Bandung 13 Oktober 2013
Keretapi yang kami naiki tiba di Stesyen Keretapi Bandung
kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan.
Sebelum turun train, staff dalam tu ada jual Bakpia, sejenis kuih tradisi Jogja. Aku memang mau rasa bakpia tapi tiada
kesempatan mau cari bakpia semasa di Jogja disebabkan kesuntukan masa. Bila ada jual dalam train, kami pun beli la bakpia tu
dengan harga Rp 30,000. Aku rasa kalau beli di Jogja, boleh dapat lagi murah.
Kami ambil perisa cheese dan bila rasa, woww...memang
sedap. Menyesal tidak borong sampai 2-3 kotak di Yogyakarta sebelum ke Bandung.
Bakpia Keju.... |
Sebaik sahaja turun dari train, kami berdua terus menuju
ke stesyen taxi yang terletak berhampiran pintu keluar balai ketibaan penumpang.
Keluar sahaja dari pintu, ada beberapa orang tempatan
yang cuba slank Malaya approch kami dengan ayat berbunyi macam ni 'kak nak gi mane?
nak teksi ker?'aish trip2 orang Malaya pula diorang ni.
Kami abaikan jak orang-orang yang approach kami tu..tapi ada seorang pemandu
teksi tu siap tarik tangan member aku suh naik teksi dia.
Aku dengan confident terus jak menuju ke station taxi Blue Bird. Sebab ramai orang recommend teksi ni. Even colleague aku yang selalu datang Indonesia pun advise naik Blue Bird sebab teksi ni dijamin selamat di seluruh Indonesia (ceh macam promo la pula kan....)
Aku dengan confident terus jak menuju ke station taxi Blue Bird. Sebab ramai orang recommend teksi ni. Even colleague aku yang selalu datang Indonesia pun advise naik Blue Bird sebab teksi ni dijamin selamat di seluruh Indonesia (ceh macam promo la pula kan....)
Semasa menaiki teksi, driver tu tanya dari mana..bila dia
tau kami ni orang Malaysia terus keluar ayat berbunyi macam ni ‘Owh orang
Malaysia ya mbak, selalu orang Malaysia kalau datang sini, datang tasnya satu
tapi bila pulang, tasnya empat’.
Kami hanya tersenyum mendengar kata-kata seperti itu kerana aku yakin kami juga bakal balik dengan extra bagasi.
Kami hanya tersenyum mendengar kata-kata seperti itu kerana aku yakin kami juga bakal balik dengan extra bagasi.
Memang confiirm la orang Malaysia gila shopping kalau
datang Bandung.
Tambang teksi dari Stesyen Keretapi ke Hotel Cihampelas
2, lebih kurang Rp 35,000. Aku terbaca di sticket yang di lekat dalam teksi...Blue Bird punya tambang not more than Rp 50,000. Wah, bagus kan mereka ada polisi sebegitu
untuk elakkan penumpang di tipu.
Sampai di Hotel Cihampelas 2, kami terus check in walaupun
waktu sebenar check in jam 2 petang tapi disebabkan booking room kami bermula
12hb, jadi kami boleh la check in awal. Ni semua gara-gara flight KK-Bali
yang kena postpone due to APEC.
Masa check in tetiba diberitahu bilik full dan room yang
kami book sudah orang ambil. Ngaga juga la depan kaunter tu kejap sebab bilik
sudah tempah tapi no room..Panik..Yup aku memang panik tapi bila diberitahu
kami dipindahkan ke Hotel Cihampelas 1 yang terletak tidak jauh dari situ dan bilik
kami kena upgrade dari standard room ke deluxe room. Aku abaikan sahaja rasa amarah tu..
Disebabkan we did’nt show up during first nite, suka-suka
jak Agoda pegi jual room yang kami tempah tu..Masa booking, aku ambil standard room
with airport transfer dengan harga RM 201.57 for 4D3N melalui Agoda. Kira murah
la kan
penginapan aku semasa di Bandung, Hotel Cihampelas 1 |
Sepanjang berada di Bandung ni, kami hanya stay area kota
sahaja sebab hasrat mau ke Tangkuban Perahu dibatalkan. Sebabnya, 2-3 hari
sebelum datang sini ada letusan kecil berlaku dan dikatakan pengunjung tidak
dibenarkan datang situ.
