Standing at the dock of a cruise while enjoying the sea breeze make me feel like i'm dreaming. Never crossed in my mine a day like this will happen. Alhamdulillah with Allah blessing, I had an opportunity to board a Star Cruise, deport at Penang.
For some people maybe it's not a big deal as they have the money. As for people who earn salary just to pay all the bills, I wouldn't spend my own money to travel with expensive budget in a cruise. Not my kind of travelling.
Since this trip is FOC so, lets board a cruise and enjoy it. Oh yea, we got this free ticket when do a coverage for an official launch of Star Cruise office in Kota Kinabalu.
I really enjoy myself on board. Who wouldn't right? I'm boarding a cruise from Penang-Phuket-Krabi for 4 days 3 nights.
In this cruise, a lot of entertainment shows dan slot games where people can enjoy. The musical performance really international standard. All the performers are western people so, the standard really amaze an audience who love musical.
Overall, I would recommend traveller go to Krabi. The scenery and people are more friendly than Phuket. (This is my own opinion).
Oh ya, we didn't took any tour package on the cruise. We want to explore the city of Krabi & Phukey by our own. Also, due to budget constrain.
There are a lot of tour bus along the beach for both area in Phuket & Krabi. People will get a good fares if they know how to bargain.
We take a bus to bring us around the island. The tour agent recommend some places so, we just randomly choose where we want to go.
In Phuket, we spend about 300 baht for one day city tour. I think its a reasonable fares. It's exclusive entrance fees to the tourist spot.
They bus bring us to Elephant Ride, Shopping & Massage Centre. We didn't stop for 'tiger show' due to the time limit.
For an elephant ride, we pay for 100 baht per person. The tour ended at massage centre. Going to Thailand without experience their thai massage, its feel something missing. I can't recalled how much we pay for the massage.
In Krabi, we didn't took any city tour. We just looking for daily boat operator at Ao Nang Beach and take a boat ride to the nearest island.
My initial plan was going to Phi Phi Island, where they shoot James Bond film. However, the boat fares a bit high to go there. So, we just go to nearest Island, which cost us around 100-150 baht one way. Make sure, you take two-ways ticket so that it will be easy for you going back to Ao Nang beach by boat.
--------------------------------------------------------
Berdiri di beranda kapal persiaran sambil merasai tiupan angin pagi membuatkan aku seperti bermimpi..bagai berada di alam fantasi yang aku kini berada di atas kapal persiaran yang berada betul-betul di tengah lautan..starting ayat berbunga-bunga..
On the top..Deck 10 |
Sebenarnya sukar untuk aku percaya, akhirnya aku dapat bercuti menaiki kapal persiaran
yang aku anggap percutian yang disediakan untuk golongan berduit....orang kampung macam aku ni, manalah mampu mau bercuti di atas kapal sebegini jika
bukan disebabkan rezeki kerja.
Persepsi
bahawa percutian atas kapal ni hanya untuk orang kaya muncul dalam kepala otak
aku bila tengok cerita-cerita di TV..obses sangat kah aku dengan TV?..hahaha
sangat stereotaip kan..
Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki aku mendapat tiket percuma menaiki Star Cruise Libra dari
Penang-Phuket-Krabi. Walaupun ianya cuma untuk 4 hari dan 3 malam, pengalaman
itu cukup berharga buat aku.
Tidak
pernah terlintas di fikiran bahawa aku juga boleh menaiki Star Cruise seperti
orang lain. Maklum la dengan gaji ciput yang hanya cukup untuk makan dan bayar
hutang itu dan ini, mana la aku mampu mahu membeli tiket sendiri untuk menaiki
kapal persiaran, yang harga minumun pun dalam 1-2 ribu ringgit.
Sebenarnya
aku dapat tiket percuma ini pun sebab buat liputan pembukaan pejabat baru
Star Cruises di KK Times Square, Kota Kinabalu, akhir bulan September.
Memandangkan
tiket ni untuk dua orang, aku dan rakan sekerja yang turut sama membuat liputan
ketika pembukaan pejabat itu, mengambil keputusan untuk pergi sama-sama. Sebab
organizer tu hanya bagi 1 tiket ja kepada salah seorang dari kami.
Perancangan
mula di atur tapi tidaklah serapi mana kerana kali ni kurang membuat research
mengenai tempat yang ingin dikunjungi. Tidak seperti sebelum ini, jika hendak ke
mana-mana 'Google Search' akan jadi pilihan utama untuk mengakses segala blog dan
website berkaitan dengan tempat yang akan dikunjungi.
