Monday, April 9, 2018

Hello Busan


BUSAN (17 April 2016)

Agak lewat masukkan entry ni. Anggap sahaja 2016 agak sibuk untuk blogging.

Busan adalah destinasi terakhir yang kami singgah sepanjang trip ke South Korea pada April 2016.

Terlupa untuk menitipkan sedikit cerita mengenai perjalanan kami di Busan untuk penutup cerita di Korea.

Tujuan utama kami ke Busan sudah tentu untuk lawat Gamcheon Cultural Village yang famous tu.

Penerbangan ke Busan menaiki Busan Air seawal 8.25 pagi dari Jeju dan tiba di Busan 9.25 pagi. Tiket ni kami tempah awal dengan harga 57, 040 won per person.

Sampai di Airport Busan, kami terus menaiki subway menuju ke Busan Popcorn Hostel Nampo yang berhadapan dengan BIFF Square. Turun di Jagalchi Station dan jalan kaki sekitar 5 minit.

Hostel ni juga dekat dengan Jagalchi Market, pasar basah yang menjual pelbagai jenis hidupan laut di bahagian bawah dan restoran di tingkat atas.

Hostel ni terletak di tingkat satu Ediya Coffee Shop. Harga 60,000 for a night for 3 persons.

Kami tiba di hostel sekitar jam 11pagi sebelum waktu check in (3pm), jadi kami minta permission untuk letakkan beg sahaja sebelum keluar menuju ke Gamcheon Culural Village.

Tengahari buta tu la kami menapak rumah budaya yang berwarna-warni di Busan tu.

Jika di Seoul kami beli pass subway T-Money tapi di Busan kami hanya guna 1 day pass dengan bayaran 4, 500 won.

Kami naik subway dan turun di Toseong Station, exit 6 dan tunggu bas ke Gamcheon dari situ. Tempat tunggu bas tu berhampiran dengan hospital Busan Cancer Centre. Dari situ ambil local bas no 2 yang akan terus naik hingga ke Gamcheon Village.

Kebanyakan orang dalam bas tu memang akan turutn di Gamcheon jadi ikut ja turun bila ramai orang turun. Bas ni untuk orang local tau, jadi memang banyak berhenti untuk turunkan penumpang.

Perjalanan dalam bas ni boleh feel macam naik roller coaster sebab banyak sangat selekoh dan ruang jalan pula agak sempit. Kalau drive sendiri tidak tahu la macam mana. Perjalanan naik bas dalam 10-15 minit sebelum tiba di Gamcheon.

Bas akan berhenti betul-betul di bus stop di luar Gamcheon Village. Jadi kena menyeberang jalan untuk mula explore perkampungan yang colourful ni. Tapi sebelum mula meronda, kena la beli maps yang dijual dengan harga 2, 000 won. Untuk menjimatkan masa sebelum tersesat di kampung orang.

Hiasan unik pertama akan dijumpa sebaik masuk ke Gamcheon Cultural Village
 Walaupun tiba di perkampungan ni jam 12.20 tengahari tapi disebabkan cuaca Spring yang masih terasa sejuk, tidak la terasa berpeluh masa pusing-pusing perkampungan budaya ni.

Lokasi wajib kami jejaki di Gamcheon Cultural Village ni adalah lokasi penggambaran variety show-Running Man. Sanggup tahu meredah setiap lorong untuk sampai ke rooftop lokasi dimana Running Man bersama Choi Ji Woo main game.

yeay jumpa jugak lokasi penggambaran Running Man pada 2012 di sini

Colourful sangat pemandangan belakang aku ni

belalai gajah pun jadi hiasan tau..kreatif sungguh mereka di sini

Perkampungan ni sangat besar jadi kami pilih tempat yang kami rasakan penting sahaja untuk bergambar. Terlalu banyak spot bergambar yang disediakan.

Kami luangkan hampir 2 jam di Gamcheon Village ni sebelum kami mencuba nasib melihat tapak festival canola flower di Busan.

Lepas tu, kami terus menuju naik subway menuju ke Gangseo office-gu station, exit 2 dan berjalan 15-20 minit ke Festival Canola Flower di Nakdong River.

Tapak festival ni agak jauh jadi perjalanan naik subway hampir 20-30 minit untuk sampai ke Nakdong River ni.

