Tuesday, March 24, 2015

Trip to Guilin, China

Guilin is one of my must-visit place. Since AirAsia promoted this route somewhere in 3-4 years back, I already set a target to travel here in Guilin. I fall in love with the rock formation along Li River.

I prefer to visit a place with beautiful scenery and have their own history rather than shopping. Although, sometimes I will do some shopping to buy souvenirs for my family members and colleagues but I don't spend much on shopping during this trip.

I bought around RMB 2,500, around RM 1,400 for my expenses during our stay in Guilin-Yangshuo for 6 days.

For this trip, I went there with my colleague who suddenly become my travel buddy. I didn't prepare much for this trip as I don't really do so many research but luckily our trip went well although some of our planning changed due to the weather.

Our plane take off from KLIA 2 around 5.50am and we arrived in Guilin around 10am. Once we set foot on at an arrival hall, the coldness can be felt. Most of the Chinese started to wear their jacket.

At first, we don't bother to wear our jacket but when we arrive near immigration counter, we surrounding getting cold and we started to wear our jacket & glove.



Guilin memang antara top destination dalam travel list aku buat masa ni. Sebabnya, aku memang suka travel tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik serta punya sejarah tersendiri.

Ermm kadang-kadang travel sambil shopping tu kira extra point la..apa-apa pun shopping memang bukan priority aku, bagi aku travel ni untuk enjoy scenery destinasi yang aku pegi.

Trip ke Guilin ni aku pegi dengan rakan sekerja merangkap travel buddy aku, Esah..ni kira tahun kedua kami travel sama-sama after Indonesia trip in 2013


sebab x pandai mau travel light, semua beg mau di angkut

Bukan senang mau cari travel partner..yang ni pun susah mau dapat approval leave dari Bos. Agak stubborn juga la kami dua ni, masa trip Indonesia dulu Bos sudah warning jangan travel sama-sama sebab kurang staff. Tapi kalau tiket flight sudah dibeli, memang kena approve juga la cuti..lagipun trip kali ni 6 hari sahaja

Flight kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 5.50 pagi dan tiba di Guilin jam 10 pagi. Sebaik sahaja kapal mendarat, aku tengok auntie-auntie & uncle-uncle Cina yang duduk depan dan tepi aku mula sibuk ambil jaket dan windbreaker masing-masing.

Mula-mula aku buat tidak kisah sebab belum rasa lagi kesejukan di luar tapi....sebaik sahaja keluar dari pesawat mak aiiiiiiii, sejuk dari luar mula terasa. Sampai jak di Arrival Hall, kami berdua terus pakai jaket & glove masing-masing.

Sampai arrival hall, semua penumpang perlu mengisi borang Imigresen sebelum melepasi pemeriksaan dokumentasi
ni la borang Imigresen yang perlu diisi sebaik tiba di Balai Ketibaan
Tiba di balai ketibaan, kami seperti penumpang lain dari Malaysia mula mengisi kad imigresen. Selesai isi kad dan mengambil luggage, kami terus ke luar bangunan airport. Plan kami sebenarnya mau naik shuttle bus airport sebab murah iaitu hanya RMB 20 per person.

Berlagak pintar punya pasal, dalam 10 minit juga la kami berlegar-legar di luar bangunan untuk mencari shuttle bus airport untuk ke Guilin City. Seingat aku, shuttle bus tu berada di luar bangunan tapi x sure area mana. Ni la natijahnya bila kurang buat research sebelum travel.

Mana tidaknya, kami start buat research dua minggu sebelum travel. Bijak la sangat kan travel tapi kurang preparation. Masa buat reseach tu, mana-mana blog yang sempat dibaca sahaja yang kami take note. Alhamdulillah, map dan alamat hostel penginapan semua tidak lupa bawa.

Berada di luar airport dengan angin winter memang menggeletar juga la dibuatnya. Mungkin kami sahaja yang berlegar-legar di luar airport, banyak la uncle Cina approach kami mau offer perkhidmatan teksi mereka.

