Thursday, February 3, 2011
Review Filem
AKU MASIH DARA ...bagi aku filem ni kira 'BOLEH LAYAN LA'..ada pengajaran untuk budak2 muda zaman sekarang. tu pun bagi mereka yang masih punya hati la..bagi yang masih juga tidak sedar diri..teruskan la hidup sebegitu..
Kehidupan anak-anak muda cukup jelas dipertontonkan dalam filem ni, dari penggunaan pil, kondom, gaya hidup bebas semuanya ada.Pengajaran cukup jelas. tapi lucu kan bila ada part/babak yg terpaksa d cencored..why?sendiri mau ingat la kan? mungkin di pawangan tiada part yg d cencored..ni la kalau tengok VCD...sapa yg perasaan faham2 sendiri la napa perlu kena cencored? kalau tidak mau kena sensor napa la nda cari ja costume yg sesuai..nda perlu la sampai mau cencored segala..nampak sangat kelemahan disitu..bukanlah aku maksudkan pakai costume yg menutup aurat sebab filem2 sah2 mengenai kehidupan remaja yang berpakaian terdedah sini sana..biarla bersesuaian..
Skrip pula..mungkin memang kebanyakkan filem melayu begitu..setiap tajuk filem mesti akan diulang semula dalam skripnya..dalam filem ni satu part yg paling jelas bila Sofea mengaku 'i'm still a virgin'. bagi aku perlukah diulang kembali tajuk filem tu? aku rasa semua orang boleh faham kenapa Sofea ragu2 untuk join kelab 'i'm not virgin' di babak2 awal..nda payah la sampai mau ulang lagi tajuk filem kan. lagi satu bila Sofea mulai sedar dan menginsafi segala-galanya..aku rasa cukuplah sekadar mengatakan 'ingin belajar mengenai islam..nda payah la mau katakan ingin 'belajar mengenai agama islam'. sound weird la bagi sesetengah orang seperti aku. Aku pun bukannya pandai sangat dalam 'bahasa melayu' tapi tidak salah kan kalau aku mau melahirkan pandangan ku mengenai filem tersebut.
Menonton filem ni mengingati aku kepada filem SYURGA CINTA..to be honest filem ni lebih meninggalkan kesan kepada diriku. biarpun aku tidak minum dan tidak hidup terlalu bebas tapi bagi aku filem Syurga Cinta sebuah filem yang memberi kesan kepada ku.WALAUPUN lakonan heliza helmi tak seberapa sangat tapi babak2 pengajaran dalam tu cukup jelas di kotak minda ku..Jalan cerita hampir sama iaitu mengenai gaya hidup bebas remaja yang baru balik dari luar negeri..aku ingat ada 1 babak bila Ilham (Awal Ashaari) TERBACA bismillah ketika mau minum arak di pub...ia nampak simple tapi cukup memberi impak kepada penonton..Walaubagaimanapun sebagai orang melayu aku masih menyokong industri filem kita..kalau tidak menonton di pawangan pun aku akan pastikan Original VCD menjadi pengganti..
Trip to Imbak Canyon Day 3
Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...
-
Mai aku mau cerita al-kisah yang sedikit jakun dan lucu..Setiap kali aku pegi Semenanjung nda kira la KL or other parts of Peninsu...
-
DAY 2-Imbak Canyon Study Centre (ICSC) We start our day in this beauty place with a morning tour in ICSC that build on 27 hectare of la...
-
Berjinak-jinak dengan novel bukanlah perkara yang pernah aku lakukan sebelum ni..even masa secondary school pun aku tidak pernah berminat de...