Sunday, November 30, 2014

Star Cruises-SuperStar Aquarius berpangkalan di Kota Kinabalu

Published in Utusan Borneo
(20 November 2014)


Jika anda seorang yang gemarkan percutian santai di atas kapal persiaran mewah dengan tawaran harga berpatutan, percutian bersama Star Cruises pasti mampu memenuhi kriteria percutian yang anda inginkan.

Mungkin 10 tahun dahulu, bercuti menaiki kapal persiaran mewah hanya sekadar mimpi tetapi kini, dengan adanya Star Cruises-SuperStar Aquarius yang berpangkalan di Kota Kinabalu bermula 8 November 2014-1 Mac 2015, semua orang dapat menikmati percutian atas kapal mewah itu dengan tawaran harga istimewa.

Sempena tahun kedua kedatangan SuperStar Aquarius di Sabah, Star Cruises menawarkan tiga pilihan pakej percutian khas buat penumpang yang ingin menaiki kapal pelayaran terkemuka Asia Pasifik itu.

Naib Presiden Kanan bahagian Jualan Star Cruises Singapura Michael Goh dipetik berkata, untuk tahun kedua Star Cruises berpangkalan di Kota Kinabalu ini, Star Cruises menawarkan pakej percutian empat hari tiga malam 4H/3M Kota Kinabalu-Puerto Princesa, pakej percutian dua malam (2M) yang ditawarkan pada minggu tertentu serta pakej berlayar semalaman (1M) di perairan tinggi.

Sempena promosi ketibaan SuperStar Aquarius itu, tawaran diskaun 40 peratus diberikan bagi pakej 4H 3M Kota Kinabalu-Puerto Princesa. Tiket bagi laluan itu adalah serendah dari RM 740 setiap seorang (tidak termasuk cukai pengendalian pelabuhan).

Pakej percutian ke Puerto Princesa yang mengambil masa 12 jam pelayaran itu akan berlayar pada setiap hari Ahad mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Untuk penumpang yang memilih  pakej percutian 2M dan 1M, tawaran diskaun 30 peratus turut diberikan. Promosi pakej 2M yang ditawarkan adalah serendah RM 322 setiap seorang. Manakala, pakej 1M pula berharga RM 150 setiap seorang. Kedua-dua harga pakej itu tidak termasuk cukai pengendalian pelabuhan.

Katanya, bagi membolehkan penumpang menikmati harga promosi itu, mereka harus membuat tempahan sebelum 31 Disember 2014.

Mengenai perkhidmatan SuperStar Aquarius, beliau berkata, kapal seberat 51, 039 tan itu mampu menampung sehingga 1, 511 penumpang dalam satu-satu masa dengan kapasiti kabin sebanyak 756 buah.

Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, untuk keluarga yang ingin membawa anak-anak bercuti menaiki SuperStar Aquarius, Program 'ButterLion At Sea’ pasti dapat menghiburkan kanak-kanak.

Seiring dengan tema 'Butterlion At Sea' itu, lima kabin dihias khas mengikut tema ButterLion untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada penumpang Star Cruises.

Selain itu, Michael berkata, buat penumpang yang membawa anak menaiki Star Cruises bagi pakej percutian 1M, Program Junior Cruiser sempena cuti sekolah November-Disember pasti mampu membuatkan anak mereka gembira sepanjang berada atas kapal.

Kapal persiaran yang menyediakan 10 buah restoran dan bar ini pasti mampu memenuhi citarasa setiap penumpang kerana makanan yang dihidangkan terdiri daripada masakan Malaysia, masakan Cina, makanan Jepun serta makanan barat.

Daripada jumlah itu, dua buah restoran iaitu restoran menghidangkan makanan buffet (Restoran Spices) dan sebuah restoran menghidangkan makanan ala carte (Taipan) adalah dua restoran yang mendapat persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Manakala, dua restoran lagi iaitu Oceana dan Mariners dikategorikan sebagai ‘serve no pork’ dan hanya Dynasty sahaja yang sajikan makanan tidak halal.Untuk penggemar sushi atau makanan Jepun, Blue Lagoon pasti dapat memenuhi citarasa mereka.

