Hurm sebenarnya artikel ni hanya untuk final projek aku masa study dulu..my group buat magazine pengantin iaitu 'Anggun Mempelai'. ni antara topik yang kami muatkan dalam magazine tu..so ayatnya sedikit formal la ye..Kalau tak silap artikel ni di tulis pada tahun 2008 n tis is unedited version..kalau ada gramatical error tu faham2 sendiri jak la..selamat membaca...
Isu wang hantaran tinggi sinonim dengan kehidupan masyarakat masa kini. Sebut sahaja wang hantaran sudah pasti jumlah yang difikirkan mencecah ribuan ringgit. Wang hantaran berubah mengikut keadaan semasa. Jika dahulu wang hantaran hanya dijadikan sebagai adat perkahwinan kini ia telah menjadi syarat utama dalam perkahwinan. Wang hantaran yang semakin tinggi mendatangkan banyak kesan kepada kedua-dua pihak.
Ada yang mengatakan semakin tinggi tahap pendidikan seorang wanita semakin tinggi wang hantaran yang dikenakan. Tahap pendidikan dijadikan bahan ukuran sesebuah perkahwinan. Melihat senario yang memperlihatkan nisbah penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) nisbah perempuan melebihi nisbah lelaki membuatkan lelaki takut untuk mendekati mereka. Apabila nisbah penutut perempuan lebih banyak maka alam pekerjaan juga akan di monopoli oleh kaum hawa. Dengan pendidikan yang tinggi sudah tentu mereka mempunyai pendapatan yang tinggi. Adakah mampu seorang lelaki berkerja biasa tanpa kelulusan tinggi untuk menyara golongan berpendidikan tinggi ini.
Sekarang ini, kalau seorang pemuda ingin mendirikan rumahtangga sekurang-kurangnya mesti menyediakan wang tunai paling kurang RM10,000. Kalau tidak ada sejumlah ini, jangan haraplah untuk berkahwin. Hantaran saja mesti menyediakan wang tunai antara RM7,000 hingga RM10,000. Hantaran kahwin pula dikenakan bergantung kepada tahap pendidikannya. Jika seorang perempuan berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi maka wang hantarannya pun akan mencecah sehingga RM 20,000. Apakah mampu seorang anak bujang yang bekerja sebagai kerani biasa dan gajinya tidak sampai RM1,000 untuk mengahwini gadis yang berpendidikan seperti ini?.
Ikuti pandangan Pegawai Psikologi Kanan, Pusat Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Haji Sa’adin Sulaiman mengenai isu wang hantaran tinggi dan kaitannya dengan tahap pendidikan ini.
Anggun Mempelai: Apakah pandangan Tn. Haji mengenai wanita berpendidikan tinggi yang mengenakan wang hantaran tinggi?
Haji Sa’aidin: Wang hantaran biasanya ditentukan oleh keluarga. Juga bergantung kepada faktor lain seperti status keluarga perempuan , pekerjaan dan jawatan pasangan. Tahap pendidikan bukan menjadi kayu pengukur untuk menetapkan wang hantaran tinggi dalam sesebuah perkahwinan.
Anggun Mempelai: Apakah akibatnya jika wanita berpendidikan mengenakan wang hantaran tinggi?Mungkinkah wanita berpendidikan tinggi akan lewat kahwin atau hidup
membujang?.
Haji Sa’aidin: Jika wang hantaran terlalu tinggi maka lelaki (berpendapatan rendah) yang ingin beristeri terpaksa berhutang atau melewatkan usia perkahwinan. Mungkin lelaki jenis ini akan mencari wanita yang terlalu mementingkan status dan sanggup mencari isteri yang biasa-biasa... Hari ini ada wanita berkelulusan tinggi yang sanggup bersuamikan lelaki yang lebih rendah kedudukan. Sebagai contoh Pegawai Perubatan (Dr) bersuamikan seorang kerani. Pensyarah (perempuan) bersuamikan seorang anggota tentera berpangkat koperal atau peniaga kecil. Dalam perkahwinan yang penting adalah akad nikah. wang hantaran hanyalahadat dalam masyarakat. Jika wanita berpendidikan tinggi terlalu banyak bersyarat maka tidak ramai lelaki yang mampu memenuhituntutan tersebut dan tipislah peluang untuk bersuami.Sebahagian masyarakat melayu terpengaruh dengan majlis perkahwinan dikalangan artis dan pembesar negara. Pepatah` Biar papa asal bergaya` masih subur dalam masyarakat.
Anggun Mempelai: Mungkinkah dengan mengenakan wang hantaran yang tinggi berlakunya senario wanita dan lelaki tinggal sebumbung tanpa ada sebarang ikatan?
Haji Sa’aidin: Isu Lelaki dan wanita tinggal sebumbung tanpa bernikah bukanlah
berlaku kerana wang hantaran terlalu tinggi, tetapi mereka adalah pasangan yang jahil dalam agama Islam. Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya.
Anggun Mempelai: Secara keseluruhannya apakah pandangan umum Tn. Haji mengenai wanita berpendidikan tinggi lambat kahwin kerana ibu bapanya mengenakan wang
hantaran tinggi.
Haji Sa’aidin: Wanita berpendidikan tinggi lambat berkahwin bukan sahaja kerana ibubapa meletakkan syarat hantaran tinggi tetapi hari ini bilangan wanita yang berada di universiti melebihi jumlah lelaki. Oleh itu, mereka lebih bersedia menerima bakal suami
yang jawatan lebih rendah atau dari kumpulan biasa.
