ambil basic insurans sahaja. Tapi kalau memang ada extra budget, ambil la full coverage just in case berlaku kemalangan.

Disebabkan kami hanya ambil basic insurans maka, aku kena memandu berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Diawal pemanduan kami tersalah masuk laluan yang ada tol, jadi terpaksa juga bayar 310 yen. Lepas tu, berhenti tepi jalan dan set gps betul-betul. Nasib la tidak sampai ribuan yen.

Kami memang set siap-siap avoid toll routes masa start drive tapi gatal tangan sambung MP3 terus setting terggangu.

Bila drive laluan tiada tol, kami disajikan dengan pemandangan kawasan luar bandar yang sangat cantik. Sepanjang jalan boleh nampak kawasan bersalji.

Naik sahaja kawasan berbukit, boleh nampak salji tebal menutupi pokok  dan kawasan lereng bukit. SubahanAllah indah sangat pemandangan di situ.

Tapi bila berada kawasan bersalji, terpaksa drive lagi slow sebab risau jalan licin. Aku tiada pengalaman drive tempat bersalji jadi kena memandu berhati-hati.

Suhu masa berada di kawasan berbukit-bukau sekitar 4-7 degree. Itu suhu menurut bacaan dashboard kereta kami la.

Tujuan pertama di Biei adalah Shirahige Waterfall. Terbayang kebiru-hijauan air terjun. Sebab kebanyakan gambar yang kami lihat orang post air terjun di situ memang bewarna biru-kehijauan.

Lepas drive lebih 3 jam, kami tiba di Shirahige Waterfall. Laluan menuju ke kawasan air terjun ni tebal dengan salji. Tapi nasib baiklah jalan raya tidak bersalji.

Masa ni teruja sangat tengok salji tebal. First time nampak salji tebal begitu seumur hidup. Ni belum datang Hokkaido masa winter. Kalau datang masa musim sejuk confirm aku tidak keluar bilik.

Travel during winter season will be my last choice. Aku duduk dalam tempat aircond pun boleh menggigil. Ni kan pula dengan salji.

Kecantikan kawasan sekitar Shirahige Waterfall ni biarlah diceritakan melalui gambar yang sempat lensa camera dan handphone aku rakam.

Shirahige Waterfall...warna biru air tu tidak nampak sangat sebab bersalji
kesejukan yang melampau tapi masa ni berani lagi buka jaket untuk bergambar
parking area in Shirogane Blue Pond
kebiruan air itu tidak kelihatan...sedih

Air terjun biru-kehijauan itu tidak jelas kelihatan sebab kawasan sekitar sudah beku dengan salji. Jadi kami lebih excited bergambar berlatarbelakangkan gunung yang dilitupi salji.

Selesai posing di setiap sudut yang ada, kami terus drive ke destinasi seterusnya iaitu Shirogane Blue Pond. Jarak dari Shirahige Waterfall ke Blue Pond ni dalam 10 minit sahaja.

Tiba di Blue Pond, kami bergambar sekejap saja. Pelancong terlalu ramai dan laluan ke tasik licin dan berlumpur. Rasanya tidak sampai 30 minit pun kami bergambar di situ.



Kami perlu ke destinasi terakhir di Biei sebelum senja. Aku tidak berani memandu di kawasan bersalji malam-malam.  Bayangkan jika salji turun lagi. Stuck dalam kawasan hutan ishhh…memang tak sanggup.

Jam 4 petang sudah senja jadi kami perlu rushing untuk pulang ke Sapporo. Kenapa tidak stay di Biei atau Furano? Ni sebab travel buddy aku request awal-awal tidak mau berpindah banyak tempat.

Masa travel di Korea, hampir setiap hari kami pindah hostel dan guesthouse.

Destinasi terakhir di Biei, Shikisai-no-Oka. Rasa kecewa bila tengok ladang bunga tu banyak sudah bertukar warna coklat…bunga sudah layu. Mungkin musim bunga sudah berakhir pada penghujung Oktober. Mungkin juga disebabkan salji yang turun tiba-tiba menyebabkan banyak bunga layu.

