Memasuki hari kedua di Guilin (9 Januari 2015), sebelum jam 8 pagi lagi kami sudah terpacak di ruangan menunggu Wada Hostel sebab bas akan datang mengambil kami pada jam 8 pagi.
Untuk trip hari ini, aku sudah booking siap-siap melalui emel dengan Holiday China Tour bagi menyertai Li River Cruise Tour dengan bayaran USD 73 (RMB 450) per person.
Wah memang on-time betul orang China ni..lagi 5 minit jam 8 pagi, bas sudah tiba di hostel.Nasib baiklah kami memang menunggu di lobi tu awal sikit, kalau terlewat, kena tinggal la jawabnya.
Guide yang ambil kami di hostel tu bagitau kami akan berpindah ke bas besar apabila semua penumpang sudah diambil dari tempat penginapan masing-masing.
Lepas mengambil kami, bas tu hanya singgah satu lagi hotel bagi mengambil penumpang dan kemudian kami terus menuju ke tempat untuk berkumpul bersama penumpang-penumpang lain.
Ramai antara yang menunggu ni warga China..ada dua orang jak orang asing macam kami. Lebih kurang 5 minit berdiri di situ, bas besar yang ditunggu-tunggu tiba dan semua penumpang berebut-rebut menaiki bas serta menyimpan beg di ruangan penyimpanan barangan di bawah bas.
Aku mengandaikan orang-orang yang bawa luggage ni memang akan stay di Yangshuo sama seperti kami.
Selesai pilih tempat duduk, bas yang dinaiki terus menuju ke Zhujiang Pier, kira macam jeti tempat bot-bot ke Yangshuo berlabuh
Sampai jeti tu, penumpang yang turun bas berpusu-pusu menuju ke dalam ruangan menunggu dan untuk mengenalpasti penumpang, setiap dari kami diberikan sticker.Iya lah terlalu ramai penumpang berada di situ, kalau tersilap ikut team ermmm sendiri la tercari-cari guide masing-masing.
inilah Zhujiang Pier tempat mau naik bot bagi menyusuri Li River dari Guilin to Yangshuo |
Tepat jam 9.30 pagi, tiba giliran kami menaiki bot, semua penumpang ambil tempat masing-masing dan kami berkongsi meja dengan dua mat salleh yang berasal dari Australia. Nampak gaya macam student sebab muka remaja lagi.
Bila berbual dengan mereka, sangkaan kami tepat, memang mereka berdua tu student..tapi mereka ni pusing keliling China untuk 3 minggu. Bukan macam kami yang cuti 6 ari pun susah mau lulus
Borak takat tu jak la..terlalu ramah sangat kang, pelik pula Mat Salleh dua orang tu tengok kami. Orang tengah dalam mood vacation mesti mau enjoy scenery..bukan dengar orang dok pot pet pot pet kan..
Perjalanan sepanjang 426km menyusuri Li River selama 5 jam memang pengalaman yang sangat best. Owh ya bot ni bergerak perlahan sikit sebabnya during winter season water level terlalu cetek. So, agak lama juga la duduk dalam bot. Kalau musim lain, mungkin dalam 3 or 4 hours sudah selesai Li River cruise tour.
proses memindahkan ikan yang ditangkap ke bot besar yang berada di hadapan bot kami |
Kira-kira 15 minit selepas bot bergerak, barulah penumpang dibenarkan menaiki dek paling atas..napa 15 minit lepas gerak? hah yang tu kena tanya la pengemudi bot..tapi rasionalnya, mungkin sebab lepas bot dalam keadaan stabil barulah penumpang dibenarkan naik ke dek..demi keselamatan penumpang.
Sebaik sahaja announcement penumpang dibenarkan naik, aku dan travel buddy aku pun terus serbu naik atas, bot ni ada 3 dek, tingkat paling atas memang dek terbuka..tingkat kedua tu, ada ruangan tertutup untuk penumpang duduk dan juga tempat terbuka, tetapi ruang terbuka tu tidak seluas di dek paling atas la.
Dalam 30 minit perjalanan bermula, aku melihat bot dihadapan kami dihampiri oleh bot kecil milik si penjual ikan.
