Wednesday, March 14, 2018

Muslim Fam Trip, Taiwan (Part 3)


(Published in Utusan Borneo-Mac 2017)


Berdiri di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan dengan suhu serendah 16 darjah celcius ditambah dengan tiupan angin yang agak kencang membuatkan penulis merasa sejuk hingga ke tulang.

Berkunjung ke Taiwan ketika peralihan Musim Sejuk ke Musim Bunga mungkin bukan pilihan penulis.

Bagaimanapun peluang menyertai Program Jom Taiwan-Muslim yang dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia tidak penulis sia-siakan.

Walaupun Taiwan bukanlah negara yang termasuk dalam senarai destinasi pelancongan yang ingin penulis sebelum ini. Namun, peluang berkunjung ke situ penulis ambil untuk mengenali Taiwan dengan lebih dekat lagi.

Ternyata kunjungan ke negara berkenaan membuka mata dan minda penulis untuk mengagumi negara yang kini mempunyai kira-kira 60, 000 orang Muslim itu.

Secara ringkasnya, penulis menyifatkan Taiwan sebagai sebuah negara yang cantik, bersih dan selamat.

Dari segi kebersihan, penulis menggambarkan tandas awam di Taiwan sebagai bersih, tidak berbau dan unik. Tiada tandas yang penulis dapati berbau seperti yang kita lihat di kebanyakan tandas awam di negara kita.

Dekorasi setiap tandas terutama di destinasi pelancongan memang menarik. Tidak terlalu berlebihan sekiranya penulis katakan cara mereka menjaga kebersihan tandas awam sama dengan di hotel. Malah, berdiri di luar tandas juga tidak membuatkan orang merasa ingin muntah kerana tandas mereka tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Persekitaran pasar malam di Taiwan juga menarik perhatian penulis. Kunjungan ke Feng Chia Night Market yang memperlihatkan plastik sampah diletak di tengah-tengah jalan sepanjang pasar malam itu membuatkan penulis terfikir sehingga tahap sebegitu orang Taiwan mementingkan kebersihan. Memanglah masih ada sampah yang kelihatan namun, tidak sebanyak di tapak-tapak tamu kita.

Malah, penduduk di beberapa kawasan yang penulis lalui menyapu kawasan luar rumah sehingga jalan raya di hadapan rumah masing-masing.

Sistem jalan raya serta keadaan jalan raya di negara berkenaan juga amat baik walaupun jalan raya sehingga ke kawasan bukit di Kawasan Rekreasi Hutan Negara Alishan, Chiyai.

Jika berpeluang kembali semula ke Taiwan, Alishan antara kawasan yang benar-benar penulis ingin terokai. Kawasan yang bersejarah ini menempatkan laluan keretapi yang membolehkan penumpang menikmati pemandangan hutan.

Sistem keretapi yang dibina oleh orang Jepun yang mengusahakan sektor pembalakan di kawasan itu masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Memandangkan penulis suka mengunjungi kawasan yang menyajikan pemandangan yang indah serta jauh dari kawasan kotaraya maka, tempat ini amat sesuai dengan jiwa penulis.

Dari segi makanan juga tidak perlu khuatir kerana Taiwan mempunyai banyak restoran halal dan muslim-friendly.

Turkey Restaurant yang mempunyai hiasan dalaman yang uni

Pelbagai jenis teh yang boleh ditemui di Sheng Le Farm

Bandar Taichung antara kawasan yang mempunyai  banyak restoran halal India. Terpulang kepada pengunjung ingin memilih restoran yang berkenan di hati.

Lega sebenarnya apabila mengetahui Taiwan semakin mementingkan pasaran Muslim. Maka, rakyat Malaysia tidak perlu mengikat perut dengan makan maggie sepanjang masa bila berada di Taiwan.

Lagi satu daya tarikan yang membuatkan penulis berani mengunjungi Taiwan adalah negara ini sebuah negara yang selamat baik untuk orang tempatan mahupun pelancong.

Pemandu Pelancong memberitahu rombongan penulis bahawa jika berjalan seorang diri di Taiwan tidak perlu merasa khuatir kerana keselamatan memang terjamin.

Oh ya..berkunjung ke Taiwan tidak lengkap jika tidak membeli-belah di pasar malam. Terdapat banyak pilihan beg tangan, kasut, baju, cenderamata serta pelbagai aksesori telefon yang boleh diperoleh di pasar malam dengan harga yang murah.

Faktor-faktor sebegitu cukup membuatkan pelancong merasa selesa jika ingin kembali semula mengunjungi ‘The Heart of Asia’ ini.

Hanya satu sahaja kekangan jika ingin berkunjung ke destinasi pelancongan yang jauh dari bandar, iaitu kekangan bahasa.

Semasa berada di Perkampungan Budaya Suku Tsou, di Yuyupas Alishan, penulis perhatikan pengurus perkampungan budaya itu sendiri tidak berbahasa Inggeris.

Maka, jika berkunjung ke destinasi sebegini ada baiknya berkunjung dengan menggunakan khidmat ejen pelancongan sekiranya pelancong tidak fasih bertutur Bahasa Cina.

Keretapi yang boleh dinaiki untuk ke Alishan mahupun bandar Chiayi

kaunter tiket Keretapi di Fenchihu
Selain Alishan, Taichung juga antara destinasi yang penulis pasti akan kunjungi sekali lagi. Kejadian gempa bumi yang melanda daerah ini 18 tahun lalu membuatkan penulis ingin mengunjungi 921 Earthquake Museum yang terletak di situ.

Secara keseluruhan kunjungan selama lima hari ke Taiwan masih belum cukup untuk penulis mengenali Taiwan sepenuhnya. Maka, backpackers trip pasti akan menyusul kemudian. Bak kata orang, jika ingin megenali negara orang jangan jadi pelancong sebaliknya, jadilah seorang pengembara.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...