Friday, March 30, 2018

Dive in Kuraman Wreck, Sabah


Active in diving activity give an advantage for me to be the first team in the world to dive in a new dive site in Kota Kinabalu.

The Kuraman vessel sunk at Taman Tunku Abdul Rahman (TARP) Kota Kinabalu on November 2016. The vessel was used by Malaysia Maritime Enforcement for 52 years before it sink at the TARP for tourism purpose.

We become the first group of public allowed to dive in this new diving site that still close for public. We were given an opportunity to do a test dive to look into the marine life around this shipwreck.

Surprisingly after a year, the shipwreck become a home for various species of marine life.

We only allowed to dive around the shipwreck not inside it because most of us still new to diving world. 

I think we need to get an Advanced Open Water before we can enter this shipwreck that located around 18-22m depth.

To divers who like to explore new dive site in Sabah, get yourself ready to explore this new diving site that expected to be open this year or in 2019.








Wednesday, March 14, 2018

Muslim Fam Trip, Taiwan (Part 3)


(Published in Utusan Borneo-Mac 2017)


Berdiri di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan dengan suhu serendah 16 darjah celcius ditambah dengan tiupan angin yang agak kencang membuatkan penulis merasa sejuk hingga ke tulang.

Berkunjung ke Taiwan ketika peralihan Musim Sejuk ke Musim Bunga mungkin bukan pilihan penulis.

Bagaimanapun peluang menyertai Program Jom Taiwan-Muslim yang dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia tidak penulis sia-siakan.

Walaupun Taiwan bukanlah negara yang termasuk dalam senarai destinasi pelancongan yang ingin penulis sebelum ini. Namun, peluang berkunjung ke situ penulis ambil untuk mengenali Taiwan dengan lebih dekat lagi.

Ternyata kunjungan ke negara berkenaan membuka mata dan minda penulis untuk mengagumi negara yang kini mempunyai kira-kira 60, 000 orang Muslim itu.

Secara ringkasnya, penulis menyifatkan Taiwan sebagai sebuah negara yang cantik, bersih dan selamat.

Dari segi kebersihan, penulis menggambarkan tandas awam di Taiwan sebagai bersih, tidak berbau dan unik. Tiada tandas yang penulis dapati berbau seperti yang kita lihat di kebanyakan tandas awam di negara kita.

Dekorasi setiap tandas terutama di destinasi pelancongan memang menarik. Tidak terlalu berlebihan sekiranya penulis katakan cara mereka menjaga kebersihan tandas awam sama dengan di hotel. Malah, berdiri di luar tandas juga tidak membuatkan orang merasa ingin muntah kerana tandas mereka tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Persekitaran pasar malam di Taiwan juga menarik perhatian penulis. Kunjungan ke Feng Chia Night Market yang memperlihatkan plastik sampah diletak di tengah-tengah jalan sepanjang pasar malam itu membuatkan penulis terfikir sehingga tahap sebegitu orang Taiwan mementingkan kebersihan. Memanglah masih ada sampah yang kelihatan namun, tidak sebanyak di tapak-tapak tamu kita.

Malah, penduduk di beberapa kawasan yang penulis lalui menyapu kawasan luar rumah sehingga jalan raya di hadapan rumah masing-masing.

Sistem jalan raya serta keadaan jalan raya di negara berkenaan juga amat baik walaupun jalan raya sehingga ke kawasan bukit di Kawasan Rekreasi Hutan Negara Alishan, Chiyai.

Jika berpeluang kembali semula ke Taiwan, Alishan antara kawasan yang benar-benar penulis ingin terokai. Kawasan yang bersejarah ini menempatkan laluan keretapi yang membolehkan penumpang menikmati pemandangan hutan.

Sistem keretapi yang dibina oleh orang Jepun yang mengusahakan sektor pembalakan di kawasan itu masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Memandangkan penulis suka mengunjungi kawasan yang menyajikan pemandangan yang indah serta jauh dari kawasan kotaraya maka, tempat ini amat sesuai dengan jiwa penulis.

Dari segi makanan juga tidak perlu khuatir kerana Taiwan mempunyai banyak restoran halal dan muslim-friendly.

Turkey Restaurant yang mempunyai hiasan dalaman yang uni

Pelbagai jenis teh yang boleh ditemui di Sheng Le Farm

Bandar Taichung antara kawasan yang mempunyai  banyak restoran halal India. Terpulang kepada pengunjung ingin memilih restoran yang berkenan di hati.

