(Published in Utusan Borneo, Sabah-9 Mac 2017)
Menerokai bumi Taiwan bukan sekadar menjejakkan kaki ke Taipei 101 untuk
merasai pengalaman menaiki lif terpantas di dunia serta mengunjungi Pasar Malam
Shilin mahupun membeli-belah di deretan kedai yang menjual pelbagai barangan di
Ximending.
Penjelajahan ke negara yang dikenali sebagai ‘The Heart of Asia’ ini tidak
lengkap sekiranya pelancong tidak menerokai destinasi tersembunyi yang terletak
di Selatan Taiwan.
Negara yang boleh dijejaki dengan menaiki penerbangan selama 3 jam 20 minit
dari Kota Kinabalu ini mempunyai banyak destinasi menarik yang belum diterokai
sepenuhnya oleh pelancong luar termasuk pelancong Malaysia yang lebih gemar mengunjungi
Bandaraya Taipei.
Destinasi tersembunyi di kawasan Tengah dan Selatan Taiwan seperti Yunlin, Chiyai,
Taichung, Nantou, Hsinchu pasti akan membuatkan pelancong terpesona dan ingin
menghabiskan masa percutian mereka di luar Ibu Negara Taiwan ini.
Lawatan ke Taiwan bersama Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia baru-baru ini
membolehkan penulis menyaksikan sendiri keindahan permata berharga yang berada
di kawasan yang menyimpan permata tersembunyi ini.
Dalam banyak-banyak destinasi yang dikunjungi, penulis amat tertarik dengan
Perkampungan Budaya Suku Tsou, di Yuyupas Alishan yang terletak 1, 300 meter
dari aras laut. Perkampungan ini terletak di daerah Chiayi.
![]() |
Yuyusan Alishan Cultural Village |
![]() |
Persembahan Kebudayaan dengan pakaian tradisi kaum Tsou |
Uniknya kunjungan ke sini, pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan tarian
kebudayaan suku kaum Tsou yang berkisar tentang kehidupan pahlawan Tsou yang
gemar memburu. Suku Tsou adalah salah satu daripada 16 suku kaum Orang Asal yang
terdapat di Taiwan.
Persembahan berskala besar selama 100 minit diadakan pada setiap malam
Sabtu.
![]() |
Orang ramai turut dijemput menari bersama pada akhir persembahan |
![]() |
sempat juga rombongan kami bergambar dengan penari dan penyanyi di Yuyupas Cultural Village ni |
Perkampungan budaya yang dikelilingi ladang teh ini turut mempunyai galeri
pameran sejarah suku Tsou, rumah tradisi, ‘house of princess’, galeri jualan
dan Restoran Ma Fei yang turut menyediakan makanan halal untuk pengunjung
Muslim.
Berdasarkan penerangan ringkas pemandu pelancong dari Alishan Visitor
Centre yang dikenali sebagai Joseline, setiap tahun suku Tsou yang kini mempunyai
seramai 6, 000 orang itu mengadakan ‘War Ceremony’ selama dua hari
berturut-turut.
Ketika ini semua suku Tsou terutama anak muda yang bekerja di bandar akan
kembali ke Alishan bagi sama-sama meraikan acara tahunan itu bersama ahli
keluarga.
Menariknya tentang pakaian suku Tsou ini, motif pada baju wanita mereka
hampir sama dengan motif pakaian etnik Kadazan di Sabah.
Selain perkampungan budaya, Alishan yang dikelilingi ladang teh ini turut
mempunyai Kawasan Rekreasi Hutan Negara Alishan. Jika ingin merasai teh organik
yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia, Alishan adalah tempat yang sesuai
untuk mendapatkan pelbagai jenis teh termasuklah Teh Oolong.
Tarikan pelancongan di kawasan rekreasi ini termasuklah Forest Railway, Tashan,
Air Terjun Shunyi, Gunung Ogasawara, No.28 Pokok Gergasi, Alishan sacred tree, Xianglin
Arch Bridge, Pokok Gergasi Shuishan serta pemandangan dari Tokong Ciyun
untuk melihat lautan awan ketika matahari terbenam.
Selain itu, terdapat juga tempat bersejarah seperti Muzium Alishan dan Tugu
Peringatan Dr Kawa, iaitu tugu yang dibina pada 1933 bagi memperingati pegawai
Jepun Dr Kawa Ichitaro yang menyumbang kepada pembangunan industri perhutanan
di Alishan.
Untuk mengunjungi kawasan tarikan pelancongan di situ, pengunjung mempunyai
pilihan sama ada ingin menerokai kawasan rekreasi Alishan menggunakan keretapi
mahupun bas pelancongan. Apa yang pasti pemandangan di sepanjang perjalanan memang
menakjubkan.
Ia kerana kawasan Alishan juga diserikan dengan pelbagai jenis bunga yang
mengembang mengikut musim seperti Magnolia,
Rhododendron, Bunga Sakura, Daisy serta Ginkgo biloba.
