Wednesday, December 20, 2017

Backpackers trip to Hokkaido 2

Hari kedua-Heading to Biei
(24 Oktober 2017)

First day drive in Hokkaido, Japan terus rasa nervous. Biarpun drive macam di Malaysia, pemandu berada sebelah kanan. Tapi tempat baru kan, jadi memang agak nervous juga untuk memandu.

Lagipun speed limit di Jepun very slow compare dengan Malaysia. Speed limit di highway 80km/j dan had laju dalam kawasan bandar Hokkaido 40km/j.

Berhati-hati betul aku memandu. Gara-gara tidak mahu memandu lebih had laju. Maklumlah biasa drift kalau pegi keja. Tapi bila di negara orang ni haruslah jadi pemandu yang berhemah.

Ok hari kedua di Hokkaido ni destinasi tujuan kami-Biei dan kawasan sekitarnya.

Dari guesthouse ke rental car tu tersesat sekejap. Jadi ambil masa sikit cari kedudukan rental car yang berhampiran dengan Sapporo Station.

Lepas ambil kereta di Budget Rent A Car yang berada dalam APA Hotel, kami terus mulakan perjalanan ke Biei. Kami mulakan perjalanan sekitar jam 10.30 pagi dan tiba di Biei sekitar 1 petang.

Travel dengan bajet ciput, kami hanya sewa Vitz Toyota. Lebih kurang macam Proton Iriz. Segala urusan tempahan dibuat secara online sebelum datang ke sini. Disebabkan kami booking awal dapatlah harga 19,800 yen untuk 4 days rental.

Kami datang kaunter untuk sign dan buat pembayaran sahaja. Oh ya sebelum mula memandu, minta ajar siap-siap macam mana guna GPS dan avoid toll road. Sebab biarpun direction gps dalam English tapi tulisan dalam tu semua dalam Kanji.

Jadi kenalah belajar cara guna gps dan elakkan laluan ada tol. Biarpun jarak agak jauh berbanding toll route, tapi pemandangan memang berbaloi.

Masa tempeh kereta, kami request wifi router dan ianya dipinjamkan secara percuma. Kawan-kawan aku yang jadi penumpang tu boleh juga la upload gambar dan video dalam perjalanan.

Insurans pula kami ambil basic yang memang sekali dengan pakej sewa. Bayaran insurans yang cover semua sangat mahal jadi, kami hanya ambil basic insurans sahaja. Tapi kalau memang ada extra budget, ambil la full coverage just in case berlaku kemalangan.

Disebabkan kami hanya ambil basic insurans maka, aku kena memandu berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Diawal pemanduan kami tersalah masuk laluan yang ada tol, jadi terpaksa juga bayar 310 yen. Lepas tu, berhenti tepi jalan dan set gps betul-betul. Nasib la tidak sampai ribuan yen.

Kami memang set siap-siap avoid toll routes masa start drive tapi gatal tangan sambung MP3 terus setting terggangu.

Bila drive laluan tiada tol, kami disajikan dengan pemandangan kawasan luar bandar yang sangat cantik. Sepanjang jalan boleh nampak kawasan bersalji.

Naik sahaja kawasan berbukit, boleh nampak salji tebal menutupi pokok  dan kawasan lereng bukit. SubahanAllah indah sangat pemandangan di situ.

Tapi bila berada kawasan bersalji, terpaksa drive lagi slow sebab risau jalan licin. Aku tiada pengalaman drive tempat bersalji jadi kena memandu berhati-hati.

Suhu masa berada di kawasan berbukit-bukau sekitar 4-7 degree. Itu suhu menurut bacaan dashboard kereta kami la.

Tujuan pertama di Biei adalah Shirahige Waterfall. Terbayang kebiru-hijauan air terjun. Sebab kebanyakan gambar yang kami lihat orang post air terjun di situ memang bewarna biru-kehijauan.

Lepas drive lebih 3 jam, kami tiba di Shirahige Waterfall. Laluan menuju ke kawasan air terjun ni tebal dengan salji. Tapi nasib baiklah jalan raya tidak bersalji.

Masa ni teruja sangat tengok salji tebal. First time nampak salji tebal begitu seumur hidup. Ni belum datang Hokkaido masa winter. Kalau datang masa musim sejuk confirm aku tidak keluar bilik.