Kami sampai tapak festival kira-kira 3.30 petang. Ribuan manusia membanjiri kawasan Daejo Ecologial Park dimana festival tu diadakan. Habis canola flower dipijak ribuan manusia.

ladang Canola Flower ni lebih luas dari padang bola
 Jadi kena pandai cari sudut yang terbaik supaya gambar tidak di photobomb oleh orang lain.

Sebenarnya dalam itinerary tiada pun festival ni masuk list. Tapi bila terjumpa seorang Malaysian masa di Jeju inform pasal canola field yang besar di Busan, kami terus google untuk cari cara untuk ke festival ni.

Sebab di Jeju agak kecewa bila kawasan Seopjikoji tidak ditumbuhi dengan Canola Flower seperti yang dilihat melalui gambar.

Rupanya rezeki untuk melihat canola flower field ada di Busan. Siap dapat sertai orang tempatan meraikan festival bunga tu.

Sepanjang laluan pelbagai jenis makanan seperti fish cake dan sosej yang dijual tapi sebab tidak yakin, terpaksa la telan air liur sahaja.

Niat untuk luangkan masa yang lama di Festival Canola Flower ni terbantut sebab seorang travel buddy kami ada emergency untuk ke tandas. Jadi lepas cepat-cepat bergambar dimana sudut yang kami rasa terbaik, kami balik ke subway station semula.

Rasanya kami di tapak festival tu hanya 30 minit sahaja. Boleh la tangkap puluhan gambar untuk kenangan.

Dari tapak festival, kami kembali semula ke Jagalchi Subway Station untuk check ini hostel dan berehat.

Ikan apa ntah, main tunjuk menu ja...masakan nampak simple tapi sedap

Pajeon tu sahaja yang diorder, yang lain ni semua side dishes
begini la suasana tempat makan di Aras 1 Jagalchi Market, boleh duduk bersila juga ya


Kami memang plan mahu makan seafood di Jagalchi Market for last day. Sebelum pulang ke Malaysia keesokan harinya, kami kena la merasa makanan Korean kan.

Lepas berehat, mandi dan selesaikan tuntutan agama. Malam tu kami keluar jam 7 malam untuk dinner dan shopping di BIIF Square.

Untuk dinner, kami tidak rajin untuk memilih ikan di aras bawah. Jadi kami hanya memesan sahaja hidangan yang ada di gera-gerai tingkat atas. Kami random pilih sahaja gerai yang ada lepas tu tanya jika mereka ada serve daging ke tidak. Bila yakin memang semua yang dijual di gerai tu seafood, terus order satu lauk dan pajeon (pancake Korea). Harga semuanya sekitar 100,000-130, 000 won. Tidak berapa ingat sudah exact figure.

Biarpun order dua tu sahaja tapi side dishes yang dihidangkan bersama dua jenis makanan tu penuh satu meja ok..side dish yang wajib adalah kimchi. Dari kimchi kubis hingga kimchi lobak ada.

Terus terang, aku tidak berkenan sangat dengan kimchi yang bahan asasnya kubis sebab terlalu masin. Kimchi lobak lebih sesuai dengan selera orang Sabah macam aku.

Overall makanan yang kami order tu memang sedap dan berbaloi la untuk buang hampir 100, 000 won untuk makanan sahaja. Bukan setiap hari belanja banyak untuk makan sepanjang di Korea. Jadi kira ok la.

Siap makan, kami terus menuju ke BIIF Square kononnya mahu cari souvenirs Busan sekali sampai, banyak gerai sudah tutup. Nangis!!! Masa tu baru mahu masuk jam 9 malam pun tapi pasar sudah tutup.

Jadi kami hanya ronda deretan kedai yang ada di sepanjang tu. Ada juga la barangan untuk dibeli macam aksesori dan produk make up.

Usai ronda apa yang boleh, kami kembali semula ke hostel. Masa balik ni terpaksa pula tunggu pintu hostel dibuka. Tersadai juga dekat pintu almost 15 minit gara-gara tunggu orang yang jaga hostel tu tolong buka pintu.

Ada 2 katil double decker dalam bilik kami  

Hostel ni macam dijaga oleh pelajar foreigner yang duduk atas hostel ni. Masa check in pagi tadi sempat sembang dengan seorang yang berasal dari Hong Kong. Kerja sambil study agaknya.

Ok selamat masuk bilik, kami pun sibuk mengemas backpack sebab esok pagi kena berangkat ke airport untuk balik ke Malaysia. Tamatlah pengembaraan di Bumi Kimchi selama seminggu.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...