Lega sebenarnya apabila mengetahui Taiwan semakin mementingkan pasaran Muslim. Maka, rakyat Malaysia tidak perlu mengikat perut dengan makan maggie sepanjang masa bila berada di Taiwan.

Lagi satu daya tarikan yang membuatkan penulis berani mengunjungi Taiwan adalah negara ini sebuah negara yang selamat baik untuk orang tempatan mahupun pelancong.

Pemandu Pelancong memberitahu rombongan penulis bahawa jika berjalan seorang diri di Taiwan tidak perlu merasa khuatir kerana keselamatan memang terjamin.

Oh ya..berkunjung ke Taiwan tidak lengkap jika tidak membeli-belah di pasar malam. Terdapat banyak pilihan beg tangan, kasut, baju, cenderamata serta pelbagai aksesori telefon yang boleh diperoleh di pasar malam dengan harga yang murah.

Faktor-faktor sebegitu cukup membuatkan pelancong merasa selesa jika ingin kembali semula mengunjungi ‘The Heart of Asia’ ini.

Hanya satu sahaja kekangan jika ingin berkunjung ke destinasi pelancongan yang jauh dari bandar, iaitu kekangan bahasa.

Semasa berada di Perkampungan Budaya Suku Tsou, di Yuyupas Alishan, penulis perhatikan pengurus perkampungan budaya itu sendiri tidak berbahasa Inggeris.

Maka, jika berkunjung ke destinasi sebegini ada baiknya berkunjung dengan menggunakan khidmat ejen pelancongan sekiranya pelancong tidak fasih bertutur Bahasa Cina.

Keretapi yang boleh dinaiki untuk ke Alishan mahupun bandar Chiayi

kaunter tiket Keretapi di Fenchihu
Selain Alishan, Taichung juga antara destinasi yang penulis pasti akan kunjungi sekali lagi. Kejadian gempa bumi yang melanda daerah ini 18 tahun lalu membuatkan penulis ingin mengunjungi 921 Earthquake Museum yang terletak di situ.

Secara keseluruhan kunjungan selama lima hari ke Taiwan masih belum cukup untuk penulis mengenali Taiwan sepenuhnya. Maka, backpackers trip pasti akan menyusul kemudian. Bak kata orang, jika ingin megenali negara orang jangan jadi pelancong sebaliknya, jadilah seorang pengembara.

Muslim Fam Trip, Taiwan (Part 2)


(Published in Utusan Borneo, Sabah-9 Mac 2017)

Menerokai bumi Taiwan bukan sekadar menjejakkan kaki ke Taipei 101 untuk merasai pengalaman menaiki lif terpantas di dunia serta mengunjungi Pasar Malam Shilin mahupun membeli-belah di deretan kedai yang menjual pelbagai barangan di Ximending.

Penjelajahan ke negara yang dikenali sebagai ‘The Heart of Asia’ ini tidak lengkap sekiranya pelancong tidak menerokai destinasi tersembunyi yang terletak di Selatan Taiwan.

Negara yang boleh dijejaki dengan menaiki penerbangan selama 3 jam 20 minit dari Kota Kinabalu ini mempunyai banyak destinasi menarik yang belum diterokai sepenuhnya oleh pelancong luar termasuk pelancong Malaysia yang lebih gemar mengunjungi Bandaraya Taipei.

Destinasi tersembunyi di kawasan Tengah dan Selatan Taiwan seperti Yunlin, Chiyai, Taichung, Nantou, Hsinchu pasti akan membuatkan pelancong terpesona dan ingin menghabiskan masa percutian mereka di luar Ibu Negara Taiwan ini.

Lawatan ke Taiwan bersama Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia baru-baru ini membolehkan penulis menyaksikan sendiri keindahan permata berharga yang berada di kawasan yang menyimpan permata tersembunyi ini.

Dalam banyak-banyak destinasi yang dikunjungi, penulis amat tertarik dengan Perkampungan Budaya Suku Tsou, di Yuyupas Alishan yang terletak 1, 300 meter dari aras laut. Perkampungan ini terletak di daerah Chiayi.


Yuyusan Alishan Cultural Village

Persembahan Kebudayaan dengan pakaian tradisi kaum Tsou
Uniknya kunjungan ke sini, pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan tarian kebudayaan suku kaum Tsou yang berkisar tentang kehidupan pahlawan Tsou yang gemar memburu. Suku Tsou adalah salah satu daripada 16 suku kaum Orang Asal yang terdapat di Taiwan.