Selepas bergambar, kami terus cari port untuk makan. Perut sudah berbunyi tidak berisi sejak keluar awal pagi tadi. Masa makan ni sudah jam 3 petang. Memang menggigil kelaparan dan kesejukan.

Disebabkan malas cari tempat lain, kami hanya makan di kawasan parking sahaja. Parking kereta paling hujung, lepas tu duduk bersila tanpa sebarang alas. Makan la kami bertiga di situ sampai kenyang.

Angin boleh tahan sejuk sebab kawasan tu kawasan pergunungan.

Selesai membaham nasi berlaukkan telur dadar dan sayur yang dimasak sebelum keluar guesthouse, kami terus pulang ke Sapporo. Sampai Sapporo dalam sekitar 8.30 malam juga la.

Map Code
Shirahige Waterfall-796 182 604
Shirogane Blue Pond-349 568 888
Shikisai-no-Oka-349 701 188/152


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips memandu di Jepun:-

1/ Perlu ada International Driving Permit (IDP). Buat di kaunter JPJ sebelum travel. Bayaran RM 150, valid untuk tempoh setahun.

2/ Pemanduan sama seperti di Malaysia on right site. 

3/ Kelajuan harus diambil kira untuk elak dikenakan saman. Kelajuan di kawasan bandar 40km/j dan di kawasan highway 80km/j. Kawasan luar bandar/jalan perkampungan 60km/j

4/ Sebelum mulakan pemanduan, minta tunjuk ajar kakitangan rental car, mana laluan bertol dan tidak bertol. Jika mahu jimat wang bayar tol yang mahal, guna jalan tidak bertol. Tapi jarak agak jauh berbanding jalan bertol. Jika banyak masa, pilih la jalan tiada tol. Jika cukup wang dan mahu jimat masa, boleh gunakan jalan bertol

5/ Polisi sewa kereta full tank-full tank, jadi return pun kena full tank juga ya. Resit terakhir mesti di bandar yang sama. Kalau Sapporo, resit akhir mesti Sapporo juga.

Backpackers trip to Hokkaido

First day di Hokkaido
(23 Oktober 2017)

Fight kami tiba di New Chitose Airport around 8.25am waktu Jepun. Sejam awal dari Malaysia.

Sampai saja di airport, terus beratur di kaunter Imigresen Jepun. Sistem mereka kena go through dua kaunter. Kaunter pertama untuk clear dokumen, thumb print. Lepas tu kaunter kedua, untuk serahkan borang declaration kastam.

Aku dan seorang rakan elok ja lepas setelah beg kena check. Seorang lagi kena tahan untuk check beg. Kawan aku seorang tu, bawa kopi sekotak kecil. Jadi kena soal banyak sikit. Tapi Alhamdulillah lepas juga kopi tu. Kalau tidak, jenuh la mau mencari kopi yang diyakini.

Selesai urusan dokumentasi imigresen & kastam, kami berehat sekejap untuk mengatur barangan. Sedang sibuk selongkar barangan, seorang mamat Jepun mendekati kami untuk tanya kami datang dari mana & atas urusan apa di Hokkaido. Dia perkenalkan diri, dia seorang anggota polis airport.

Ingatkan dia mau semak pasport. Sebab baca dalam group FB RTJ ada traveller Malaysia pernah berdepan situasi begitu. Rupanya mamat tu hanya ingin bagi flyers untuk hubungi nombor emergency polis jika berlaku sebarang insiden masa berada di situ.

Bagus kan polis airport ni. Bagi info berguna untuk pelancong. Lepas bagi flyers, dia terus beredar.

Kami turut beredar untuk ke Lapangan Terbang Domestic. Bukan mau naik connecting flight tapi subway untuk ke bandar Hokkaido, terletak di area domestic airport

Kawan aku in charge subway. Seperti trip last year di Korea, aku memang failed bab subway.

