Wednesday, November 17, 2010

Musim kahwin

Cuti sekolah jak orang kahwin..orang kahwin jak cuti sekolah..hahaha
Sana sini kenduri kahwin..Jemputan kahwin kalau disusun boleh jadi satu bundle..wah banyak kan..
Tapi tidak kurang hebatnya kecanggihan teknologi..main tag jak di facebook..sapa2 yg ndak dapat datang tu comment jak..wish congrates dan selamat pengantin baru in advance..
ceh..macam yang aku buat la..ramai kawan-kawan satu kampus dulu tag2 kat fb jak..jemput dtg kenduri dia, tapi apa boleh buat bila sudah kembali ke tempat sendiri dan ada komitmen dengan kerja..memang susah mau menghadirkan diri di majlis kawan-kawan
Erm..even kenduri kawan baik aku pun, aku tak dapat mau datang..selamat pengantin baru ya Nik Nurul Haslinda Nik Abdul Razak..semoga berbahagia selamanya...
Walaupun aku tak dapat hadir ke majlis engkau..doa ku sentiasa bersama mu
Sedih juga la sebab tak dapat melihat kawan baik bersanding kan..tapi apakan daya aku punya komitmen lain..
Apa-apa pun sekali lagi semoga berbahagia buat semua rakan-rakan ku yang bakal mendirikan dan telah mendirikan rumah tangga..jagalah ia sebagai rumah yang lengkap bertangga..jangan biarkan rumah itu runtuh kerana kehilanggan tangganya..kalau rumah tu rumah ampai-ampai mungkin ndak perlu la tangga kan..bah sama-sama la kita renungkan

Saturday, November 13, 2010

pemandu yang kurang panduan..

kadang-kadang bila kita memandu ikut peraturan ada pula manusia-manusia yang kurang diajar memandu macam jalan raya tu dia punya..helo road tax kita semua sama standard ok..
Nak dijadikan cerita baru-baru ni, sedang elok2 aku drive nak turun bukit Melinsung, Papar ada la sebuah kereta dari arah bertentangan dengan bergayanya memotong ketika naik bukit...kalau dia sempat masuk sebelum aku sampai lain cerita..ni jarak kami tersangatlah dekat
aku pula memang nak turun bukit masa tu..sebabkan kereta tu aku hampir-hampir terbabas ke gaung..ni semua semata-mata mau mengelak kereta kami berlanggar...dah la bukit tu kalau malam xda lampu..agak-agak la encik oi..nak cepat pegi kubur, pegi la sorang2..jangan nak libatkan aku..
sah-sah naik bukit tu double line..mana boleh memotong sesuka hati korang..ish bengang betul la kalau dengan pemandu macam ni..sebab tu la kita belajar sistem kejara masa ambil lesen..jangan la bawa kereta macam pelesit, lebih-lebih lagi ketika naik bukit, sama-sama la kita beringat ya