Buat penumpang yang gemarkan minuman beralkohol seperti wine, beer atau whiskey, terdapat pilihan bar yang disediakan dalam kapal iaitu Lagoon Bar, Tea Corner, Maxims Lounge, Skyline Karaoke dan Champ’s Bar.

Selain itu, perkhidmatan lain yang turut disediakan dalam kapal adalah Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, yang mana bayaran dikenakan mengikut tempoh masa.

Kapal ini juga turut dilengkapi dengan klinik kesihatan yang dikendalikan oleh doktor pakar bagi memudahkan penumpang sekiranya mereka mengalami masalah kesihatan sepanjang berada atas kapal.

Bagi Samsia Jiman, 62, menaiki Star Cruises bersama anak-anak dan suami buat kali pertama ini memang suatu pengalaman berharga buatnya.

Katanya, tawaran pakej percutian yang disediakan amat berpatutan terutama dengan adanya harga promosi sempena cuti sekolah hujung tahun.

Beliau berkata, walau diawal percutian beliau tidak yakin dengan perkhidmatan disediakan atas kapal yang dikaitkan dengan kasino namun, setelah berada dalam kapal barulah beliau menyedari tanggapannya sebelum ini agak terpesong.

Star Cruises sebenarnya menyediakan banyak perkhidmatan lain yang dapat dimanfaatkan oleh penumpang. Ia termasuklah kemudahan bersantai, bersukan, hiburan serta tempat membeli-belah.

“Dalam kapal juga senang untuk mencari makanan kerana adanya restoran yang mendapat persijilan halal Jakim. Hidangannya juga menepati selera kerana masakannya ala Malaysia," katanya ketika ditemui semasa Program Inaugural Star Cruises-SuperStar Aquarius KK-Puerto Princesa yang diadakan pada 9-12 November lalu.

Samsia berkata, taklimat keselamatan semasa hari pertama menaiki kapal adalah langkah yang baik untuk memudahkan penumpang mengetahui tempat perkumpulan sekiranya berlaku kecemasan.

Merasai sendiri pengalaman bercuti ke Puerto Princesa menaiki Star Cruises memang satu pengalaman yang manis buatnya, kata Samsia yang berasal dari Keningau ini.

Menurutnya, berada dalam kapal pasti tidak akan membuatkan penumpang bosan kerana pelbagai jenis hiburan disediakan termasuk untuk kanak-kanak.

Charrie Pascura, 36, yang berasal dari Manila berkata, perkhidmatan yang disediakan atas kapal persiaran itu memang menepati ekspektasi penumpang.

Beliau memberikan lima daripada lima bintang kepada perkhidmatan atas kapal yang diberikan.

“Apa yang agak kurang menyenangkan adalah penumpang perlu berbaris panjang setiap kali hendak turun dari kapal. Selebihnya semua perkhidmatan disediakan Star Cruises cukup memuaskan hati,” katanya.

Beliau berkata, dengan perkhidmatan atas kapal yang baik itu, beliau pasti akan kembali menaiki Star Cruises dan seterusnya mempromosikan kemudahan yang ada kepada pelajar-pelajarnya.

Hiburan atas kapal

Percutian bersama Star Cruises bukan sekadar menawarkan penginapan dan restoran atas kapal sebaliknya, ia turut menyediakan pelbagai jenis hiburan bertaraf antarabangsa khas buat penumpang.

Untuk sesiapa yang gemar dengan silap mata, persembahan ‘Leslie Mckinner’s World of Magic’ pasti dapat memenuhi minat mereka.

Dalam membuat persembahan, Leslie turut membabitkan penonton termasuk kanak-kanak sebagai sukarela untuk menjayakan persembahan silap matanya.

Kanak-kanak yang ingin mempelajari silap mata berpeluang mempelajari teknik itu melalui Kelas Silap Mata yang dikendalikan oleh Leslie. Untuk menyertainya, ibu bapa perlu mendaftarkan anak-anak mereka dengan lebih awal di kaunter aktiviti yang terdapat atas kapal.

Persembahan teater muzikal 'Somewhere in Time' yang menampilkan produksi Star Cruises pasti membuatkan penonton terpesona dengan kostum pelakon yang berwarna-warni serta jalan cerita kisah dongeng yang menghiburkan.

Semasa persembahan ‘Somewhere in Time’, terdapat selingan-selingan persembahan lain turut diselitkan seperti persembahan akrobatik secara individu dan secara berpasangan.