Persembahan berskala besar selama 100 minit diadakan pada setiap malam Sabtu.



Orang ramai turut dijemput menari bersama pada akhir persembahan
sempat juga rombongan kami bergambar dengan penari dan penyanyi di Yuyupas Cultural Village ni
Perkampungan budaya yang dikelilingi ladang teh ini turut mempunyai galeri pameran sejarah suku Tsou, rumah tradisi, ‘house of princess’, galeri jualan dan Restoran Ma Fei yang turut menyediakan makanan halal untuk pengunjung Muslim.

Berdasarkan penerangan ringkas pemandu pelancong dari Alishan Visitor Centre yang dikenali sebagai Joseline, setiap tahun suku Tsou yang kini mempunyai seramai 6, 000 orang itu mengadakan ‘War Ceremony’ selama dua hari berturut-turut.

Ketika ini semua suku Tsou terutama anak muda yang bekerja di bandar akan kembali ke Alishan bagi sama-sama meraikan acara tahunan itu bersama ahli keluarga.

Menariknya tentang pakaian suku Tsou ini, motif pada baju wanita mereka hampir sama dengan motif pakaian etnik Kadazan di Sabah.

Selain perkampungan budaya, Alishan yang dikelilingi ladang teh ini turut mempunyai Kawasan Rekreasi Hutan Negara Alishan. Jika ingin merasai teh organik yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia, Alishan adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan pelbagai jenis teh termasuklah Teh Oolong.

Tarikan pelancongan di kawasan rekreasi ini termasuklah Forest Railway, Tashan, Air Terjun Shunyi, Gunung Ogasawara, No.28 Pokok Gergasi, Alishan sacred tree, Xianglin Arch Bridge, Pokok Gergasi Shuishan serta pemandangan dari Tokong Ciyun untuk melihat lautan awan ketika matahari terbenam.

Selain itu, terdapat juga tempat bersejarah seperti Muzium Alishan dan Tugu Peringatan Dr Kawa, iaitu tugu yang dibina pada 1933 bagi memperingati pegawai Jepun Dr Kawa Ichitaro yang menyumbang kepada pembangunan industri perhutanan di Alishan.

Untuk mengunjungi kawasan tarikan pelancongan di situ, pengunjung mempunyai pilihan sama ada ingin menerokai kawasan rekreasi Alishan menggunakan keretapi mahupun bas pelancongan. Apa yang pasti pemandangan di sepanjang perjalanan memang menakjubkan.

Ia kerana kawasan Alishan juga diserikan dengan pelbagai jenis bunga yang mengembang mengikut musim seperti Magnolia, Rhododendron, Bunga Sakura, Daisy serta Ginkgo biloba.

Berhampiran dengan Alishan, pelancong turut berpeluang menaiki keretapi lama di Stesyen Fenchihu untuk menuju ke Bandar Chiayi yang terletak 45.8km dari situ. Keretapi berkenaan dibangunkan oleh orang Jepun yang meneroka kawasan perhutanan di Alishan.

Di sepanjang Fenchihu Old Street, pelancong boleh melihat dan membeli pelbagai produk tempatan yang dihasilkan masyarakat tempatan seperti dompet kulit, beg tangan dan makanan tempatan yang dihasilkan di situ seperti wasabi serta jelly.

Disebabkan Fenchihu adalah pertembungan dua kawasan antara Alishan dan Chiayi, warga tempatan sering mengunjungi pecan kecil ini untuk mendapatkan ‘Bento’ sebagai hidangan tengahari mereka.

Sementara itu, di daerah Yunlin pula, rombongan ‘Jom Taiwan-Muslim’ dari Malaysia turut berkesempatan menyaksikan sambutan Pesta Tanglung Taiwan 2017. Pesta yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina ini berjaya menarik ribuan pengunjung.



Biarpun ketika itu sudah memasuki hari kedua terakhir pesta berkenaan diadakan namun kemeriahan masih lagi dirasai. Ribuan penduduk Taiwan berpusu-pusu membanjiri tapak pesta sejak awal petang sehingga malam.

