Monday, September 28, 2015

Last Day in Guilin-Night Market at Zhongshan Zhonglu Road

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Rasanya macam lama sudah aku x update blog. Bila check-check rupanya kisah semasa berada di Guilin belum habis.

Baru ada masa mau update pasal hari terakhir di Guilin sebelum fly back to KL on the next day.

Last day ni tidak banyak tempat yang kami pergi sebab memang plan mau ronda-ronda Guilin City jak..last day ni baru mau shopping bagi habis RMB yang masih berbaki..tapi x juga habis siap tukar currency tu ke Ringgit semula bila sampai Sabah.

Ok lets get back on my story for our journey from Yangshuo to Guilin.

Dari Yangshuo kami gerak awal pagi around 7am. Pagi ni pun hujan masih turun lagi. Sepanjang berada di Yangshuo tiada sehari pun x hujan..walaupun x lebat tapi masih menghadkan pergerakan.

Mula2 keluar hostel tu ingat mau redah jak hujan dengan raincoat yang ada tapi bila hujan makin lebat, terpaksa juga beli payung dari auntie-auntie yang berlegar-legar jual payung dengan harga RMB 25 (kalo x silap) di West Street.

Dari West Street kami buat cubaan naik bas. Walaupun mula-mula plan mau teksi sebab bagpack berat tapi bila ramai orang tunggu bas. Kami pun join sekaki duduk bawah jambatan West Street tu tunggu bas sampai. Tambang dari West Street ke Bus Station RMB 2. Perjalanan dalam 10-15 minit.

Bila sampai bus station tu, dengar konduktor sebut Guilin, kami terus serbu naik. Tapi ada juga la tanya konduktor bas sama ada itu kah bas Guilin. Biarpun dia x faham, tapi signal tangan suruh naik. Ok la tu so, memang tu la bas ke Guilin.Nampak ada foreigner lain, so yakin sikit la diorang pun mau ke Guilin. Tambang Yangshuo-Guilin hanya RMB 20 per person dan masa perjalanan hampir 2 jam.

Kami sampai Guilin around 9-10am (x ingat sudah). Sampai2 jak bus station kami terus cari stesyen teksi untuk ke Riverside Hostel.

Uncle teksi ni charge kami around RMB 20 sebab x guna meter. Kalo teksi meter mungkin murah sikit sebab jarak x jauh sangat cuma kalo traffic teruk, habislah.

Kami naik teksi xda meter ni sebab x sure kedudukan hostel tu jauh atau tidak, kami x mau ambil risiko so, tunjuk jak alamat hostel yang tertulis dalam printed agoda booking yang kami bawa tu, nasib ada tulisan Chinese. Bila uncle teksi tu angguk kepala, maknanya dia tahu la mana hostel kami tu.

Kisah nego tambang ni pun lucu jugak sebab pemandu-pemandu teksi tu hanya tahu Yes or No jak..lantak la janji sampai hostel. Nego sambil tunjuk notes RMB senang sikit x payah mau speaking segala. Perjalanan ambil masa 10 minit depends on traffic sebab Guilin City memang bandar yang sibuk.

Last day ni, kami stay at Riverside Hostel. Ermm hostel ni pun sudah booking awal sebelum fly ke bumi Guilin ni.

Staying here during our last day in Guilin memang keputusan yang bagus.Kenapa? sebab...hostel ni tersangat dekat dengan night market.

Masa booking tu x tau pun ada night market dekat hostel ni, tapi bila  banyak sangat masa di Yangshuo (banyak plan change due to bad weather), sempat juga la google di mana letaknya night market di Guilin.

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Night market ni terletak di Zhongshan Zhonglu Road, iaitu berhampiran dengan Riverside Hostel. x sampai 5 minit jalan kaki dari hostel kami.

Hostel ni pun dekat dengan Chongshan Road, where Endian Halal Restaurant located.

Compare to Wada Hostel (hostel yang aku stay during our first day in Guilin), Riverside Hostel is the nearest to the restaurant. Around 10 min walk from the hostel.

Sampai hotel lepas letak barang terus meronda bandar Guilin. Plan mau cari Seven Star Park. Tapi sebelum keluar tu tanya juga la receptionist macam mau naik bas ke Seven Star Park & no bas.

Tambang RMB 2 one way for double decker bus. Bas single deck murah sikit RMB 1 tapi kami malas mau tunggu lama. Masa naik bas, dengar juga announcement di setiap perhentian.

Bila x sure takut terlepas perhentian, member aku pun beramah mesra dengan sorang adik perempuan yang berdiri sebelah dia untuk bertanya jauh lagi ka bus stop Seven Star Park. Nasib la tu pelajar U yang ambil course english. Mudah untuk berkomunikasi.

Bila sampai perhentian bas Seven Star Park, ingatkan sebelah jak rupanya kena jalan juga dlm 20-30 min kalo jalan santai2 la.

Entrance park ni ada 2, arah selatan & utara. Disebabkan kami masuk arah Selatan, jauh sikit mau ke Zoo untuk tengok Panda.Kalo masuk arah Utara, entrance Zoo betul2 sebelah entrance Seven Star Park utara.

Tiket Seven Star Park ni dalam RMB 75 per person. Map park turut diberi bagi mudahkan orang cari mana tempat2 best dalam tu. Boleh tahan besar juga taman ni.

Kami spend masa hampir 2 jam juga la di sini. Spend masa lama sebab xda tujuan lain lepas tu.

Plan mau tengok pagoda in two rivers four lakes tapi macam jauh sangat. Plan dibatalkan & kami ronda Seven Star Park sahaja. Zoo yang ada panda tu kena bayar la RMB 75 so, x mau bazir duit, tengok panda China di Malaysia jak la nanti.

Siap nikmati keindahan alam ciptaan Allah di bumi Guilin ni back to our hostel.

Kebetulan la pula bas kami naik masa balik tu adalah bas yang sama masa kami datang. Senyum jak uncle tu.