Dari airport kami ambil JR Line ke Shin Sapporo dengan tiket berharga 880yen. Lepas tu sambung ambil 1-day pass untuk berjalan sekitar Hokkaido. 1-day pass ni 830yen. Asalnya ingin meronda kawasan sekitar tapi bila sampai tu hujan turun & bersalji, niat tu dibatalkan.

First time tengok salji memang excited. Tapi bila terpaksa berjalan dalam hujan salji dengan pakai poncho, aku terus nekad tidak mahu travel masa winter & snow. Beku ok berjalan dalam hujan salji.

Kami kena berjalan kaki dari Shiroishi Station ke hostel penginapan kami,Backpackers Hostel 'Ino's Place'.

Dalam web, hostel tu 6 min walking distance dari subway station tapi, langkah kami dalam hujan salji tu boleh sampai 10-15 minutes. Untuk cari hostel pun take about 2-5 minutes.

Kami sampai sebelum 12noon jadi dapatlah early check in. Sebab hostel ni from 12noon-3pm diorang rest jadi memang tiada orang akan entertain client di kaunter.

A good place to meet other guest here at living room

Living Room in Ino's Place
Bila terkena hujan bersalji, kami terus ambil keputusan berehat sekejap sehingga hujan reda. Last-last malam juga baru keluar. Di sini jam 4 petang sudah gelap macam 7 malam di Sabah.

Kami keluar semula untuk ke Sapporo TV Tower. Nasib baiklah hujan sudah berhenti masa tu. Tapi sejuknya memang buatkan aku mengigil.

Etrance untuk menaiki TV Tower tu 720yen. Turun bawah, sempat beli hot cocoa dari vending machine. Ni ja minuman yang nampak orang yakini halal so, kami pun beli jugalah tanpa was-was. Sedap weh koko tu.

Night View from Sapporo TV Tower
Naik kejap seja pun sebab tower tu pusing-pusing pemandangan yang lebih kurang sama juga. Cantik tu memang cantik juga la sebab pemandangan bangunan skyscrapper dan bandar waktu malam.

Masa otw balik hostel, kami singgah ke AEON Mall untuk beli telur & sayuran for dinner & breakfast the next day.

Selesai shopping, terus jalan kali balik hostel sebab AEON tu tidak jauh dari hostel. Balik hostel terus masak & dinner dengan bahagianya.

Malam pertama di hostel tu, macam kami sahaja guest yang menginap di situ.

Sekian perjalanan kami pada hari pertama.

Tuesday, December 5, 2017

Diving in Sipadan-My new adventure



I started diving a bit late compare to other media friends. But its an amazing experience to venture into a new activity which is out of my comfort zone, at my early 30's.

Never crossed in my mind, I'll have the courage to dive and explore what we have underwater, especially in Sipadan, Sabah. This dive site rated as top 10 dive site in the World.

I certified as an OWD on December 4, 2016 and had an opportunity to dive in Sipadan in November 2017. It took me a year to dive in Sipadan.

We were lucky to get an opportunity to dive in Sipadan with OWD license. As we know minimum requirement to dive in Sipadan is Advanced Open Water license.

We given a privileged to dive with OWD license because we were part of 'End In Sipadan' campaign, a program organized by Ministry of Tourism & Culture, Sabah.

Media representatives invited to join this all year-round programme in 2017.

At first, I thought diving is all about wear all the dive equipment & jump to the water.

My perception on diving totally change during an OWD course. There were a lot of technical things I need to learn to ensure my safety underwater. This technical part I need to master if I want to be a good diver.

I have to do lot of diving to improve my buoyancy and problem with equalizing. After more than 10 dives, these 2 technic improve by itself. 

In Sipadan, we dive at 3 diving site-South Point, Barracuda Point & Coral Garden.
Diving at dive site that listed as Top 10 Best Dive Site in the world really an amazing & fantastic experience for new diver like me.