Pesta tanglung yang diadakan secara bergilir-gilir mengikut daerah ini turut menyaksikan tapak pesta diterangi dengan 3, 000 tanglung serta hiasan lampu yang direka dengan pelbagai bentuk mengikut tema di setiap bahagian.


hiasan tanglung yang unik macam buah Melon

Rooster sebagai simbolik Tahun Ayam


Antara kereta berhias yang dipamerkan dalam Pesta Tanglung itu
Selain pesta tanglung, Yunlin juga mempunyai daya tarikan tersendiri. Destinasi pelancongan menarik di sini termasuklah Tokong Beigang Chaotian, Muzium God-Bene Sesame, Muzium Yunlin Hand Puppet, iiCake Yunlin Towel Cafe, Yunzhong Street, Gukeng Green Tunnel, Fu-Lu Shou Winery, National Yunlin University of Science & Technology, Janfusun Fancyworld Theme Park serta Huashan Coffee Street.

Sebelum berkunjung ke pesta tanglung, rombongan penulis sempat melawat iiCake Yunlin Towel Cafe yang mempunyai hiasan tuala yang direka dalam pelbagai bentuk. Pelanggan juga boleh membuat rekaan tuala sendiri di ruangan ‘DIY’ yang disediakan di tingkat dua kafe berkenaan.

Jika Yunlin dikelilingi tempat bersejarah, kunjungan ke daerah Nantou pula mendekatkan pengunjung kepada alam semulajadi.

Lawatan ke Forest 18 Farm, Nantou membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang Pokok Kayu Putih atau Eucalyptus Tree yang boleh menghasilkan pelbagai produk seperti losyen penghalau nyamuk, sabun cuci tangan, krim mahupun minyak essential Eucalyptus.

Ladang yang dibuka untuk pelancongan sejak lapan tahun lalu ini turut dilengkapi dengan restoran yang Muslim-Friendly serta bilik penginapan khas buat pelancong yang ingin menikmati suasan hutan pada waktu malam.

Selain ladang berkenaan, Nantou turut mempunyai satu lagi daya tarikan iaitu Sky Bridge terpanjang di Taiwan. Houtanjing Sky Bridge adalah jambatan gantung sepanjang 204 meter yang dibina menggunakan 265 anak tangga.

sebanyak 265 anak tangga yang perlu dilalui sepanjang jambatan HoutanjingSky Bridge ni

gayat ok masa melintasi jambatan sepanjang 204m ni...
Jambatan gantung yang dibina pada 2012 ini hanya boleh memuatkan sehingga 150 orang pada satu-satu masa. Jambatan yang kelihatan seperti senyuman ini membolehkan pengunjung melihat pemandangan Nantou dan Yunlin dari pandangan atas.

Kawasan rekreasi ini dikaitkan monyet yang mengelilingi telaga kerana difahamkan suatu ketika dahulu, kawasan itu dikatakan gua monyet.

Ketika hari pertama pembukaan, sejuta pengunjung datang bagi menaiki jambatan gantung berkenaan.

Kunjungan ke Taichung pula, membolehkan rombongan media dan ejen pelancongan melihat keindahan suasana senja di Gaomei Wetland. Ini antara destinasi yang sering dikunjungi untuk melihat matahari terbenam. Deretan kincir angin membuatkan pemandangan senja di tanah lembab itu lebih indah.

Destinasi lain yang boleh dikunjungi apabila berkunjung di Taichung adalah seperti Pasar Malam Fengjia, National Museum of Natural Science, 921 Earthquake Museum, Wufeng Lin Family Mansion & Garden, Taman Negara Taroko, Fulfillment Amphitheater dan Yizhong Street.

Taichung antara daerah yang musnah teruk akibat gempa bumi berukuran 7.3 skala richter yang berlaku pada 21 September 1999. Jika ingin mengalami bagaimana gegaran gempa, kawasan simulasi gempa bumi di  921 Earthquake Museum boleh memberikan pengunjung merasai pengalaman sebegitu.

Penjelajahan ke Taiwan tidak berakhir di situ. Tidak lengkap rasanya penerokaan ke bumi Taiwan sekiranya tidak menjejakkan kaki ke taman tema yang berada di situ.

Biarpun Taiwan tidak mempunyai Disneyland seperti Hong Kong namun, Taman Tema Leofoo Village, Guanshi di daerah Hsinchu juga tidak kurang hebatnya.


Seksyen yang gunakan rekaan Arabic seperti kubah masjid

Old Oil Well antara permainan yang boleh dinikmati pengunjung

Zirafah yang boleh dilihat semasa kunjungan ke African Safari

ada cowboy town dalam Taman Tema Leofoo Village ni
Taman Tema ini mempunyai African Safari, taman hiburan serta taman air yang sesuai untuk semua golongan.