Persembahan-persembahan selingan itu pasti membuatkan penonton terpegun dengan gaya persembahan dan teknik akrobatik yang dipersembahkan.

Disebalik Tabir SuperStar Aquarius

Sekiranya penumpang ingin melihat sendiri bagaimana chef menguruskan dapur yang mempunyai 120 krew dapur termasuk pelayan, penumpang berpeluang melawat bahagian dapur dengan menyertai ‘Galley Tour’.

Untuk galley tour ini, penumpang perlu membuat tempahan terlebih dahulu di kaunter aktiviti dan bayaran minima dikenakan untuk setiap seorang.

Melalui galley tour yang diketuai oleh Executive Chef Mark Harald ini, penumpang berpeluang melihat bagaimana proses penyediaan makanan dilakukan untuk ratusan atau ribuan penumpang setiap hari.

Ketika mengetuai galley tour, Mark memberitahu setiap hari mereka menyediakan makanan menggunakan kira-kira 5, 000 biji telur, 150 kilogram (kg) beras, 4, 000 kg daging, 3, 000kg buah-buahan dan 4, 000 tan air.

Mark berkata, kebanyakan sumber bahan mentah itu diperoleh daripada masyarakat setempat dan jika bekalan tidak mencukupi barulah Star Cruises mengimport dari luar negara seperti Hong Kong.

Katanya, memandangkan SuperStar Aquarius berpangkalanan di Kota Kinabalu maka, sumber bahan mentah ini akan dibeli daripada pembekal tempatan.

Ia secara tidak langsung Star Cruises turut membuka peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga tempatan.

Mengenai penyediaan restoran halal, Mark dipetik berkata, sebenarnya sudah lama kapal pelayaran itu merancang untuk menyediakan restoran halal dan impian itu akhirnya tercapai apabila SuperStar Aquarius mula berpangkalan di Kota Kinabalu pada tahun lalu.

“Kami merasa gembira melihat peningkatan penumpang Islam atas kapal dan kami akan terus menyediakan hidangan makanan terbaik. Ia bagi memastikan halal yang diperoleh dapat dikekalkan. Kami sedar bukan mudah untuk mendapatkan persijilan halal Jakim kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi.

"Untuk makluman, kami turut mempunyai pakar yang memastikan bahan mentah yang diperoleh adalah melalui pembekal yang mendapat kelulusan Jakim. Peraturan untuk mengekalkan sijil halal yang ditetapkan harus dipatuhi sebaik mungkin bagi mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan Islam," katanya.

Selain galley tour, jika keadaan mengizinkan, penumpang juga berpeluang memasuki ruangan kapten kapal untuk menyaksikan bagaimana kapal dikemudi oleh kapten dan krew di bahagian teknikal itu.

Untuk memasuki ruangan ini, penumpang perlu mendaftar bagi menyertai ‘Bridge Tour’ yang memerlukan mereka membayar RM 35 setiap seorang dan ia terhad kepada 15 orang penumpang sahaja.

Kemudahan sukan, spa dan rawatan kecantikan atas kapal

Bagi penumpang yang suka bersenam, kapal pelayaran ini dilengkapi dengan kemudahan sukan seperti gelanggang bola keranjang, laluan jogging, kolam renang dan gym yang boleh digunakan secara percuma pada bila-bila masa dengan syarat, pakaian yang dipakai hendaklah bersesuaian.

Untuk penumpang yang suka membeli-belah, ruangan bebas cukai yang terdapat dalam kapal pasti dapat memenuhi kehendak 'si kaki shopping'.

Ruangan bebas cukai yang meliputi China Duty-Free, Canopus watches & jewellery dan Ports O’ Call menawarkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa termasuklah barangan kulit, minyak wangi, cenderamata serta banyak lagi.

Jika anda keletihan setelah seharian berada dalam kapal, penumpang boleh merehatkan minda dan badan dengan mendapatkan khidmat urutan yang ditawarkan di di INS’ Spa, Sauna & Gymnasium.

Buat penumpang yang memilih percutian 4H 3M bersama Star Cruises dan ingin berdandan bagi menghadiri Malam Gala Kapten pada malam terakhir atas kapal, penumpang boleh mendapatkan khidmat rawatan kecantikan di Spa & Beauty Salon.


Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...