Travel during winter season will be my last choice. Aku duduk dalam tempat aircond pun boleh menggigil. Ni kan pula dengan salji.

Kecantikan kawasan sekitar Shirahige Waterfall ni biarlah diceritakan melalui gambar yang sempat lensa camera dan handphone aku rakam.

Shirahige Waterfall...warna biru air tu tidak nampak sangat sebab bersalji
kesejukan yang melampau tapi masa ni berani lagi buka jaket untuk bergambar
parking area in Shirogane Blue Pond
kebiruan air itu tidak kelihatan...sedih

Air terjun biru-kehijauan itu tidak jelas kelihatan sebab kawasan sekitar sudah beku dengan salji. Jadi kami lebih excited bergambar berlatarbelakangkan gunung yang dilitupi salji.

Selesai posing di setiap sudut yang ada, kami terus drive ke destinasi seterusnya iaitu Shirogane Blue Pond. Jarak dari Shirahige Waterfall ke Blue Pond ni dalam 10 minit sahaja.

Tiba di Blue Pond, kami bergambar sekejap saja. Pelancong terlalu ramai dan laluan ke tasik licin dan berlumpur. Rasanya tidak sampai 30 minit pun kami bergambar di situ.



Kami perlu ke destinasi terakhir di Biei sebelum senja. Aku tidak berani memandu di kawasan bersalji malam-malam.  Bayangkan jika salji turun lagi. Stuck dalam kawasan hutan ishhh…memang tak sanggup.

Jam 4 petang sudah senja jadi kami perlu rushing untuk pulang ke Sapporo. Kenapa tidak stay di Biei atau Furano? Ni sebab travel buddy aku request awal-awal tidak mau berpindah banyak tempat.

Masa travel di Korea, hampir setiap hari kami pindah hostel dan guesthouse.

Destinasi terakhir di Biei, Shikisai-no-Oka. Rasa kecewa bila tengok ladang bunga tu banyak sudah bertukar warna coklat…bunga sudah layu. Mungkin musim bunga sudah berakhir pada penghujung Oktober. Mungkin juga disebabkan salji yang turun tiba-tiba menyebabkan banyak bunga layu.

Selepas bergambar, kami terus cari port untuk makan. Perut sudah berbunyi tidak berisi sejak keluar awal pagi tadi. Masa makan ni sudah jam 3 petang. Memang menggigil kelaparan dan kesejukan.

Disebabkan malas cari tempat lain, kami hanya makan di kawasan parking sahaja. Parking kereta paling hujung, lepas tu duduk bersila tanpa sebarang alas. Makan la kami bertiga di situ sampai kenyang.

Angin boleh tahan sejuk sebab kawasan tu kawasan pergunungan.

Selesai membaham nasi berlaukkan telur dadar dan sayur yang dimasak sebelum keluar guesthouse, kami terus pulang ke Sapporo. Sampai Sapporo dalam sekitar 8.30 malam juga la.

Map Code
Shirahige Waterfall-796 182 604
Shirogane Blue Pond-349 568 888
Shikisai-no-Oka-349 701 188/152


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips memandu di Jepun:-

1/ Perlu ada International Driving Permit (IDP). Buat di kaunter JPJ sebelum travel. Bayaran RM 150, valid untuk tempoh setahun.

2/ Pemanduan sama seperti di Malaysia on right site. 

3/ Kelajuan harus diambil kira untuk elak dikenakan saman. Kelajuan di kawasan bandar 40km/j dan di kawasan highway 80km/j. Kawasan luar bandar/jalan perkampungan 60km/j

4/ Sebelum mulakan pemanduan, minta tunjuk ajar kakitangan rental car, mana laluan bertol dan tidak bertol. Jika mahu jimat wang bayar tol yang mahal, guna jalan tidak bertol. Tapi jarak agak jauh berbanding jalan bertol. Jika banyak masa, pilih la jalan tiada tol. Jika cukup wang dan mahu jimat masa, boleh gunakan jalan bertol

5/ Polisi sewa kereta full tank-full tank, jadi return pun kena full tank juga ya. Resit terakhir mesti di bandar yang sama. Kalau Sapporo, resit akhir mesti Sapporo juga.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...