Hari ketiga-Heading to Hakodate
(25 Oktober 2017)
(25 Oktober 2017)
Hari ketiga di bandar Hokkaido. Kami mulakan pemanduan ke Hokkaido University untuk bergambar sebelum menuju ke destinasi yang agak jauh.
Seawal 8 pagi kami sudah keluar hostel ke Hokkaido University. Tempat ni dikatakan sebagai must visit di Hokkaido during autumn. Memang berbaloi datang sini awal pagi.
Masa ni Gingko Tree sudah bertukar warna kuning & kemerahan. Ya Allah memang terpegun dengan pemandangan tu.
Hampir sejam juga posing di situ sebelum teruskan perjalanan ke Hakodate. Jarak Sapporo City ke Hakodate hampir 5 jam drive. Sebab mau elak laluan tol. Kematu bontot drive long journey macam ni.
Tapi seperti kemarin, pemandangan sepanjang perjalanan memang berbaloi. Ada juga la berhenti singgah beli air & toilet break.
Akhirnya berjaya feeling2 Autumn in My Heart |
Abadikan kenangan di Hokkaido University |
sejauh 222km kena drive ke Hakodate |
Tiba di kawasan Hakodate, kami terus ke Onuma Quasi National Park. Jalan menuju ke Onuma Park dipenuhi dengan Gingko Tree kuning kemerahan.
Kami juga sempat berhenti tepi jalan untuk bergambar. Ni la bestnya drive sendiri. Boleh berhenti bila-bila masa yang kami mahu.
Onuma Park ni banyak laluan yang berikan pemandangan berbeza. Kami agak rushing, jadi pilih laluan paling pendek untuk bergambar di tasik berhampiran yang berlatar-belakangkan Gunung Komagatake.
Onuma Park ni turut menyediakan bot untuk kelilingi tasik di situ. Tapi kami tidak ikut pun boat tour keliling tasik tu. Kami hanya bergambar tepi tasik saja. Onuma Park ni luas jadi kalau ada banyak masa, boleh la keliling kawasan national park ni sepuasnya.
berhenti untuk posing di laluan menuju ke Onuma Park |
Onuma Park ni turut menyediakan bot untuk kelilingi tasik di situ. Tapi kami tidak ikut pun boat tour keliling tasik tu. Kami hanya bergambar tepi tasik saja. Onuma Park ni luas jadi kalau ada banyak masa, boleh la keliling kawasan national park ni sepuasnya.
Itu Mt Komagatake yang boleh dilihat dari tasik di Onuma Park |
ni boat house kalau orang mau ikut Lake Cruise Tour di Onuma Park |
Kami memilih trail paling pendek sebab banyak lagi tempat lain yang mau dituju di Hakodate.
Selesai bergambar, kami teruskan perjalanan menuju ke Goryokaku Tower. During Spring, taman sekeliling Goryokaku Tower ni dipenuhi dengan bunga Sakura. Terdapat kira-kira 1, 600 pokok bunga sakura ditanam sekeliling taman berbentuk bintang ni.
Musim luruh ni, nampak daun pokok kekuningan.
Susah mau cari angle yang nampak keseluruhan bentuk bintang..ni saja yang terbaik lensa phone aku ambil |
Hakodate City from Goryokaku Tower |
Musim luruh ni, nampak daun pokok kekuningan.
Bangunan setinggi 90 meter ini unik dengan landskap berbentuk bintang. Yuran masuk 900yen.
Bila rasa-rasa puas posing setiap sudut, kami terus keluar untuk mencari guesthouse untuk malam ni. Rasanya tidak sampai sejam pun kami berada dalam Goryokaku Tower ni sebab pelancong terlalu ramai. Agak sukar untuk cari ruang bergambar tanpa diganggu.
Masa ni bayaran parking sama mahal dengan entrance fees sebab set GPS cari guesthouse lama sangat dalam kereta.
Bila GPS kereta tidak dapat identified guesthouse yang kami cari, akhirnya kami cuba gunakan Google Maps telefon.
Penginapan kami malam ni di Hakodate Guesthouse. Sesat juga mencari guesthouse ni sebab GPS dalam google tidak accurate sangat.
Lepas hampir setengah jam pusing-pusing, akhirnya jumpa juga la guesthouse yang berada berhampiran Lawson Convenience Store.