Masa balik ni, budak2 balik sekolah ramai so, sesak sangat dalam bas, pandai2 la sisipkan diri.

Lupa mau bagitau, bus stop ni terletak depan mall jak tapi x ingat nama mall.

Turun bas, nampak la auntie2 jual keledek, jagung & kacang2. Sempat juga beli jagung untuk panaskan badan.

Suhu Guilin ni lebih sejuk dari Yangshuo. Biarpun di Yangshuo sentiasa hujan tapi x sesejuk Guilin.

Around 6pm baru kami start keluar jalan sekitar area pasar malam. Terlebih awal la pula & orang berniaga baru mau start setting gerai masing-masing.

Jadi, jalan2 la masuk kedai2 yang ada di sekitar Zhongshan Zhonglu Road tu.

Benda pertama bila jejak kaki sekitar Guilin aku perhatikan banyak kedai jual boots & jaket. Mungkin sebab masa tu musim sejuk.

Boleh tahan juga la harga boots di sana, memang banyak pilihan & murah sikit berbanding harga di Malaysia. Tapi x beli pun sebab x tau bila masa la mau pakai tu..simpan lama2 takut rosak.

Back to night market, memang harga barangan di pasar malam tu murah jika anda pandai bargain harga. Main tulis atas kertas jak kalo diorg mau bagi harga utk foreigner macam kami ni.

Lepas ronda dari hujung ke hujung pasar malam tu, aku hanya sempat rembat luggage saiz paling small yang ngam2 utk handcarry kalo bawa masuk cabin airasia plane. Harga paling murah kena bagi RMB 170. Ok la kira murah sudah tu aku rasa.

Selain luggage, antara barangan yang dijual handbags, wallet, casing handphone.

Biscuits & dry food untuk souvenirs banyak juga di jual.

Beli juga la sikit untuk kawan/kawan office yang non-muslim.

Keychain x jumpa pula di pasar malam ni..nasib masa di Yangshuo sempat beli keychain untuk kawan-kawan office.

Pasar malam ni x ramai sangat foreigners..yang memenuhkan pasar ni hanya Chinese community yang mungkin juga datang dari liar Guilin.


Wednesday, April 1, 2015

3rd day in Yangshuo, Guilin

Hari ketiga di Yangshuo (Jan 11)

Alhamdulillah cuaca pagi hari ini agak baik biarpun pada sebelah petang diramalkan akan hujan.

Hari ni kami putuskan untuk mengikuti tour Yulong Bamboo Rafting dan kami mengambil pakej yang ditawarkan di hotel.

Untuk Yulong Bamboo Raft kos yang kami bayar adalah RMB 85 per person. Banyak tour agencies yang ada sekitar Yanghsuo ni tapi malas mau cari pakej yang lebih murah. Kami ambil jak pakej yang ada di hotel, senang dan jimat tenaga.

Bamboo Raft tu start jam 2 petang, so ada masa lagi mahu ronda-ronda Yangshuo.

Sebelum mula meronda, kami breakfast dulu di restoran persinggahan wajib kami sepanjang berada di Yangshuo.

Hari ni barulah kami mencuba ramen soup yang kami selalu tengok orang makan. Memang sedap sangat-sangat ramen soup yang jadi 'signature dish' di restoran tu.

Menyesal x order dari hari pertama berada di Yangshuo so, kalau datang Yangshuo memang aku reccommend orang rasa ramen soup restoran ni..rugi kalau x makan

Selesai menghabiskan ramen soup yang kuantitinya agak besar untuk aku..kami teruskan misi meronda Yangshuo.




Kami berjalan kaki selama hampir setengah jam ke kawasan dimana Impression Show Sanjie Liu diadakan.

Owh ya, kami langsung tidak tengok sebarang show masa di Yangshuo sebab malas mau bazir masa tengok persembahan yang kami tidak faham.

Biarpun boleh jak sebenarnya faham-faham sendiri tapi kesian travel buddy aku, asal tengok show confirm lena. So, kali ni aku skip tengok persembahan kebudayaan masyarakat di sini

Bila sampai tempat Impression Show diadakan tu, latar belakangnya memang cantik. Tidak rugi meredah kesejukan bandar Yangshuo untuk sampai ke kawasan cantik tu.


limestone di belakang tu la background untuk Impression Show
somewhere around here, they perform Impression Show at night
Sambil-sambil tu kami sempat juga beli strawberry yang memang diidam-idamkan sejak terlihat orang jual strawberry di bawah jejantas pada hari pertama di Yangshuo

Bila pulang semula ke hotel, hujan renyai-renyai mulai turun tapi kami masih lagi gagah redah hujan pakai rain coat. Hari terakhir untuk survey barangan yang ingin dibeli kerana keesokan harinya kami akan kembali ke Guilin.

Nampak orang jual payung tapi sebab hujan x berapa lebat, kami putuskan pakai rain coat jak

Apabila tiba masa untuk menaiki bas menuju ke Yulong River (kira-kira 2 petang), x sangka pula hujan makin lebat. Hah haru biru di buatnya. Mana sempat mau beli payung sebab bas sudah menunggu di seberang jalan.

Nasib baiklah Doris sudi pinjamkan payung untuk kami kongsi berdua. Dengan rain coat yang masih dipakai, ok juga la x basah teruk

Perjalanan ke Yulong River dari West Street kira-kira 30 minit dan kawasan dilalui memang kawasan perkampungan.

Tiba di Yulong River tempat mau ambil bamboo raft, turun jak dari bas rombongan kami terus diserbu auntie-auntie yang jual rain coat dan plastik. Based on my understanding, plastik tu untuk balut kasut, takut basah

Ermm...aku x nampak keperluan plastik tu so, kami refuse untuk beli. Tapi sebenarnya, berguna juga plastik tu sebab ada certain parts yang akan buatkan kasut basah sekiranya tidak sempat angkat kaki bila rakit menuruni kawasan curam.

