Monday, April 25, 2011

Apa kaitan Roti Gardenia dengan orang Sabah/Sarawak???





Mai aku mau cerita al-kisah yang sedikit jakun dan lucu..Setiap kali aku pegi Semenanjung nda kira la KL or other parts of Peninsular. satu pesanan wajib yang akan keluar dari mulut mak aku 'Jangan lupa beli kek pisang dengan roti Gardenia ar'...hurm itu la pesanan penaja kalo aku pegi outstation or travel ke Semenanjung..erm mau tahu kenapa??????? sebab makanan ni tiada jual di Sabah mahupun Sarawak.

Walaupun Gardenia brand ni berasal dari Sabah tapi sehingga ke hari ni, hanya minuman dan white bread jak yang ada dijual di kedai2 di sini..Kalo roti gardenia yang ada pelbagai jenis tu memang nda akan jumpa la di Sabah, melainkan beli dari Semenanjung.

Setahu aku bila brand Gardenia ni dibeli oleh Singaporean, kebanyakkan products yang dikeluarkan hanya dipasarkan di Semenanjung jak..So, apa lagi kebanyakkan orang Sabah ni, kalo datang sana, mesti borong berbakul-bakul roti Gardenia ni..erm kesian kan kami di sini..

Rasanya akak-akak or adik-adik yang keja di Tesco, Jusco or Giant di belah2 Semenanjung tu mesti boleh cam aku ni dari Sabah...sebab kalo orang beli Gardenia bread dalam kuantiti yang banyak jak mesti kena label 'owh ni mesti orang Sabah or Sarawak'....

Aku ingat lagi cerita akak tour guide yang aku jumpa di Sarawak tahun lepas..dia juga bercerita benda yang sama..Akak tu cakap kalo diorang pegi Semenanjung mesti beli Gardenia bread tu banyak-banyak..iya la roti tu pun tiada jual di Sarawak

Masa tu, aku ikut team Gaya Travel Magazine punya program Kembara 1Malaysia di Sarawak pada Mac 2010..

Menurut akak tu, pekerja Tesco tanya dia..yang dia tu orang Sabah ka Sarawa? sebab dia pun beli roti gardenia tu berbakul-bakul...

erm nampak sangat kan memang ni antara description yang diberikan kepada kami orang Sabah/Sarawak ni..

Aku tahu bukan semua jakun macam kami...tapi believe me..most of Sabahans/Sarawakians would buy this bread when they travel to Peninsula..

So pekerja-pekerja Tesco, Jusco, Giant, Carefour or mana-mana la yang ada jual roti Gardenia ni jangan la hairan ya kalo nampak muka akak ni dok borong roti Gardenia di tempat anda..tapi sebenarnya bukan boleh tahan lama pun roti2 tu..paling lama pun 2-3 hari jak..so aku tidak la beli melampau-lampau macam mau kasi makan satu kampung..cukup2 la untuk family kami jak..

Bukan mau cakap roti-roti Gardenia yang berharga 70sen tu yang ada perasa coklat,jagung, vanila, coffee, ikan bilis dll tu sedap sangat tapi ntah la mungkin sudah jadi kebiasaan kami cari bread tu kalo datang Semenanjung..

Alah roti tu baru 50sen jak masa zaman2 aku study Penang dlu..zaman dimana harga minyak dan bahan mentah belum naik lagi :-)

July 2012 bar-baru ni bila aku pegi LCCT, aku baru tau yang roti gardenia ni sudah banyak dijual di airport dan dalam balai pelepasan pun ada jual..so sekarang ni mudahlah kami mau borong..nda payah sudah mau pegi jauh-jauh sampai tesco dll..

Kalau aku teringin sangat mau makan, silap2 buli jak aku travel pegi airport beli bread lepas tu balik KK..buat keja gila la jawapnya..

Friday, April 22, 2011

Orang Sabah pun pandai mengaji bah....

Alhamdulillah sesi pengenalan peserta-peserta Imam Muda musim ke-2 telah berlangsung..Pihak media telah sudah memaparkan pengenalan ringkas peserta musim ke-2 ni.

Malam ni pula adalah pengenalan Imam Muda secara rasmi di Astro Oasis. Tidak sabar rasanya ingin menyaksikan rancangan ni bermula. Akan bermaknalah malam-malam Sabtu(Jumaat Malam) ku selepas ni. Bukan bermaksud malam-malam Sabtu aku sebelum ni tidak bermakna tapi kebanyakkan rancangan TV kita sekarang ni sangat la membosankan.