Leofoo Village mempunyai 80 kemudahan hiburan dan permainan yang boleh dialami sendiri oleh pengunjung yang datang. Screaming Condor yang kelihatan seperti lingkaran roller-coaster serta Old Oil Well yang boleh dihayun 360 darjah antara tarikan di taman tema ini.

Taman Tema yang didirikan sejak 40 tahun lalu bermula dengan African Safari dan kemudian diperluaskan dengan taman tema serta taman air ini pasti akan memenuhi permintaan anak kecil yang gemar bermain air dan ingin mengenali haiwan.

Untuk mengunjungi African Safari, pengunjung akan dibawa menaiki keretapi untuk mengelilingi Safari berkenaan. Bagi kawasan haiwan liar, pengunjung dibawa menaiki bas yang dilengkapi dengan ciri keselamatan.

Walaupun rombongan penulis tidak dapat meluangkan masa yang lama di bumi Taiwan namun, kesempatan mengunjungi daerah-daerah yang mempunyai destinasi tersembunyi yang cukup istimewa itu cukup memberikan memori yang indah kepada penulis serta rakan lain.

---------------------------------------------------------------------------------


Taiwan is known as The Heart of Asia. Most people visit Taiwan to step on their well known, Taipei 101 building.


Other than Taipei, they have many tourist spot that hidden in the South of Taiwan. During my visit with tour agencies and media from Sabah in Februari 2017 in Taiwan, we have a privileged to visit some of this hidden gems of Taiwan.


Although its located quite far from Taipei, the scenery worth your journey to travel from Taipei to Alishan. Its located near Chiayi district. 


We went to Tsou Cultural Village in Yuyupas Alishan which located at the 1, 300 above the sea. 

The uniqueness of the Tsou tribe will make you want to know more about them. At this cultural village, people can enjoy their musical performance. The performance basically tell the audience about hunting.

Tsou tribe living in mountain areas so most of them are hunters. Now, most of young people left the village to look for job in the city areas. There are around 6, 000  of Tsou tribe all over Taiwan.


To preserve their culture, they set up a cultural village for tourism attraction in Alishan. This cultural village surrounded with tea plantation. Alishan famous for its Oolong tea.


If I can describe Alishan in simple word, they have a beautiful nature that amazed people.


In this cultural village, they have a restaurant (Ma Fei Restaurant) that provide Muslim-friendly food. So, for Muslim, if you plan to visit cultural village in Alishan, you can enjoy Muslim-Friendly food that served in the restaurant. 


However, early book is necessary to ensure they can prepare the Muslim-Friendly food. 


In this area, there is Alishan Recreational National Park where Forest Railway, Tashan, Shunyi Waterfall, Ogasawara Mount, Giant Tree, Alishan Sacred Tree, Xianglin Arch Bridge and Ciyun Temple are located.


I don't have an opportunity to visit Alishan Recreational Park during that time because we have to follow the schedule arrenged by organizer.

I'm sure I'll be back to Alishan once again to enjoy the nature. Ciyun Temple is a place where people can enjoy sunset view with sea of clouds.


Alishan is surrounded with various types of flower that bloom during its season. I can imagine the beautiful scenery when the flowers are blooming. Among the flowers are Magnolia, Rhododendron, Bunga Sakura, Daisy and Ginkgo biloba.

After visiting Alishan. The tour guide brought us to old street in Fenchihu. I really love this place. Its a traditional market for local people buy their daily essentials.

There is a railway station at the end of this traditional market. From there, people can take a traditional train heading to Chiayi City that located 45.8km from this station. I was informed the train was used by Japanese when they explore Alishan forest many years ago.

In this old street, we can buy a lot of souvenirs that made by local people. The handmade handbags, purse or wallet. The price quite reasonable for handmade products.

From there, our tour guide brought us to Taiwan Lantern Festival in Yunlin district. Its a good time we went to Taiwan during a festival. So, double check calendar before plan for a trip to Taiwan if you want to be a part of thousands locals celebrating their festival.

It was my first time in Taiwan and I have an opportunity to experience what local people are celebrating during Chinese New Year. I never thought lights and lanterns can be so beautiful.