Untuk menaiki rakit ni kena tunggu giliran..so, sambil-sambil tunggu tu boleh juga kalau ada mau makan sebab ada gerai yang menjual makanan di kawasan menunggu ni.

Sampai giliran kami menaiki bot tu..aku memang excited sebab nampak pemandangan kiri dan kanan yang memang amazing.

Dengan cuaca yang hujan tu memang layan tengok pemandangan yang seakan-akan dalam lukisan sepanjang Yulong River ni.

jom pilih rakit mana mau naik


Perjalanan menyusuri Yulong River ni ambil masa hampir 2 jam. Biarpun banyak blog aku baca bagitau aktiviti menyusuri sungai ni antara 1 jam atau 1 jam 30 minit tapi untuk tour kami ikuti ni hampir 2 jam. Sebab, uncle yang dayung rakit kami tu, berhenti berehat lagi. Mungkin terlalu penat mendayung.


abaikan muka berseri-seri tu..nampak sangat effect Camera 360..perkenalkan unlce yang bawa kami menyusuri Yulong River
Dayung pakai sebatang buluh jak lagi tu..memang penat kali kan. Usia uncle ni pun seakan-akan 30-40an.

Part mencemaskan bila menuruni curam. Biarpun tidak tinggi tapi panik juga kami dibuatnya sebab takut kalau-kalau rakit tu terbalik..tapi hakikatnya memang x akan terbalik sebab rakit tu cukup panjang dan seimbang
Tengah-tengah perjalanan aku nampak ada lagi satu port tempat orang mau naik bamboo raft..

nampak batu-batu tu, kawasan tu la memerlukan bot menjunam sedikit untuk menuruni curaman tu
nampak macam camel kah


Sepanjang sungai. banyak photo booth yang siap ada jurugambar lagi so, kalau x mau beli gambar, inform jak dengan pendayung rakit tu bahawa anda tidak mau bergambar. Just say 'No' faham la mereka tu.

Photo booth pertama kami TERsinggah sebab uncle tu yang bawa berhenti. Aku dan kawan aku pun dengan muka x ikhlas beli juga gambar tu biarpun x berapa clear. Aku beli gambar ni dengan harga RMB 20. Aku rasa mahal tapi apa boleh buat beli jak la sebab uncle tu beria-ia suruh kami pilih gambar

Lepas booth pertama tu, bila nampak photo booth sepanjag sungai terus kami bagitau 'No' dan uncle tu pun ikut jak kemahuan kami agar tidak berhenti

Separuh perjalanan, uncle tu berhenti berehat dan nasib baiklah satu lagi pasangan yang sama bas dengan kami turut dibawa berhenti di situ. Jadi, kami tidak la ditinggalkan bas jika terlewat.


lepas ni boleh la aku keja part time dayung rakit di Yulong River...walaupun sebenarnya aku dayung salah arah
kalau sampai jambatan ni maknanya, aktiviti menyusuri Yulong River sampai ke penghujungnya
Resort yang nampak macam resort utk orang2 kaya...dekat jak dengan finishing line utk Yulong Bamboo Raft
Kami selesai menyusuri Yulong River ni kira-kira 4.30 petang. Alhamdulillah berjaya sampai tebing dengan selamatnya.

Masa sampai darat ni, hujan semakin lebat dan terpaksa la berlari-lari anak untuk ke tempat yang boleh berteduh

Berdiri di situ menanti bas kami tiba hampir 10 minit rupa-rupanya bas yang kami naiki semasa datang sudah bertukar dengan bas lain. Nasib la couple yang berhenti sama-sama kami tu naik bas baru tu. Kalau tidak sampai malam la kami berdua tunggu bas yang x sampai2

Sampai sahaja di West Street hujan makin lebat..masa ni basah kuyup. Habis kasut ikut basah. sudah la kasut yang aku bawa satu jak..ermmm bau masam la jadinya

Malam terakhir di Yangshuo, kami shopping sekadar yang mampu. Sebab memang niat bukan untuk bershopping kan. Dalam pada tidak mau shopping, habis juga dalam RMB 500 hahaha...perempuan dan shopping memang susah dipisahkan

Aku hanya beli selendang untuk family aku..serta fridge magnet, lampu & souvenir untuk kawan-kawan

Untuk diri sendiri sempat juga la aku beli purse dan jam tangan..sekadar tanda ingatan untuk diri sendiri.

Keesokan harinya, seawal 7 pagi lagi kami sudah bertolak untuk ke Guilin City. Biarpun hujan lebat, terpaksa juga rempuh hujan ke bawah jejantas berhampiran West Street untuk menunnggu bas.

Dari West Street, kami hanya menaiki public bus yang tambangnya hanya RMB 2 per person. Sampai bus station yang terletak kira-kira 15-20 minit (depends on traffic), kami terus menaiki bas yang konduktornya menyebut Guilin. Tu jak yang kami faham dia sebut. Tambang bas dari Yangshuo ke Guilin ni hanya RMB 20 per person.

Ni bajet aku sepanjang berada di Yangshuo

Day 1 (9 Jan 2015)
1/ Li River cruise tour = RMB 450
2/ Electric Bus = RMB 15
3/ Food = RMB 80 for two (RMB 40 each)
Total = RMB 505

Day 2 (10 Jan 2015)
1/ Silver Cave = RMB 85
2/ Food = RMB 67 for two (RMB 33.50 each)
Total = RMB 118.8

Day 3 (11 Jan 2015)
1/ Yulong bamboo Rafting = RMB 85
2/ Food (lunch+dinner) = RMB 93 for two (RMB 46.5)
3/ Photo at Yulong River = RMB 20
4/ Souvenir shopping = RMB 410
Total=  RMB 561

Day 4 (12 Jan 2015)
1/ Bus from West Street to Bus Terminal = RMB 2
2/ Bus fare from Yangshuo to Guilin = RMB 20
Total = RMB 22

Total expenses 4D 3N in Yangshuo = RMB 1,206.80

2nd day in Yangshuo, Guilin

Hari kedua di Yangshuo (10 Jan)

Disebabkan plan untuk cycling country tour terpaksa dibatalkan maka hari kedua ni, kami hanya ambil package tour yang ditawarkan di Bamboo House Hotel.