Kami berdua sah-sah bertudung dan langsung tiada muka Cina..tapi uncle-uncle tu gigih juga cong ceng cong ceng bercakap Cina dengan kami. Tindakan paling senang masa tu adalah sign language, gunakan tangan untuk menolak offer yang ditawarkan.

Lepas hampir 10 minit tiada kelibat shuttle bus yang kami tunggu di ruang ketibaan, kami decide untuk naik ke ruangan pelepasan di tingkat atas. Alhamulillah, sampai sahaja tingkat atas, kebetulan ada shuttle bus baru sampai.

Tapi kebingungan kami bukan terhenti di situ, bila semua penumpang turun, bas tu terus blah macam tu sahaja. So, kami pun buat cubaan berkomunikasi dengan orang yang baharu turun dari bas tersebut untuk bertanya macam mana kami mau naik shuttle bus ke Guilin City.

Percubaan berjaya dan orang yang kami tanya tu cuba membantu dengan menunjukkan sign turun bawah bagi mengambil shuttle bus ke Guilin City.

Lepas beli tiket dengan harga RMB 20 per person, kami pun menaiki shuttle bus airport dengan muka happy biarpun badan menggeletar kesejukan sebab berada di luar airport terlalu lama untuk mencari bas.

Duduk dalam bas siap ada guide bagi info mengenai Guilin tapi malangnya sepatah pun kami tidak faham. So, layan jak la pemandangan kiri dan kanan sambil perhatikan suhu yang tertera dalam bas ketika itu, kalau tidak silap dalam 12-15 darjah celcius.

Dalam bas tu, kami ada juga bertanya Amoi sebelah kami tu sama ada bas tersebut akan berhenti di Swan Hotel atau tidak? sebab menurut blog yang kami baca, perhentian kedua terkahir adalah Swan Hotel iaitu lokasi yang paling hampir dengan penginapan kami.

Orang tu cuba membantu, apa yang kami faham dia juga akan turun di Swan Hotel. So, kira selamat juga la tidak tersesat turun kat mana-mana.

Tiba sahaja di Swan Hotel, sama seperti situasi di airport, kami dihampiri uncle-uncle teksi yang menawarkan perkhidmatan teksi mereka.

Lantak la mereka mau cakap Cina, kami hanya menunjukkan alamat hotel kepada mereka dan alhamulillah lepas bargain taxi fare, kami putuskan untuk naik sahaja teksi berkenaan dengan tambang RMB 15.

Bila sampai ke Wada Hostel, punyalah dekat hostel tu dari Swan Hotel. Tidak sampai 10 minit kami sudah sampai di Wada Hostel. Sebab nda pandai cakap Cina susah sikit mau tanya direction dengan orang so, naik jak la teksi.

Receptionists di Wada Hostel sangat peramah dan agak senang juga la sebab mereka memang english speaking. Kalau perlu bantuan dan pertanyaan arah, jangan segan-segan untuk tanya mereka sebelum keluar ke destinasi dituju.


entrance Wada Hostel...
First thing kami buat bila masuk bilik, snap picture of the room. Decoration bilik semua berasaskan buluh. Paling best, katil yang disediakan siap ada heater untuk panaskan tilam ketika tidur.

Hari pertama di Guilin ni, kami memang tidak rancang untuk mengikuti tour kemana-mana sebabnya, target kami memang mau ke Yangshuo. 

As for the Longji rice terrace yang famous tu, disebabkan masa tu musim sejuk, kami memang tidak masukkan Longji dalam tempat untuk dilawati. Hendak sampai Longji perlukan kami mendaki sedikit. Lagipun masa di Bali, kami sudah menyaksikan sendiri bagaimana cantiknya padi bukit yang dikenali sebagai Tegalalang Rice Terrace di kawasan Ubud, Bali.

Kami mengikuti Li Rive cruise tour dan tempahan kami buat melalui email dengan Holiday China Tour with price USD 73 (RMB 450) per person. Bayaran kami buat pada hari tour berlangsung dan tiada melibatkan online payment.