Akhirnya Imam Muda kali ni terdapat juga wakil dari Sabah(Beaufort). Wah bangga jadi anak Sabah walaupun tidak ada kaitan saudara dengan aku, tapi aku masih bangga. Ini bermakna orang Sabah ni bukan saja pandai menyanyi tapi juga pandai mengaji...syukur la sebab sebelum ni orang selalu label yang orang Sabah ni ramai yang ada bakat menyanyi...sekarang orang sudah boleh kata 'Orang Sabah ni pandai mengaji'..erm sapa yang tidak bangga kan..Selamat melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil anak Sabah kepada Iman Muda Ali..

Tuesday, April 19, 2011

Pilihan Anda: Imam Muda, Mentor5@ AF9

Sebut saja rancangan nyanyian seperti Mentor dan Akademi Fantasia semua orang tahu yang program2 macam ni memang ramai penonton..Lihat saja 'rating' untuk setiap program ni.

Tapi lama-kelamaan penonton semakin bosan apabila dipertontonkan dengan benda yang sama setiap musim..nothing new (;-

Macam mana bosan pun ramai juga yang menyaksikan rancangan nyanyian ni setiap minggu..sebab apa???sebab...kebanyakkan rancangan Astro sekarang berulang-ulang dan membosankan..terpaksa la layan juga biarpun kualiti suara peserta2 ni kadang2 hampeh..bukan la aku reti nyanyi pun tapi at least biarla peserta yang masuk rancangan nyanyian ni ada sedikit kualiti suara.

Bukan mau menghina tapi hakikat...kita boleh kira dengan jari berapa ramai antara mereka ni mampu bertahan menjadi penyanyi di dunia sebenar. Macam orang selalu perkatakan la-Bintang2 nyanyian ni macam meggi segera lepas habis rancangan tu semuanya tenggelam tanpa khabar..

Sebut saja nama2 bintang AF yang masih aktif dalam dunia seni..dari musim pertama sampai ke-8, kira la dengan jari berapa ramai yang mampu mengukir nama dipersada seni tanah air..Tak banyak...Kemana mereka menghilang??? Memang ada juga antara mereka yang masih wujud tapi berapa ramai??rasanya lebih ramai yang senyap dari mereka yang masih aktif. Conggak la sendiri..

Jika anda ingat, nama seperti Azizi AF1 yang mendapat tempat ketiga dan Faizal Juara AF4 antara bintang yang senyap tanpa apa-apa perkembangan dalam bidang nyanyian. Terlalu ramai untuk disenaraikan..aku pun tidak dapat mengingati semua nama..

Mentor pula..erm sejauh mana rancangan ni memberi peluang kepada pesertanya mengorak langkah ke bidang seni???Mentor musim pertama kita ada Pija..mana dia sekarang? Apa cerita dia sekarang?lagu baru..erm memang tiada la kan..

Macam mana pula dengan Fiq Juara Mentor2?Walaupun dia ni ada suara tapi kemunculannya di kaca TV semakin kurang..Kebolehannya menyanyi memang tidak dapat dinafikan tapi kenapa dia tidak famous??Dia pernah menggantikan Faizal Tahir dalam Juara Lagu suatu ketika dulu..so memang kira boleh tahan la dia ni kan..

Kalau juara-juara yang baru sudah tentu la masih aktif kan..sah2 kita tengok Black banyak muncul dengan lagu bertemakan nama pompuan..diorang ni laku macam orang jual pisang goreng..tapi apa jadi dengan Juara2 yang terdahulu???tepuk dada tanya diri la...

Erm buat masa ni yang aku tertunggu-tunggu adalah rancangan Iman Muda musim kedua yang bakal disertai oleh peserta dari luar negara termasuk Singapura.

Walaupun target penonton rancangan ni adalah mereka yang muslim tapi ia menyasarkan penonton dari seluruh dunia..oleh itu senikata perlu diselitkan. Sebab kebanyakkan pertuturan yang digunakan berbahasa Melayu. Tidak tahu la pula macam mana musim kedua ni kan..Bagi aku, kalau mau target audience dari seluruh negara maka haruslah disertakan dengan senikata pelbagai bahasa..

Diharapkan pengisian Iman Muda musim kedua ni akan sedikit kelainan..bukan apa walaupun ia rancangan keislaman pertama di Malaysia, kita mengharapkan sesuatu dari rancangan sebegini. Penyertaan dari luar negara akan menyebabkan orang menjangka sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. So diharapkan pihak Astro sudah bersedia dengan pembaharuan. Kita harus ingat bukan kita ja yang menonton ye..

