Tuesday, January 9, 2018

Backpackers trip to Hokkaido 5


Day 5
(27 Oktober 2017)

It was our last day rent a car. So, we decided to drive at the closest destinasion which is Otaru and Cape Kamui.

From Sapporo City to Otaru took almost 1H 30minutes by car. So, after we done with our breakfast in Ino's Place Hostel, we started our journey to Otaru & Cape Kamui as early as 8am.

As previous days in Hokkaido, we took route without tolls and the scenery amazed me. Beautiful with oceans along the way to Cape Kamui. With a autumn leaves everywhere, I make us slow down our vehicles to capture the beautiful scenery (half way done). 


Hari ni last sewa kereta so, kami hanya pergi destinasi berhampiran sahaja. 

Destinasi hari ni Cape Kamui & Otaru Canal, jarak perjalanan ambil masa sekitar  1 jam 30 minit dari tempat penginapan kami, Ino's Place Backpackers Hostel.

Seawal jam 8 pagi kami sudah bergerak ke Cape Kamui. Lepas breakfast terus gerak ke destinasi di tuju. 

Pemandangan sepanjang laluan hari ini dikelilingi lautan. Memang best drive tepi laut. Selepas melalui kawasan Otaru City, jalan yang kami lalui memasuki kawasan perkampungan nelayan.

Otaru agak panas berbanding bandar lain yang kami pegi beberapa hari sebelum ni. Jadi baju tidaklah setebal masa hari pertama tiba di Sapporo.

Kami tiba di Cape Kamui sekitar jam 9.45 pagi. Tapi matahari terik macam 12 t/hari. Jalan yang dilalui agak berbukit jadi aku kena drive berhati-hati. Biarpun kereta auto.

Keluar sahaja dari kereta, boleh rasa cuaca agak berangin biarpun matahari terik. 

Mineral berperisa yang wajib dicuba kalau datang Jepun. Mineral perisa peach lagi sedap dari yang ni

Almost 10 am tapi terik matahari macam 12noon di Malaysia

kalau depan mata, lautan ni biru-kehijauan
Dalam cuaca berangin macam tu, aku masih boleh berpeluh masa turun naik tangga menuju ke penghujung Cape Kamui tu.

Aku respect dengan orang Jepun yang siap boleh berlari dukung baby turun naik tangga di situ.

Pemandangan sepanjang turun naik tangga tu buatkan aku rasa mau terjun laut & diving di situ. Air di sepanjang laluan sangat jernih.

Di penghujung Cape Kamui tu lagi cantik. Berbaloi usaha turun naik tangga hampir 30 minit. Sebab jalan very slow & banyak sangat berhenti untuk ambil gambar pemandangan sekitarnya.


masa ni masih dekat starting point..jauh lagi untuk sampai hujung Cape Kamui
Masa sampai ni, ada sekumpulan pelancong Korea baru sampai menaiki bas. Mereka rushing berlari untuk bergambar di situ. Mungkin masa diperuntukan sekejap sahaja kan sebab ikut tour.


finally...sampai di penghujung Cape Kamui 
Terus terfikir begitu la keadaan kami kalau travel datang situ ikut tour. Sebab tu aku paling suka backpacking & drive sendiri kalau destinasi dituju terlalu jauh. 

Kami luangkan masa hampir 2 jam berada di situ sebelum menuju ke Otaru Canal.

Masuk kawasan bandar ni memang sakit la sebab bayar parking mahal. Parking berhampiran Otaru Canal 600 yen per entry. 

Kami tidak ambil masa yang lama berada di situ sebab kawasan tu memang tumpuan pelancong. Terlalu ramai orang buatkan kami malas mau bergambar lama-lama.


inilah Otaru Canal yang must visit tu. Suasana siang hari tidak begitu menarik

orang beratur untuk menaiki bot untuk Otaru Canal Cruise
Gagah buka jaket walhal sejuk juga masa ni

Tidak seperti di Cape Kamui yang kurang pelancong. Mungkin kami berada di situ awal pagi jadi tourist bus belum sampai semuanya. 

