Sedang berbual-bual kosong dengan seorang staff bank di Kota Belud baru-baru ni, dia mengutarakan pendapat mengenai masalah traffic lights di Sabah yang menjadi penyebab kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.
Bila dengar persoalan yang diutarakan..ia membuatkan aku terfikir sejenak akan kebenaran kata-katanya.
"Heran kan..terlampau banyak traffic lights di sekitar KK ni.Jalan sikit ja ada traffic light. Ada beberapa kawasan tu macam di area-area Sepanggar dan Tuaran..Kadang-kadang dalam jarak 100 meter tu buli-buli ada 2 traffic lights..alahai nda paham betul la dengan town planner kita ni," katanya.
Aku yang menjadi pendengar sejak tadi memang bersetuju dengan pendapat tersebut...sambil menambah:"Iya..bukan setakat traffic lights ja banyak..roundabout pun banyak sampai kadang-kadang roundabout yang ada tu boleh lalu atasnya..nda payah mau pusing sebab hanya ada garisan bulatan ja bukan bulatan yang betul-betul pun."
Dia turut membandingkan sistem yang digunapakai di Sabah dengan Kuala Lumpur. Beliau berpendapat alangkah bagus jika town planner di KK ni gunakan satu sistem untuk kawal traffic lights seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur. Jika jarak antara 1 traffic light dengan traffic light berikutnya selari contonhya jika sini hijau..traffic light seterusnya juga perlu hijau (menandakan keta buli jalan/bergerak). Jadi jalan nda la terlampau sesak.
Ada benarnya pendapat tu TAPI bila aku fikirkan semula...kalau betul sistem kawalan lalu lintas or traffic light di KL tu bagus, kenapa sampai ke hari ni masalah kesesakan lalu lintas di sekitar KL tu masih lagi teruk??? Adakah disebabkan kereta terlalu banyak?atau sikap pemandu yang tidak mau bertolak ansur?atau sistem kawalan lalu lintas yang sedia ada belum cukup sempurna dan harus diperbaiki?Tepuk dada tanya diri.
Ada betulnya kata-kata staff bank tu..sebab bila town planner ni buat perancangan bandar, mereka ni patut berfikir panjang..ATAU pun kena tanya kenapa town planner ni letak lagi traffic light baru di kawasan tertentu padahal 100 meter dihadapan sudah ada traffic light..Kenapa agaknya??Perlu lihat kepada keperluan meletakkan traffic light di satu-satu kawasan.Jangan la main letak jak..erm duit kerajaan banyak sangat kot..
Roundabaout pula..dari sebesar-besar alam sehinggalah sekecil-kecilnya..
Aku teringat cerita seorang kawan..Dia mengatakan ada satu hari tu mak dia memandu ke Sipitang tiba-tiba ada satu laluan tu ada roundabout dan ia terletak di kawasan yang memang tidak perlu..Cuba fikirkan di kawasan kampung letakkan roundabout is it make sense??? Perlu lihat kepada keperluan..Jika jalan tu sibuk dan banyak junction, memang perlu ada roundabout.Tapi kalau setakat kawasan kampung tu buat apa la mau letakkan roundabout.
Trip to Imbak Canyon Day 3
Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...
-
Mai aku mau cerita al-kisah yang sedikit jakun dan lucu..Setiap kali aku pegi Semenanjung nda kira la KL or other parts of Peninsu...
-
DAY 2-Imbak Canyon Study Centre (ICSC) We start our day in this beauty place with a morning tour in ICSC that build on 27 hectare of la...
-
Berjinak-jinak dengan novel bukanlah perkara yang pernah aku lakukan sebelum ni..even masa secondary school pun aku tidak pernah berminat de...