Berhampiran dengan Alishan, pelancong turut berpeluang menaiki keretapi
lama di Stesyen Fenchihu untuk menuju ke Bandar Chiayi yang terletak 45.8km
dari situ. Keretapi berkenaan dibangunkan oleh orang Jepun yang meneroka
kawasan perhutanan di Alishan.
Di sepanjang Fenchihu Old Street, pelancong boleh melihat dan membeli pelbagai
produk tempatan yang dihasilkan masyarakat tempatan seperti dompet kulit, beg
tangan dan makanan tempatan yang dihasilkan di situ seperti wasabi serta jelly.
Disebabkan Fenchihu adalah pertembungan dua kawasan antara Alishan dan
Chiayi, warga tempatan sering mengunjungi pecan kecil ini untuk mendapatkan
‘Bento’ sebagai hidangan tengahari mereka.
Biarpun ketika itu sudah memasuki hari kedua terakhir pesta berkenaan diadakan
namun kemeriahan masih lagi dirasai. Ribuan penduduk Taiwan berpusu-pusu membanjiri
tapak pesta sejak awal petang sehingga malam.
Pesta tanglung yang diadakan secara bergilir-gilir mengikut daerah ini turut
menyaksikan tapak pesta diterangi dengan 3, 000 tanglung serta hiasan lampu yang
direka dengan pelbagai bentuk mengikut tema di setiap bahagian.
hiasan tanglung yang unik macam buah Melon |
![]() |
Rooster sebagai simbolik Tahun Ayam |
![]() |
Antara kereta berhias yang dipamerkan dalam Pesta Tanglung itu |
Sebelum berkunjung ke pesta tanglung, rombongan penulis sempat melawat
iiCake Yunlin Towel Cafe yang mempunyai hiasan tuala yang direka dalam pelbagai
bentuk. Pelanggan juga boleh membuat rekaan tuala sendiri di ruangan ‘DIY’ yang
disediakan di tingkat dua kafe berkenaan.
Jika Yunlin dikelilingi tempat bersejarah, kunjungan ke daerah Nantou pula mendekatkan
pengunjung kepada alam semulajadi.
Lawatan ke Forest 18 Farm, Nantou membolehkan pengunjung mengetahui lebih
lanjut tentang Pokok Kayu Putih atau Eucalyptus
Tree yang boleh menghasilkan pelbagai produk seperti losyen penghalau
nyamuk, sabun cuci tangan, krim mahupun minyak essential Eucalyptus.
Ladang yang dibuka untuk pelancongan sejak lapan tahun lalu ini turut dilengkapi
dengan restoran yang Muslim-Friendly serta bilik penginapan khas buat pelancong
yang ingin menikmati suasan hutan pada waktu malam.
Selain ladang berkenaan, Nantou turut mempunyai satu lagi daya tarikan
iaitu Sky Bridge terpanjang di Taiwan. Houtanjing Sky Bridge adalah jambatan
gantung sepanjang 204 meter yang dibina menggunakan 265 anak tangga.
![]() |
sebanyak 265 anak tangga yang perlu dilalui sepanjang jambatan HoutanjingSky Bridge ni |
![]() |
gayat ok masa melintasi jambatan sepanjang 204m ni... |
Jambatan gantung yang dibina pada 2012 ini hanya boleh memuatkan sehingga
150 orang pada satu-satu masa. Jambatan yang kelihatan seperti senyuman ini membolehkan
pengunjung melihat pemandangan Nantou dan Yunlin dari pandangan atas.
Kawasan rekreasi ini dikaitkan monyet yang mengelilingi telaga kerana
difahamkan suatu ketika dahulu, kawasan itu dikatakan gua monyet.
Ketika hari pertama pembukaan, sejuta pengunjung datang bagi menaiki
jambatan gantung berkenaan.
Kunjungan ke Taichung pula, membolehkan rombongan media dan ejen
pelancongan melihat keindahan suasana senja di Gaomei Wetland. Ini antara
destinasi yang sering dikunjungi untuk melihat matahari terbenam. Deretan
kincir angin membuatkan pemandangan senja di tanah lembab itu lebih indah.
Destinasi lain yang boleh dikunjungi apabila berkunjung di Taichung adalah
seperti Pasar Malam Fengjia, National Museum of Natural Science, 921 Earthquake
Museum, Wufeng Lin Family Mansion & Garden, Taman Negara Taroko,
Fulfillment Amphitheater dan Yizhong Street.
Taichung antara daerah yang musnah teruk akibat gempa bumi berukuran 7.3
skala richter yang berlaku pada 21 September 1999. Jika ingin mengalami
bagaimana gegaran gempa, kawasan simulasi gempa bumi di 921 Earthquake Museum boleh memberikan
pengunjung merasai pengalaman sebegitu.
