Friday, July 21, 2017

Jeju here we come!!! (part 2)

Jeju DAY 2

Hari ini kami makan heavy breakfast sebelum mula meronda Jeju. Nasi lebihan malam tadi, kami makan berkuahkan maggie dan sambal kentang goreng yang dibawa dari Sabah. Alhamdulillah sambal ni tahan lama.

Di Jeju semua arrangement perjalanan diatur oleh aku. Jika esah berperanan hafal laluan subway dan mengatur perjalanan semasa di Seoul, aku mainkan peranan yang serupa masa di Jeju. Bezanya di Jeju kami naik kereta dan di Seoul naik subway.


Bila ketiga-tiga kami sudah ready untuk menempuh hari kedua ni, kami pun mula bergerak jam 8 pagi ke Seongsan Ilchulbong. Rasanya semua oran tahu, ni antara Unesco site yang terletak di Jeju.


Bagi aku Jeju Island memang sebuah pulau yang cantik. Aku suka travel ke tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik berbanding melihat bangunan pencakar langit di bandar-bandar besar.


Tidak sia-sia berusaha juga datang ke Jeju selepas insiden pesawat berpatah balik.


Berbalik kepada perjalanan kami. Kami tiba di Seongsan Ilchulbong sejam kemudian. 


Ketika ini anak tangga untuk naik ke Seongsan Ilchulbong sudah mula dibanjiri orang ramai. Tapi tidak terlalu crowded. Masih ada ruang untuk berjalan dan berhenti ambil gambar.


gaya orang yang gila bergambar, travel buddy aku Esah..ni sebelum start mendaki tangga


Selepas beli tiket yang berharga 2,000 won kami teruskan sesi bergambar. Kawasan lapang sebelum memulakan pendakian tangga ni turut menyediakan khidmat menyewa kuda. Siapa yang rasa mau naik kuda dan bergambar berlatar belakangkan Seongsan Ilchulbong ni, boleh la sewa kuda tu. Tidak tahu la berapa sewa per an hour sebab aku tidak naik kan.


Tapi kami tidak la buang duit untuk tujuan itu. Kami hanya bergambar di kawasan lapang tu sahaja sebelum kawasan tu diserbu pelancong lain.


Lokasi sewa kuda tu di belakang aku tu betul-betul berlatarkan Seongsan Ilchulbong

View yang boleh dilihat dari tangga menuju ke puncak


air laut yang berwarna Emerald Green-Blue tu sangat clear
Kemudian kami terus mendaki anak-anak tangga yang bikin sesak nafas tu. Akibat kurang stamina. Hanya aku dan kawan aku Esah sahaja yang naik ke atas. Seorang lagi travel buddies kami merangkap driver kami di Jeju, tidak sanggup mau panjat anak tangga yang menguji kekuatan kaki tu.


Tangga sepanjang laluan ni walaupun tidak curam tapi boleh tahan menguji stamina aku. Nasib baik sebelum travel kami sempat training hiking selama berbulan-bulan.


Cuaca yang agak sejuk tu membuatkan kami cepat penat. Nasib baik, air dalam botol tupperware sentiasa dibawa ke mana-mana bila travel.


Ada satu stop point sebelum sampai peak, bolehkan pengunjung lihat pemandangan Seogwipo dan lautan. Countryside punya view memang amazing. Bila sampai peak, MasyaAllah indahnya dunia ciptaanNYA.

Pondok-pondok tu tempat pertunjukan women diver
Setiap sudut yang ada kami pose untuk bergambar. Sudah penat-penat naik haruslah gigih bergambar kan. Walaupun kawan aku siap kena kuis ganas oleh seorang uncle Cina sebab dia mau suruh kawan aku lari dari satu spot bergambar.


Agak-agak la uncle wei, kami pun datang dari jauh juga & mau bergambar di situ. Kalau rumah kami di Jeju tidak la kami berhabis mau bergambar di atas tu. 

Geram punya pasal sebab uncle tu rude, kawan aku sempat juga siku uncle tu balik supaya dia tidak pajak ruang untuk bergambar.


Berdasarkan pemerhatian kami, Chinese tourist walau di mana saja berada agak rude dengan orang lain. Mungkin bukan semua tapi mesti ada yang rude. Bukan mau racist ya tapi itu hakikat yang memang boleh dilihat dengan mata kasar.


spot di sini la aksi siku-menyiku dengan pelancong China
bila ko rasa diri berbakat ambil gambar, offer diri tolong pasangan Ahjuma ni snap photo mereka berdua
Lama juga kami habiskan masa di Seongsan Ilchulbong ni sebab masa diambil untuk turun naik sahaja hampir 40 minit. Saja naik slow-slow supaya boleh nikmati pemandangan yang cantik. Ayat cover line sebab tidak cukup fit.


Semasa turun baru nampak pelancong semakin bertambah dan bersesak-sesak untuk naik. Syukur sangat sebab datang awal kalau tidak, stuck la di tangga kalau ada orang berhenti ambil gambar.


Turun sahaja dari puncak, terus cari kedai serbaneka untuk beli air & sudah tentu Banana Oyu wajib dibeli. Masa di Seoul sudah rasa yang warna hijau tulisannya, tapi agak strong rasa susu tu. Masa di Jeju, aku cuba Banana Oyu yang tulisannya warna biru muda, yang ni boleh masuk dengan tekak aku. Rasa lebih light sikit. 


