Bunyi title macam serius ja kan..ni la idea yang aku dapat ketika baca ruangan nota seorang wartawan dalam kami punya sister paper 'Utusan Borneo' baru-baru ini.
Menyentuh soal etika kewartawanan memang besar skopnya..tapi bairlah aku berkongsi pendapat peribadi aku mengenai isu ini..
kata orang kalau mau jadi wartawan perlu ketepikan perasaan peribadi dan rasa simpati yang menghalang kerja sebagai seorang wartawan..mungkin ramai yang mengamalkannya tapi bukan semua orang mampu untuk ketepikan perasaan belas kasihan terhadap orang lain begitu saja..
Baru-baru ni ada satu kes kemalangan di tempat kerja yang melibatkan keluarga kepada seorang staff kami..dan atas kehendak ketua pengarang, rakan sekerja ku di arahkan menemubual keluarga mangsa..persoalan yang sama difikiran ku rupanya bermain di kepala rakan sepejabatku..rakan ku berkata:'tidak sampai hati kan mau tanya banyak-banyak bila ada keluarga yang meninggal' katanya selepas meletakkan gagang telefon ofis. Terus terang aku katakan memang susah hendak ketepikan perasaan kesian tu..terutama untuk orang2 baru seperti aku..
Senior-senior aku mengatakan walau apa jua caranya yang penting kita pandai dapatkan bahan..bahan perlu didapatkan walaupun kita terpaksa bohong 'sunat'
ermmmmm mungkin ada sesetengah perkara tu memerlukan seorang wartawan ni berbohong tapi tidakkah ianya melanggar prinsip hidup..entah la aku sendiri sukar untuk menilainya..sensitiviti perlu diketepikan jika ingin berjaya..benarkah begitu?? bagi aku asal apa yang disampaikan kepada pembaca itu benar..itu sudah memadai. Perjalanan aku dalam dunia kewartawanan ni masih jauh lagi..tiga tahun masih terlalu 'baby' dlm bidang ni..