Monday, July 17, 2017

Jeju here we come!!! (part 1)

Jeju Day 1  
(14 April 2016)

Disebabkan hari sebelumnya sudah penuh drama. Hari ke-4 (14 April 2016) di bumi Kimchi ni, kami berusaha menaiki subway pertama dari Incheon International Airport ke Gimpo International Airport (for domestic flight).


Hari ni kami nekad untuk terus dapatkan flight ke Jeju Island tanpa perlu membeli tiket baharu. Kami yakin ni pun sebab orang Korea yang kami hubungi malam sebelumnya kasitau kami berhak naik next flight/get refund. Sebab teknikal problem di pihak Jeju Air bukan disebabkan kami terlewat atau terlepas flight.

Biarpun awal subuh tadi pengurus Jeju Air inform kami no arrangement for next flight for those who stranded last night tapi kami tetap cuba nasib.

Alhamdulillah Allah berkati perjalanan kami. Setelah maklumkan di kaunter check in kami antara penumpang terkandas semalam & we want to board earliest flight to Jeju, staff di kaunter minta kami tunggu kejap untuk buat panggilan telefon, lepas tu dia terus minta pasport & flight ticket semalam. Ticket flight masa stranded tu. 

Bersyukur sangat, kami berjaya menaiki flight ke Jeju Island tanpa perlu beli tiket baharu. Walhal lepas insiden diberitahu tiada arrangement new flight untuk kami dan no refund akan diberi, kami ada cuba cari tiket baharu tapi agak mahal. 

Kami perlu juga sampai di Jeju Island hari ini sebab penginapan dan kereta sewa semua sudah booking. Rugi la sebab payment dikira hangus sekiranya kami tidak muncul-muncul di Jeju. 


Bila tiket flight baharu diberikan pada kami barulah dapat menarik nafas lega. Syukran Jazilan Ya Allah sebab permudahkan penggembaraan kami di bumi Korea. 


Alhamdulillah biarpun perancangan tersasar sedikit tapi kami berjaya sampai di Jeju dengan selamat. Pengajaran masa tu, JANGAN ambil flight malam untuk ke Jeju sebab cuaca di pulau sukar dijangka.   


Kami tiba di Jeju kira-kira 10 pagi dan terus mengambil kereta sewa. Nasib baik aku sudah maklumkan kepada Sixt Rental kami akan lewat sedikit mengambil kereta disebabkan masalah penerbangan. 

Destinasi pelancongan di Jeju Island ni terpisah antara satu sama lain. Kami hanya menunggu shuttle bas Sixt Rental ni di Jeju Airport sebab sudah dimaklumkan awal-awal akan ada bas pickup semua penyewa kereta di airport. Shuttle bas ni kerap berulang-alik so, tidak la risau kalau sudah terlepas bas yang sebelumnya.   

Dari airport ke Sixt Rental kira-kira 5-10 minit sahaja. Tiba di Sixt Rental, terus serahkan booking yang sudah kami print. Selesai urusan dokumentasi di Sixt Rental, kami teruskan perjalanan ke Seogwipo. 


Oh ya, International Driving License diperlukan untuk memandu di Korea ya. Untuk kali ni, kawan aku yang drive sebab aku x yakin drive on the left side. Takut karang, buat kes langgar/dilanggar orang di Jeju. 


Dari Jeju, kami teruskan perjalanan ke Seogwipo. Semua perjalanan dan destinasi di tuju berada sekitar Seogwipo. Mudah drive di Jeju ni sebab direction GPS dalam English. Cuma tulisan sahaja dalam Hangul
tulisan sahaja dalam Hangul ya..direction GPS dalam English
Untuk pergi ke destinasi yang kita tuju hanya perlu masukkan nombor telefon destinasi tu. Jadi kena la pastikan nombor phone x salah, kalau salah, alamat terpesong ke tempat lain la jawabnya. 

Satu lagi yang perlu diberi perhatian masa memandu di Jeju ni adalah tahap kelajuan kita. Pemanduan x boleh lebih had laju sebab GPS akan bagi warning. Bagus juga la ada amaran had laju sebegini sebab tidak la drive macam fast 2 furious. 

Dengan kelajuan antara 90-100km/j, kami tiba di Seogwipo kira-kira jam 12 noon. End point kami dari Jeju City adalah Kkodak Kkodak Guesthouse, Seogwipo. 