Tiket
kapal terbang kena beli sendiri sebab Star Cruise hanya provide tiket naik
cruise jak. Kami mula mengatur perjalanan bermula dari Kota Kinabalu ke Penang.
Tiket
punya la mahal sebab last minute booking..ni la padahnya kalau tiada simpanan
untuk emergency case..wah emergency la sangat kan..bila tiba-tiba ada trip begini, terpaksa tunggu gaji hujung
bulan, padahal mau fly 4 Okt, tiket dibeli pada 30 Sept..memang sempoi kan..hahaha memang cari pasal
kan..last2 beli tiket mau-mau juga RM600 lebih2..melayang lagi duit
Disebabkan
tiket kapal terbang yang mahal, kami ambil keputusan untuk transit di KL pada
malam 3hb..The next day on the 4th, kami naik morning flight to Penang.
Sengaja
sebenarnya booking morning flight ke Penang sebab mau ronda-ronda Penang dan
jumpa geng-geng U-time yang ada di sana.
Departure
time untuk cruise tu adalah 3.30pm, so kami sempat juga la tumpang mandi rumah
kawan aku yang memang duduk di Balik Pulau.
Trip
terakhir aku berada di Penang ni dalam bulan Mac, tu pun sebab BFF aku kahwin
di Padang Serai, Kedah.
Kalau
sebut Pulau Pinang, sudah tentu benda pertama dalam kepala aku adalah mau makan nasi
kandar. Tiga tahun belajar sini dulu tidak pula aku gila mau makan nasi
kandar..tapi lepas duduk Sabah dan susah mau jumpa nasi kandar, ni la
padahnya..Asal datang Penang jak, mesti aku mau singgah Nasi Kandar Line Clear.
look at my friend 'happy face' dapat makan nasi kandar..this was her first time in Penang |
Kawan
aku ada suggest pi makan Nasi Kandar Beratur, tapi memandangkan kekangan masa,
kami ambil keputusan makan di Line Clear juga. Maklum la, tempat makan ni dekat
jak dengan Swettenham Pier Cruise Terminal.
bersama my bff sebelum belayar naik Cruise |
Siap jak makan-makan, sempat juga aku bersama kawan kerja aku dan lagi dua orang kawan aku
yang mengajar di Penang melepak sekejap di Padang Kota then, singgah beli
makanan sikit di Gurney Plaza. Lepas tu terus kami direct pegi jeti sebab takut
terlewat untuk daftar masuk.
Bila
sampai jak di tangga jeti, seorang penyambut tetamu yang berwajah ala-ala Thai
menyambut kedatangan kami dengan mengucapkan ‘Sawadika’..wah terasa macam sudah
tiba di Thailand hahaha...
Siap
jak dengan urusan daftar masuk, kami mulakan langkah menuju ke kapal besar yang
berada di sebelah kiri kami..
Sebelum
naik kapal, kami perlu mengambil Access Key (kiranya kunci bilik la) yang
dicagarkan dengan passport..haha bukan la cagaran macam pinjam Ah long..Kami
perlu tinggalkan passport dengan pihak pengurusan kapal Star Cruise bagi membolehkan
kami dapat Access Key tu.
Aku
pelik juga pada mulanya..kenapa mereka mau simpan passport penumpang?..tapi bila
hari terakhir baru la tahu kenapa..ia untuk mudahkan pengurusan mereka.
Maksudnya,
jika kita membuat pembelian di atas kapal termasuk pakej yang ditawarkan sama
ada di Phuket/Krabi, kita perlu membuat semua pembayaran sebelum turun kapal.
Jika
tidak, passport tu memang tidak akan dikembalikan. Jadi, penumpang tidak la
boleh menipu untuk turun tanpa selesaikan pembayaran.
Bila
jejakkan kaki atas kapal, kami bingung sendiri melihat begitu ramai manusia
berada di ruang legar di Deck 4 kapal, seolah-olah sedang menunggu
announcement..
Dengan
selambanya, kami terus beredar ke bilik yang berada di Deck 6. Lantak la, yang
kami tahu, kami mau cepat-cepat masuk bilik untuk berehat sebab kami berdua
kurang tidur..kalau baca sampai habis memang kerja kami atas kapal ni tidurrrrrr jak..mungkin ada yang rasa such as waste dok atas kapal tapi tidak habis ronda..