Itu kawan driver kami masa di Jogja yang beritahu kononnya
Tangkuban Perahu tidak dibuka untuk dikunjungi. Kalau sudah tidak selamat untuk
dikunjungi, kami tidaklah gagahkan diri mau pegi Tangkuban kan..pilihan lain
adalah Kawah Putih.
Walau ada pasang niat untuk ke Kawah Putih yang terletak
di Selatan Bandung tapi, bila baca review di Trip Advisor, Kawah Putih terlalu
jauh, iaitu 2 jam perjalanan. Maknanya kami akan buang masa 4 jam untuk pergi
dan balik.
So, aku dan kawan aku decide stay jak di kota supaya kami
boleh fokus untuk SHOPPING jak sepanjang 2 1/2 hari di Bandung. 1/2hari tu
sebab belah petang hari ketiga, kami sudah naik flight untuk ke Bali pula. My
third destination for this trip.
Selesai urusan daftar masuk, kami bersihkan diri untuk
mandi kemudian keluar untuk explore Bandung yang diumpamakan syurga shopping.
Sebelum mula shopping, kami isi minyak badan dulu nanti
kalau lapar nda larat mau shopping. Kami makan di sebuah restoran di Ciwalk. Aku
memilih makan nasi timbal complete, yang menggabungkan nasi yang berbalut daun
pisang, ayam penyet, sambal dan sup yang agak manis dan bukan taste aku.
Overall menu yang aku pilih tu ok jugak la cuma sup jak yang fail.
Harga??? Ermmmm...harga makanan di Bandung agak mahal
sedikit berbanding di Jogja, kalau di Jogja harga Rp 70,000 tu boleh makan
berdua tapi di Bandung, harga tu baru untuk seorang makan, Tapi aku masih
rasakan makanan di situ lebih murah berbanding di Sabah.
nasi timbel complete-nasi yang dibungkus dengan daun pisang serta ayam goreng |
Selesai melantak nasi sampai habis, sebelum bertolak kami
sempat bertanya kepada pekerja di restoran itu, angkot warna apa yang harus kami
naiki kalau mau pegi Pasar Baru. Teksi ada jak tapi mau berjimat kena la gamble
naik angkotan yang ada di merata-rata tempat.
Alhamdulillah orang-orang di sini amat membantu dan
pekerja tu siap tolong jerit untuk kasitau pemandu angkot lagi yang kami ingin turun di
Pasar Baru. Kalau tidak silap, kami diberitahu untuk menaiki angkot warna
hijau-hitam, cat bahagian badan angkotan tu warna hijau tua dan part bawah tu warna
hitam.
Sepanjang berada di Bandung ni, transport kami untuk bergerak
ke sana-sini adalah angkotan.
Tambang angkot ni tidak akan lebih dari Rp 10,000 seorang
kalau setakat dari Ciwalk mahu ke Pasar Baru atau tempat lain di sekitar kota. Tambang
dari Ciwalk ke Pasar Baru hanya Rp 5,000 seorang.
Bagi aku, bila berada di Joga dan Bandung, tidak usah
fikir takut ditipu. Sebab aku percaya naik angkotan di Bandung selamat. Kan ramai
orang naik angkot so, susah mahu kena tipu dengan bayaran tambang yang tidak
munasabah.
Lagipun, wajah orang Malaysia ada iras-iras wajah orang
di Indonesia. Apa yang penting yakin dan tanya orang di jalanan angkotan mana
yang patut dinaiki jika hendak ke sesuatu lokasi di sekitar Kota Bandung.
Based on my experience, I can say ‘Bandung is a safe town
for toursists’ tu pendapat peribadi aku la..enda tau la pula kalau ada kes pelancong
Malaysia kena tipu. Berdasarkan pengamalan di sana, aku rasa orang-orang
Indonesia sangat baik dan sangat membantu.
Aku rasa sangat selamat untuk tanya orang-orang di
jalanan kerana mereka memang akan membantu sekiranya kita bertanya arah jalan atau warna angkotan yang patut dinaiki untuk
ke sesuatu tempat.
Hanya pemuzik jalanan atau pengamen sahaja yang ada
kalanya agak merimaskan...tapi mau buat macam mana tu cara diorang cari rezeki
dan mau survive.