Kami putuskan untuk ke Silver Cave. Tiket tour ke Silver Cave ini dijual pada harga RMB 85 per person inclusive entrance ticket dan tambang bas.

Kami terlepas morning tour to Silver Cave. Gara-gara hujan, kami ralit sangat berguling dalam selimut so, terpaksa ikut tour pada waktu petang iaitu pada jam 2.30 petang.

Melihat masih ada masa terluang, kami pun lunch di restoran yang sama sebelum meninjau2 kawasan sekitar. Sambil-sambil tu kami turut meninjau mana letaknya stesyen bas untuk ke Silver Cave petang nanti.

Kami perlu cari stesyen bas tu sebabnya, hotel hanya provide details sahaja selebihnya, pandai2 la cari mana bas tu parking.

Disebabkan itu, mana-mana stesyen bas yang ada, kami terus ambil gambar untuk ditunjukkan dengan receptionist hotel, yang kami kenali sebagai Doris. Bas ke Silver Cave tu parking betul-betul depan restoran halal yang jadi dapur kami sepanjang di Yangshuo.

Tapi sebelum balik hotel, kami menyinggah lagi untuk lunch. Hari kedua di Yangshuo ni, kami order sup ramen bersama telur yang digoreng bersama tomato.



comel jak adik ni..selalu senyum sambut kedatangan kami ke restoran diorang ni
ni la owner restoran halal di Yangshuo..terror uncle ni buat doh ramen


Makanan yang dipilih tidak dapat diterima tekak kami. Silap pilih ramen sebenarnya sebab tu la sup separuh jak yang berjaya dihabiskan. Maklum la makanan main tunjuk jak..

Lihat gambar, aku ingatkan sup tu gunakan mihun. Rupa-rupanya, ramen sup tu guna mee yang besar & bukan mee kuning yang macam kita buat mee goreng tau..Tekak aku memang tidak boleh layan mee macam ni.

Selesai lunch, kami kembali semula ke hostel dan mengambil tiket bas yang perlu ditunjukkan kepada konduktor bas. Bas ke Silver Cave semuanya parking di stesyen bas berhadapan restoran halal yang kami pegi sepanjang berada di Yangshuo.

Berbekalkan written receipt yang Doris bagi, kami tunjukkan dengan konduktor merangkap guide bas kami naiki.

Lepas guide bagi confirmation bahawa itulah bas ke Silver Cave dengan sign language, dia bawa cakap Cina, ngaga kami dibuatnya. Last-last dia suruh naik jak bas tu.

Sepanjang perjalanan ke Silver Cave, aku dapat lihat kebun Strawberry di sepanjang jalan..masa tu baru aku tahu, Strawberry antara tanaman utama di Yangshuo selain limau bali. Ni berdasarkan pemerhatian semata-mata, x sempat mau google info apa tanaman utama mereka di sini.

Sampai di Silver Cave, guide kami memberikan kertas bertulis no plate bas serta waktu untuk berkumpul semula dalam bas.

Selain kami, dia turut berikan info bas tu kepada dua orang lagi Mat Salleh yang menyertai tour ni. Hah yang ni kami tidak sempat berbual jadi, kami x tahu dari mana mereka berdua ni.

Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk melawat gua batu kapur tu. Kami sampai pun dalam jam 3.45 petang.

Sampai sahaja berhampiran entrance cave tu, guide kami mendapatkan tiket untuk semua penumpang yang menaiki bas berkenaan. Lepas ambil entrance ticket, kami pun buat hal masing-masing dalam gua.




Mereka menyediakan Chinese guide untuk beri penerangan pada setiap seksyen gua. Tapi…disebabkan kami tidak faham bahasa Cina, kami berdua pun melawat gua tu sendiri-sendiri tanpa bantuan guide. Bukan susah pun, baca jak signage yang ada.

Pada awalnya, aku tidak expect Silver Cave ni tempat yang menarik. Ya la sekadar gua batu kapur kan..tapi bila masuk, gua ni sebenarnya mempunyai rock formation yang cantik ditambah dengan hiasan lampu warna-warni menampakkan lagi bentuk batu yang unik. Subhanallah sungguh indah ciptaan-Nya.

Walaupun tiada guide untuk menerangkan setiap bentuk batu yang ada, tanda nama dalam english yang diletakkan di setiap rock formation memudahkan pengunjung mengetahui bentuk-bentuk batu yang ada.




music screen ni la susah mau ambil gambar dari tengah sebab ada photo booth
they call it reflection on water
Hampir setiap seksyen kami akan berhenti ambil gambar. Ada some parts jak yang susah sikit mau ambil gambar. Antaranya, di kawasan music screen, sebab ada station bergambar diletakkan di situ. Kalau mau gambar cantik, beli la gambar dari official photographer yang set up booth di kawasan berkenaan.

Untuk exit cave ni, kitorang lalu supermarket jual souvenir dan makanan kering..so, mana-mana pengunjung yang datang, boleh la membeli-belah di situ sebelum pulang. Kami hanya cuci mata sahaja kerana kurang yakin sebab tiada tanda halal pada makanan yang dijual.

Selesai melawat cave, kami naik semula ke bas kira-kira jam 5 petang. Apabila semua penumpang sudah sampai, bas pun bergerak ke Yangshuo town

Thursday, March 26, 2015

Guilin-Yanghsuo


Memasuki hari kedua di Guilin (9 Januari 2015), sebelum jam 8 pagi lagi kami sudah terpacak di ruangan menunggu Wada Hostel sebab bas akan datang mengambil kami pada jam 8 pagi. 

Untuk trip hari ini, aku sudah booking siap-siap melalui emel dengan Holiday China Tour bagi menyertai Li River Cruise Tour dengan bayaran USD 73 (RMB 450) per person.

