Bandung 14 Oktober 2013
Hari kedua di Bandung, selesai jak sarapan pagi di hotel
kami terus menuju ke Rumah Mode berdasarkan map yang kami lihat. Mula-mula
konon jalan kaki jak last2 bila enda jumpa Rumah Mode, kami tanya orang dan
terus naik angkotan.
Di Rumah Mode, kami datang hanya untuk lihat apa-apa yang
boleh dibeli tetapi di sini tempatnya nampak exclusive. Last-last kami hanya
minum cendol nangka sambil melihat kecantikan dekorasi tempat tu.
nampak sedap kan Cendol Nangka ni... |
Rumah Mode ni ada jual kerepek, ada restoran dan ada juga
beberapa kedai yang jual barang lain seperti handbags dll. Melihat ke’exclusive’an
Rumah Mode, tidak la aku simpan hasrat mau shopping di situ. Kalau setakat mau
beli kerepek tu ok juga la di sini.
Kami hanya singgah untuk bergambar dan lihat sekeliling.
Memandangkan kami breakfast free di hotel so, tidak lah kami godoot mau makan
lagi di sana.
Kami hanya duduk menikmati cendol nangka yang berharga Rp
10,000 segelas. Boleh tahan juga sedap...dan haruman nangka meresap dalam
cendol.
Habis jak posing di sekitar Rumah Mode, kami terus
menaiki angkotan untuk menuju ke Gedung Sate kerana hasrat untuk beraksi bagai
di hadapan bangunan yang jadi tumpuan pelancong tu.
Sekali bila sampai di Gedung Sate, tempatnya ditutup. Iya
lah kami datang Bandung semasa orang mau sambut Hari Raya Aidiladha kan. Sambil jalan-jalan aku tertarik dengan iklan ni yang aku percaya jika di lakukan di Sabah, ia akan bantu lagi usaha menghijaukan Sabah. Satu korban, satu pokok harus ditanam. Ia usaha yang baik untuk menghijaukan alam.
Hurmmm...impian kami untuk lawat tempat bersejarah di
Bandung musnah sebab semua tempat-tempat yang ingin dikunjungi seperti Muzium
Post Office dan Gedung Sate hanya buka setengah hari sahaja.
Orang mahu cuti raya kan. Padan muka aku, sebab tanpa
tengok kalender terus booking tiket hanya disebabkan tiket time tu murah. Bila
sudah booking baru perasan, kami berada di Bandung semasa Hari Raya Haji.
Tapi Kota Bandung tidak la lenggang macam Kota Kinabalu
or KL time perayaan sebab disitulah tempat tinggal merangkap kampung kebanyakan
dari penduduk di situ (ni based on cerita dari pemandu teksi hotel semasa hantar
kami ke aiport pada hari terakhir kami di Bandung).
Disebabkan semua tempat bersejarah tutup, kami hanya
ambil gambar dari luar pagar sahaja lepas tu apa lagi, kami terus blah dan pegi
Pasar Baru untuk kali kedua.
Kami bershopping dan lunch di Pasar Baru. Nasi berlauk
ayam yang boleh la tahan sedap. Harga makanan lebih kurang Rp 60,000-70,000. Sambal
punya kick...pedas dan makanan di Indonesia ni selalu dihidangkan bersama
tempe. Tempe seperti jadi bahan wajib dalam hidangan mereka. Di sini buat pertama kali, aku dapat minum Teh Botol. Boleh tahan la tapi agak kelat sedikit mungkin sebab tehnya pekat
Bila kami hendak keluar dari Pasar Baru, aishhhh cuaca
hujan la pulak, Dua hari di Bandung, petang memang hujan. Mungkin musim hujan
agaknya.
So, kami terpaksa habiskan masa lepak dalam Pasar Baru
sehingga hujan reda dan terus cari angkotan untuk balik ke Ciwalk.
Tapi lepas keluar Pasar Baru ternampak la gerai-gerai
jual kerepek dan banyak pilihan yang ada. Kerepek dan kacang-kacang di situ
dijual ikut kilo. Jadi, aku sempat juga rembat kacang dan sejenis biskut
Bandung. Kalau tidak silap, aku spend dalam Rp 180,000 juga untuk beli kerepek.
Masa beli kerepek ni la penuh adegan yang aku rasa cukup
merimaskan. Tengah dok berdiri untuk beli, aku di datangi seorang pengamen yang
nyanyi lagu ntah aku sendiri tidak pernah dengar..aku biarkan saja..
Bila time aku keluarkan purse mau bayar kerepek boleh
pula dia ucap ‘terima kasih semoga dipanjangkan rezeki’ maka, aku terpaksa juga
beri dia duit kecil dan kebetulan tiada duit syiling masa tu, terpaksa la aku
hulur juga Rp 5,000 huuuuu...tu boleh buat bayar tambang angkotan aku balik
pegi Ciwalk.