Anggun Mempelai: Apa pula kesannya terhadap lelaki jika wanita mengenakan wang hantaran tinggi?.
Haji Sa’aidin: Kesan terhadap lelaki jika wanita meminta wang hantaran tinggi…Akan ada lelaki yang takut untuk berkahwin…Lelaki akan hidup dengan `hutang keliling pinggang’.…Akan banyak lagi berlaku penyelewengan, rasuah, penipuan dan pecah amanah kerana memenuhi tuntutan adat…..Hidup akan menjadi hambar kerana fokus kehidupan lebih kepada materialistik. Kesian ibu dan bapa si lelaki, anak lelakinya dah tidak dapat membantunya lagi kerana terpaksa cari duit banyak untuk bakal isteri. Mereka dulu sekolahkan anak lelaki, berbelanja untuk anak lelaki masuk universiti bila umur 27 atau 28 tahun umur anak lelaki tersebut ia akan simpan duit untuk wang hantaran yang tinggi bagi bakal isterinya….Islam tidak mengajar begitu.
Seorang lagi Pensyarah Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang mengkaji budaya pasca-kolonial dan kini fokus kajiannya adalah wanita Terengganu, Dr Rahimah A. Hamid menyatakan pandangan beliau mengenai isu tahap pendidikan dan kaitannya dengan wang hantaran tinggi.
Anggun Mempelai: Wang hantaran tinggi sinonim dengan tahap pendidikan. Sejauh mana kesahihan kenyataan ini?
Dr Rahimah: Secara peribadinya saya tidak setuju jika ada yang mengatakan tahap pendidikan menjadi ukuran dalam menetapkan wang hantaran. Sebenarnya tahap pendidikan tidak mempengaruhi wang hantaran tinggi. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya di Kedah, wang hantaran ditetapkan berdasarkan keluasan tanah bendang yang di miliki oleh sesebuah keluarga. Semakin luas tanah bendang di miliki semakin mahal wang hantaran yang dikenakan.
Anggun Mempelai: Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam menentukan wang hantaran ini?
Dr Rahimah: Biasanya dalam menentukan wang hantaran lelaki dan perempuan akan berbincang terlebih dahulu sebelum memberitahu ibu bapa. Kemudian barulah kedua-dua keluarga akan berbincang semula untuk menetapkan wang hantaran sama ada ikut kata sepakat anak mereka atau sebaliknya. Tapi..orang kuat agama biasanya akan merendahkan wang hantaran kerana sunnah Nabi sendiri ada menyatakan semakin berkat sesebuah perkahwinan jika hantaran rendah.
Anggun Mempelai: Selalunya faktor apakah yang diukur dalam menetapkan jumlah wang hantaran? Adakah tahap pendidikan menjadi ukuran?
Dr Rahimah: Kebanyakan orang sekarang akan menetapkan wang hantaran berdasarkan tarikh dan angka tertentu misalnya 22, 222. Peredaran masa juga menjadi ukuran kerana perubahan ekonomi akan menyebabkan hantaran bertambah tinggi. Sekarang…golongan yang ingin berkahwin ada kalanya akan berkongsi simpanan yang ada supaya wang hantaran dapat dipenuhi.
Anggun Mempelai: Apakah kesan jika jumlah wang hantaran tinggi?
Dr Rahimah: Melalui apa yang saya lihat dan pembacaan kesannya akan bertambah ramai golongan wanita yang tidak berkahwin. Nisbah golongan wanita di Institusi Pengajian Tinggi melebihi lelaki. Senario ini akan membawa kepada
Ibu bapa juga ada yang bertindak meletakkan wang hantaran tinggi kerana menganggap ia sesuai dengan taraf pendidikan anak mereka. Ibu bapa menjadi penentu dalam urusan perkahwinan anak mereka. Dalam menentukan hantaran kahwin mereka hilang sikap bertolak-ansur. Ibu bapa akan berkata mereka berbuat begitu hanya untuk kepentingan anaknya pada masa hadapan. Namun, selepas habis majlis perkahwinan bukan anak mereka yang akan menanggung keluarga. Kenapa mesti mengenakan hantaran tinggi yang akan menyusahkan hidup anak menantu kelak?. Tidakkah ibu bapa patut bersikap rasional dalam menentukan wang hantaran kahwin anak mereka?. Hantaran yang mencecah ribuan ringgit sudah pasti akan membebankan pihak lelaki. Akibatnya selepas berkahwin pihak lelaki terpaksa menaggung beban hutang yang banyak.
Tahap pendidikan yang tinggi akan membuatkan wang hantaran tinggi. Senario seperti ini yang membimbangkan masyarakat. Ibu bapa ada kalanya berfikir bahawa penat lelah mereka menghantar anak mereka belajar tinggi-tinggi sudah tentu hantaran mereka juga kena sama taraf dengan tahap pendidikan mereka.
Apabila taraf pendidikan menjadi ukuran akan bertambah ramai wanita berpendidikan tinggi yang akan membujang kerana lelaki tidak cukup wang untuk berkahwin.
Keadaan ini akan terus berlaku jika kedua-dua belah pihak tidak berbincang dan menyelesaikan maslah hantaran tinggi ini, sudah pasti bilangan mereka yang hendak mendirikan rumahtangga akan berkurang.
Perkara yang negatif akan mudah berlaku apabila golongan muda mengambil jalan mudah untuk hidup bersekedudukan dengan pasangan tanpa mempunyai ikatan yang sah. Perkara ini berlaku kerana pihak lelaki tidak dapat memenuhi kehendak pihak perempuan yang mengenakan wang hantaran tinggi.
-TAMAT-