Ketiga-tiga rancagan ni mempunyai kekuatan tersendiri..dan masa tayangan pun berlainan. So tidak salah kan kalo kita tengok ketiga-tiganya sekali. Iman Muda-Jumaat, Konsert AF9-Sabtu dan Mentor-ahad..memang bijak la Astro dan TV3 ni kan..apa2 pun layan jak la semua..

Trip to Universal Studios, Singapore


Impian untuk sampai ke Universal Studios akhirnya tercapai..Best memang best..siapa yang tidak suka melancong kan..janji poket ada isi pegi la mana2 pun. Untuk trip kali ni kiranya aku la miss plannernya tapi tidak berapa berjaya la..Tujuan sebenar memang mau pegi Universal Studios tapi sambil2 tu mau juga la meronda kotaraya Johor Bahru..Tapi malang sungguh sebab kebanyakkan tempat under construction..not even jalanraya..Danga Bay pun sama..ditutup sebab mau buat pembangunan..aish time aku datang juga la nak tutup pun..tunggu la aku sampai dulu baru tutup..cewah suka hati je kan..malas mau tulis panjang2 biarla gambar bercerita :)

Welcome to Resort World Sentosa

at the entrance to Universal Studios

wit my kakak at Madagascar world...

Far Far Away Castle-got 4D film inside here-Enjoy it

Merlion replica at Resort World Sentosa...

grrrrrrr...pose ganas tuh

Monday, April 18, 2011

Climb Mt Kinabalu

First time climbing Mt Kinabalu is the best experience ever I have..I suffered muscle pain especially my knee..its not easy to reach to Laban Rata..believe me if u go there and ascend the mountain without enough training u will suffer just like me..I went for this trip without enough training..

This was my first experience joint Special Olympics Sabah (SOS) programme..Luckily most of the committee are friendly so easy for me 2 follow them.

For this year, a total of 39 Intellectual Disability children climb together with committee members..when look at their spirit and strength, I motivate myself if these children can do well why I can't. Owh..tis is the fifth time SOS organize this event that hold every four years..one of the objective to give opportunity to the sepcial children to climb Mt Kinabalu same like normal people.

Although some of these children complain that they tired, but most of them managed to reach Laban Rata before 4pm. Earlier the guide informed them if they cannot reached Laban Rata at 6pm, they would not allowed to continue the climb the next day. It really good for them as they are allowed to ascend to summit the next day as they managed to reach Laban Rata before 6pm..

Unluckily due to the heavy rain, all of us were advised not to continue the ascend as its dangerous to the children. Bad news for me as I can't reach the summit..but I'll try to climb some other day..
After went back home..I do feel altitude sickness n I suffered muscle pain :)

Aku rasa mendaki Gunung Kinabalu ni macam mimpi la pulak..iya la biarpun aku ni orang Sabah bukan bermakna senang untuk aku panjat gunung yang jadi kebanggaan warga Sabah ni. Masa dan duit menjadi kekangan

Terima Kasih la kepada Special Olympics Sabah (SOS) kerana memberi peluang kepada ku membuat liputan 5th Special Olympics Mt Kinabalu Challenge yang disertai oleh 39 kanak-kanak cacat intelektual or in english word 'Intellectual Disability' dari seeluruh negara termasuk 3 peserta dari Brunei Darussalam.

FYI, ni kali kelima SOS menganjurkan program sebegini dan ia diadakan tiga tahun sekali. Tujuan penganjuran program ni sebenarnya untuk memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa ni mendaki gunung Kinabalu sama seperti orang normal yang lain. Dengar macam mudah kan tapi sebenarnya tidak.

Aku percaya tidak semua orang mampu mendaki gunung tersebut jika tidak mempunyai latihan yang cukup. For those yang first time naik gunung macam aku ni, ia memang sangat mencabar..Kalau orang lain berlatih berminggu-minggu dan ada yang berbulan-bulan tapi aku, langsung tak sempat mau jogging or turun naik tangga.

Terus terang aku katakan yang aku tidak sempat  mau training sebelum naik gunung pada April 1, 2011 baru2 ni..Bukan mau berlagak tapi kesuntukan masa. Aku hanya mendapat confirmation untuk menyertai SOS ni lima hari sebelum berlangsungnya program. Hurm..mana la sempat mau training ari2 pun kerja balik malam. Tapi bukan itu point yang aku mau katakan disini.