Sepanjang naik angkotan selama dua hari di Bandung,
hampir setiap angkotan tu akan dinaiki pengamen yang menyanyikan pelbagai
jenis lagu.
Aku ingat lagi, ada seorang pengamen tu, nyanyi lagu
‘Christina Perri-A thousand years’ tapi hanya part chorus jak yang ada betul
sikit sebutannya..ala janji ada bunyi dia nyanyi kan bukan ada orang marah pun
kalau salah pronounce. Pengamen ni kebanyakan masih muda, rasanya belasan
tahun tapi sudah mencari nafkah untuk hidup
Walaupun ada ketikanya aku rasa rimas dengan pengamen di
sana, tapi ada juga antara mereka yang punya suara yang sedap untuk didengar.
Tu kan sumber cari makan diorang, haruslah punya suara untuk hiburkan penumpang
di dalam angkotan kan.
Driver angkotan pula seperti sudah lali dengan pengamen
yang tiba-tiba naik dan duduk di pintu angkotan dan kemudian mereka akan turun
dimana-mana destinasi yang diorang suka tanpa perlu permission dari driver.
Angkotan di sini ni ala-ala mini van macam di Malaysia
juga la cuma saiznya kecik sikit dan kerusinya seperti kerusi panjang di kantin
sekolah aku dulu-dulu, kerusi diletakkan di kedua-dua belah kiri dan kanan...
Semua angkotan di Bandung ni tidak punya pintu jadi itu lebih memudahkan
pengamen ni datang dan terus duduk di muka pintu.
Disebabkan angkotan ni tidak dibekalkan dengan air
condition, so tingkap harus dibuka untuk dapatkan udara dan habuk enda payah
cakap la..asal balik hotel jak, confirm kami akan rasa mau flu sebab terdedah
dengan habuk sepanjang naik angkotan.
Apa-apa pun pengalaman menaiki angkotan sangat best kerana
bukan ada pengangkutan seperti itu di tempat aku.
Berbalik kepada cerita, kami diturunkan berhampiran dengan Pasar Baru. Walau agak
blur awal-awal tu untuk cari bangunan mana satu dikatakan Pasar Baru tapi
akhirnya kami memang berada di tempat yang betul.
Di Pasar Baru, semua barangan yang aku cari boleh
didapati di situ jadi kami tidak la pergi ke tempat-tempat lain. Masuk Pasar
Baru confirm keluar tangan menjinjit berbakul-bakul beg shopping.
Sebenarnya aku tidak juga shopping sangat di sini sebab
bajet shopping terhad dan kami harus pastikan kami ada wang yang cukup semasa
berada di next destinasion, iaitu Bali.
Di hari pertama berada di Bandung, aku hanya beli kain
ela untuk buat baju kurung untuk diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.
Memandangkan terlalu ramai yang perlu dibelikan, aku
hanya dapat beli sepasang kain ela untuk seorang. Masa beli tu, mula la tangan
mengira berapa pasang yang perlu dibeli. Kakak, adik dan kakak ipar, sepupu
terdekat semua tu kena ambil kira takut ada pula yang menagih buah tangan dari
Bandung.
Hari pertama ni kami shopping ala kadar jak (ala kadar la
sangat kan) sebab ari kedua kami masih ada banyak masa lagi untuk shopping kalau dihari
pertama tidak sempat.
Hari pertama aku habiskan dalam Rp 500,000 untuk
beli buah tangan saudara mara.Untuk saudara mara perempuan, aku beli kain ela bercorak batik
dan untuk lelaki, aku hanya belikan t-shirt atau baju batik..senang
cerita enda payah mau fikir panjang.
Balik dari Pasar Baru, kami turun di Ciwalk sebeb angkotan sudah terlepas hotel kami..dalam keadaan hujan lebat, kami terpaksa lepak di shopping complex di Ciwalk tu tunggu hingga hujan reda.
Maka, makan lagi la jawabnya..kali ni Bakso jadi pilihan..tempat kami makan ni kira macam food court dekat situ dan harga makanan sangat murah, semangkuk bakso Rp 18,000.
Bakso complete |
Jika di Jogja gambar wisata paling banyak...tapi trip di Bandung ni lebih banyak gambar makanan sebab kami hanya shopping dan makan sahaja sepanjang dua hari di sini