Bali 16-17 Oktober 2013
Hari Kedua di Bali, seawal 6 pagi, aku menghantar pesanan ringkas kepada
driver yang bakal bawa kami berwisata sepanjang hari.
Tup-tup dia reply yang di Bali, kawasan untuk wisata semuanya bermula pada jam 8 pagi (lebih kurang la kalau di Malaysia) so, terpaksa la kami menungggu hingga jam 8 pagi jika ingin mulakan trip di Bali.
Tup-tup dia reply yang di Bali, kawasan untuk wisata semuanya bermula pada jam 8 pagi (lebih kurang la kalau di Malaysia) so, terpaksa la kami menungggu hingga jam 8 pagi jika ingin mulakan trip di Bali.
Maka, dengan masa yang bersisa, sempat juga la kami melayan Facebook
masing-masing kemudian keluar untuk breakfast di KFC yang
sememangnya dibuka 24 Jam. Makanan di KFC tu rata-rata murah, iaitu dalam Rp 20,000 untuk seorang makan.
Sebelum jam 8, kami kembali semula ke hotel, ya lah takut-takut kalau lambat driver tu yang akan ternanti-nanti, silap haribulan kena tinggal.
Driver ni, kami kenali melalui driver yang aku kenal di
Jogja dan dialah yang recommend agar kami gunakan perkhidmatan Bali tour dari kawan dia,
yang mana aku kenali dengan nama ‘Miko’.
Sebelum memulakan tour, aku sempat SMS Miko, untuk minta confirmation jadi atau tidak tour tu sekaligus tanya harga tour
yang dijanjikan iaitu Rp 400,000 (mungkin ni standard tour di Indonesia). Tapi kalau ada lagi murah yang orang dapat, untunglah.
Owh ya, bayaran tu tidak
termasuk tiket parking kereta di tempat-tempat yang kami kunjungi. Bayaran parking pun kalau dicampur semua tidak sampai Rp 20,000 so, masih lagi boleh diterima akal.
Bila jam menunjukkan
8 pagi, aku membuat panggilan kepada Miko kerana kereta yang ditunggu
masih belum tiba. Dia memberitahu bahawa adiknya akan menjadi driver merangkap
tour guide kami sepanjang hari itu kerana dia mempunyai komitmen lain.
Tidak kisahlah siapa yang ambil, yang penting kami ada
transport untuk bergerak ke sana ke mari.
Menerusi panggilan ringkas di telefon, si pemanggil memperkenalkan
dirinya sebagai Putra, bukan putera raja ya... dia memberitahu dia sudah berada
di luar kawasan Tune Hotel dan kami terus keluar mencarinya.
Sekali lagi driver kami agak muda dari kami, aku kira
umurnya mungkin awal 20an. Budak Putra ni ok juga la walaupun kurang ramah
orangnya tidak seperti Mas Fajar, driver kami di Jogja yang banyak bercerita dan banyak
bertanya mengenai Malaysia.
Putra ni katanya berasal dari kampung dan berhijrah ke
Bali sudah hampir lima tahun.
Setelah menaiki Avanza yang merupakan kenderaan utama
tour di Indonesia, Putra memberitahu agak mustahil untuk mengikut itinerary
yang aku cadangkan kerana plan aku ingin ke Tegallalang Rice Terrace, Uluwatu dan
Pura Tanah Lot.
Tetapi perjalanan untuk ketiga-tiga tempat wisata itu
tidak sehaluan jadi agak susah untuk dipenuhi.
Sebaliknya, dia mencadangkan tiga tour berlainan, dan
kami memilih Ubud Tour, yang mana salah satu kawasan yang akan dilawati adalah
Tegallalang Rice Terrace. Aku dan travel partner aku sangat teringin melihat rice
terrace tu sebab tu kami memilih Ubud Tour.
Setelah buat keputusan, destinasi pertama kami adalah
melihat persembahan Barong Dance di Sari Wisata Budaya dengan tiket masuk
berharga Rp 100,000 per person.