Wah fresh jak nampak ikan-ikan tu dipindahkan dari bot kecil ke ruangan dapur bot besar..mesti sedap tu dalam fikiran aku..tapi bila dihidangkan untuk dijual, kami terpaksa menolak sebab tidak berapa yakin dengan periuk belanga yang digunakan atas bot..makanan atas bot memang tiada jaminan halal.
Tour agency tu sendiri galakkan kami bawa makanan untuk mengisi perut ketika berada atas bot sebab memang tiada makanan halal atas bot.
Tidak lama kemudian, penjual orange tagerine pula kelihatan hampiri bot kami naiki. Ada juga la penumpang yang beli tapi bukan kami.
Mula-mula tengok view tu memang semangat gila, semua angle mau diambil..kiri kanan depan belakang...tapi bila sampai setengah perjalanan, terpaksa juga berhenti seketika sebabnya....kaki mulai menggetelar kesejukan. Berlindung la sekejap2 dari terkena angin. Bila rasa ok balik, kami terus berada di luar dek terbuka
Amazingnya daya tahan badan aku yang kecik ni..kami hanya berehat di dek kedua seketika sebelum terus meninjau pemandangan dari luar dek berkenaan..sepanjang 5 jam tu, boleh dikatakan 4 jam kami berdua ni berada di luar bot untuk ambil gambar. Ni lah antara pemandangan yang dapat disaksikan sepanjang Li River
Memang kebal badan aku masa ni..padahal kalau duduk office, aku la yang selalu switch off air-conditioner sebab cepat merasa sejuk.
Tapi bila di Guilin, sejuk pun aku gagahkan diri..iya la sudah datang jauh-jauh tak kan mau terperuk dalam bilik disebabkan tidak tahan sejuk..rugi la tiket flight kan..
Ok berbalik cerita dalam bot, bila kami masuk semula ke tempat duduk asal kami, guide yang perkenalkan diri sebagai Peter tu, memberi kami Map Yangshuo, kedudukan Pier di Yangshuo berhampiran dengan West Street.
Sambil-sambil tu kami sempat juga bertanya direction untuk ke West Street yang mana, menurut Peter, kalau by walk distance akan ambil masa 5 minit sahaja.
Tapi memang kami tidak mau ambil risiko berjalan kaki dengan backpack besar gedabak. Aku memang tidak reti travel light, kalau packing nak travel, hampir setiap hari aku bawa baju berlainan. Jeans jak yang recycle.
Masa ni kami berlagak pintar, naik electric bus yang berharga RMB 15 per person. Tiket electric bus tu ada di jual di kaunter yang terletak betul-betul sebelum laluan keluar dari kawasan jeti..tapi jarak dari turun bot hingga ke pintu keluar ni agak jauh juga kira-kira 5-10 minit (ikut kelajuan kaki melangkah)..rasa mau patah bahu angkut backpack.
Bila sudah beli tiket, tunjuk alamat hotel, auntie-auntie tu pula tidak faham mana kedudukan hotel kami, tapi ada satu driver tu mengangguk tanda tahu kedudukan Bamboo Hostel so, kami pun dengan anggukan itu terus naik electric bus uncle berkenaan..dalam satu bus tu boleh la muat dalam 9-10 orang. Electric bus ni tidak berdinding sama macam naik tuk-tuk tapi versi tiada dinding.
Instinct yang mengatakan uncle tu memang tidak tahu mana Bamboo House Hotel tepat sama sekali. Kami diturunkan depan Bamboo Resort dan bukannya Bamboo House Hotel.
Mula-mula ingatkan hotel tu berada berhampiran tapi nampaknya sangkaan aku tidak tepat. Pusing punya pusing memang tiada Bamboo House Hotel di kawasan tu
Maka, kami berjalan kaki juga meronda West Street untuk cari mana letaknya hotel.
Berdasarkan peta yang aku bawa, hotel ni berada di hujung West Street..lepas jalan dalam 15 minit akhirnya jumpa juga hostel tu..alhamdulillah tidak la sesat sampai ke senja
Sampai kaunter, receptionist tu menguruskan semua pendaftaran masuk kami dan deposit RMB 100 perlu diberi sebagai jaminan. Tapi wang tu dikembalikan masa check out la. Alhamdulillah Receptionist Bamboo Hotel ni pun english speaking jadi mudah untuk bertanya itu dan ini.
