Pernah dengar pepatah macam gni tak "Bila nak kahwin kelak, nak cari wanita, carilah yang reti masak" hurm..common kan? Pepatah cmna kalau yang ni "Kalau nak cari lelaki carilah yang boleh mengimamkan kita"..erm jarang pula aku dengar
Baru-baru ni aku terbaca status rakan ku di Facebook 'pompuan tak reti masak jadi isu..laki tak tau jadi imam tak plak jadi isu'...huh pedas gak telinga bila terkena dek sang empunya diri kan..
Tapi ada benarnya..cuba tengok dan tanya rakan-rakan lelaki anda. Pasti ada antara mereka yang mensyaratkan supaya wanita pilihannya tu reti masak. Mungkin bukan semua tapi masih ada kan?
Entah la kadang-kadang kolot kan fikiran sesetengah orang ni..mau cakap banyak pun tiada guna. Bila wanita tak reti masak kecoh bukan main. tapi bila lelaki di suruh jadi imam tapi tak reti, hah camna tu? sapa mau tolong jawab.......
Bukan prejudis tapi hakikat..memang la wanita tu perlu tau memasak..
alah setakat masak 2 or 3 lauk tu aku percaya semua perempuan boleh buat, tak ada la susah mana. Lain la kalau masak nasi pun tak reti, hah yang tu sudah dikira parah..Jangan la kecoh sangat kan..bagilah masa, lama-lama mesti mereka reti masak. Janganlah kalau si isteri masak tak sedap, complaint memanjang..
Persoalannya perlu ke jadi isu?..mungkin bukan semua lelaki zaman sekarang memilih calon isteri yang reti masak, tapi bagi sesetengah masyarakat tu jangan la point finger to women only..tengok dulu diri sendiri baru la tengok kelemahan orang lain.
Masalah jadi imam dalam keluarga ni la yang parah..macam mana seorang yang mengaku muslim tapi tidak boleh mengimamkan isteri & anak-anaknya..huh tepuk dada tanya diri sendiri k..kenapa semua ni terjadi?.
Trip to Imbak Canyon Day 3
Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...
-
Mai aku mau cerita al-kisah yang sedikit jakun dan lucu..Setiap kali aku pegi Semenanjung nda kira la KL or other parts of Peninsu...
-
DAY 2-Imbak Canyon Study Centre (ICSC) We start our day in this beauty place with a morning tour in ICSC that build on 27 hectare of la...
-
Berjinak-jinak dengan novel bukanlah perkara yang pernah aku lakukan sebelum ni..even masa secondary school pun aku tidak pernah berminat de...