Wah memang on-time betul orang China ni..lagi 5 minit jam 8 pagi, bas sudah tiba di hostel.Nasib baiklah kami memang menunggu di lobi tu awal sikit, kalau terlewat, kena tinggal la jawabnya.

Guide yang ambil kami di hostel tu bagitau kami akan berpindah ke bas besar apabila semua penumpang sudah diambil dari tempat penginapan masing-masing.

Lepas mengambil kami, bas tu hanya singgah satu lagi hotel bagi mengambil penumpang dan kemudian kami terus menuju ke tempat untuk berkumpul bersama penumpang-penumpang lain.

Ramai antara yang menunggu ni warga China..ada dua orang jak orang asing macam kami. Lebih kurang 5 minit berdiri di situ, bas besar yang ditunggu-tunggu tiba dan semua penumpang berebut-rebut menaiki bas serta menyimpan beg di ruangan penyimpanan barangan di bawah bas.

Aku mengandaikan orang-orang yang bawa luggage ni memang akan stay di Yangshuo sama seperti kami.

Selesai pilih tempat duduk, bas yang dinaiki terus menuju ke Zhujiang Pier, kira macam jeti tempat bot-bot ke Yangshuo berlabuh

Sampai jeti tu, penumpang yang turun bas berpusu-pusu menuju ke dalam ruangan menunggu dan untuk mengenalpasti penumpang, setiap dari kami diberikan sticker.Iya lah terlalu ramai penumpang berada di situ, kalau tersilap ikut team ermmm sendiri la tercari-cari guide masing-masing.

inilah Zhujiang Pier tempat mau naik bot bagi menyusuri Li River dari Guilin to Yangshuo
Tepat jam 9.30 pagi, tiba giliran kami menaiki bot, semua penumpang ambil tempat masing-masing dan kami berkongsi meja dengan dua mat salleh yang berasal dari Australia. Nampak gaya macam student sebab muka remaja lagi.

Bila berbual dengan mereka, sangkaan kami tepat, memang mereka berdua tu student..tapi mereka ni pusing keliling China untuk 3 minggu. Bukan macam kami yang cuti 6 ari pun susah mau lulus

Borak takat tu jak la..terlalu ramah sangat kang, pelik pula Mat Salleh dua orang tu tengok kami. Orang tengah dalam mood vacation mesti mau enjoy scenery..bukan dengar orang dok pot pet pot pet kan..

Perjalanan sepanjang 426km menyusuri Li River selama 5 jam memang pengalaman yang sangat best. Owh ya bot ni bergerak perlahan sikit sebabnya during winter season water level terlalu cetek. So, agak lama juga la duduk dalam bot. Kalau musim lain, mungkin dalam 3 or 4 hours sudah selesai Li River cruise tour.

proses memindahkan ikan yang ditangkap ke bot besar yang berada di hadapan bot kami
Kira-kira 15 minit selepas bot bergerak, barulah penumpang dibenarkan menaiki dek paling atas..napa 15 minit lepas gerak? hah yang tu kena tanya la pengemudi bot..tapi rasionalnya, mungkin sebab lepas bot dalam keadaan stabil barulah penumpang dibenarkan naik ke dek..demi keselamatan penumpang.

Sebaik sahaja announcement penumpang dibenarkan naik, aku dan travel buddy aku pun terus serbu naik atas, bot ni ada 3 dek, tingkat paling atas memang dek terbuka..tingkat kedua tu, ada ruangan tertutup untuk penumpang duduk dan juga tempat terbuka, tetapi ruang terbuka tu tidak seluas di dek paling atas la.

Dalam 30 minit perjalanan bermula, aku melihat bot dihadapan kami dihampiri oleh bot kecil milik si penjual ikan.

Wah fresh jak nampak ikan-ikan tu dipindahkan dari bot kecil ke ruangan dapur bot besar..mesti sedap tu dalam fikiran aku..tapi bila dihidangkan untuk dijual, kami terpaksa menolak sebab tidak berapa yakin dengan periuk belanga yang digunakan atas bot..makanan atas bot memang tiada jaminan halal.

Tour agency tu sendiri galakkan kami bawa makanan untuk mengisi perut ketika berada atas bot sebab memang tiada makanan halal atas bot.

Tidak lama kemudian, penjual orange tagerine pula kelihatan hampiri bot kami naiki. Ada juga la penumpang yang beli tapi bukan kami.

Mula-mula tengok view tu memang semangat gila, semua angle mau diambil..kiri kanan depan belakang...tapi bila sampai setengah perjalanan, terpaksa juga berhenti seketika sebabnya....kaki mulai menggetelar kesejukan. Berlindung la sekejap2 dari terkena angin. Bila rasa ok balik, kami terus berada di luar dek terbuka

Amazingnya daya tahan badan aku yang kecik ni..kami hanya berehat di dek kedua seketika sebelum terus meninjau pemandangan dari luar dek berkenaan..sepanjang 5 jam tu, boleh dikatakan 4 jam kami berdua ni berada di luar bot untuk ambil gambar. Ni lah antara pemandangan yang dapat disaksikan sepanjang Li River




Memang kebal badan aku masa ni..padahal kalau duduk office, aku la yang selalu switch off air-conditioner sebab cepat merasa sejuk.

Tapi bila di Guilin, sejuk pun aku gagahkan diri..iya la sudah datang jauh-jauh tak kan mau terperuk dalam bilik disebabkan tidak tahan sejuk..rugi la tiket flight kan..

Ok berbalik cerita dalam bot, bila kami masuk semula ke tempat duduk asal kami, guide yang perkenalkan diri sebagai Peter tu, memberi kami Map Yangshuo, kedudukan Pier di Yangshuo berhampiran dengan West Street.

Sambil-sambil tu kami sempat juga bertanya direction untuk ke West Street yang mana, menurut Peter, kalau by walk distance akan ambil masa 5 minit sahaja. 

Tapi memang kami tidak mau ambil risiko berjalan kaki dengan backpack besar gedabak. Aku memang tidak reti travel light, kalau packing nak travel, hampir setiap hari aku bawa baju berlainan. Jeans jak yang recycle.

