Sunday, November 10, 2013

Indonesia Trip-Day 2 (Yogyakarta)

view of Mount Merapi at 7am, Jogja time
Yogyakarta Day 2-Mount Merapi & Goa Pindul
12 Oktober, 2013

Hari Kedua-Yogyakarta tujuan kami ke Mount Merapi bukan untuk sunrise tetapi hanya untuk menjejakkan kaki ke situ

Kami tidak mahu bangun terlalu awal kerana penat yang ada masih bersisa akibat tidak tidur di airport Bali.

Oleh itu, kami ambil keputusan untuk mulakan tour pada jam 7 pagi. Alhamdulillah cuaca pagi itu mengizinkan kami snap gambar puncak Merapi.

muka orang bangun tidur with great view of Mount Merapi in the morning
Di sini, kami menggunakan perkhidmatan Jeep Tour untuk naik sehingga ke Bunker Merapi. Last stop yang membolehkan kita ambil gambar berlatar belakangkan Mount Merapi.

Memandangkan percutian kami tidak lama so, aku tidak la adventure sangat mau mendaki Mount Merapi. Kalau daki pun confirm semput sebab lama nda excercise...

ni la Jeep yang kami naik untuk Mt Merapi Jeep Tour
epik gila kan untuk isi minyak keta..manual lagi orang tolong isi
Kos Jeep Tour ni Rp 400,000 yang aku rasakan agak mahal padahal sebelum datang sini, aku baca di blog dan Virtual Tourist Review, Jeep tour for Mt Merapi hanya Rp 250,000 per jeep. Sah kami kena 'kencing' di sini...

Bayaran tour for the whole day Rp 400,000, Mt Merapi Jeep Tour pun Rp 400,000 memang kuyak habis poket kami...apa buli buat kalau travel 2 orang begini la jadinya...

Alkisah Mt Merapi, sebelum naik, aku ada tanya driver jeep berapa kos? Tapi dia macam mau nda mau jak bagitau..lepas tu last2 cakap 'ngak apa lepas tour baru cerita'. Nah ni confirm la kami sudah terkena la bah di sini ni.

Nda apa la mungkin kami kurang bernasib baik dihari kedua ni berbanding hari pertama yang dapat harga local masuk Borobudur dan Prambanan. Duit entrance tu last2 lari bayar Jeep Tour..pro and contra la katakan..apa yang best dihari kedua ni, tour for the whole day sampai malam tapi bayar maintain Rp 400, 000..ntah la murah ka nda susah mau cakap...first time kan

Advise aku untuk Mt Merapi Jeep tour ni, sila la buat bayaran perkhidmatan di kaunter tanpa guna middle person, which is your tour guide...

Bayaran masuk ke Mount Merapi ni hanya Rp 2,000 per person. Yang ni, aku nda sure kalau ada rate local and international visitors. Tapi, rasanya tiada sebab bukan ada big entrance pun mau masuk sini.

Masa visit Mount Merapi ni, aku jadi moody sebab terasa bayaran agak mahal..keadaan jalan masa tu lagi banyak halangan..laluan untuk pergi ke rumah Mbah Maridjan ditutup sebab ada jalan rosak. Padahal aku mau lawat kuburan si Penjaga Kunci yang meninggal dunia semasa letusan Mount Merapi pada Okt 2010.

Bila diberitahu nda dapat sampai sana dengan pelbagai alasan yang aku nda mau sudah dengar, tambah moody aku ikut tour pagi-pagi buta ni...

Nasib baik jugalah, bila dapat lihat keindahan Mount Merapi dapat sejukkan hati yang panas.

Sepanjang jeep tour di Mount Merapi ni, mau sampai 4 kali kami tukar laluan hanya sebab beberapa jalan tidak boleh digunakan.

Banyak sangat lori angkut batu dan pasir di kawasan Mount Merapi ni buatkan banyak laluan rosak. Sayang kan, tempat pelancongan tetapi dipenuhi dengan lori angkut batu dan pasir dari lava Mt Merapi.

