Tuesday, July 25, 2017

Jeju here we come!!! (part 3)

Jeju Day 3

Ini hari terakhir kami berada di Seogwipo sebab sebelah malam sudah kena berangkut ke hostel yang terletak di Jeju City. 

Jika hari kedua kami menuju ke Barat Jeju. Untuk hari ketiga ni, kami explore Timur Jeju pula. 

Pergerakan untuk hari ni juga seawal 9 pagi sebab kena drive jauh. Tujuan hari ni mau ke Mount Sanbangsan, Yongmeori Coast & Jusangjeollie Cliff.

Muzium-muzium termasuk muzium Teddy Bear out from our itinerary sebab entrance fee pun sudah mahal. Baik nikmati pemandangan yang entrance fees lebih murah. 

Entrance di Jeju ni semuanya bawah 5,000 won. Sangat murah berbanding destinasti pelancongan di Seoul. 

Sebelum keluar guesthouse, kami bersarapan nasi berlaukkan telur dadar yang dimasak dengan daun bawang, lada & serbuk cili. Serbuk cili yang tuan rumah sediakan di peti ais ni memang sedap. Maggie pula jadi kuah. Sudah jadi kebiasaan orang Sabah makan nasi berkuahkan maggie.

Bila sudah kenyang. Kami terus bergerak ke Mt Sanbangsan ni cuaca dalam perjalanan agak mendung. Bila sampai sahaja di parking, tiupan angin sangat kuat. Jadi bertambah sejuk la cuaca di situ sebab di persisir laut. Kami tidak la berhasrat mendaki gunung sebaliknya ingin bergambar sahaja berlatarbelakangkan Mt Sanbangsan.

Niat dihati untuk melihat hakisan laut di Yongmeori Coast tapi disebabkan cuaca dan high tide, tempat itu ditutup untuk pelawat. Kecewanya sebab betul-betul mau bergambar di situ gara-gara tengok instagram Jeju Muslim. Mungkin bukan rezeki mau jejak kaki ke Yongmeori kali ni. 

Dari kawasan parking boleh nampak juga la hammel ship yang turut ditutup untuk pelawat pada hari itu. Bad timing datang ke kawasan persisir pantai ni. Mungkin  mau kena repeat datang Jeju lagi la lepas ni.

Bila cuaca makin berangin & nampak macam mau hujan, kami teruskan perjalanan ke Jusangjeolli Cliff. Dalam perjalanan kami berharap sangat hujan x lebat sebab cliff ni pun berada di persisir laut.

Semasa menuju ke Jusangjeolli ni kami nampak banyak attraction lain yang berada di sekitar kawasan ni. Tapi kami x singgah pun sebab memang mau stick dengan original plan. Kalau singgah nanti lewat pula untuk return kereta di Jeju City.

Bila sudah sampai Jusangjeolli, kami terus membeli tiket yang berharga 2,000 won. Hujan mula turun sebelum kami sempat bergambar berlatarbelakangkan batu-batuan yang terbentuk hasil pembentukan lava gunung berapi ke laut. Cliff itu terbentuk secara semulajadi. Memang unik ciptaan Tuhan.



Boleh tahan juga lebat hujan masa tu. Nasib ada tempat untuk berteduh. Kebetulan ada orang tengah menjual oyster berhampiran pelantar tempat bergambar tu, jadi ramai juga orang tumpang berteduh di situ.

Ahlamdulillah hujan tidak berlanjutan maka dapat juga kami bergambar di situ. Cuaca di Jeju ni memang unpredictable..tidak hairanlah kami pesawat kami tidak dibenarkan mendarat di Jeju pada malam sepatutnya kami sampai di Jeju. Walhal di ruangan udara langsung tidak merasa turbulence.

Tengah-tengah bergambar tu, datang pula sekumpulan warga China. Sekali lagi insiden di Seongsan Ilchulbong berlaku di sini. Warga China ni kalau mau bergambar memang x peduli orang lain. Pajak spot bergambar seolah-olah hanya diorang sahaja ada di situ.

Kami berusaha juga menyelit diantara pelancong China tu. Masa tu tidak peduli sama ada diorang orang tua atau bukan. Iya la jauh-jauh datang sini, wajib la bergambar di spot yang terbaik kan. 

Rasa-rasa puas bersiku dengan auntie-auntie Cina tu, kami pun meninggalkan kawasan tu. Kami parking agak jauh sebab GPS bagi direction hingga situ sahaja. Ada juga parking yang lebih dekat dengan cliff tu.

Kami tinggalkan kawasan Jungmun tu untuk menuju ke Jeju City. Disebabkan masih awal lagi, kami memutuskan untuk singgah ke Jeolmul Natural Forest. Masa buat research pasal Jeju, aku tertarik dengan keunikan hutan yang gabungkan hutan semulajadi dan buatan manusia ini.

Pemandangan sepanjang jalan menuju ke kawasan yang terletak di kawasan berbukit ni memang cantik. Jeju memang dikurniakan dengan keindahan alam semulajadi yang akan membuatkan kita terpukau.