Masa ni kami berlagak pintar, naik electric bus yang berharga RMB 15 per person. Tiket electric bus tu ada di jual di kaunter yang terletak betul-betul sebelum laluan keluar dari kawasan jeti..tapi jarak dari turun bot hingga ke pintu keluar ni agak jauh juga kira-kira 5-10 minit (ikut kelajuan kaki melangkah)..rasa mau patah bahu angkut backpack.

Bila sudah beli tiket, tunjuk alamat hotel, auntie-auntie tu pula tidak faham mana kedudukan hotel kami, tapi ada satu driver tu mengangguk tanda tahu kedudukan Bamboo Hostel so, kami pun dengan anggukan itu terus naik electric bus uncle berkenaan..dalam satu bus tu boleh la muat dalam 9-10 orang. Electric bus ni tidak berdinding sama macam naik tuk-tuk tapi versi tiada dinding.

Instinct yang mengatakan uncle tu memang tidak tahu mana Bamboo House Hotel tepat sama sekali. Kami diturunkan depan Bamboo Resort dan bukannya Bamboo House Hotel. 

Mula-mula ingatkan hotel tu berada berhampiran tapi nampaknya sangkaan aku tidak tepat. Pusing punya pusing memang tiada Bamboo House Hotel di kawasan tu

Maka, kami berjalan kaki juga meronda West Street untuk cari mana letaknya hotel.

Berdasarkan peta yang aku bawa, hotel ni berada di hujung West Street..lepas jalan dalam 15 minit akhirnya jumpa juga hostel tu..alhamdulillah tidak la sesat sampai ke senja

Sampai kaunter, receptionist tu menguruskan semua pendaftaran masuk kami dan deposit RMB 100 perlu diberi sebagai jaminan. Tapi wang tu dikembalikan masa check out la. Alhamdulillah Receptionist Bamboo Hotel ni pun english speaking jadi mudah untuk bertanya itu dan ini.

Bila tengok kami berdua booking twin room yang single bed, receptionist tu menawarkan kami untuk tukar bilik dengan dua katil berasingan. Mungkin disebabkan low season, banyak bilik kosong. Disebabkan penukaran tu tidak melibatkan sebarang pembayaran tambahan, kami terus setuju ambil katil berasingan.

Masa check in tu pun sudah hampir jam 3 petang so, kami terus simpan barang kemudian persiapkan diri dengan urusan akhirat..

Sambil-sambil tu kami masak air panas dan terus makan maggie cup, itu la breakfast, itu juga lunch dan tu mungkin dinner kalau kami gagal jumpa mana letakkan satu-satunya restoran halal di Yangshuo (halal yang murah la)..ada juga tempat lain yang jual makanan halal tapi aku tidak sempat mau survey kedudukan restoran tu

Bila kepenatan angkut beg sudah mulai hilang..kami pun mula bergerak meronda West Street bagi mencari kedudukan halal restoran yang sampai sekarang aku tidak tahu nama restoran tu..cukupla gambar menjelaskan namanya..kalau menurut blog yang aku baca, ia tidak jauh dari West Street dan hampir dengan satu kawasan parkir bas.

Lepas jalan sampai hampir separuh deretan kedai, kami mengandaikan sudah tersesat kerana kami sudah berada jauh dari West Street.

Kami putuskan untuk berpatah balik dan dalam perjalanan tu barulah aku jumpa mana letaknya restoran halal tu..restoran ni terkenal dengan Ramen soup.

Masa jumpa restoran ni, muka happy kami berdua tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..maklum la kalau tidak jumpa restoran tu maknanya, sepanjang empat hari kami di Yangshuo terpaksa la makan maggie cup.

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan insan kerdil di bumi Yangshuo ni..hari pertama di Yangshuo, makan ala kadar jak tapi ala kadar pun, kami siap order daging yang dicucuk dengan toothpick.

makanan dihari pertama di Yangshuo...
Disamping tu, aku order nasi goreng dan kawan aku ni order nasi putih bersama daging dan mushroom. Harga dua nasi tu dan sepinggan daging ni dalam RMB 80. Entah la murah atau mahal..yang penting perut sudah berisi nasi..travel tempat kurang restoran halal, kira standard la kalau mahal sikit

Keluar dari restoran ni, hujan renyai-renyai mula turun tapi kami gagah juga redah hujan tanpa payung atau rain coat.

Sebelah malam, hari pertama di Yangshuo, kami ronda juga West Street ni untuk survey-survey apa buah tangan dan barangan yang boleh dibawa balik ke Sabah. Hanya survey saja, beli belum lagi.

Ada satu kedai yang jual gendang kecil berjaya menarik perhatian kami..lagu yang dimainkan memang sedap sebab diiringi dengan muzik yang dipasang melalui CD. Tapi ruginya kami tidak sempat rakam video untuk lagu ni..rasa macam mau fly back to Yangshuo jak sebab terlupa rakam video tu

Disebabkan Yangshuo ni dipenuhi dengan bar-bar sepanjang jalan dan kami pun agak malas mau lepak di kedai jual jus mangga yang berada sepanjang West Street tu maka, dalam jam 9 malam, kami sudah tewas dan naik hotel untuk merehatkan diri.

Sebelum tidur, aku sempat berbalas email dengan Jack Zhou untuk bertanya planning kami untuk melakukan cycling country tour di Yangshuo. Tapi disebabkan ramalan cuaca menunjukkan akan hujan sepanjang hari on Jan 10 hasrat tu terpaksa dibatalkan.

Jack mencadangkan untuk tengok keadaan pada hari berikutnya..jika hujan juga, planning cycling country tour terpaksa dibatalkan. Bila lihat ramalan cuaca untuk hari berikutnya, memang hujan sepanjang hari.

Nasib tidak menyebelahi kami..sepanjang kami berada di Yangshuo memang hujan sepanjang hari. Biarpun hujan yang turun tidak lebat tetapi, ia membataskan pergerakan kerana hujan tu menyebabkan angin bertambah sejuk pada musim winter ni.