Sebenarnya kalau betul-betul mau explore, boleh jak naik motorbike pegi Mt Merapi tour ni tapi ikut tahap keberanian la. Keselamatan perlu diutamakan sebab laluan tu kita kena explore sendiri mana ada tour guide mau tunjuk jalan
antara rumah yang terkena kesan lava Mt Merapi yang meletus pada Okt 2010
Tour ni ambil masa dalam 1 jam 30 minit dan stop terakhir adalah di Bunker yang pada aku tiada apa-apa keistimewaan untuk dikunjungi.
Bunker yang didirikan untuk lindungi penduduk kampung dari awan panas/lava
Dalam bunker tu kosong dan gelap..tiada apa2 yang diletakkan disitu untuk dikunjungi.
Sebelum tu, kami singgah di sebuah rumah yang dijadikan ala-ala  muzium oleh orang-orang kampung. Mereka tempatkan barangan yang terkena lava di situ dari barangan elektrik sehingga la bangkai binatang.

Ada beberapa gerai jual gambar dan cenderamata Mt Merapi juga disitu. Mungkin itulah cara mereka di sini untuk recover balik kan..lepas 3 tahun, mesti banyak lagi orang kampung yang tidak punya rumah yang lengkap seperti sebelum berlakunya letusan gunung berapi itu.

Apa yang menarik perhatian aku semasa lawat so-called muzium ni adalah ayat yang berbunyi ‘Merapi Tak Pernah Mungkir Janji’.

muzium Mt Merapi..disinilah penduduk kampung simpan semua koleksi barangan yang terkena lava Mt Merapi

antara barangan yang terkena lava Mt Merapi yang dikumpulkan penduduk..kini dipamerkan ala-ala muzium
bangkai sapi yang terkena letusan Mt Merapi kini dipamerkan
ni alien stone yang terdapat di Mt Merapi
Letusan Mt Merapi pada Oct 2010 diikuti letusan kedua 5 Nov 2010 mengakibatkan ratusan penduduk di kawasan sekitar meninggal dunia. Melalui pembacaan aku, ada yang menyatakan seramai 353 orang terbunuh dan 350,000 dikawasan terjejas dipindahkan.

Bila lihat kawasan sekeliling yang mana rumah penduduk musnah akibat letusan 2010 membuatkan aku terfikir bagaimana orang-orang kampung ini sekarang.

Menurut driver Jeep kami, sesetengah penduduk sudah berhijrah ke tempat lain akibat trauma kejadian letusan 2010.

Katanya, semasa letusan berlaku walaupun tidak sampai ke perkampungannya, tetapi mereka tetap bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan. Lava kan bila-bila masa boleh mengalir

Sepanjang tour, dia menjelaskan kepada kami bahawa kawasan yang dipenuhi dengan batu dimana sekarang boleh dilihat lori-lori mengangkut batu dan pasir itu, dahulunya sungai yang amat dalam bagi membolehkan lava mengalir.

ni antara sungai yang jadi laluan lava mengalir tapi sudah dipenuhi batu-batuan
Tapi selepas letusan besar yang berlaku itu, tahap kedalaman sungai yang kini kering itu semakin kurang kerana dipenuhi batu dari gunung.

Gambar2 sepanjang perjalanan aku sertakan di sini.

Selepas selesai tour kira-kira jam 9 pagi waktu Jogja, kami terus singgah breakfast di sebuah restoran yang aku boleh katakan nampak mewah tapi sebenarnya tidak.

Makanan sangat awesome dengan harga yang sangat murah..berbaloi lepas pegi Mount Merapi singgah la Timbul Roso. Confirm berbaloi makan di restoran yang menjadikan buluh sebagai perhiasan utama dari lantai, dinding hinggalah ke meja.

antara ruang makan di Timbul Roso yang diperbuat dari Bamboo
hidangan ikan keli masak lemak yang sangat layan..tempe seolah-olah wajib hidang kalau di Indonesia
Di sini, menu kami adalah ikan keli masak santan aku lupa nama Indonesianya..Sup ayam dan sambal. Nasi dihidangkan dalam bekas ala-ala bakul rotan kecil yang dialas dengan daun pisang.

