Sunday, July 16, 2017

Annyeong!! Destinasi Korea Ku (part 2)


SEOUL Day 2 


Hari kedua di bumi Korea ni kami teruskan plan untuk pergi ke Nami Island. Tempat wajib bagi peminat Winter Sonata. 

Awal pagi lagi kami sudah bergerak menaiki train hingga ke Yongsan Station. Kemudian kami mengambil tiket ITX ke Gapyeong di kaunter yang sedia ada di Yongsan tu.

Tiket ni kami beli sebelum datang Seoul. Kami beli tiket one-way saja sebab x sure berapa lama akan stay di Gapyeong. 

Perjalanan dari Yongsan ke Gapyeong hampir sejam. Sampai Gapyeong Station, kami terus membeli tiket bas yang berada di luar station tu. Untuk return trip from Gapyeong Station-Nami Island-Petite France-Gapyeong Station. Tiket return 6,000 won. 

Sampai jeti feri untuk ke Nami Island, kami beli tiket yang berharga 8,000 won. Feri ni akan berulang-alik selang beberapa minit. Pulau Nami ni pun tidak jauh dari jeti menjual tiket. Hanya kira-kira 5-10 minit perjalanan.


view entrance of Nami Island
Kami menikmati keindahan sekitar Nami Island ni sehingga jam 12.30 tengahari. Kira-kira 2 jam lebih juga la pusing2 pulau tu. Pulau ni tidak la besar mana tapi banyak spot bergambar yang cantik.


Apa Khabar

Feeling2 dalam filem Winter Sonata..tapi saljunya tiada


my travel buddies-Mariah (middle) & Esah (right)

Annyeong Joon Sang & Yu Jin
Sculpture watak Winter Sonata antara tempat wajib untuk bergambar. Untuk keliling pulau ni ada 2 pilihan, berjalan kaki mahupun naik basikal. Basikal boleh disewa ketika sampai di entrance pulau ni. Bila rasa sudah pusing habis pulau tu, kami terus tunggu feri jam 12.30.

Kemudian kami pergi ke next destinastion iaitu Petite France. Tiket masuk ke Petite France ni sama dengan Nami, 8,000 won. Kami round tempat ni sehingga 2.30 petang sebelum menuju kembali ke train station.






minum Oyu sambil menjelajah di Petite France..
Lokasi penggambaran banyak drama Korea ni unik dengan rumah ala-ala English style. For those yang mau kumpul stamp on the map, boleh dapatkan map di starting point. Lepas ronda habis seluruh kawasan ni kami terus tunggu bas & kembali semula ke Gapyeong. 

Lepas beli tiket ITX berharga 4,600 won, kami terus menaiki ITX dari Gapyeong menuju ke Yongsan. Disebabkan lewat beli tiket, berdirilah sepanjang perjalanan yang jauh hampir sejam tu. Tapi kami buat selamba jak duduk lantai, ramai juga orang lain duduk bersila di lantai so, xda la segan sangat.

Dari Yongsan Station, kami terus menaiki subway hingga ke Yeuido Park. Tapi Cherry blossom hunting tidak kesampaian sebab kami tidak mengelilingi keseluruhan Yeuido Park. Taman ni sangat besar sehingga ke seberang sungai.

Mencari Yeuido Park ni agak sesat juga la sebab tidak expect kawasan Yeuido ni luas. Kami hanya berjalan sehingga ke jogging track sahaja. Hasrat untuk berjalan lebih jauh kami batalkan sebab sudah terlalu penat berjalan hampir half day.

Masa cari Yeuido Park, kami berhenti berkali-kali untuk tanya orang keliling. Nasib warga Seoul ramai yang faham English, selamat la dari kesesatan. 

Sampai Yeuido Park, kami hanya melihat pokok sakura yang hampir bertukar putih. Tu pun tidak banyak seperti digambar. Rupanya Yeuido Park ni sampai seberang sungai. Disitu sepanjang jalan ada bunga sakura. Research x cukup tentang itu. Nangis!!!. 

Nasib la masa di Nami Island & Petite France berhabis posing berlatarkan pokok sakura. Jadi kekecewaan di Yeuido Park terubat. 

Dengan hati yang kecewa kami kembali ke Kak Long Guesthouse. Around 6pm, kami sampai di guesthouse, ambil backpack lepas tu terus pindah ke Myeongdong. 

Penginapan hari kedua kami di 24 Guesthouse Myeongdong. 24 guesthouse ni banyak branch ya, so kena copy betul2 alamat tu supaya x silap pegi guesthouse. 

Untuk sebelah malam, around 8pm kami ambil teksi untuk ke Dongdaemun Market. Kami meronda Dongdaemun Market sekejap ja sebab x tau mau beli apa..sebab pasar ni jual barangan secara borong. 

Kalau untuk orang berniaga sesuai la pajak barangan yang dijual di sini. Pakaian budak, baju dan stokin semuanya ada. Last-last aku beli je la stokin sebab stokin yang tergantung comel-comel belaka. Siap meronda dan teman kawan aku beli baju untuk anak dia, kami pulang semula ke hotel. Ends of my journey in Day 2.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...