Bermalam
di LCCT menyukarkan kami untuk tidur, so we decided to stay up till morning
untuk tunggu next flight.
Sampi
jak dalam bilik yang bernombor 6203, sempat la kami berehat sekejap sebelum
attend fire drill session. Sesi ni ada tertulis dalam jadual..setiap hari, memang ada jadual diletakkan di setiap bilik.
ni la bilik kami 6203..room inspection |
Mengenai bilik ni pula, pada
awalnya kami dapat standard room jak tapi masa booking, semua standard room
full booked dan pejabat Star Cruise KK, dengan murah hati upgrade bilik kami ke
BB (Deluxe Oceanview) room, bilik ni upgrade sikit dari bilik yang ditawarkan
dalam tiket percuma tu.
Masa tengok dalam website, harga bilik ni utk 2 org ni dalam RM 4,000..fuhyooo first time merasa jadi orang kaya hehe..
Masa tengok dalam website, harga bilik ni utk 2 org ni dalam RM 4,000..fuhyooo first time merasa jadi orang kaya hehe..
Aku
macam biasa la kalau perut sudah kenyang dan tidak cukup tidur, sampai bilik
terus mengampai (tidur) hahahaha...bangun-bangun jak terus attend fire drill
yang dikendalikan oleh krew kapal. This was an important part, we have to
listen to the briefing on fire drill. In case something happen on this ship, we know
where to go and gathering with others.
Owh
ya..awal2 tadi aku ada katakan bahawa kami disambut dengan orang berwajah
Thai..tapi bila berada atas kapal, aku rasa macam berada di Filipina la pula
sebab majoriti krew kapal ni orang Filipino. Iya la mungkin senang kan diorang
ni kena ambil bekerja sebab mostly diorang ni semua pandai speaking english.
Easy for them to communicate with passengers.
Berbalik
kepada cerita fire drill, kami diberi taklimat ringkas mengenai keselamatan
jika berlaku kebakaran dan ditunjukkan dengan kapal kecil yang berada di atas
kepala kami. Ia akan diturunkan jika berlaku kecemasan.
Lepas
taklimat keselamatan, kami berkunjung ke Stardust Lounge yang terletak di Deck
4 untuk saksikan persembahan yang sedang berlangsung.
Krew
kapal persiaran ni memang sempoi dan kelakar..kami semua tergelak melihat
telatah si pengaca majlis memeriahkan welcoming performance itu..Salah seorang krew yang jadi MC tu bernama Goldie, dia ni memang kelakar dari awal
sampailah hari terakhir kami saksikan events yang ada dia sebagai MC. Kalau korang naik kapal yang sama, mesti akan berkenalan dengan Goldie juga kan..sangat friendly mamat ni
Persembahan
tu sekejap jak dalam half an hour macam tu..lepas jak habis persembahan yang
menampilkan band dari Philippines, persembahan ballroom dance dari 2 orang mat salleh dan
sekumpulan band lagi..aku lupa sudah apa nama band2 ni semua..
Lepas
habis tu..terus kami melangkahkan kaki ke restoran. Atas kapal ni ada 3 restoran
yang free..2 restoran ni ada serve pok dan hanya satu restoran yang terletak di
Dock 10 pok-free restaurant..tapi boleh jak makan di bawah tu kecuali restoran
cina yang betul2 serve pork.
Kami
memilih untuk makan di Deck 4, iaitu di Four Season Restaurant dan makanan
boleh tahan la..banyak juga kepelbagaian dan confirm kenyang..yang x bestnya,
makan hanya boleh sekali jak sebab access card akan kena scan sebelum masuk
restoran.. so kiranya, kita boleh masuk sekali jak masa breakfast..kemudian
sekali masa lunch dan sekali lagi masa dinner.
Maknyanya
ada free makan 3 kali dalam sehari. Cuma kalau cepat lapar tu kena la makan
yang berbayar..nasib la perut aku lepas dinner tidak cari makanan lagi..kalau lapar, makan jak la bun yang dibeli masa di Gurney Plaza, Penang.
Malam
frist ni sebenarnya ada persembahan di Swimming Pool Deck, tapi sebab terlalu
penat..our party end up atas katil..zzzzzzz..kami tertidur sehingga keesokkan
pagi setelah berada di perairan Phuket