Tuesday, April 19, 2011

Pilihan Anda: Imam Muda, Mentor5@ AF9

Sebut saja rancangan nyanyian seperti Mentor dan Akademi Fantasia semua orang tahu yang program2 macam ni memang ramai penonton..Lihat saja 'rating' untuk setiap program ni.

Tapi lama-kelamaan penonton semakin bosan apabila dipertontonkan dengan benda yang sama setiap musim..nothing new (;-

Macam mana bosan pun ramai juga yang menyaksikan rancangan nyanyian ni setiap minggu..sebab apa???sebab...kebanyakkan rancangan Astro sekarang berulang-ulang dan membosankan..terpaksa la layan juga biarpun kualiti suara peserta2 ni kadang2 hampeh..bukan la aku reti nyanyi pun tapi at least biarla peserta yang masuk rancangan nyanyian ni ada sedikit kualiti suara.

Bukan mau menghina tapi hakikat...kita boleh kira dengan jari berapa ramai antara mereka ni mampu bertahan menjadi penyanyi di dunia sebenar. Macam orang selalu perkatakan la-Bintang2 nyanyian ni macam meggi segera lepas habis rancangan tu semuanya tenggelam tanpa khabar..

Sebut saja nama2 bintang AF yang masih aktif dalam dunia seni..dari musim pertama sampai ke-8, kira la dengan jari berapa ramai yang mampu mengukir nama dipersada seni tanah air..Tak banyak...Kemana mereka menghilang??? Memang ada juga antara mereka yang masih wujud tapi berapa ramai??rasanya lebih ramai yang senyap dari mereka yang masih aktif. Conggak la sendiri..

Jika anda ingat, nama seperti Azizi AF1 yang mendapat tempat ketiga dan Faizal Juara AF4 antara bintang yang senyap tanpa apa-apa perkembangan dalam bidang nyanyian. Terlalu ramai untuk disenaraikan..aku pun tidak dapat mengingati semua nama..

Mentor pula..erm sejauh mana rancangan ni memberi peluang kepada pesertanya mengorak langkah ke bidang seni???Mentor musim pertama kita ada Pija..mana dia sekarang? Apa cerita dia sekarang?lagu baru..erm memang tiada la kan..

Macam mana pula dengan Fiq Juara Mentor2?Walaupun dia ni ada suara tapi kemunculannya di kaca TV semakin kurang..Kebolehannya menyanyi memang tidak dapat dinafikan tapi kenapa dia tidak famous??Dia pernah menggantikan Faizal Tahir dalam Juara Lagu suatu ketika dulu..so memang kira boleh tahan la dia ni kan..

Kalau juara-juara yang baru sudah tentu la masih aktif kan..sah2 kita tengok Black banyak muncul dengan lagu bertemakan nama pompuan..diorang ni laku macam orang jual pisang goreng..tapi apa jadi dengan Juara2 yang terdahulu???tepuk dada tanya diri la...

Erm buat masa ni yang aku tertunggu-tunggu adalah rancangan Iman Muda musim kedua yang bakal disertai oleh peserta dari luar negara termasuk Singapura.

Walaupun target penonton rancangan ni adalah mereka yang muslim tapi ia menyasarkan penonton dari seluruh dunia..oleh itu senikata perlu diselitkan. Sebab kebanyakkan pertuturan yang digunakan berbahasa Melayu. Tidak tahu la pula macam mana musim kedua ni kan..Bagi aku, kalau mau target audience dari seluruh negara maka haruslah disertakan dengan senikata pelbagai bahasa..

Diharapkan pengisian Iman Muda musim kedua ni akan sedikit kelainan..bukan apa walaupun ia rancangan keislaman pertama di Malaysia, kita mengharapkan sesuatu dari rancangan sebegini. Penyertaan dari luar negara akan menyebabkan orang menjangka sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. So diharapkan pihak Astro sudah bersedia dengan pembaharuan. Kita harus ingat bukan kita ja yang menonton ye..

Ketiga-tiga rancagan ni mempunyai kekuatan tersendiri..dan masa tayangan pun berlainan. So tidak salah kan kalo kita tengok ketiga-tiganya sekali. Iman Muda-Jumaat, Konsert AF9-Sabtu dan Mentor-ahad..memang bijak la Astro dan TV3 ni kan..apa2 pun layan jak la semua..

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...