Pointnya ialah kesungguhan 39 Intellectual Disability children ni mendaki. Perjalanan bermula di Timpohon Gate pada 8.30am dan mereka ni semua berjaya sampai di Laban Rata sebelum 4pm, sebelum cut-off time (6pm).

Pencapaian yang bagus ditunjukkan oleh kanak-kanak ni. Nampak kesungguhan mereka mau mendaki hingga ke puncak. Walaupun penat mereka tetap teruskan pendakian. Untuk melayakkan mereka meneruskan pendakian ke summit on the next day, mereka mesti tiba di Laban Rata sebelum kol 6ptg. Lebih dari tu mereka tidak akan dibenarkan mendaki sehingga ke puncak. Apalagi mereka semua berlumba-lumba untuk tiba di Laban Rata..

Sepanjang perjalanan aku memerhati gerak langkah budak-budak ni sehingga aku terdengar jeritan seorang kanak-kanak yang marah..mungkin sebab terlalu penat jadi budak ni pun cepat naik angin..Tapi bila aku sampai di tempat budak tu menangis, semuanya sudah kembali reda..dia berjaya dipujuk oleh secretariat.

Sampai di Laban Rata aku dengar la cerita secretariat SOS yang escort budak yang menjerit tadi tu penat dan malas mau layan karenah budak. siap tendang2 lagi supaya budak tu ikut cakap...iya la bah kalau sudah penat siapa la larat mau teriak2 lagi kan..Last2 budak tu terpaksa dipujuk berkali-kali supaya teruskan perjalanan...Dalam keadaan begitu kekerasan bukan cara untuk mengatasi masalah..kerana pemikiran budak-budak ni tidak sama dengan orang normal yang lain..Jika kita mempunyai 100% otak yang berfungsi dan boleh berfikir logik, mereka ni hanya ada 30% otak yang berfungsi. Sebab tu la perlunya toleransi untuk jaga hati budak2 ni.

Ada di kalangan escort yang lagi lambat dari peserta..macam mana mau mendorong diorang teruskan pendakian...

Bagi Joanna walaupun dia excited mau naik gunung tapi disebabkan tidak mahu meninggalkan ibunya dibelakang, dia memperlahankan langkah dan menunggu ibunya. Setiap peserta ni diiringi oleh seorang escort..dan escort ni la yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak ni..

Hah sampai jak di Laban Rata mula la kena altitude sickness..kepala mula terasa sakit dan kaki mula terasa sakit..memang penat la..hehe bukan mau berlagak ya..aku berjaya sampai di Laban Rata kira-kira 2.30 ptg..hurm kira ok la kan untuk orang yang tiada prepare dan training macam aku ni.

Lepas melelapkan mata seketika, konon2 aku mau mandi la..fuhyooooo sejuk oo air di sana memang ketar lutut..last2 aku basuh muka dan berus gigi jak..ala macam la orang lain tu mandi kan..belasah ja la janji aku selesa..Baju??mesti la tukar kalo tidak ish sudah la mandi peluh sepanjang perjalanan...

Memang best la..kalo ada peluang memang aku mau mendaki lagi sebab pendakian kami terhenti setakat di Laban Rata jak..Disebabkan hujan lebat, kami dinasihatkan supaya tidak mendaki untuk keesokan harinya..last2 semuanya tibai makanan seawal 1pagi..sebab breakfast sudah disediakan makan jak la..Aku?hurm perut sensitif aku ni mana boleh telan makanan awal pagi..so, ambil secawan teh dan terus balik bilik..mendaki dalam mimpi ja la jawabnya..

Budak-budak tu ramai yang kecewa sebab tidak dapat teruskan pendakian..Bukan senang dapat sertai program ni dan ia mungkin kali terakhir mereka di jemput menyertai program sebegini..maklum la SOS masih mau membuka ruang kepada orang lain menyertai Mt Kinabalu Challenge ni.Harap-harap budak-budak ni akan diberikan peluang kedua..insyallah tercapailah hasrat mereka nanti...


berjaya juga aku sampai Laban Rat hoyeahhhh

Peserta dan pengiring ditapak permulaan-Timpohon Gate sebelum flag off bermula

Barisan Secretariat dan volunteers yang sertai pendakian

Peserta dari Sandakan

(L-R) Mohd Zulkarnain Lee,Russell Nigel n Russel's father Edwin Ramto from KK






Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...