Aku tidak pasti sama ada harga ni mahal atau tidak..disebabkan last minit tukar plan jadi aku main ambil sahaja tour ni lepas buat comparison with other tour agencies which offers more expensive package.

Aku buat tempahan tour last minit sebab plan asal kami mau ke Yangshuo menaiki bas. Lepas sampai Yangshuo aku plan mau ambil motorized bamboo boat Yangdi-Xin Ping or Xinping-Yangshuo.

Tapi atas nasihat private tour guide yang aku kenali melalui Trip Advisor known as Jack Zhou, dia menasihatkan kami just stick with cruise tour due to the cold weather. Jack ni private guide yang kami plan mau hire during our stay in Yangshuo (tapi last-last tidak jadi guna perkhidmatannya sebab cuaca di Yangshuo sentiasa hujan).

Disebabkan kami tidak merancang kemana-mana di hari pertama berada di kota yang asing bagi kami ni, kami teruskan niat mencari Halal Restaurant. Melalui blog-blog yang dibaca, Endian Halal Restaurant antara restoran halal yang sering dikunjungi pelancong dari Malaysia. Maka, kami pun putuskan untuk mencari Endian Halal Restaurant yang terletak di Chongshan Road.

Tapi sebelum keluar, mengambil kira takut sesat dan x larat mau jalan sebab terlalu lapar, kami makan maggie cup dulu. Cukup la untuk alas perut yang belum berisi sejak pagi.

Sebelum keluar, sempat juga bertanya direction dengan receptionist Wada Hostel untuk ke Chongshan road, iaitu dimana terletaknya masjid dan restoran halal. Kami siap dibekalkan dengan map tapi untuk pinjaman sementara sahaja la..bila balik tu perlu la return map berkenaan.

Dengan penerangan yang cukup jelas dari receptionist tu, kami decide untuk berjalan kaki sahaja cari restoran berkenaan sebab menurut penyambut tetamu Wada Hostel tu, jarak mau ke restoran tu hanya 15 minit.

Tapi....lepas berjalan hampir 30 minit, kami masih belum jumpa papan tanda Chongshan Road. Panik juga la dibuatnya tapi kami tidak putus asa dan teruskan perjalanan mengikut peta yang diberikan sambil bertanya kepada orang-orang yang ada di sekeliling.

Aku memang bukan penunjuk arah yang baik jadi aku serahkan tugas baca peta tu kepada travel buddy aku, Esah.

Syukur dengan adanya peta tu, kami berjaya sampai ke Endian Halal Restaurant di Chongshan Rd. Sebelum sampai ke Endian ni, ada juga kami terserempak restoran halal lain tapi nampak macam sangat exclusive so, kami tetap mau cari juga mana Endian Halal Restaurant yang famous dalam blog-blog traveller Malaysia.


ni la Endian Halal Restaurant yang susah sangat mau cari tu
Hari pertama makan pun terpaksa jimat takut overbudget so, kami hanya pesan sup yang mak aiiii...portion macam mau makan 10 orang serta telur dadar. Total makanan kami RMB 62.

Kami sampai di restoran ni pun sudah dalam jam 3 petang, tu kira lunch merangkap dinner la untuk hari pertama.

Usai makan, kami terus blah dan nikmati pemandangan sekitar jalan. Ada satu sungai lepas Chongsan Road ni sebelum menuju ke hostel. Sempat juga la kami keluarkan monopod pastu bergambar di jambatan.


kalau jumpa sungai ni masa on the way cari Chongsan Road untuk ke Endian Halal Restaurant, memang ngam la laluan tu
Biarpun ada beberapa mata memandang kehairanan melihat kami tapi kami buat bodoh jak sebab bukan ada orang kenal kami pun..Wefie is a must kalau travel berdua kan


basikal ni ada dimana-mana sekitar Guilin City senang kalau mau berbasikal sekitar bandar

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...