As expected Barracuda Point is really beautiful with lot of big marine life such as turtles, whale sharks & of course a school of barracuda.

Dive beside all these marine life can't be described or explained by words. Its like we are watching a documentary of marine life.

In South Point, we dive along a wall of corals. The ground can't be seen as its located at 60m depth.

So a good bouyancy control very important for this dive site. Luckily there was no current when we dive at this first dive site.

In Barracuda Point, I felt a current but its not too strong. We need keep close to the rocks.
After two dive, I still excited to do my third dive as I really like corals. Corals garden is a forest filled with corals.

Oh ya since the programme called End In Sipadan, Sipadan was our last stop. The program started in Kota Kinabalu-Kota Belud-Kudat-Lahad Datu-Semporna.

The ministry plan to create a diving trails for tourist and divers. All this time, people only dive in Kota Kinabalu & Semporna without knowing there are a lot of diving site in other part of Sabah such as in  Mantanani, Kota Belud; Simpang Mengayau, Kudat; Silam Bay, Lahad Datu.


All the dive site have their own attractions. For Kota Kinabalu, we explore dive site in Sepanggar area. We dive in Clement Reefs that filled with big size of corals and macro species.

For Mantanani Island in Kota Belud known for its crystal clear water. Visibility while diving up to 20m. However, some of the corals started to bleach. Most probably because of fish bombing or global warming. If the damage because of the fish bombing, lets pray the authorities will take stern action against them. It takes hundred years for the corals to growth. Its a great loss to the diving industry if all corals damage by human greed.  

I can't tell much about dive site in Kudat because this is the only stop I didn't participate. I didn't get approval from my superior to join the programme in Kudat.

However, the pictures of dive site in Kudat attract me to go there and see the beauty of underwater world in Kudat. 





Kudat well known for surfing activity not diving. People didn't know Kudat also offering diving activity for tourist.

Our second last stop was in Silam Bay, Lahad Datu before we go to Sipadan. Among all dive site I dive throughout this programme, I would say my favourite is Silam Bay.

The beauty of underwater scenery make me fall in love with the dive site in Silam Bay. For those who really into corals, Lahad Datu should be in your list to dive. There is no current, visibility very good. Lots of dive site to explore.

The dive operator in Lahad Datu (Pirate Divers) told us they face a difficulty to operate the dive centre after Tanduo incident. 

People still get a bad impression about Lahad Datu. People still worry about their safety. As Sabahan, I hope people will change their mindset on the safety issue in East Coast of Sabah.

There are marine patrolling around this dive site areas. I feel very secure during our dive trip.


All photo by Joe Starzz. One of the local heroes I met during End In Sipadan campaign. A school dropout who make a living by taking video & photos underwater. All photos taken by him amazed me.


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zaman muda remaja tidak mahu explore apa ada di dasar laut. Bila usia makin lanjut ni, baru aku terbuka hati dan punya keberanian untuk explore dasar laut di Sabah ni.

Tanggal 4 Disember 2016 aku certified as an Open Water Diver (OWD). Setahun sudah berlalu. Tidak banyak tempat yang aku dive sepanjang tempoh tu.

Tapi bila dapat peluang menyelam di Sipadan, listed as Top 10 beautiful diving site in the world memang terasa diri amat bertuah.

Terima Kasih Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) Sabah atas peluang yang diberi.

Aku dapat lesen dive pun atas tajaan Motac Sabah. Masa tu kami menyertai Program Voluntourism: Volunsharing bersama Media ‘End in Sipadan’.

Honestly, sebelum ni aku beranggapan diving ni cukup sekadar pakai equipment dan terjun ke dasar laut.

Tapi bila certified as a diver, banyak weh benda kena belajar. Banyak teknik dan perkara perlu diambil perhatian supaya tidak bahayakan diri masa berada di dasar laut. Tapi perkara berkaitan teknikal ni, pelan-pelan praktis pasti boleh punya.

