Saturday, December 24, 2011

Ibarat Pensel & Pemadam

 
Aku terbaca status salah sorang rakan FB ku..dan ia memberi aku idea utk mencoretkan sesuatu di sini..Ikatan antara anak dan kedua ibu bapanya ibarat Pensel dan Pemadam..beginilah kisahnya :
Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.
>> Hidup kita juga sebegini..kita boleh diibaratkan sebagai pensel dan ibu bapa kita pula berperanan seperti pemadam..apa saja silap kita pasti mereka akan padamkannya..murninya mereka kan..mereka tidak ingin kita susah lalu mereka dengan rela akan padamkan segalanya
sejahat mana pun seorang anak itu terhadap kedua ibu bapanya..kedua ibu bapa itu pasti akan menyebelahi si anak setiap kali si anak itu membuat kesilapan. Setiap kesilapan yang kita lakukan mesti ibu bapa kita akan padamkannya..aku berharap aku tidak akan menjadi pensel yang mencoretkan sesuatu yang sia-sia dan memerlukan kedua ibu bapa ku memadamkannya dengan penuh susah payah..
>> Jagalah ibubapa anda..balaslah jasa mereka dgn kebaikan..insyallah kita akan beroleh keberkatan

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...