Bila tengok kami berdua booking twin room yang single bed, receptionist tu menawarkan kami untuk tukar bilik dengan dua katil berasingan. Mungkin disebabkan low season, banyak bilik kosong. Disebabkan penukaran tu tidak melibatkan sebarang pembayaran tambahan, kami terus setuju ambil katil berasingan.
Masa check in tu pun sudah hampir jam 3 petang so, kami terus simpan barang kemudian persiapkan diri dengan urusan akhirat..
Sambil-sambil tu kami masak air panas dan terus makan maggie cup, itu la breakfast, itu juga lunch dan tu mungkin dinner kalau kami gagal jumpa mana letakkan satu-satunya restoran halal di Yangshuo (halal yang murah la)..ada juga tempat lain yang jual makanan halal tapi aku tidak sempat mau survey kedudukan restoran tu
Bila kepenatan angkut beg sudah mulai hilang..kami pun mula bergerak meronda West Street bagi mencari kedudukan halal restoran yang sampai sekarang aku tidak tahu nama restoran tu..cukupla gambar menjelaskan namanya..kalau menurut blog yang aku baca, ia tidak jauh dari West Street dan hampir dengan satu kawasan parkir bas.
Lepas jalan sampai hampir separuh deretan kedai, kami mengandaikan sudah tersesat kerana kami sudah berada jauh dari West Street.
Kami putuskan untuk berpatah balik dan dalam perjalanan tu barulah aku jumpa mana letaknya restoran halal tu..restoran ni terkenal dengan Ramen soup.
Masa jumpa restoran ni, muka happy kami berdua tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..maklum la kalau tidak jumpa restoran tu maknanya, sepanjang empat hari kami di Yangshuo terpaksa la makan maggie cup.
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan insan kerdil di bumi Yangshuo ni..hari pertama di Yangshuo, makan ala kadar jak tapi ala kadar pun, kami siap order daging yang dicucuk dengan toothpick.
makanan dihari pertama di Yangshuo... |
Disamping tu, aku order nasi goreng dan kawan aku ni order nasi putih bersama daging dan mushroom. Harga dua nasi tu dan sepinggan daging ni dalam RMB 80. Entah la murah atau mahal..yang penting perut sudah berisi nasi..travel tempat kurang restoran halal, kira standard la kalau mahal sikit
Keluar dari restoran ni, hujan renyai-renyai mula turun tapi kami gagah juga redah hujan tanpa payung atau rain coat.
Sebelah malam, hari pertama di Yangshuo, kami ronda juga West Street ni untuk survey-survey apa buah tangan dan barangan yang boleh dibawa balik ke Sabah. Hanya survey saja, beli belum lagi.
Ada satu kedai yang jual gendang kecil berjaya menarik perhatian kami..lagu yang dimainkan memang sedap sebab diiringi dengan muzik yang dipasang melalui CD. Tapi ruginya kami tidak sempat rakam video untuk lagu ni..rasa macam mau fly back to Yangshuo jak sebab terlupa rakam video tu
Disebabkan Yangshuo ni dipenuhi dengan bar-bar sepanjang jalan dan kami pun agak malas mau lepak di kedai jual jus mangga yang berada sepanjang West Street tu maka, dalam jam 9 malam, kami sudah tewas dan naik hotel untuk merehatkan diri.
Sebelum tidur, aku sempat berbalas email dengan Jack Zhou untuk bertanya planning kami untuk melakukan cycling country tour di Yangshuo. Tapi disebabkan ramalan cuaca menunjukkan akan hujan sepanjang hari on Jan 10 hasrat tu terpaksa dibatalkan.
Jack mencadangkan untuk tengok keadaan pada hari berikutnya..jika hujan juga, planning cycling country tour terpaksa dibatalkan. Bila lihat ramalan cuaca untuk hari berikutnya, memang hujan sepanjang hari.
Nasib tidak menyebelahi kami..sepanjang kami berada di Yangshuo memang hujan sepanjang hari. Biarpun hujan yang turun tidak lebat tetapi, ia membataskan pergerakan kerana hujan tu menyebabkan angin bertambah sejuk pada musim winter ni.