Back to Sipadan. Barracuda Point is the best diving site in Sipadan. Kenapa? Sebab di situlah hidupan marin yang pelbagai boleh kita temui. Dari school of fish hingga ke penyu dan shark. Bukan shark do do do do do do ya..

Oh sebelum pergi jauh merapu. Kami diberi kelonggaran untuk menyelam di Sipadan dengan lesen OWD. Standard requirement untuk diving di sini adalah Advanced Open Water.

Tapi disebabkan kami menyelam dibawah Kempen ‘End in Sipadan’ iaitu Program Motac Sabah jadi, kami dibenarkan diving di situ dengan lesen OWD.

Ok our first dive was in South Point. Dive site ni memang lawa dengan a wall of corals. Dive next to a wall of corals memang amazing. Kalau tidak jadi diver, tidak merasa la pengalaman best macam ni.

Current masa tu not so strong, jadi agak mudah untuk kami melakukan aktiviti selaman dengan tenang.

Untuk 2nd dive, kami diving in Barracuda Point. This is one of the best dive site in Sipadan. Jika dive site first tu a wall of corals. Tapak selaman kedua ni, kami terpegun dengan hidupan marin yang pelbagai.

A School of fish berada di keliling kami masa diving. Perasaan excited tu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Keindahan diving sites di Sipadan ni biarlah gambar berbicara.

Jika diving di tempat-tempat lain sebelum ni aku tercari-cari kelibat Penyu, di Sipadan ni penyu berlambak. Toleh kiri ada penyu, toleh kanan pun ada penyu. Dari saiz sekecil-kecil meja coffee table sampai sebesar-besar dining table.

Dive site ketiga adalah Coral Garden. Memang macam berada dalam forest of corals.

Setiap dive site kami dive kira-kira 30-40 minit. Tapi aku punya gas bertahan sampai 30-37 minit saja. Kawalan pernafasan kurang baik. Teknik belum betul.

Apa pun overall pengalaman menyelam di Sipadan aku gambarkan sebagai pengalaman yang tidak dapat dirasai di tapak selaman lain.








Sebelum dive di Sipadan, dibawah program yang sama, kami dibawa menyelam di Mari-Mari Sepanggar, Pulau Mantanani, Kudat dan Silam Bay Lahad Datu.

Setiap dive site ni mempunyai kelebihan tersendiri. Mari-Mari Sepanggar dipenuhi dengan corals dan macro species.

Pulau Mantanani terkenal dengan crystal clear water. Jadi visibility masa diving memang terbaik. Tapi aku perasan beberapa corals di Mantanani ni mula bleaching. Sedih tengok khazanah laut kita alami kemusnahan. So let’s pray fish bombing dapat dihentikan sepenuhnya di perairan kita.

Kudat juga terkenal dengan hidupan makro. Nudies antara hidupan yang senang ditemui di perairan Kudat.

Last dive sebelum Sipadan adalah Silam Bay, Lahad Datu. Ni antara diving site yang aku terjatuh cinta. Keindahan dasar laut di Lahad Datu boleh sama taraf dengan Sipadan.

Sebab aku lebih gemarkan corals berbanding hidupan marin. Melihat saiz corals yang besar di Lahad Datu buatkan aku kagum. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Jadi kenapa kita tidak jaga khazanah alam sebegitu.

Bagi divers yang menyelam sebab ingin melihat keindahan corals yang pelbagai, Lahad Datu adalah tempat paling sesuai untuk anda. Untuk penyelam yang suka dengan hidupan marin yang pelbagai spesis, menyelam la di Sipadan.

I would say, diving in Lahad Datu worth your money. Don’t let the Tanduo incident affect our diving industry. The security personnel are always patrolling our water. I felt secure during our dive trip in Silam Bay on November.

All photo by Joe Starzz. One of the local heroes I met during End In Sipadan campaign. A school dropout who make a living by taking video & photos underwater. All photos taken by him amazed me.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...