Bila sampai parking cuaca yang mendung bertukar menjadi ribut. Angin bertiup kencang sehingga kami terasa kereta bergegar. Kereta bersaiz kecil memang ringan kalau ditiup angin kencang. Kamk terpaksa pindah parking antara 2 kereta lain.

Angin kencang disertai hujan menyebabkan kami menunggu sementara waktu di kereta sebelum buat keputusan mau terus masuk ke forest atau tidak.

Kawan merangkap driver kami turun ke kafe yang berada berhampiran parking. Dia risau angin terlalu kuat. Dia x berani mahu memandu dalam keadaan cuaca sebegitu. Ketika ni, berlaku percanggahan pendapat antara kami bertiga.

Disebabkan tidak mahu terlewat untuk hantar kereta, aku memberanikan diri memandu turun dari kawasan berbukit tu. 

Niat untuk bergambar di Jeolmul Forest terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca sebegitu amat mustahil untuk berhenti.

Biarpun tiada lesen, tawakal juga la semoga tidak ditahan polis. Aku memandu perlahan menuju ke hotel penginapan kami untuk malam tu. Kami perlu menghantar backpack dan semua barangan ke hotel sebelum hantar kereta supaya tidak berangkutan naik teksi dengan backpack yang besar.

Syukur juga la pencarian hotel tidak sukar. Selepas meninggalkan backpack di hotel, kami mencari restoran untuk makan terlebih dahulu sebelum teruskan perjalanan menghantar kereta sewa tu.

Dalam banyak-banyak restoran halal kamj senaraikan, kami terjumpa Restoran Bagdad terlebib dahulu. Jadi makan sahaja di situ untuk jimatkan masa. Restoran ni nampak mewah dan harga makanan pun mahal sedikit berbanding di Itaewon. Sebab tiada pilihan, kami order juga la beriyani ayam & kambing untuk share makan bertiga. Harga untuk 2 beriyani RM 28,000.



Beriyani di Korea ni tidak sama dengan tempat kita. Beriyani yang dihidang seperti nasi tomato. Kari ayam & kambing pun tidak macam kari Malaysia yang kaw-kaw. 

Biarpun tidak sama rasa tapi habis juga kami baham semua nasi yang ada ni supaya malam x perlu lagi cari dinner.

Selesai makan, kami terus mencari stesyen minyak untuk penuhkan kembali minyak petrol kereta tu. Ini antara syarat yang diberi ya. Ambil kereta yang full tank dan kembalikan kereta juga dengan full tank.

Masa cari stesyen minyak, kami ambil kira pesanan orang Johor yang kami temui di Kkodak2-kkodak Guesthouse iaitu jika ingin isi petrol, cari stesyen dengan lambang Smile sebab harganya lebih murah. Nasihat itu diberi based on their experience yang terpksa bayar minyak hampir RM 1K sebab tersilap pegi petrol station yang mahal.

Gara-gara mau mencari station Smile, kami terpaksa memandu agak jauh dari bandar. Tidak kisah perlu drive jauh asalkan tidak bayar petrol sampai RM 1,000. Hampir 15-20 minit pemanduan dari Jeju City baru terjumpa station Smile.

Dalam keadaan cuaca hujan dan angin kencang sebegitu, buka pintu untuk pass credit card isi minyak dengan orang di pump tu pun rasa mau terbang. Akak di pump tu pun berempas pulas dengan baju hujan untuk tolong isi minyak.

Lepas struggle untuk isi minyak kami terus menghantar kereta di Sixt Rental Car. Selesai urusan kembalikan kereta, kami naik shuttle bas ke airport. Masa tu hujan sudah berhenti. Hanya angin sahaja masih ada.

Dari airport baru naik teksi untuk ke Twins Hotel. Sukar untuk cari teksi dari Sixt Rental petang-petang begitu. Kami dinasihatkan ambil teksi dari airport supaya tidak perlu tunggu lama. Bila sampai airport MasyaAllah queue orang tunggu teksi sangat panjang. Tiada pilihan, kena beratur juga la.

Dalam beratur tu sempat bersembang dengan traveller dari Indonesia. Mereka tidak dapat naik flight untuk ke Seoul sebab penerbangan di tangguhkan. Keadaan cuaca ribut sebegitu menyebabkan penerbangan terpaksa ditangguh.

Tiba giliran kami naik teksi, kami terus serahkan kad hotel kepada driver tu. Dia angguk kepala lepas tu terus menuju ke tempat penginapan kami.

Kami perasan dia pusing 2-3 kali cari hotel. Siap mendengus tanda marah sebab x jumpa lokasi hotel. Walhal dalam GPS terang2 ada end point hotel. Kami beranggapan dia mau charge lebih tambang. Selepas berpusing-pusing sekitar beberapa blok dari hotel, akhirnya dia jumpa juga hotel kami. Syukur sangat sebab x kena turunkan jauh malam-malam tu. Kami sampai hotel around 7.30pm.

Turun teksi sempat juga la singgah kedai buah depan hotel. Beli sedia untuk makan the next day. Malam tu bila lapar, makan lagi maggie yang ada. Maklumlah borong maggie untuk 8 hari di Korea. Thats how we end our journey for today.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...