Seronok melihat telatah kanak-kanak masuk darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Pekan Papar ari ni..
Sepeti biasa kehendak kerja memerlukan aku datang utk interview parents yg hantar anak2 ke sekolah utk 1st day of school.
Ragam kanak-kanak ada yang asyik menguap beberapa kali, ada yang seronok bercerita dgn kwn baru, ada yang asyik memandang ke arah tingkap mencari kelibat ibu bapa dan ada pula yang menangis teresak-esak..hurm macam2 perangai ari pertama ni ni..
yang paling penat melihat ragam mereka ni sudah pasti guru-guru kelas..tapi apa boleh buat ni sudah kerjaya cikgu...
aku sebagai pemerhati hanya melihat saja telatah warga pendidik dan kanak-kanak ni..melihat ada 2 3 orang kanak-kanak yang menangis sambil cakap "nak jumpa ibu, nak jumpa ibu' membuatkan aku terfikir budak2 ni bukannya tak pergi sekolah tadika kebanyakkannya mmg masuk tadika dulu baru masuk sekolah rendah..tapi ntahlah mungkin sudah perangai kanak2 tu sendiri..bergantung juga pada environment diorang..kalo mereka ni selalu bergaul dgn orang luar mgkn senang untuk mereka sesuaikan diri..bagi mereka yang asyik dok rumah ja..ni la akibatnya nmpk orang asing pasti akan takut..
Erm..ni la bagaimana kita mencorakkan anak-anak begitu la bentuk perangai mereka..berilah kebebasan untuk budak2 ni bergaul dgn orang lain spy bila masuk sekolah kelak x payah la nak tunggu d luar kelas smpai tamat waktu pembelajaran..pasti akan susahkan diri sendiri kena ambek cuti pula..walaupun belum ada anak tapi inilah keadaan yg berlaku d sekeliling..xperlu pengalaman..pemerhatian sudah cukup untuk memberi kita pengajaran..mari kita tgk antara ragam budak2 yang dapat aku ambil pagi tadi di sekolah SK Pekan, Papar..thanks to guru besar yang beri kerjasama :)
Guru yang penyabar sedang tenangkan Mohd Aqil Abd Razak di SK Pekan, Papar |
cian Nurul Iman ni asyik kata nak jumpa ibu, nak jumpa ibu... |
ok murid2 sila beratur dlm barisan..masa utk ke kantin |
nilah keadaan hari pertama di sekolah |
All the best untuk semua adik-adik..