Wednesday, April 1, 2015

2nd day in Yangshuo, Guilin

Hari kedua di Yangshuo (10 Jan)

Disebabkan plan untuk cycling country tour terpaksa dibatalkan maka hari kedua ni, kami hanya ambil package tour yang ditawarkan di Bamboo House Hotel.




Kami putuskan untuk ke Silver Cave. Tiket tour ke Silver Cave ini dijual pada harga RMB 85 per person inclusive entrance ticket dan tambang bas.

Kami terlepas morning tour to Silver Cave. Gara-gara hujan, kami ralit sangat berguling dalam selimut so, terpaksa ikut tour pada waktu petang iaitu pada jam 2.30 petang.

Melihat masih ada masa terluang, kami pun lunch di restoran yang sama sebelum meninjau2 kawasan sekitar. Sambil-sambil tu kami turut meninjau mana letaknya stesyen bas untuk ke Silver Cave petang nanti.

Kami perlu cari stesyen bas tu sebabnya, hotel hanya provide details sahaja selebihnya, pandai2 la cari mana bas tu parking.

Disebabkan itu, mana-mana stesyen bas yang ada, kami terus ambil gambar untuk ditunjukkan dengan receptionist hotel, yang kami kenali sebagai Doris. Bas ke Silver Cave tu parking betul-betul depan restoran halal yang jadi dapur kami sepanjang di Yangshuo.

Tapi sebelum balik hotel, kami menyinggah lagi untuk lunch. Hari kedua di Yangshuo ni, kami order sup ramen bersama telur yang digoreng bersama tomato.



comel jak adik ni..selalu senyum sambut kedatangan kami ke restoran diorang ni
ni la owner restoran halal di Yangshuo..terror uncle ni buat doh ramen


Makanan yang dipilih tidak dapat diterima tekak kami. Silap pilih ramen sebenarnya sebab tu la sup separuh jak yang berjaya dihabiskan. Maklum la makanan main tunjuk jak..

Lihat gambar, aku ingatkan sup tu gunakan mihun. Rupa-rupanya, ramen sup tu guna mee yang besar & bukan mee kuning yang macam kita buat mee goreng tau..Tekak aku memang tidak boleh layan mee macam ni.

Selesai lunch, kami kembali semula ke hostel dan mengambil tiket bas yang perlu ditunjukkan kepada konduktor bas. Bas ke Silver Cave semuanya parking di stesyen bas berhadapan restoran halal yang kami pegi sepanjang berada di Yangshuo.

Berbekalkan written receipt yang Doris bagi, kami tunjukkan dengan konduktor merangkap guide bas kami naiki.

Lepas guide bagi confirmation bahawa itulah bas ke Silver Cave dengan sign language, dia bawa cakap Cina, ngaga kami dibuatnya. Last-last dia suruh naik jak bas tu.

Sepanjang perjalanan ke Silver Cave, aku dapat lihat kebun Strawberry di sepanjang jalan..masa tu baru aku tahu, Strawberry antara tanaman utama di Yangshuo selain limau bali. Ni berdasarkan pemerhatian semata-mata, x sempat mau google info apa tanaman utama mereka di sini.

Sampai di Silver Cave, guide kami memberikan kertas bertulis no plate bas serta waktu untuk berkumpul semula dalam bas.

Selain kami, dia turut berikan info bas tu kepada dua orang lagi Mat Salleh yang menyertai tour ni. Hah yang ni kami tidak sempat berbual jadi, kami x tahu dari mana mereka berdua ni.

Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk melawat gua batu kapur tu. Kami sampai pun dalam jam 3.45 petang.

Sampai sahaja berhampiran entrance cave tu, guide kami mendapatkan tiket untuk semua penumpang yang menaiki bas berkenaan. Lepas ambil entrance ticket, kami pun buat hal masing-masing dalam gua.




Mereka menyediakan Chinese guide untuk beri penerangan pada setiap seksyen gua. Tapi…disebabkan kami tidak faham bahasa Cina, kami berdua pun melawat gua tu sendiri-sendiri tanpa bantuan guide. Bukan susah pun, baca jak signage yang ada.

Pada awalnya, aku tidak expect Silver Cave ni tempat yang menarik. Ya la sekadar gua batu kapur kan..tapi bila masuk, gua ni sebenarnya mempunyai rock formation yang cantik ditambah dengan hiasan lampu warna-warni menampakkan lagi bentuk batu yang unik. Subhanallah sungguh indah ciptaan-Nya.

Walaupun tiada guide untuk menerangkan setiap bentuk batu yang ada, tanda nama dalam english yang diletakkan di setiap rock formation memudahkan pengunjung mengetahui bentuk-bentuk batu yang ada.




music screen ni la susah mau ambil gambar dari tengah sebab ada photo booth
they call it reflection on water
Hampir setiap seksyen kami akan berhenti ambil gambar. Ada some parts jak yang susah sikit mau ambil gambar. Antaranya, di kawasan music screen, sebab ada station bergambar diletakkan di situ. Kalau mau gambar cantik, beli la gambar dari official photographer yang set up booth di kawasan berkenaan.

Untuk exit cave ni, kitorang lalu supermarket jual souvenir dan makanan kering..so, mana-mana pengunjung yang datang, boleh la membeli-belah di situ sebelum pulang. Kami hanya cuci mata sahaja kerana kurang yakin sebab tiada tanda halal pada makanan yang dijual.

Selesai melawat cave, kami naik semula ke bas kira-kira jam 5 petang. Apabila semua penumpang sudah sampai, bas pun bergerak ke Yangshuo town

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...