Tuesday, March 24, 2015

Trip to Guilin, China

Guilin is one of my must-visit place. Since AirAsia promoted this route somewhere in 3-4 years back, I already set a target to travel here in Guilin. I fall in love with the rock formation along Li River.

I prefer to visit a place with beautiful scenery and have their own history rather than shopping. Although, sometimes I will do some shopping to buy souvenirs for my family members and colleagues but I don't spend much on shopping during this trip.

I bought around RMB 2,500, around RM 1,400 for my expenses during our stay in Guilin-Yangshuo for 6 days.

For this trip, I went there with my colleague who suddenly become my travel buddy. I didn't prepare much for this trip as I don't really do so many research but luckily our trip went well although some of our planning changed due to the weather.

Our plane take off from KLIA 2 around 5.50am and we arrived in Guilin around 10am. Once we set foot on at an arrival hall, the coldness can be felt. Most of the Chinese started to wear their jacket.

At first, we don't bother to wear our jacket but when we arrive near immigration counter, we surrounding getting cold and we started to wear our jacket & glove.



Guilin memang antara top destination dalam travel list aku buat masa ni. Sebabnya, aku memang suka travel tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik serta punya sejarah tersendiri.

Ermm kadang-kadang travel sambil shopping tu kira extra point la..apa-apa pun shopping memang bukan priority aku, bagi aku travel ni untuk enjoy scenery destinasi yang aku pegi.

Trip ke Guilin ni aku pegi dengan rakan sekerja merangkap travel buddy aku, Esah..ni kira tahun kedua kami travel sama-sama after Indonesia trip in 2013


sebab x pandai mau travel light, semua beg mau di angkut

Bukan senang mau cari travel partner..yang ni pun susah mau dapat approval leave dari Bos. Agak stubborn juga la kami dua ni, masa trip Indonesia dulu Bos sudah warning jangan travel sama-sama sebab kurang staff. Tapi kalau tiket flight sudah dibeli, memang kena approve juga la cuti..lagipun trip kali ni 6 hari sahaja

Flight kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 5.50 pagi dan tiba di Guilin jam 10 pagi. Sebaik sahaja kapal mendarat, aku tengok auntie-auntie & uncle-uncle Cina yang duduk depan dan tepi aku mula sibuk ambil jaket dan windbreaker masing-masing.

Mula-mula aku buat tidak kisah sebab belum rasa lagi kesejukan di luar tapi....sebaik sahaja keluar dari pesawat mak aiiiiiiii, sejuk dari luar mula terasa. Sampai jak di Arrival Hall, kami berdua terus pakai jaket & glove masing-masing.

Sampai arrival hall, semua penumpang perlu mengisi borang Imigresen sebelum melepasi pemeriksaan dokumentasi
ni la borang Imigresen yang perlu diisi sebaik tiba di Balai Ketibaan
Tiba di balai ketibaan, kami seperti penumpang lain dari Malaysia mula mengisi kad imigresen. Selesai isi kad dan mengambil luggage, kami terus ke luar bangunan airport. Plan kami sebenarnya mau naik shuttle bus airport sebab murah iaitu hanya RMB 20 per person.

Berlagak pintar punya pasal, dalam 10 minit juga la kami berlegar-legar di luar bangunan untuk mencari shuttle bus airport untuk ke Guilin City. Seingat aku, shuttle bus tu berada di luar bangunan tapi x sure area mana. Ni la natijahnya bila kurang buat research sebelum travel.

Mana tidaknya, kami start buat research dua minggu sebelum travel. Bijak la sangat kan travel tapi kurang preparation. Masa buat reseach tu, mana-mana blog yang sempat dibaca sahaja yang kami take note. Alhamdulillah, map dan alamat hostel penginapan semua tidak lupa bawa.

Berada di luar airport dengan angin winter memang menggeletar juga la dibuatnya. Mungkin kami sahaja yang berlegar-legar di luar airport, banyak la uncle Cina approach kami mau offer perkhidmatan teksi mereka.

Kami berdua sah-sah bertudung dan langsung tiada muka Cina..tapi uncle-uncle tu gigih juga cong ceng cong ceng bercakap Cina dengan kami. Tindakan paling senang masa tu adalah sign language, gunakan tangan untuk menolak offer yang ditawarkan.

Lepas hampir 10 minit tiada kelibat shuttle bus yang kami tunggu di ruang ketibaan, kami decide untuk naik ke ruangan pelepasan di tingkat atas. Alhamulillah, sampai sahaja tingkat atas, kebetulan ada shuttle bus baru sampai.

Tapi kebingungan kami bukan terhenti di situ, bila semua penumpang turun, bas tu terus blah macam tu sahaja. So, kami pun buat cubaan berkomunikasi dengan orang yang baharu turun dari bas tersebut untuk bertanya macam mana kami mau naik shuttle bus ke Guilin City.

Percubaan berjaya dan orang yang kami tanya tu cuba membantu dengan menunjukkan sign turun bawah bagi mengambil shuttle bus ke Guilin City.

Lepas beli tiket dengan harga RMB 20 per person, kami pun menaiki shuttle bus airport dengan muka happy biarpun badan menggeletar kesejukan sebab berada di luar airport terlalu lama untuk mencari bas.

Duduk dalam bas siap ada guide bagi info mengenai Guilin tapi malangnya sepatah pun kami tidak faham. So, layan jak la pemandangan kiri dan kanan sambil perhatikan suhu yang tertera dalam bas ketika itu, kalau tidak silap dalam 12-15 darjah celcius.

Dalam bas tu, kami ada juga bertanya Amoi sebelah kami tu sama ada bas tersebut akan berhenti di Swan Hotel atau tidak? sebab menurut blog yang kami baca, perhentian kedua terkahir adalah Swan Hotel iaitu lokasi yang paling hampir dengan penginapan kami.