Seterusnya kami sambung perjalanan ke Seopjikoji untuk cari juga canola flower. No phone yang aku jumpa di google bawa kami sesat masuk jalan kampung. Nasib baik ada rembat map book di guesthouse. Jumpa juga la tempat shooting drama 'All In' . 


Rumah Api tu jauh sangat..ambil gambar pun cukup la
panorama view of Seopjikoji
Pencarian calona flower tidak berjaya. Keliling kawasan lapang hanya ditumbuhi rumput sahaja. Jadi ubat kekecewaan dengan view laut yang cantik. 


Nampak rumah api tempat All In shooting tu agak jauh, kami tidak teruskan hasrat jalan sampai ke rumah api. Penat dari mendaki anak tangga pagi tadi pun belum hilang lagi.


One thing aku notice di Jeju ni, kebanyakan lokasi penggambaran drama mahupun filem secara automatik dijadikan destinasi pelancongan. Mungkin bukan semua tapi kebanyakan. Rasanya tu salah satu strategi promosi tourism destinations diorang. 


Turun balik ke kawasan parking, terhidu pula bau sotong bakar. Melihat Ahjumeoni tu hanya jual seafood, insyaAllah halal. Kami yakin untuk beli & makan sotong bakar tu. Sedap & fresh. Kekenyalan sotong tu fuhhh sampai habis kami baham dalam masa kurang 5 minit.


Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Seongeup Folk Village yang memperlihatkan rumah tradisi yang berdindingkan tanah liat dan berbumbungkan jerami. Perkampungan yang menjadi lokasi penggambaran drama bersiri 'Jewel in the Palace' ini sangat sunyi dan tenang. Mungkin bukan tumpuan utama pelancong.


parking kereta ja nampak Canola Flower di tepi car park ni
Seongeup Village ni perkampungan orang tapi sangat bersih
Masa berkunjung ke sini, tourist tidak ramai maka, suasana agak tenang. Hanya beberapa kereta sahaja yang parking di situ. 


Sama seperti Bukchon Hanok Village di Seoul, Seongeup Village ini juga merupakan perkampungan yang mempunyai penduduk. Jadi, kita kena jaga tingkah laku supaya tidak terlalu buat bising ketika bergambar di kawasan perkampungan ni.


Dari perkampungan ni, pemandangan berlatar belakangkan kincir angin turut kelihatan. Untuk bergambar memang sesuai sangat la.


Bila hari sudah mau petang, kami kembali semula ke guesthouse. Kami tiba di Seogwipo masa peak hour so memang agak sesak. Disinilah pemanduan terasa mencabar. Asal sampai roundabout, mesti kami akan tengok kanan walhal perlu tengok kiri. Jadi mangsa juga la kena horn dengan driver lain.


Kami balik guesthouse dalam jam 5 petang sebab malam tu plan mau ke night market for food hunting. Masa buat research ada blogger yang suggest kalau rasa mau makan di pasar, cari saja gerai yang jual seafood. No meat. No chicken. InsyaAllah tidak akan termakan benda tidak halal.


Untuk ke Olle Traditional Market ni, kami jalan kaki saja dari guesthouse. Sebelum keluar tu sudah tanya owner direction pasar ni. Tidak jauh mana pun pasar ni dari guesthouse. Dalam 5-10 minit perjalanan. Niat ke pasar untuk makan apa yang boleh dimakan.
Tteobokki & udang goreng tepung
Tapi sebelum makan, kami sempat membeli di sekitar pasar tu. Di sini banyak juga barangan yang menarik untuk dibeli namun, kami hanya membeli daun bawang untuk masak breakfast. Sempat juga aku singgah beli wind breaker. Colourful sangat wind breaker & jacket yang dijual di pasar malam ni. Selesai membeli-belah kami teruskan cari gerai jual Seafood.


Kami observe gerai mana yang hanya jual seafood sambil-sambil tanya owner, diorang ada serve daging atau tidak. Boleh juga la kawan aku bercakap korea sikit sebab sebelum datang Korea ni, kami berdua ada ambil course Korean Language. Tapi aku failed untuk ingat dan faham. Setakat tanya direction & harga tu aku boleh la.


Lepas pusing dari hujung ke hujung. Kami berhenti di sebuah gerai yang hanya hidang seafood sahaja. Tapi kami tidak makan banyak pun. Kami hanya cuba tteobokki, udang dan fish cake yang dimasak dengan chili. Pedas berapi weh kuah tteobokki dan fish cake tu. 


Di sini ada cerita juga..bila mau bayar kawan aku panggil ma'cik tu Ahjuma. Sekali bila kami beredar, ma'cik tu panggil kami Ahjuma Ahjuma. Rupanya dia panggil sebab mau bagitau barang kami tertinggal. 

Kena panggil Ahjuma terus terasa tua. Rupanya kami kena panggil Ahjumoeni sebab itu lebih sopan sikit. Maaflah ma'cik kami belum khatam belajar Bahasa Korea.


Balik guesthouse dengan perut yang kenyang. Maka lena la tidur kami malam tu.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...