Bagi aku, kalau mau skip Otaru Canal ni dari list must visit kamurang tidak rasa rugi pun. Mungkin waktu malam tempat ni memang cantik disinari cahaya lampu. 

Pada waktu siang, tiada apa yang menarik bagi aku. Ada bot tour disediakan untuk pengunjunh tapi kami bertiga tidak mahu buang duit & masa menaiki bot menyusuri Otaru Canal tu.

Rasa-rasa puas bergambar kami meneruskan misi mencari halal restaurants berhampiran. Banyak review kami baca, terdapat beberapa restoran muslim friendly sekitar Otaru Canal ni.

Biarpun mencari restoran tu ambil masa tapi kami berusaha juga pusing-pusing menaiki kereta di situ.

Akhirnya jumpa jugalah Donburi Chaya. Restoran ni terletak 3-5 minit drive dari Otaru Canal. Kalau jalan kaki boleh patah rasanya kaki kami keletihan.

Donburi ni turut menyediakan ruang solat jadi boleh la sambil tunggu makanan siap, selesaikan urusan akhirat dulu.

Menu muslim friendly di sini bermula sekitar 1,080 yen hingga 2,680 yen. Selain seafood, restoran ni juga turut sajikan daging kambing. Jangan risau, daging mereka dapat persijilan halal jadi boleh makan tanpa was-was.

Aku dan seorang kawan aku order Lamb meat BBQ Donburi. Seorang lagi order Grilled Salmon-Donburi. Harga makanan aku 1,480 yen. 


 Donburi Chaya yang sediakan makanan muslim friendly di Otaru

lamb with rice...sauce teriyaki agak manis bagi aku

Selesai makan, kami terus cepat-cepat tinggalkan restoran tu sebab parking di situ mahal. Bayaran parking untuk hampir 1 jam adalah 900 yen.

Masa keluar dari kawasan Otaru ni sudah jam 3 petang. Kami perlu kembali semula ke Sapporo City sebab last hantar kereta jam 6 petang. 

Biarpun jarak perjalanan singkat tapi risau juga kalau sangkut traffic jammed. 

Gerak hati kami betul, bila masuk kawasan Sapporo bermula la kesesakan lalulintas. Peak hour orang balik kerja jam 5 petang. Nasib baik la gerak awal dari Otaru. 

Biarpun sangkut traffic jammed, kami berjaya sampai sebelum jam 6 petang di Budget Rent A Car. 

Sampai sana, kena keluar semula pegi isi minyak sebab last isi minyak masa di Otaru. Mereka perlukan resit minyak sekitar Sapporo City sebab jarak perjalanan terlalu jauh so, minyak mesti berkurang sedikit.

Fuel indicator masih full tapi staff tu mau juga resit di Sapporo City. So, dengan muka tidak ikhlas, aku pun naik semula kereta pergi ke stesyen minyak terletak di hujung jalan. Nasib baiklah minyak tu around 700 yen ja untuk jadi full tank.

Selesai urusan kembalikan kereta, kami pulang ke hostel menaiki Subway. Crowded laluan bawah tanah menuju ke subway station masa tu. Orang pulang kerja la katakan.

Masa ni, kami sempat singgah 7eleven mencari dorayaki doraemon tu. Kawan aku berhabis screenshot jenis dorayaki yang tiada campuran bahan tidak halal. Kami cari yang berperisa madu.

Dalam kebingungan cari tulisan yang sama dengan gambar screenshot tu, ada budak sekolah baik hati tolong tengokkan tulisan tu. Dia siap tanyakan staff kedai betul ke tidak tulisan tu. Kata staff tu, yang budak tu tunjuk packaging baru sebab tu nampak lain sikit tulisan.

Yakin dengan jawapan tu, kami terus pajak dorayaki tu untuk buat breakfast keesokkan harinya.

Malam ni, kami masak untuk dinner macam biasa. Esok adalah masa untuk shopping di Tanukikoji Shopping Street.

Map Code
-Cape Kamui  932 583 006
-Otaru Canal  493 690 648

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...