Orang tu cuba membantu, apa yang kami faham dia juga akan turun di Swan Hotel. So, kira selamat juga la tidak tersesat turun kat mana-mana.

Tiba sahaja di Swan Hotel, sama seperti situasi di airport, kami dihampiri uncle-uncle teksi yang menawarkan perkhidmatan teksi mereka.

Lantak la mereka mau cakap Cina, kami hanya menunjukkan alamat hotel kepada mereka dan alhamulillah lepas bargain taxi fare, kami putuskan untuk naik sahaja teksi berkenaan dengan tambang RMB 15.

Bila sampai ke Wada Hostel, punyalah dekat hostel tu dari Swan Hotel. Tidak sampai 10 minit kami sudah sampai di Wada Hostel. Sebab nda pandai cakap Cina susah sikit mau tanya direction dengan orang so, naik jak la teksi.

Receptionists di Wada Hostel sangat peramah dan agak senang juga la sebab mereka memang english speaking. Kalau perlu bantuan dan pertanyaan arah, jangan segan-segan untuk tanya mereka sebelum keluar ke destinasi dituju.


entrance Wada Hostel...
First thing kami buat bila masuk bilik, snap picture of the room. Decoration bilik semua berasaskan buluh. Paling best, katil yang disediakan siap ada heater untuk panaskan tilam ketika tidur.

Hari pertama di Guilin ni, kami memang tidak rancang untuk mengikuti tour kemana-mana sebabnya, target kami memang mau ke Yangshuo. 

As for the Longji rice terrace yang famous tu, disebabkan masa tu musim sejuk, kami memang tidak masukkan Longji dalam tempat untuk dilawati. Hendak sampai Longji perlukan kami mendaki sedikit. Lagipun masa di Bali, kami sudah menyaksikan sendiri bagaimana cantiknya padi bukit yang dikenali sebagai Tegalalang Rice Terrace di kawasan Ubud, Bali.

Kami mengikuti Li Rive cruise tour dan tempahan kami buat melalui email dengan Holiday China Tour with price USD 73 (RMB 450) per person. Bayaran kami buat pada hari tour berlangsung dan tiada melibatkan online payment.

Aku tidak pasti sama ada harga ni mahal atau tidak..disebabkan last minit tukar plan jadi aku main ambil sahaja tour ni lepas buat comparison with other tour agencies which offers more expensive package.

Aku buat tempahan tour last minit sebab plan asal kami mau ke Yangshuo menaiki bas. Lepas sampai Yangshuo aku plan mau ambil motorized bamboo boat Yangdi-Xin Ping or Xinping-Yangshuo.

Tapi atas nasihat private tour guide yang aku kenali melalui Trip Advisor known as Jack Zhou, dia menasihatkan kami just stick with cruise tour due to the cold weather. Jack ni private guide yang kami plan mau hire during our stay in Yangshuo (tapi last-last tidak jadi guna perkhidmatannya sebab cuaca di Yangshuo sentiasa hujan).

Disebabkan kami tidak merancang kemana-mana di hari pertama berada di kota yang asing bagi kami ni, kami teruskan niat mencari Halal Restaurant. Melalui blog-blog yang dibaca, Endian Halal Restaurant antara restoran halal yang sering dikunjungi pelancong dari Malaysia. Maka, kami pun putuskan untuk mencari Endian Halal Restaurant yang terletak di Chongshan Road.

Tapi sebelum keluar, mengambil kira takut sesat dan x larat mau jalan sebab terlalu lapar, kami makan maggie cup dulu. Cukup la untuk alas perut yang belum berisi sejak pagi.

Sebelum keluar, sempat juga bertanya direction dengan receptionist Wada Hostel untuk ke Chongshan road, iaitu dimana terletaknya masjid dan restoran halal. Kami siap dibekalkan dengan map tapi untuk pinjaman sementara sahaja la..bila balik tu perlu la return map berkenaan.

Dengan penerangan yang cukup jelas dari receptionist tu, kami decide untuk berjalan kaki sahaja cari restoran berkenaan sebab menurut penyambut tetamu Wada Hostel tu, jarak mau ke restoran tu hanya 15 minit.

Tapi....lepas berjalan hampir 30 minit, kami masih belum jumpa papan tanda Chongshan Road. Panik juga la dibuatnya tapi kami tidak putus asa dan teruskan perjalanan mengikut peta yang diberikan sambil bertanya kepada orang-orang yang ada di sekeliling.

Aku memang bukan penunjuk arah yang baik jadi aku serahkan tugas baca peta tu kepada travel buddy aku, Esah.

Syukur dengan adanya peta tu, kami berjaya sampai ke Endian Halal Restaurant di Chongshan Rd. Sebelum sampai ke Endian ni, ada juga kami terserempak restoran halal lain tapi nampak macam sangat exclusive so, kami tetap mau cari juga mana Endian Halal Restaurant yang famous dalam blog-blog traveller Malaysia.


ni la Endian Halal Restaurant yang susah sangat mau cari tu
Hari pertama makan pun terpaksa jimat takut overbudget so, kami hanya pesan sup yang mak aiiii...portion macam mau makan 10 orang serta telur dadar. Total makanan kami RMB 62.

Kami sampai di restoran ni pun sudah dalam jam 3 petang, tu kira lunch merangkap dinner la untuk hari pertama.

Usai makan, kami terus blah dan nikmati pemandangan sekitar jalan. Ada satu sungai lepas Chongsan Road ni sebelum menuju ke hostel. Sempat juga la kami keluarkan monopod pastu bergambar di jambatan.


kalau jumpa sungai ni masa on the way cari Chongsan Road untuk ke Endian Halal Restaurant, memang ngam la laluan tu
Biarpun ada beberapa mata memandang kehairanan melihat kami tapi kami buat bodoh jak sebab bukan ada orang kenal kami pun..Wefie is a must kalau travel berdua kan


basikal ni ada dimana-mana sekitar Guilin City senang kalau mau berbasikal sekitar bandar

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...