Persembahan ini bermula pada jam 9 pagi dan mengambil
masa sejam tetapi seperti biasa, kami tidak menunggu persembahan tamat kerana
kurang faham dengan persembahan yang disampaikan dalam bahasa
jawa. Tapi, sempat juga kami merakamkan beberapa aksi lakonan mereka
antara watak-watak dalam persembahan Barong Dance |
antara watak penjahat dalam Barong Dance Performance...credit to Esah for this photo |
Tapi ramai juga sebenarnya orang yang tunggu sehingga persembahan
tamat kerana mereka mungkin ingin melihat pengakhiran cerita berkenaan. Walau tidak faham, dari gerak-geri pun boleh la faham sikit-sikit kan
Budak Putra walau agak pendiam, tapi dia sangat berjiwa JAWA. Ermmm kenapa aku sebut macam tu, ni semua gara-gara lagu sepanjang perjalanan kami adalah lagu tradisi Jawa dan juga lagu Jawa yang di hip hop kan..kami layan juga la lagu-lagu tu biarpun sepatah perkataan pun nda difahami.
Bagi aku itu cara dia memperkenalkan budaya masyarakat Jawa...keluar dari melihat persembahan Barong Dance, Putra
membawa kami melihat Studio Painting Udiyana.
ni la owner studio ni..Udiyana |
antara artis yang menghasilkan karya di sini |
Aku perasan di Bali ni orangnya sangat berseni,
selain lukisan dan batik, ukiran kayu juga antara sumber pendapatan dan tarikan
pelancongan di situ.
Aku yang memang bukan berjiwa seni ni, melihat lukisan hanya pada pandangan mata kasar..jadi aku tidak berminat untuk beli hasil seni
yang dipamerkan di sana. Lagipun kewangan kami sudah berada pada tahap
cukup-cukup makan. Maklumlah hari-hari terkahir percutian.
Selesai dengan melihat hasil seni lukis, kami dibawa
singgah ke tempat menjual Batik Bali dan harganya hurmmmm..tempatnya sangat
eksklusif dan harganya dijual pada Australia Dollar-AUD
tekun jak akak ni demo cara menenum kain |
Di Bali, kebanyakan pelancong adalah Australian, sebab tu
la kebanyakan barangan dijual pada harga Australian Dollar.
Di tempat menjual batik ni, kami berpeluang melihat cara
menenun kain dan membuat ukiran batik. Disebabkan harga Batik terlalu mahal,
shawl sahaja sudah berharga Rp 500,000 wowwwww...mahal gila la, kami hanya
melihat sahaja tanpa membeli sebarang batik.
Lagi pula, di Bandung, sudah banyak baju batik yang kami
borong. Memandangkan tidak dibenarkan ambil gambar dalam kedai mewah tu, tiada la gambar untuk dikongsikan
Lepas dari situ, kami terus menuju ke tempat membuat ukiran
kayu. Kebanyakan ukiran kayu di sini bercirikan Buddha. Ada juga beberapa ukiran lain, tapi bajet tiada, so aku abaikan hasrat mau bawa ukiran kayu balik Sabah. Kami hanya mencuci
mata dan mengambil gambar sahaja.
gigih Bapak ni menyiapkan ukiran kayunya... |
Selesai mengunjungi tempat menjual ukiran kayu, kami
meneruskan lawatan ke tempat membuat dan menjual silver.
Nama tempat ni Semadi Art Gallery’. Di
sini, aku membeli charm ala-ala pandora yang kononnya mau simpan di starter bracelet Pandora
(yang aku dapat free masa cover function Pandora di KK).
Aku beli charm tu dengan harga Rp 200, 000 untuk dua charms..Tapi bila balik Sabah, lubang charm tu kecil sangat la pula terpaksa simpan charm tu jadi hiasan.
Aku beli charm tu dengan harga Rp 200, 000 untuk dua charms..Tapi bila balik Sabah, lubang charm tu kecil sangat la pula terpaksa simpan charm tu jadi hiasan.