Muslim Fam Trip, Taiwan (Part 1)



(Published in Utusan Borneo, Sabah-1 Mac 2017)


Mengembara/menjelajah ke bumi Taiwan seringkali menimbulkan kebimbangan dari segi pemakanan terutama untuk mendapatkan makanan halal dalam kalangan pelancong Muslim pada suatu ketika dahulu.


Namun sejak sembilan tahun lalu, negara yang mempunyai minoriti Islam ini mula memperluaskan pasaran pelancongan Muslim bagi menarik lebih ramai masyarakat Islam di seluruh dunia untuk berkunjung ke negara berkenaan.

Dengan kemasukan pelancong Muslim yang semakin bertambah pada saban tahun, Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia meningkatkan usaha mempromosi pelancongan Muslim Taiwan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kesempatan mengikuti ‘Muslim Familiarization Trip’ selama lima hari baru-baru ini membolehkan penulis melihat sendiri bagaimana penggiat industri pelancongan di Taiwan mempromosikan tempat mereka sebagai destinasi yang sesuai untuk pelancong Muslim.

Timbalan Pengarah Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur Cindy Chen ketika ditemui semasa ‘Muslim Fam Trip’ memberitahu bahawa terdapat peningkatan kira-kira 10 peratus kemasukan pelancong Malaysia ke Taiwan pada tahun lalu, menjadikan jumlahnya seramai 474 400 orang.

Dengan peningkatan berkenaan, usaha diteruskan bagi menarik lebih ramai pelancong Malaysia terutama pelancong Muslim untuk berkunjung ke negara dikenali sebagai ‘The Heart of Asia’ ini.

Selaras dengan itu, Taiwan kini mempunyai 101 restoran serta hotel yang menyediakan makanan halal dan Muslim-Friendly (mesra Muslim).

Kawasan tumpuan pelancong seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei Station serta 13 taman rekreasi utama (sceneric area) menyediakan ruangan solat serta tandas yang sesuai untuk pelancong Muslim.

Menurutnya, untuk Muslim Fam Trip kali ini, mereka memberi fokus kepada promosi di bahagian tengah dan selatan Taiwan.

“Pelancong biasanya lebih suka mengunjungi Taipei serta bahagian Utara Taiwan terutama dalam kalangan pelancong Malaysia. Atas sebab itu, kami ingin mempromosikan bahagian selatan pula,” jelasnya.

Berkongsi mengenai cabaran semasa mula-mula memperkenalkan pasaran pelancongan Muslim kepada penggiat industri pelancongan di Taiwan, Cindy berkata, tidak banyak cabaran yang diterima kerana penggiat industri amat teruja untuk memasuki pasaran Muslim.

Penerimaan penggiat industri pelancongan sangat baik cuma terdapat beberapa perdebatan idea mengenai ruang untuk meletakkan makanan halal dan tidak halal.

Sesetengah penggiat industri berpendapatan hidangan untuk bufet restoran di hotel tidak perlu diasingkan antara halal dan tidak halal. Namun, sesetengah penggiat industri mengatakan ia perlu diasingkan.

Ia kerana ada restoran di hotel yang menyusun hidangan mengikut kesesuaian seperti bahagian makanan sejuk, panas, goreng mahupun pencuci mulut.

Cindy berkata, usaha akan diambil bagi mengatasi segala kelemahan yang ada dari segala aspek bagi menggalakkan lebih ramai pelancong Muslim berkunjung ke Taiwan.

Katanya pelancong Muslim yang berkunjung ke Taiwan kebanyakan dari negara China, Malaysia, negara-negara Timur Tengah dan Indonesia.

Dalam menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Taiwan, Cindy berkata, mereka bekerjasma dengan enam agensi pelancongan di Sabah dan lebih 20 agensi pelancongan di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang Muslim Fam Trip, penulis berpeluang menikmati hidangan halal di beberapa restoran dan hotel seperti di City Suites Taoyuan Gateway, Taoyuan; Nice Prince Hotel, Chiayi; Evergreen Laurel Hotel, Taichung; Restoran Turki-Private Chef Kitchen, Chiyai; Restoran Ma Fei di Yuyupas, Bandar Alishan (Chiyai); Restoran Tainan Tan Tsu Mien, Taichung; Forest 18 Leisure Farm, Nantou; Restoran Little India Muslim, Taichung; Restoran Aladdin Muslim Friendly di Leofoo Village Theme Park, Guangshi; dan Restoran Chiba di Hotel Amba Taipei Ximending.

