Monday, August 8, 2011

Minggu kedua Ramadhan

 Alhamdulillah...kita telah pun masuk minggu kedua Ramadhan..syukur kepada Allah swt kerana memberikan kita kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan baik ni insyallah...

Dengan kesempatan ni aku pun mau ucapkan salam Ramadhan kepada semua..sama2 la kita tambahkan apa yang kurang di bulan ni..mana yang buruk kita cuba perbetulkan.

Paling best, dalam banyak2 negeri di Malaysia ni, kami yang berada di Sabah ni paling untung sebab dapat sungkai 'berbuka puasa' lebih awal dari kawan2 yang berada di Semenanjung..ni la istimewanya duduk di Sabah. Tapi sebenarnya tiada beza pun sebab kami sahur lebih awal dari diorang di Semenanjung..so sama jak la..

Apa yang x bestnya bulan Ramadhan ni kalo kita terjumpa makanan yang mengecewakan..bukan memilih tapi hak kita sebagai pengguna. Semalam aku beli cendol di bazar Ramadhan Lintasan Deasoka dan sangat kecewa dengan taste cendol tu cair sangat..tapi nasib baik ia murah dan tidak semahal air yang diperkatakan dalam Hotfm segmen 'Tak Tahan' pagi tadi..air cendol @ apa2 jenis air di sini baru RM 1.50-RM 2 tapi dengar dalam radio tadi ada peniaga yang jual air tebu sampai RM 6..ish cekik darah apa..

Agak2 la kan kalo mau untung pun..jangan la sampai jual makanan tu mahal sesangat. Berniaga tu berpada-pada la kan. Cuba perbetulkan sikit niat berniaga tu..insyallah dapat juga keberkatan.

Memang la kalo pembeli terasa mahal nda payah beli tapi kalo sudah tiada pilihan macam mana mahal pun diorang TERPAKSA beli juga..faham2 la kan ramai yang berkerja dan nda sempat sediakan juadah sungkai 'berbuka puasa'..

Sudah masuk minggu kedua kita berpuasa ni aku masih belum makan favourite nasi aku..NASI DAGANG..huhu bila la dapat makan..insyallah akan aku jejakkan kaki ke bazar ramadhan asia city mencari nasi DAGANG ku :)

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...