Dari situ, kami terus menuju ke Monkey Forest. Bayaran
tiket masuk Rp 20,000 per person as of October 2013.
abaikan minah salleh tu..tengok aksi si monyet tengah cari kutu |
Di sini kami agak berhati-hati untuk posing di setiap
sudut kerana takut monyet tu tiba-tiba melompat ke arah kami.
Aku tidak juga takut cuma tidak berani mau dekat-dekat
sama tu munyit nanti nda pasal-pasal kena cakar.
Kawan aku sorang ni la yang ketar lutut bila tengok tu
munyit bergaduh sesama sendiri. Lawak pun ada tengok gelagat kawan aku yang
ketakutan sampai nda dia terasa kuat betul dia tarik aku hahaha...penakut rupanya kawan aku sorang ni
Ketika monyet tu gaduh, aku ternampak sorang anak orang
putih yang mungkin berusia 2-3 tahun ketakutan..kesian budak tu, mesti mimpi ngeri
Siap mengambil gambar di kawasan hutan monyet tu, kami
terus menuju ke tempat yang dinanti-nanti iaitu Tegallalang Rice Terrace.
Melihat jak kehijauan padi bukit tu terus aku
terpegun...sangat indah tempat tu..kalau la padi bukit di area Tambunan dan
Keningau, Sabah, dijaga dan dijadikan tempat kunjungan pelancong seperti ni,
pasti untung pengusaha padi kan.
edited version..tapi rice terrace ni memang sangat cantik dan menenangkan jiwa dengan kehijauannya |
Bayaran berhenti dan mengambil gambar di situ adalah Rp
5,000 per person.
Kecantikan tempat tu sukar untuk aku ungkapkan dengan
perkataan, bairlah gambar bercerita
aku dan padi bukit....datang jauh2 haruslah posing semua tempat |
aksi wajib 'mikikiut' orang Sabah bilang hahaha.... |
Di sini ada juga restoran yang berlatar-belakangkan
terrace rice tu tapi kami tidak makan di situ sebab Putra mencadangkan kami lunch di Kintamani.
Melihat kesesakan parkir tepi jalan terrace rice ni, kami ambil masa lama di sini..selepas puas hati dengan gambar yang diambil, kami teruskan perjalanan
ke Batur Sari Restaurant, Ubud, Bali untuk lunch.
Memasuki kawasan bukit berhampiran Kintamani Mount ni,
udara terasa sangat segar dan tiupan angin sejuk macam di Kundasang.
Mount Kintamani ni kalau menurut pekerja di situ, last erruption in 1994.
Rate lunch di Batur Sari Restaurant adalah Rp 120,000 per person
including tax. Bila tau harga agak mahal, aku rasa tidak berbaloi mau makan di sana. Tapi disebabkan view cantik, abaikan la harga makanan yang enda juga berapa sedap. Biasa-biasa jak makanan yang ada, sedap lagi warung tepi jalan punya makanan.
Makanan memang buffet tapi pilihan tu tidak menepati
selera kami..a bit dissapointed with the choice of food there. If they can serve variety of food, I believe, it can meet our expectation. Owh ya..when talk about the view,
its really amazing..I never imagine, I can go to a place like this..its really beautiful
Kalau mau describe susah..sendiri pegi baru tau..look
at the photo how amazing the view of this mount.
amazing.Mount Kintamani |
having a cup of tea while enjoying the view.. |
feeling macam tampal gambar sendiri di lukisan hahaha... |
taking photo with Mt Kintamani as a background |
Disebabkan makan di situ boleh dikatakan mahal bagi kami
yang bajet ciput ni, kami tidak dapat offer driver tu untuk makan sekali dengan
kami. Tidak berniat untuk kedekut...bajet sudah lari...
Lepas puas menikmati pemandangan yang sangat cantik tu,
kami teruskan perjalanan pulang ke hotel. Sebenarnya banyak lagi
tempat yang driver ni bawa singgah sebab itu part of the tour. Namun, disebabkan tiada bajet, kami terlepas lihat proses monyet keluarkan Luwak Coffee.
Kami notice kami out of budget masa di restoran tu. so we decided, just go back to the hotel.
Kami notice kami out of budget masa di restoran tu. so we decided, just go back to the hotel.