Hakodate Guesthouse |
Guesthouse ni mempunyai parking sendiri jadi jimat la duit parking untuk malam ni.
Menariknya tentang guesthouse ni, ia adalah bangunan lama yang hampir berusia 80 tahun.
Scary part adalah shower yang ada tab mandi. Tab mandi di situ macam sink aluminium tempat kita basuh pinggan lepas tu terlalu dalam. Tidak berani terus mau mandi dalam tab.
Bangunan lama kan jadi tidak la expect interior yang mewah. Cuma tandas tu buatkan aku terfikir movie serial killer. Hahaha abaikan imiginasi gila aku.
Bangunan lama kan jadi tidak la expect interior yang mewah. Cuma tandas tu buatkan aku terfikir movie serial killer. Hahaha abaikan imiginasi gila aku.
Guesthouse ni sediakan basic facilitiea macam guesthouse biasa, ada heater untuk mandi, water boiler kalau mau makan maggie serta toaster untuk bakar roti.
Berbanding hostel di Sapporo, di sini tidak dibenarkan masak. Tiada kitchen khas untuk masak.
Semalaman di Hakodate ni kami memang plan untuk makan luar.
Kawasan ni berada hampir dengan laut, semestinya seafood mereka sedap.
Travel buddy aku sempat tanya restoran seafood yang tidak serve daging di kawasan berhampiran.
Firsy restoran kami pegi sudah tutup. Jadi kami putuskan untuk makan sushi.
Tempat dicadangkan guesthouse owner adalah Kantaro Sushi. Lebih kurang 8-10 minute drive.
Kitorang yakin makan di restoran ni sebab tiada hidangan berasaskan daging. Maka, membaham la sushi sampai kenyang.
Sushi kena serve sama macam di Sushi King. Pilih la dari sushi yang jalan-jalan tu. Tapi disebabkan takut salah pilih pinggan mahal, kami isi form untuk order apa yang kami mau makan.
Total semua yang kami makan untuk 3 orang 2, 400 yen. Ntah la murah ka mahal. Tapi yang pasti makanan di restoran ni memang berbaloi.
Restoran ni sediakan parking space untuk pelanggan. Ia terletak betul-betul tepi laut. Kalau datang waktu siang boleh la nampak keindahan tempat ni.
Kami datang tu memang dinner time. So, pelanggan memang full. Selesai makan dengan lahapnya kami teruskan dengan plan seterusnya iaitu mau lihat keseluruhan bandar Hakodate dari Mt Hakodate.
Tapi terpaksa tunggu gate buka untuk laluan kereta naik. Selesai makan jam 8.30 malam. Ada masa lebih sejam untuk tunggu gate dibuka untuk kenderaan naik.
Baca dari blog orang, jam 10 malam baru kereta boleh naik ke Mt Hakodate.
Tapi kami cuba juga naik around 9.30 malam, Alhamdulillah memang sudah boleh naik atas.
Masa drive naik ni, aku nervous juga sebab jalan gelap dan menaiki bukit. Kawasan hutan pula tu. Dalam kerisauan tu akhirnya berjaya juga sampai puncak Mt Hakodate.
Night view dari Mt Hakodate viewing area ni memang berbaloi. Nampak seluruh bandar Hakodate dari atas.
Sunset view mesti lagi cantik sebab ada laut bersebahan observatory deck tu.
Pasal view memang terbaik. Tapi sejuk di atas observatory area ni memang bikin lutut bergegar. Jadi kami tidak luangkan masa yang lama di situ.
Lepas puas hari ambil gambar disetiap angle yang dirasakan lawa, kami terus tinggalkan tempat yang berangin tu. Sejuk weh mana tahan duduk situ lama-lama.
Puas hati dengan hasil gambar masing-masing kami pun pulanglah ke guesthouse yang kebetulan hanya ada kami sahaja menginap di situ untuk malam tu.
Balik rumah terus semua menggigil kesejukan. Nasib baik heater yang tradisional di guesthouse ni berfungsi. Dapat la tidur dengan selesa. Heater bilik ni guna bahan api & air. Memang tradisional sangat.
Map Code
-Onuma Quasi National Park 86 815 474
-Goryokaku Tower 86 165 027
-Mt Hakodate 86 009 717/730
-Mt Hakodate Ropeway 86 041 003