Masakannya sangat sedap mungkin disebabkan ika n keli tu fresh diambil dari kolam peliharaan mereka. Sebab tengah2 tunggu makanan dihidangkan aku nampak pekerja di restoran ni bersihkan kolam ikan.

Suasana di sini nyaman sekali sebab bunyi dan ketukan buluh dibawah tempat duduk membuatkan suasanya seperti dalam hutan. So, those who wanted to go to Mount Merapi please ask your supir singgah makan di sini..nda rugi kalau try kan..ikan keli masak lemak memang recommended..iklan ni tidak berbayar, saja promo..

Harga makanan dan minuman kami bertiga hanya Rp 71,000 or RM 20. Jika dilihat dekorasi sebegitu aku fikir harga makanan mahal la dan akan cecah RM 40-50 tapi tidak. Jika di Sabah, restoran dengan deocaration sebegini pasti harga makanan berpuluh-puluh ringgit untuk satu kepala.

ala-ala iklan 'welcome to Timbul Roso' ...posing itu satu kemestian
Selesai sahaja tour di Mt Merapi dan makan di Timbul Roso Restaurant, kami terus menuju ke Kota semula kerana ingin mengunjungi Kraton dan Taman Sari.

Kami tiba di Kraton dalam jam 11.30 pagi waktu tempatan di sini. Namun, disebabkan masa yang suntuk kami hanya pergi Kraton sahaja dan habiskan masa mengelilingi muzium itu lebih kurang 30 minit.
ruang utama...Kraton atau Istana lama yang kini jadi muzim
entrance Kraton
Settle ambil gambar, kami pun terus keluar dan terus kepada next plan iaitu singgah sebentar di butik jual batik sebab dikhabarkan batik jogja lebih cantik.

Dengar nama butik, terus fikir mahal kan tetapi Butik Batik Tirto Noto yang terletak di Jalan Kadipaten Kidul ni tidak la mahal sangat sebab ada baju yang diberi potongan harga sehingga 30 peratus.

Boleh tahan cantik dan banyak pilihan tapi kalau mau yang lebih cantik kena spend duit lebih la ya..di sini aku hanya beli sehelai batik untuk bapak aku yang dijual pada harga Rp 52,000. Ni harga lepas diskaun..sangat murah kan baru dalam RM 15.

Aku beli sehelai sebab aku tau bukan bapak aku pakai sangat pun..dia lebih banyak pakai t-shirt dari kemeja. Ni kan pula mau pakai batik, memang jarang la kena guna

Di sini kami tidak lama sangat sebab banyak lagi tujuan untuk hari ni. Selepas puas hati dengan pilihan masing-masing, kami teruskan perjalanan ke Wonosari, Gunung Kidul untuk next aktiviti iaitu water activity.

Perjalanan ke kawasan pergunungan Wonosari, Gunung Kidul ni dari kota ambil masa dalam 1 jam 30 minit dan kami tiba di pusat menyediakan perkhidmatan pelampung untuk aktiviti air ni dalam jam 3 petang.

Pintu Gerbang memasuki kawasan Gunung Kidul
Dalam perjalanan kami sempat lagi singgah IndoMaret untuk membeli jajan (keropok)sebab macam mengantuk pula kalau enda mengunyah bilang travel partner aku..

On the Way tu Mas Fajar ni sempat berhenti sekejap dan beli sesuatu seperti kotak. Mula-mula enda tau apa tu, rupa-rupanya itulah makanan khas Gunung Kidul yang diberi nama Gathot Thiwul. Dalam tu ada pisang, ubi, gula perang dan kelapa parut. Kalau dicampur semuanya dan makan sedap juga la


Sampai jak di pusat sediakan perkhidmatan wisata alam, kami terus salin pakaian sebab aktiviti ni confirm basah. Selesai salin pakaian di bilik persalinan baju yang disediakan, kami memilih kasut getah ala-ala kasut adidas kampung yang kita guna naik Gunung Kinabalu tu.