Penjelajahan ke Taiwan tidak berakhir di situ. Tidak
lengkap rasanya penerokaan ke bumi Taiwan sekiranya tidak menjejakkan kaki ke
taman tema yang berada di situ.
Biarpun Taiwan tidak mempunyai Disneyland seperti Hong
Kong namun, Taman Tema Leofoo Village, Guanshi di daerah Hsinchu juga tidak
kurang hebatnya.
![]() |
Seksyen yang gunakan rekaan Arabic seperti kubah masjid |
![]() |
Old Oil Well antara permainan yang boleh dinikmati pengunjung |
![]() |
Zirafah yang boleh dilihat semasa kunjungan ke African Safari |
![]() |
ada cowboy town dalam Taman Tema Leofoo Village ni |
Taman Tema ini mempunyai African Safari, taman hiburan
serta taman air yang sesuai untuk semua golongan.
Leofoo Village mempunyai 80 kemudahan hiburan dan permainan yang boleh
dialami sendiri oleh pengunjung yang datang. Screaming Condor yang kelihatan
seperti lingkaran roller-coaster serta Old Oil Well yang boleh dihayun 360
darjah antara tarikan di taman tema ini.
Taman Tema yang didirikan sejak 40 tahun lalu bermula dengan African Safari
dan kemudian diperluaskan dengan taman tema serta taman air ini pasti akan
memenuhi permintaan anak kecil yang gemar bermain air dan ingin mengenali
haiwan.
Untuk mengunjungi African Safari, pengunjung akan dibawa menaiki keretapi
untuk mengelilingi Safari berkenaan. Bagi kawasan haiwan liar, pengunjung
dibawa menaiki bas yang dilengkapi dengan ciri keselamatan.
Walaupun rombongan penulis tidak dapat meluangkan masa yang lama di bumi Taiwan
namun, kesempatan mengunjungi daerah-daerah yang mempunyai destinasi
tersembunyi yang cukup istimewa itu cukup memberikan memori yang indah kepada
penulis serta rakan lain.
---------------------------------------------------------------------------------
Taiwan is known as The Heart of Asia. Most people visit Taiwan to step on their well known, Taipei 101 building.
Other than Taipei, they have many tourist spot that hidden in the South of Taiwan. During my visit with tour agencies and media from Sabah in Februari 2017 in Taiwan, we have a privileged to visit some of this hidden gems of Taiwan.
Although its located quite far from Taipei, the scenery worth your journey to travel from Taipei to Alishan. Its located near Chiayi district.
We went to Tsou Cultural Village in Yuyupas Alishan which located at the 1, 300 above the sea.
The uniqueness of the Tsou tribe will make you want to know more about them. At this cultural village, people can enjoy their musical performance. The performance basically tell the audience about hunting.
Tsou tribe living in mountain areas so most of them are hunters. Now, most of young people left the village to look for job in the city areas. There are around 6, 000 of Tsou tribe all over Taiwan.
To preserve their culture, they set up a cultural village for tourism attraction in Alishan. This cultural village surrounded with tea plantation. Alishan famous for its Oolong tea.
If I can describe Alishan in simple word, they have a beautiful nature that amazed people.
In this cultural village, they have a restaurant (Ma Fei Restaurant) that provide Muslim-friendly food. So, for Muslim, if you plan to visit cultural village in Alishan, you can enjoy Muslim-Friendly food that served in the restaurant.
However, early book is necessary to ensure they can prepare the Muslim-Friendly food.
In this area, there is Alishan Recreational National Park where Forest Railway, Tashan, Shunyi Waterfall, Ogasawara Mount, Giant Tree, Alishan Sacred Tree, Xianglin Arch Bridge and Ciyun Temple are located.
I don't have an opportunity to visit Alishan Recreational Park during that time because we have to follow the schedule arrenged by organizer.
I'm sure I'll be back to Alishan once again to enjoy the nature. Ciyun Temple is a place where people can enjoy sunset view with sea of clouds.
Alishan is surrounded with various types of flower that bloom during its season. I can imagine the beautiful scenery when the flowers are blooming. Among the flowers are Magnolia, Rhododendron, Bunga Sakura, Daisy and Ginkgo biloba.
After visiting Alishan. The tour guide brought us to old street in Fenchihu. I really love this place. Its a traditional market for local people buy their daily essentials.
There is a railway station at the end of this traditional market. From there, people can take a traditional train heading to Chiayi City that located 45.8km from this station. I was informed the train was used by Japanese when they explore Alishan forest many years ago.

In this old street, we can buy a lot of souvenirs that made by local people. The handmade handbags, purse or wallet. The price quite reasonable for handmade products.
From there, our tour guide brought us to Taiwan Lantern Festival in Yunlin district. Its a good time we went to Taiwan during a festival. So, double check calendar before plan for a trip to Taiwan if you want to be a part of thousands locals celebrating their festival.
It was my first time in Taiwan and I have an opportunity to experience what local people are celebrating during Chinese New Year. I never thought lights and lanterns can be so beautiful.