Untuk cari guesthouse ni tidak la susah mana cuba mau cari entrance tu agak bingung sikit. Kami putuskan parking di kawasan parking seberang jalan & jalan kaki sahaja ke guesthouse yang terletak selang satu blok dari kawasan parking tu. 


Kkodak Kkodak Guesthouse
Biarpun waktu check in 2pm, kami cuba nasib untuk minta kebenaran check in awal sebab keletihan semalaman x cukup tidur dan belum mandi. Nasib menyebelahi kami bila owner tu benarkan kami check in awal. 


Masuk sahaja bilik kami ambil masa yang lama untuk berehat, makan & mandi sebelum teruskan perjalanan ke destinasi dalam list destinasi harus dikunjungi. 

Kami keluar semula jam 4 petang menuju ke Jeongbang Falls. Disebabkan terdapat 3 waterfall sekitar Seogwipo ni, kami putuskan pegi satu tempat sahaja. 

Hari pertama di Jeju ni badan masih merasa letih sebab insiden terkandas di airport jadi satu tempat memadailah.

Penginapan malam sebelumnya di Jeju City sepatutnya kira burn tapi nasib baik sempat maklumkan kepada wner bahawa penerbangan bermasalah & kami x akan tidur di hostel berkenaan. Tiada sebarang charge kena deduct dari akaun bank. 

Selepas puas bergambar dan nikmati pemandangan melalui Olle Trail di situ, kami kembali semula ke guesthouse. 


Jeongbang Waterfall
take a swafoto is a must kalau pemandangan secantik ini
Malam pertama di Jeju, kami putuskan untuk masak sahaja hidangan dinner sebab kedai serbaneka terletak tidak jauh dari guesthouse kami. 


Sampai sahaja di guesthouse, kami terus berjalam kaki ke mart yang ada berdekatan untuk melihat apa yang ada dijual di situ. 

Luck on our side, ada jual beras dalam pek kecil. So, kami beli la beras & telur untuk dinner. 

Malam pertama menginap di sini, kami sempat berkenalan dengan seorang wanita berasal dari Johor yang turut stay di situ bersama rakannya. Dia berkongsi cerita masa mereka berada di Busan. 

Kebetulan lepas dari Jeju kami akan move to Busan. Dia advise better pegi canola field di Busan sebab canola flower di sana luas berbanding di Jeju. Maka hasrat untuk ke Udo Island the next day kami batalkan sebab kawan yang drive x mau bazirkan masa naik feri ke seberang.

First day di Jeju ni kami retire lebih awal sebab esok akan pergi ke destinasi yang lebih jauh.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips bila pesawat berpatah balik disebabkan faktor cuaca. Apa kita boleh buat sebagai penumpang.

Risiko ni berlaku bila ambil penerbangan tambang murah. Dalam kes Jeju ni, kami menaiki Jeju Air dengan promotion fares yang berharga lebih kurang RM120 jika convert duit Malaysia.

-Bila touch down di airport asal, berhubung terus dengan staff syarikat penerbangan. Jika ada kekangan bahasa seperti kami alami, Jangan panik. Ask for someone yang faham Bahasa Inggeris, jika tidak settle juga tunggu kaunter check in buka the next day.

-Sekiranya kakitangan syarikat penerbangan berikan nombor telefon Customer Service untuk dihubungi, anda boleh cuba untuk berunding dapatkan penerbangan baharu atau pampasan. Tapi ini akan ambil masa. Walhal, tempoh percutian kita singkat. So, boleh cuba langkah dibawah ni.

-In case keadaan ni berlaku tengah malam, boleh la cari tempat penginapan terdekat dulu atau tidur sahaja di airport. Tunggu esok pagi dan terus serbu kaunter check in. Inform staff bahawa anda yang terkandas disebabkan faktor cuaca semalam.

-Sila bertegas dan inform mereka bahawa anda mahu naik flight berikutnya yang mana available. 

-Tidak perlu beli tiket baharu, sebab bukan kita yang ketinggalan pesawat. Mereka yang batalkan penerbangan. Tapi pastikan kita ada membeli insuran penerbangan. Hak kita lebih terjamin untuk dapatkan penerbangan baharu. 

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...