Time pilih-pilih kasut, tiada pula saiz kecil, nah mengantam jak aku kasut besar terus rasa macam kartun ni.

Untuk wisata alam ni, kami akan ikuti caving activity in Goa Sriti then, tubing activity in Goa Pindul dan bayaran for this only Rp 100,000 per person. Murah jak kan.

Lepas selesai pilih kasut dan diperkenalkan dengan guide yang akan guide kami sepanjang aktiviti ni kami naik lori kecil untuk ke Gua Sriti for caving activity.
jejaka di tengah-tengah ni la Mas Fajar..driver cum tour guide kami di Jogjakarta..posing before start caving and tubing
At first, I thought its just tour in a cave like what we did in our place..jalan2 dalam gua tengok itu ini sekali sampai, bila masuk air tu kira ok lagi la tapi bila ada satu part terasa kaki tidak jejak tanah panik juga la kami sekejap

belum start caving muka happy jak..pasni cuak gila muka sorang-sorang
muka cuak sebab kaki mula tidak jejak tanah
Rasanya kuat gila aku cengkam tangan guide kami yang dikenali dengan nama Gendut (kalau di Malaysia bermakna gemuk) tapi guide ni tidak la gemuk mana pun.

Aku ni memang agak fobia sikit kalau bab-bab air ni sebab aku enda pandai berenang. Mau floating dalam air pun aku takut ni kan pula caving tanpa kaki jejak tanah.

Mula-mula rasa best jak masuk air yang sejuk gila tu...tapi lama-lama bila kaki tidak jejak tanah, mula la panik sorang-sorang

Untuk caving ni, kami dua digabungkan bersama sepasang kekasih (aku agak jak) memang orang Indonesia.

Aku ingatkan kami dua jak cuak bila kaki enda jejak bumi...rupa-rupanya girlfriend budak laki yang sama-sama kami tu pun lagi penakut siap leher kawan aku kena cengkam sebab takut hahahaha..ni kawan aku cerita la

Untuk keliling gua ni kami dibekalkan dengan headlight tapi bukan semua orang dapat sebab terlalu ramai pengunjung dan lampu tu enda cukup. Jadi, dalam group kami berempat ni, hanya dibekalkan dua headlight.

Gua Sriti ni tidak besar jadi nda la terlampau lama mau keliling ni gua dan aku rasa kalau lama pun confirm kami berempat ni mau cepat-cepat keluar sebab tiga dari kami penakut air

Caving Goa Sriti dalam masa 30 minit ...lepas tu kami terus ke Gua Pindul menaiki lori yang sama cuma bezanya kali ni, kami bergabung dengan satu group anak-anak muda Indonesia, mungkin juga students, lebih kurang lapan orang gitu la 
sorang-sorang turun untuk start tubing at Goa Pindul..ni satu group ngan kami

aksi sebelum start tubing around Goa Pindul..a great experience
Di Gua Pindul kami dikehendaki memilih tube getah sorang satu. Aku cari yang kecil jak cukup2 untuk tampung berat aku yang nda seberapa ni.

Jangan risau, tube ni kuat kukuh tampung berat badan kita sebab saiznya yang besar...
sesi memilih tube sebelum start aktiviti tubing..
It was a great experience ever.. aktiviti tubing ni ada jak di Malaysia tapi aku belum pernah try..dan aku x sure pula kalau Sabah ada tubing activity macam ni.

Di sini kami habiskan masa sehingga senja sebelum bergerak ke Prambanan Temple untuk menyaksikan Ramayana Ballet.

