Pengembaraan aku di tiga
buah kota di Indonesia..
Setelah hampir setahun
tidak menulis blog, akhirnya ada juga entry baru yang boleh aku selitkan di
sini sebelum tahun 2013 berakhir.
Dalam orang dok sibuk
dengan Pemilihan Umno, aku sempat melencongkan diri bersama seorang lagi rakan
sekerjaku merantau ke Indonesia dengan memilih Yogyakarta, Bandung dan Bali
sebagai tempat wisata untuk trip kali ini.
Kisah ku bermula
dengan cabaran…yang mana, aku terpaksa menukar tarikh flight disebabkan oleh
APEC Summit 2013.
Masa beli tiket Mei
lalu, mana la aku tahu ada Apec tarikh aku pilih ni..tup tup bila tarikh makin
dekat, iaitu hamper seminggu sebelum penerbangan, Airasia maklumkan penerbangan
dibatalkan.
Uish terkejut beruk
(ntah apa salah beruk..asal terkejut jak kena kaitan dengan beruk) hahaha…okey2
back to my story..sudah la tarikh penerbangan lagi seminggu dan hotel semua
sudah tempah memang cuak la kalau xdapat fly pegi Bali kan..
Setelah ber’tweet’
dengan Airasia melalui Ask AirAsia, akhirnya dapat juga tukar tarikh
penerbangan kepada 10 Okt..actual date aku patut ada di Bali adalah 8 Okt, tapi
tia apa janji sampai..so penginapan burn utk 2 hari..sehari di Yogjakarta dan
sehari di Bandung.
Owh ya..kenapa aku
pilih fly direct to Bali sebab AA buat promo time tu..kalau dari Kota Kinabalu
ni, penerbangan ke Indonesia hanya menuju ke Jakarta dan Bali, dan aku memilih
BALI.
So, on Oct 10, aku pun
fly ke Bali dari KK kira-kira jam 7 malam, flight delay dalam sejam dan tiba di
Bali dalam jam 10.30 malam.
Sampai2 di airport
terus mencari tempat makan, lapar gila sebab dari KK enda sempat gia mau makan.
Trip2 kenyang kunun dari rumah.
Disebabkan sudah malam
dan Ngurah Rai International Airport tu seperti baru direnovate, kami hanya
makan roti di Bangi Kopitiam yang terletak betul-betul di luar pintu keluar
international arrival.
Bukan restoran tu
tidak ada serve nasi cuma masa kami datang tu mereka kehabisan makanan. Hanya toast
bread sahaja yang available.
Kalau ikut perut yang
tengah lapar, mau juga keluar cari kafe lain yang hidang nasi tapi malas pula
mau merayau-rayau sudah malam kan. Sebenarnya
malas mau angkut beg pack ke hulu ke hilir.
Sepanjang malam untuk
tunggu next flight, kami lepak di perkarangan airport jak sambil tidur duduk di
mana-mana port yang kosong sebab belum banyak kerusi lagi yang tersedia di
kawasan ruang legar airport tu. Maklum la airport baru renovate sebab ada APEC.
Surau ada cuma belum
ada aircond dan bernyamuk, last-last tidur jak la di ruang legar airport dekat
dengan departure international.