Sunday, July 16, 2017

Annyeong!! Destinasi Korea Ku (part 3)

SEOUL Day 3 


Bangun pagi sudah terasa kesejukan disebabkan hujan seawal subuh. Hari ni pergerakan kami juga bermula awal pagi sebab petang sudah mau gerak ke Jeju Island. 

Disebabkan masa keluar masih hujan renyai-renyai manja maka terpaksa la keluar lengkap dengan baju hujan untuk ke subway. Tempat di tuju hari ni sekitar Seoul saja. 

Kami bermula dengan Bukchon Hanok Village untuk melihat design rumah tradisi yang unik di sekitar perkampungan dalam bandar. Kebanyakan rumah di sini berpenghuni so, tidak boleh la buat buat bising. Hormati kawasan perumahan orang. 

Sepanjang mendaki kawasan perumahan berbukit ni, tertanya-tanya juga di mana mereka parking kereta sebab langsung x nampak kawasan kosong untuk parking. Ada la beberapa rumah yang ada garage dalam kawasan pagar mereka. 


ketuk pintu tapi muzium belum buka


rumah tradisi Korea yang nampak mewah
Lepas ronda satu round kawasan perumahan tu, aku dan Esah decide jalan kali seja ke Gyeongbuk Palace. Gara-gara kedekut duit, padan muka kami berdua sebab kena jalan kaki agak jauh. Ikut map nampak dekat. Bila berjalan, taubat x mau buat kerja gila begini lagi. 

Kalau ambil teksi 3-5 minit sampai sudah Gyeongbuk. Jalan kaki plus sesat, mau 30 minit juga berjalan. Habis kalori dalam badan terbakar. Nasib baik la jumpa juga istana tu lepas jalan begitu jauh. Kalau x jumpa juga, nangis x berlagu la jawabnya. 

Oh ya perjalanan hari ni seorang kawan aku sudah taubat x mau ikut jejak kami berdua. Dia stay di Myeongdong saja. Dia penat sebab hari kedua di Seoul kami agak rushing dari satu tempat ke satu tempat. Mau kejar itinerary punya pasal. 

Back to Gyeongbuk Palace. Dalam istana ni pusing kiri pusing kanan terasa macam berada di China. Pelancong China ramai yang amat. Mau bergambar pun susah sebab pelancong terlalu ramai. 

Kami juga terlepas untuk saksikan changing guard ceremony sebab jalan kaki lama sangat. Plan asal, mau sampai on time supaya boleh tengok ceremony tu. Xda rezeki cuba lagi lain tahun. 




susah mau bergambar tanpa ada orang di belakang...yang ni sebelum sekumpulan pelancong serbu
ni keadaan sebenar...
Bila kaki rasa terlalu penat, kami berhenti ronda kawasan palace tu dan teruskan perjalanan untuk ke Namsan Tower. 

Pegi Namsan Tower x sanggup sudah mau naik subway sebab kena jalan lagi. So, kami terus ambil teksi sampai ke Namsan. Teksi dari Gyeongbuk Palace ke Namsan 4,600 won. 

Sampai sahaja Namsan, kami memilih untuk naik cable car sebab kaki sudah x larat mau memanjat anak tangga yang banyak tu, macam mau naik ke Batu Cave. Kos naik cable car 8,500 won for return. 

Berada di Namsan Tower ni membolehkan kita nampak seluruh bandar Seoul. Biarpun agak berkabus sebab cuaca agak sejuk lepas hujan tapi still boleh nampak bangunan pencakar langit di sekitar Seoul. 



Lepas habis 'posing' di setiap sudut yang dirasakan penting, kami pun turun semula untuk sambung ke part paling penting setiap kali travel iaitu shopping souvenir. 

Dari Namsan kami terus ke Namdaemun Market. Kami perlu beli souvenir sebab kami x akan kembali semula ke Seoul. Shopping apa yang perlu sahaja sebenarnya. Souvenir untuk family & rakan sekerja. 


sedap tau kuih ni..beli sampai 2 kali 
Harga barangan di Namdaemun ni boleh dikira murah kalau kita pandai bargain dengan peniaga. 

Pelbagai barangan boleh ditemui di Namdaemun ni. Rambang mata juga la sebab semua murah-murah. Sambil shopping ternampak pula gerai menjual minuman panas. Aku yang sangat menggemari Green Tea terus order. Harganya dalam 2,500 won per cup untuk green tea. 