Hotel yang mendapat persijilan Muslim Friendly Tourism turut menyediakan petanda Qiblah dan jadual solat di setiap bilik yang mempunyai pelanggan Muslim. Atas sebab itu, setiap tempahan hotel, perlu memaklumkan lebih awal sekiranya pelanggan adalah pelanggan Muslim.

Semasa lawatan berkenaan, penulis berpeluang bertemu dengan wakil Persatuan Cina Muslim (CMA) Taiwan yang berpusat di Masjid Besar Taipei. Rombongan penulis disambut oleh Setiausaha Agung CMA Salahuding Ma.


Pejabat CMA yang terletak di Masjid Besar Taipei

Penerangan mengenai tiga persijilan dikeluarkan CMA iaitu Sijil Halal, Sijil Muslim-Friendly Restaurant dan Sijil Muslim-Friendly Tourism memberi keyakinan kepada penulis untuk menikmati hidangan di restoran yang mendapat persijilan halal tanpa was-was. 

Dengan adanya aplikasi telefon pintar ‘halal.taiwan’ yang mula diperkenalkan pada Januari lalu akan memudahkan pelancong Muslim mengenalpasti masjid dan restoran halal yang terdapat di Taiwan. Apps berkenaan boleh dimuatnaik melalui App Store mahupun Play Store.
                            
Pakar Halal CMA Majid Tsai ialah orang yang bertanggungjawab dalam memantau dan menilai kelayakan restoran dan hotel untuk memperoleh persijilan daripada CMA. Sehingga kini, sebanyak 101 persijilan halal, sijil Muslim-Friendly dan sijil Muslim Friendly Tourism dikeluarkan di seluruh Taiwan.

Beliau memberitahu bahawa setiap tahun mereka menerima antara 10 hingga 30 permohonan bagi mendapatkan persijilan dikeluarkan CMA itu. Setiap permohonan mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk diluluskan.

Namun kelulusan hanya diberi kepada restoran mahupun hotel yang menepati segala syarat yang ditetapkan seperti mengasingkan ruangan masakan halal, menyediakan set pinggan-mangkuk khas untuk makanan halal, menyediakan tanda Qiblah dan jadual solat untuk mudahkan pelancong dan memberi latihan kepada tukang masak dan kakitangan restoran atau hotel.

Majid berkata, persijilan yang dikeluarkan CMA memerlukan tukang masak dan kakitangan hotel menjalani kursus latihan selama tiga jam bagi memberitahu mereka asas mengenai Islam, bahan mentah yang digunakan serta perkara yang tidak boleh digunakan dalam masakan untuk Muslim.

Langkah mengeluarkan persijilan halal, sijil Muslim-Friendly Restaurant dan sijil Muslim Friendly Tourism itu adalah inisiatif Biro Pelancongan Taiwan untuk mempromosikan pasaran pelancongan Muslim.

Salahuding berkata, tiada bayaran dikenakan bagi memperoleh mahupun memperbaharui persijilan yang dikeluarkan CMA.

Namun untuk menghadiri kursus latihan, bayaran sebanyak RM 6, 000 perlu dibuat bagi membolehkan kakitangan restoran atau hotel menyertai latihan yang dijalankan.

Katanya, jika restoran mahupun hotel yang sudah mendapat persijilan melanggar peraturan ditetapkan, denda sebanyak TWD 1 juta.

Menurutnya, jika restoran dan hotel didapati melanggar peraturan ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui mahupun memohon semula persijilan halal dan sijil Muslim-Friendly Restaurant.

“Jika pemegang sijil halal dan Muslim Friendly melakukan kesalahan tiga kali berturut-turut, mereka tidak akan dibenarkan memohon semula. Ia kerana mereka sudah memberi reputasi tidak baik kepada industri,” jelasnya.

Pada enam tahun lalu, hanya 10 sahaja sijil halal yang dikeluarkan namun kini jumlah itu bertambah 10 kali ganda.

Salahuding berkata, bagi memudahkan proses mempromosikan restoran mahupun hotel yang menyediakan makanan halal dan Muslim-Friendly, Biro Pelancongan Taiwan dengan kerjsama CMA melatih hampir 500 pemandu pelancong (tourist guide) mengenai pasaran makanan halal di Taiwan.

Untuk produk barangan halal pula, sebanyak 500 buah syarikat sudah menerima persijilan bagi mengeluarkan produk halal.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...