Sunday, July 16, 2017

Annyeong!! Destinasi Korea Ku (part 1)

Destinasi Korea Ku 
(11 April 2016)

Bila AirAsia buat promosi, mula la gatal tangan mau booking tiket. Kali ni dengan gembiranya aku memilih Korea sebagai destinasi percutian. 

Kenapa Korea? to make a long story short, aku & seorang lagi travel buddy aku ni,  antara peminat drama Korea (very typical Malaysian kan). Tapi itu memang hakikatnya. Aku rasa kebanyakan orang Malaysia yang berkunjung ke Korea ni, semua gara-gara terpengaruh dengan k-pop, k-drama/filem. Mungkin bukan semua tapi kebanyakannya. 

Trip kali ni aku travel dengan dua lagi rakan sekerjaku. Seorang ni, kawan yang mula-mula bawa aku travel (Mariah) & seorang lagi travel buddy aku yang gila dengan artis K-Pop, Esah. Aku dengan Esah ni sudah kali ketiga travel bersama. 

Selepas hampir setahun beli tiket, akhirnya bulan April 2016 yang di tunggu-tunggu pun tiba. 

Excited tu tidak payah mau cakap la. Seminggu sebelum fly, Esah siap termimpi Lee Min Ho sambut ketibaan kami di Incheon International Airport. Kesian kawan aku gila.. Ni la contoh hardcore fans K-drama. 

Bila tiba tarikh 10 April 2016, kami memulakan penggembaraan ke bumi Korea dengan menaiki penerbangan dari KK-KL. 

Overnight di airport. Kemudian 11 April jam 8pagi sambung menaiki penerbangan ke Seoul. Kami dijadualkan tiba di Seoul 3.20 petang (waktu Seoul-sejam awal berbanding Malaysia). Flight kami tiba di Incheon around 3pm.  

Ok perkara pertama kami buat bila tiba di airport adalah cari kedai serbaneka (alah macam 7E tu) untuk beli T-Money & terus top up sebab perjalanan hari berikutnya memerlukan T-Money untuk naik subway ke destinasi yang sudah dirancang.  

Harga kad T-Money dalam 4,000 won, pastu kami top up cukup-cukup untuk 3 hari berada di Seoul, sebab lepas tu kami terus ke Jeju & Busan. 

Selesai beli T-Money, kami terus menaiki subway dari Incheon airport ke Itaewon. Beberapa kali juga tukar station & transit. 

Nasib la Esah yang handle itinerary sepanjang di Seoul. Pening juga la mahu baca route subway yang berbelit-belit tu. 


backpack aku galas tu lebih berat dari beras 5kg
Sampai Itaewon, kami terus cari direction ke Kak Long Guesthouse (ni penginapan hari pertama). Sampai guesthouse pun kira-kira 6.30 petang. Boleh search dalam FB page guesthouse ni.

Guesthouse ni milik orang Malaysia, jadi senang sikit la masa mau discuss & tanya itu ini ketika buat booking. Bayaran penginapan ni sudah settle awal-awal sebelum kami sampai Seoul. Harga dalam 80,000 won per night for 4 persons. Ambil for 4 persons sebab ada sorang lagi kawan yang patutnya ikut tapi last minute dia terpaksa cancel sebab tuntutan kerja.  

Mungkin bukan peak season so, hanya kami bertiga sahaja guest dalam rumah yang mempunyai 3 bilik ni. Sampai guesthouse rehat sekejap, lepas selesai segala urusan kami terus cari restoran. 

Itaewon memang dikelilingi muslim restaurants jadi, pilih saja mana-mana yang berkenan di hati. 

Banyak blog yang recommend nama-nama restoran yang best-best tapi, x sempat mau cari sebab kami keluar sudah agak lewat hampir 9 malam. 

Kami bertiga memilih Murree Restaurant. Restoran ni pun sudah mau tutup maka, pilihan menu hanya ada beberapa sahaja yang boleh disiapkan dalam waktu yang singkat. So, kami order hidangan paling simple, Bibimbap & Bulgogi. 

Bagi aku, sup bulgogi tu agak manis tapi kawan aku suka dengan Bulgogi tu. Usai makan, kami singgah sebentar di Seoul Mosque. Bergambar dalam kegelapan malam. Lepas siap, gambar depan masjid, kami terus balik gueshouse. 

On the way balik guesthouse sempat juga merasa waffle yang dijual di situ. Malam first di Seoul ni, kami duduk diam-diam saja di guesthouse sebab agak penat sebab malam sebelumnya hanya tidur-tidur ayam sahaja di KLIA 2.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...