Sepanjang berada di Seoul, nampak sahaja vending machine, aku memang akan beli green. Kalau tidak silap semua harga minuman di vending machine dibawah 1, 000 won. Sedap sangat green tea mesin ni weh!!

Bila jam menunjukkan hampir 4pm, kami tamatkan sesi beli-belah dan kembali ke guesthouse untuk berkumpul semula dengan seorang lagi travel buddy kami. Kemudian angkut backpack dan teruskan perjalanan ke Gimpo International Airport untuk sambung penjelajahan di Jeju Island. 

Tiket flight sudah settle sebelum tiba di Seoul. Masa beli tu kebetulan ada promosi oleh Jeju Air, tiket kami hanya 30,000 won seorang. Kira-kira RM100 la kalau convert duit kita.


one & the last time I'll took this airlines if plan for next trip to Jeju
Biarpun flight kami jam 8 malam tapi kami sengaja bergerak awal bagi mengelakkan sebarang masalah transportation. 

Penerbangan yang patutnya mengambil masa 1jam bertukar menjadi hampir 3 jam berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ketika berada di ruangan udara Jeju. Berlaku drama yang menguji kesabaran kami.

Selepas berada di ruangan udara hampir 2 jam, pesawat dinaiki berpatah semula ke Incheon International Airport. 

Sebaik turun flight around 11.30pm, krew Jeju Air berikan arahan turun. Masa ni, dalam kebingungan x tahu musibah apa yang berlaku, kami turun. Bila nampak banyak penumpang airlines lain berpusu-pusu keluar menuju ke bas yang disediakan, kami tidak melihat bas dengan tag Jeju Air. 

Kami terus bertanya kepada krew Jeju Air dan kami diberi satu nombor yang tidak diketahui nombor apa. Dia hanya beritahu bad weather & aircarft terpaksa return ke Incheon. 

Apabila kami tanya is that a flight nombor or bus no, krew tu macam bingung & minta kami hanya ambil no tu. Rupanya tu no phone yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut.

Tidak puas hati dengan penjelasan x clear begitu, kami minta krew wanita tu bawa kami jumpa pengurusnya. Masa pusing-pusing ikut krew tu jumpa manager dia, kami terserempak dengan 3 orang penumpang wanita lain dari Hong Kong. Mereka juga berkeras untuk jumpa manager Jeju Air sebab dibiarkan berlegar-legar di airport tanpa penjelasan.

At first, we thought the manager will be giving a better explanation, tapi manager tu lebih teruk dari krew tadi. Dengan muka yang macam malas mau layan pertanyaan kami dan pelancong Hong Kong tu, kami terus tanya adakah kami akan dapat naik next flight or refund. 

Manager tu maklumkan no refund will be given because the aircraft already take off from the departure destination. Terkejut beruk ok. Musibah apakah ini. Tidak puas hati dengan penjelasan sebegitu, kami minta nombor Officer on Korea Tourism atau any relevant authority in Korea Tourism. 

Dalam marah-marah tu, tergelak juga bila ingat balik insiden ni. Kawan aku tanya siapa kami boleh hubungi dalam Ministry of Tourism diorang, jawapan manager (No, its not mystery this is a bad weather). Kami tanya pasal ministry not mystery. 

Boleh imagine x keadaan kami bercakap bagai ayam & itik berkomunikasi. Masa tu kami give up sudah sebab tiada krew yang boleh cakap & faham english dengan baik.

Lepas argue hampir 30 minit last-last kami stop sebab manager tu langsung tidak membantu. Masa tu hampir 2 am so, kami decide stay sahaja di Incheon Airport. 

Bila sudah bertenang seketika, kami hubungi kawan di Tourism Ministry Sabah. In case dia ada kenal someone in Korea Tourism. 

Alhamdulillah ada juga contact yang boleh kami hubungi biarpun orang ni bukan orang tourism tapi dia kenal someone in the tourism industry di sana. Biarpun x dapat bantuan tourism authority di sana tapi dapat juga la explanation yang lebih jelas. 

Akhirnya kami memilih tidur dulu, esok subuh bila subway sudah mula beroperasi baru atur perjalanan ke Jeju Island. Sambungan drama kami dalam next entry :-(

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...