Bila ayat macam tu sudah keluar, terpaksa juga
bagi..belum siap kerepek aku di pack dalam beg plastik tiba-tiba ada lagi
seorang pengamen datang dan nyanyi, aishhhh last-last aku blah sebaik sahaja
siap bayar.
Kalau aku berada lebih lama di situ, silap-silap duit
untuk bayar kerepek semua diberi pada budak-budak pengamen tu. Memang diorang
tidak paksa untuk beri tapi kita akan dengar ayat-ayat ‘Mbak..dikasi wangnya
berapa saja janji ikhlas’
Kawan aku yang sedang tunggu aku siap membeli juga
berhadapan dengan aski yang sama, yang mana, pengamen menghampiri dia dan
nyanyi lagu dengan harapan diberi wang.
Malam terkahir kami di Bandung, misi kami adalah untuk
cari Indo mee cheese seperti yang kawan-kawan aku recommend sebelum datang
Bandung. Kawan-kawan aku yang pernah datang situ cakap, Indo Mee cheese is a
must try food, kalau datang Bandung.
Malam first tu, kami cari gerai jual indo mee cheese tapi
enda jumpa..nasib baiklah malam last di Bandung, ternampak satu gerai yang ada
tertulis indo mee cheese di banner gerai. Tapi sebelum singgah makan, kami mau
shopping beberapa barang terlebih dahulu.
Namun, hasrat untuk shopping malam tu terpaksa dibuang ke
tepi sebab banyak kedai sudah tutup seawal 9 malam waktu tempatan. Esok raya
kan, sebab tu la diorang tutup kedai awal.
Malam last tu, boleh katakan kami food hunting la, bukan
setakat makan indo mee cheese, kami juga try roti susu cheese dan kemudian siap
tapau roti pisang cheese (yang ni lagi sedap)..kami juga sempat tapau Batagor
dan Siomay (yang ni ala-ala tauhu dan samosa yang ada inti dan dihidang dengan
kuah kacang).
Indo Mee Cheese |
Semua makanan malam last ni fuhhhh sedap..menyesal kami
enda food hunting dari first night berada di Bandung.
Kami tidur dalam kekenyangan di malam terakhir di Bandung
sambil kedengaran laungan takbir raya. Sedih juga la kan sebab beraya di tempat
orang. Walaupun aku sebenarnya keluarga
aku jarang buat makan-makan masa raya haji.
15 Okt, hari terkahir di Bandung. Memandangkan flight ke
Bali pada belah petang, kami ada masa lagi untuk meronda-ronda Ciwalk sebelum
ke airport
Hari last ni, baru kami sibuk mau beli buah tangan untuk
saudara-mara yang belum dibelikan sebarang baju atau apa-apa lah.
Aku hanya ingin beli baju batik yang dijual di kedai yang
bernama ‘Sasak Batik’. Actually malam last tu memang mau beli baju batik tapi
kedai ni tutup awal.
Nasib menyebelahi kami sebab kedai jual batik ni buka
walaupun pada hari Raya Aidiladha. Aku beli baju yang berharga Rp 55,000
sepasang. Lepas tu sempat juga singgah kedai jual beg pack yang diperbuat dari
jeans.
Hari terakhir di Bandung ni kami shopping kejap jak sebab
perlu balik semula ke hotel untuk check-out dan seterusnya minta hantar ke
Husein Sastranegara Airport.
Apa yang best mengenai Cihampelas Hotel ni, mereka
sediakan free transfer service untuk guest sama ada ke train station mahupun ke
airport. Masa datang aku nda tau diorang ni turut sediakan free transfer ke
train station. Agak rugi la sebab kena naik teksi sendiri walhal ada jak free
transfer service.
Transfer service ni FOC so, kira jimat la duit sikit kan.
Pak cik teksi yang hantar kami dari hotel ke airport yang bagitau pasal
transfer service ke train station ni.
Aku hanya tahu diorang sediakan transfer service dari
airport..so, kira lepas ni kalau datang Bandung naik train lagi, boleh la
menginap di Cihampelas supaya dapat roundtrip transfer either ke train station
or aiport.
Dari Bandung ke Bali kami menaiki flight pada jam 3.05
petang. Di sinilah baru perasan beg yang masa datang hanya satu, bila balik ke
Bali beg sudah bertambah jadi tiga. Kalau terjumpa balik pemandu teksi yang
kami naiki dari train station ke Ciwalk, mesti dia akan cakap begini ‘kan mbak,
saya sudah bilang, datang tasnya satu baliknya tiga’ hahaha...