Di luar Batur Sari ni ada juga orang2 yang jual souvenirs tapi tidak la irritating macam yang kami kena di Borobudur, Jogja..di sini, sekali cakap jak enda mau, tidak sudah diorang paksa2..
Tapi bila nampak tourists yang keluar dari restoran
berhadapan dengan Batur Sari, semua tourists di serbu dengan penjual
souvenirs..Nasib la kami tidak kena begitu.
Untuk trip ni, ada juga standby ringgit malaysia cuma tidak
la expect akan pakai sampai habis..Sebenarnya aku tidak expect akan keluar
banyak duit untuk tour di Bali ni. Aku hanya fikir entrance fees dan bayar tour
yang memakan kos Rp 400,000. Aku tidak bajet, akan menyaksikan Barong Dance dan
makan tempat yang agak mewah.
Putra ada mencadangkan untukk singgah dinner di Jimbaran,
tapi memandangkan kewangan kami tidak mengizinkan, kami meminta dia menghantar
kami pulang ke hotel sahaja.
Dalam perjalanan balik, aku kesian juga tengok budak tu
macam lapar..dalam perjalanan dia minta kebenaran untuk berehat seketika dan
kami berhenti di tepi jalan.
Aku tahu mesti driver tu lapar sebab dari pagi lagi sudah
jadi pemandu pelancong kami..nasib dia agak malang la sebab jadi driver pada
orang-orang yang bajet ciput macam kami dua..maaf nda dapat belanja dia
makan...kami simpan maaf tu dalam hati jak
Hasrat untuk berwisata ke tempat lain terbantut bila
menyedari duit sudah habis..malam tu aku dan kawan ku cari money changer lagi
untuk tukar duit..
Kami sudah beberapa kali ke money changer tukar RM ke
Rupiah. Sebab tidak expect akan over
budget.
Di Bandung, kami ada tukar duit dan rate masa tu (as of
October 2013) Rp 3400 = RM 1 dan di Bali rate Rp 3,475 = RM 1. Sedangkan ketika
tukar duit di KK rate masa adalah RM 1= Rp 3,480.
Tidak jauh beza rate Bali dan KK tapi tu la kalau rate
tengah murah elok la tukar duit banyak-banyak sebelum datang Indonesia sebab
currecy exchange tidak menentu.
Tukar duit lagi bermasalah, sebab ada beberapa keping
duit aku yang tinggal tidak diterima kerana duit tu agak buruk sikit, padahal
duit tu aku ambil dari bank. Iya la mungkin Ringgit di sini tidak ramai pakai
jadi sudah tentu mereka strict dengan keadaan duit tu.
Selepas di tolak duit yang tidak boleh guna tu...terpaksa
la kami batalkan niat untuk terus berjalan pada keesokan harinya.
Kredit kad kalau ada confirm sudah di guna bah..nasib
baik ada ATM kad jak tapi tu pun tidak boleh digunakan di sana. Bukan sebab
tidak buat pengaktifan antarabangsa tetapi disebabkan kad bermasalah.
Kad ATM aku sudah lama rosak, hanya mesin2 ATM tertentu
sahaja yang boleh terima kad tu..so, mesin2 ATM di Bali juga tidak menerima kad
ATM ku.
Gambar bawah ni antara yang menarik perhatian aku..hampir semua rumah di Bali ni mempunyai gerbang tersendiri
Hari last di Bali (17 Okt), sewal jam 6 pagi, kami sudah menuju ke
Pantai Kuta untuk saksikan sunrise tapi malangnya pantai yang kami pegi tu
adalah untuk capture sunset bukan sunrise.
muka baru bangun..niat mau capture gambar sunrise di Kuta tapi mission failed.. |
gerbang ke Kuta Beach |
Kami hanya gunakan service tune hotels untuk ke Ngurah Rai International Airport dengan bayaran tambang Rp 65,000.
Tamatlah kisah perjalanan kami selama lapan hari di Indonesia...
As I didnt’ manage to visit Tanah Lot and few places that listed on my itenerary, I definitely will go to Bali again...