Tiket kami tidak beli in advance sebab menurut driver kami tu, ada jak tiket dijual walaupun last minit tapi mungkin jika weekend, perlu beli takut tiket habis. Tapi, kalau setakat 2-3 orang last minit beli pun ada jak.

Kami menyaksikan Ramayana Ballet dengan memilih tiket berharga Rp150,000 dan disebabkan persembahan terlalu panjang iaitu 2 jam, pada 30 minit terakhir kami ambil keputusan untuk tinggalkan sahaja persembahan itu kerana kami perlu berkejar ke hotel untuk check out dan bergegas ke stesyen keretapi untuk perjalanan seterusnya.

Lagi pula persembahan dilakukan dalam bahasa Jawa so, agak boring sebab tidak memahami sepenuhnya kisah berkenaan.

Kami cuba memahami persembahan berdasarkan sinopsis cerita yang perlu diambil dipintu masuk.

Semasa menyaksikan Ramayana Ballet ni, kami berdepan dengan masalah ‘kamera tiada bateri’. Kawan aku ada jak bawa extra bateri tapi tertinggal di hotel.
 
End up kami hanya saksikan persembahan tanpa dapat merakamkan sebarang gambar..Cukuplah kenangan yang tersemat dalam memori jak kan. Gambar hanya sempat diambil semasa di luar teater.

Paling best...kawan aku boleh pulak tidur masa tengok persembahan ni sebab menurutnya, dia kurang berminat dengan persembahan sebegitu...so, aku biarkan sahaja dia lena sampailah masa untuk kami ingin keluar meninggalkan persembahan yang belum tamat tu

Lepas tinggalkan panggung teater terbuka Ramayana Ballet tu, kami langsung ke stesyen keretapi untuk menukarkan resit pembelian kepada tiket keretapi yang sebenar. Disebabkan kami beli tiket melalui IndoMaret, kami perlu tukat tiket tu sejam sebelum pelepasan.

Maka, disinilah bermulanya aksi kelam-kabut sebab barisan sangat panjang dan aku siap menyaksikan beberapa drama kerana ada beberapa penumpang yang terlepas keretapi kerana lewat datang ke stesyen keretapi.

Memandangkan hari ni adalah hujung minggu dan minggu depannya Hari Raya Aidildaha, jadi agak sesak dan orang sangat ramai beratur untuk membeli serta menukarkan tiket pembelian dengan tiket keretapi yang original.

Boleh tahan kalut juga la sebab di sini kami habiskan masa menunggu giliran sehingga jam 10.30 malam dan barang-barang semua masih dihotel yang perlu dikemas sikit-sikit.

Lepas dapatkan tiket yang asal kami terus bergegas ke Gloria Amanda Hotel untuk check out dan ambil barang. Nasin baiklah kami sudah kemas apa yang patutu sebelum keluar meninggalkan hotel pagi tadi...kalau tidak ada jugak lah kami berdua ni tinggal train untuk ke Bandung, our next destinastion.

Bila kalut2 pegi sana dan sini sepanjang hari, sekali lagi kami kami skip lunch dan dinner..last-last tengah kalut mau ke train station sempat lagi tapau sate di depan hotel.

Alhamdulillah kami sempat juga naik train yang delay dalam 15 minit. Nasib baiklah...sempat juga kami makan sate sambil tunggu train tiba. Owh ya kami menaiki Turangga Eksekutif yang dijadualkan bertolak dari Jogja jam 11.37 malam. Harga tiket Rp 343,000 or RM100 as of October 2013. Di sebabkan kami beli tiket di IndoMaret, aku lupa sudah berapa harga tiket sebenar..sebab tiket kami ada extra charges.

Train tiba dalam jam 11.35 malam, naik2 jak train..bila perut sudah kenyang, aku apa lagi tanpa banyak bunyi, terus lelapkan mata kerana terlalu letih berjalan ke hulu ke hilir sepanjang hari.

begini la gerabak eksklusif train yang aku naik-Turangga Ekskusif

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...