Kerna dia, aku sanggup berkorban..
Kerna bagiku sebuah persahabatan perlukan pengorbanan..
dan kini aku korbankan masa hanya untuk bersama dengan seorang sahabat yang datang jauh ke negeri di bawah bayu ni..
Walaupun dia datang sebab kehendak kerja, tapi bagiku janji dapat luangkan masa bergosip dengannya itu sudah cukup. Biasa la perempuan..
Perjalanan dari KK ke Kota Belud dipenuhi dengan segala cerita yang telah berbulan-bulan tidak diceritakan. Dia ni datang utk shoot program lensa9 selama 4 hari di Kota Belud. Program CSR yang ditaja oleh Bank Islam.
Walaupun kami sering berhubung melalui telefon tapi ia tidak sama dengan berbual secara berhadapan. Sudah banyak perubahan yang berlaku dan setiap perubahan itu kami ceritakan dengan penuh terperinci. Dari soal kehidupan, keluarga sehinggalah kerjaya. Banyak perkara yang perlu di kongsi bersama. Walaupun usia persahabatan kami ni masih baru tapi kami sudah cukup masak dengan kerenah dan sikap masing2..
Aku kenal 'mak cik' ni masa masuk USM dulu..dlm Julai 2005. Dia ni salah seorang geng orientasi aku. Ingat lagi pertama kali kami kenal bercakap macam ayam dengan itik..iya la aku dari Sabah yang dia ni dari Kedah..Dua2 pekat dengan dialek masing2..
Kalau ingat semula tentang group orientasi aku ni memang lucu..
Baru kenal tapi bila kami berenam ni mula berkumpul, orang akan sangka yang kami ni semua dari sekolah yang sama. Sampai ada seorang akak tu tanya : Adik semua ni dari sekolah yang sama ke? kami: erm eh tak la kak kami baru jumpa masa orientasi ni..
Seronok kan dapat jumpa kawan2 yang satu kepala ni..
Dalam group orientasi kami ni semua ada..ada Meksu dari Kelantan, Ain n Farhana dari Kedah, Sue anak mami Penang, Iman dari Bangi, Selangor n Nadia dari Temerloh, Pahang dan aku dari Sabah. Erm cuba bayangkan bila semuanya bercakap dengan dialek masing2..susah juga la mau faham tapi bila lama2 semua dah biasa. hentam ja la...
Memandang course pengajian yang berlainan..kami bergerak secara berasingan dan tinggal la aku dengan Ain. So, bila mak cik ni datang Sabah memang la aku excited kan..siap ambil cuti 3 hari lagi.
Dia datang sebenarnya mau shoot utk program lensa 9. Sambil2 kerja tu aku bawa juga la dia dengan cameraman dia ni ronda2 KK..Ntah blur juga mau bawa p mana..Maka, bermula la aku jadi pemandu pelancong yang tak bertauliah. Kesian diorang berpeluh2 aku bawa ronda KDCA, Papar dan Muzium.
Kalau time Kaamatan kan bagus boleh aku bawa diorang ni tengok budaya Kadazandusun.
Tapi apa kan daya tengok ja la apa yang ada. Masa aku bawa diorang p KDCA rumah2 kaum2 tu semua kunci dan ada yang tengah diubahsuai. So kami hanya bergambar di luar rumah2 tu ja. Kemudian aku bawa la diorang ni ronda muzium..huh baru diorang tau penat tak penat mendaki anak tangga di muzium..Tengah hari buta pula tu. Sorry guys jangan serik datang Sabah ya..Ni antara gambar yang sempat kami ambil :)
wit Ain@Entrance to KDCA |
with Ain @ KDCA, Penampang |
wit Ain@Muzium Sabah |
Ain@Muzium Sabah |
Ain@Rumah Brunei, Muzium Sabah |