Thursday, April 3, 2014

Unduk Ngadau tanpa rambut gong?



Pertandingan ratu cantik sempena Pesta Kaamatan, Unduk Ngadau seperti sudah sebati dengan penggayaan rambut gong atau 'tinimbuku'.

Namun tahun demi tahun penggayaan rambut itu semakin hari semakin besar..walau kita bukan juri tapi, penggayaan rambut itu membuatkan perserta kelihatan tua apatah lagi jika rambut terlalu besar.

Cadangan dikemukakan untuk mengecilkan saiz rambut gong agar peserta lebih selesa semasa berada di atas pentas pertandingan. Berikut adalah kenyataan adalah Pengerusi Penganjur UN peringkat negeri :-

Tidak mengenakan gaya rambut ‘gong’ atau tinimbuku yang besar semasa pertandingan Unduk Ngadau tidak akan menyebabkan budaya KadazanDusun hilang. 

Demikian kata Pengerusi Penganjur Unduk Ngadau peringkat Negeri 2014, Joanna Kitingan ketika ditemui baru-baru ini. 

Katanya, penggayaan rambut tinimbuku yang besar bukanlah sebahagian daripada penilaian yang akan diberi perhatian semasa pertandingan Unduk Ngadau. 

Beliau mengingatkan perserta Unduk Ngadau bahawa tiada markah tambahan akan diberi dengan penggayaan rambut ‘gong’ atau ‘tinimbuku’ yang terbesar dalam pertandingan itu. 

“Selama ini tidak ada garis panduan mengenai saiz ‘tinimbuku’ dan jika dikatakan tinimbuku yang besar adalah sebahagian daripada budaya masyarakat KadazanDusun dan Unduk Ngadau, mana buktinya?” jelasnya. 

Beliau berkata, penggayaan rambut gong itu mula dilihat dalam kalangan peserta Unduk Ngadau semasa Pesta Kaamatan pada pertengahan 1980an. 

Tetapi, ia tidak boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada budaya KadazanDusun. Jika dilihat dari segi fakta, pemenang Unduk Ngadau yang pertama pada tahun 1960, Yong Mee Lan tidak menggayakan rambut tinimbuku semasa pertandingan itu. 

Bagaimanapun, pada tahun 1980an, semua peserta Unduk Ngadau mengenakan gaya rambut gong yang bersaiz kecil berbanding dengan gaya rambut gong yang mula digayakan dalam beberapa tahun yang lalu sehingga ke hari ini, kata Joanna. 

Katanya, beliau tidak meminta agar peserta Unduk Ngadau tidak menggayakan rambut gong. “Saya hanya meminta mereka membuat gaya rambut gong yang lebih kecil. Kita tidak mahu menerima komen negatif kerana penggayaan rambut gong yang semakin besar setiap tahun,” jelasnya. 

Beliau berpendapat bahawa, penggayaan tinimbuku yang besar mula popular apabila salah seorang pemenang Unduk Ngadau mempunyai gaya rambut sebegitu. 

“Seseorang mesti mulakannya dan ia mula dijadikan ‘tradisi’. Sejak itu, pengaayaan rambut tinimbuku menjadi fesyen dan diikuti oleh pendandan rambut peserta Unduk Ngadau,” katanya.

Joanna turut menunjukkan beberapa gambar pemenang Unduk Ngadau, dari yang mempunyai gaya rambut tinimbuku yang besar dan kecil. Mana yang kelihatan lebih baik. 

Melihat kepada perbezaan itu, gambar yang mempunyai gaya rambut tinimbuku yang kecil kelihatan lebih baik dan menampakkan peserta kelihatan lebih muda dan cantik.

“Bagi saya, saya melihat kepada keseluruhan aspek, iaitu sikap-sama ada pserta itu boleh berinteraksi dengan semua orang dan mempunyai semangat berpasukan.

“Saya juga melihat kepada penampilan dan personaliti, adalah penting bagi peserta mengetahui mengenai budaya KadazanDusun, perlu mengetahui bagaimana berkomunikasi dalam bahasa ibunda. Ia lebih penting daripada memikirkan mengenai gaya rambut tinimbuku yang besar,” katanya.

Joanna berkata, gaya rambut gong yang besar bukan ukuran untuk menang. Penggayaan tinimbuku yang lebih kecil juga akan memberi keselesaan kepada semua peserta Unduk Ngadau.

“Saya difahamkan, peserta tidak merasa selesa dengan gaya rambut sebegitu kerana ia membuatkan kulit kepala gatal. Mereka hanya ingin membuka rambut berkenaan secepat mungkin. (Utusan Borneo-14 Mac 2014)


Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...