Tuesday, January 9, 2018

Backpackers trip to Hokkaido 4


Day 4
(26 Oktober 2017)

Hari ini kami mulakan perjalanan seawal 7 pagi untuk ke Hakodate Morning Market. Ni antara tempat wajib kebanyakan traveller bila datang ke Hakodate.

Pasar ni dalam 15 minit drive dari guesthouse kami. 

Sampai sahaja pasar, kami terus ronda tengok apa istimewanya morning market tu. Pelbagai jenis seafood dijual di situ tapi harga memang boleh bikin tersedak. Di sini barulah nampak ketam raja yang memang besar.

Kawasan pasar ni ada yang diluar kedai dan ada dalam pasar tertutup macam pasar besar KK la.

Di kawasan pasar tertutup ni kebanyakan owner tidak benarkan pengunjung ambil gambar barangan yang dijual. Ada yang letakkan simbol no picture. Jadi jangan memandai mau curi-curi ambil gambar nanti habis kena bising.

Sebenarnya tiada mau beli apa pun. Sekadar mau tengok apa yang dijual di pasar tu. Tujuan sebenar mau breakfast di pasar tu sahaja.

Bila nampak orang jual honeydew, kami pun beli la sebab masa di Biei tidak sempat mau beli. Honeydew antara buah yang sering dicari oleh pelancong yang berkunjung ke Hokkaido. Honeydew ni satu slice kecil berharga 300 yen.

Sambil makan buah, sambil kami mencari tempat untuk breakfast. Disebabkan kebanyakan restoran hidangkan seafood jadi, kami yakin dengan hidangan tu.

Restoran pertama kami masuk, owner tu cakap tiada hidang daging. Kami tunjukkan gambar yang ada tulisan Jepun hidangan yang kami tidak boleh makan. Pelayan tu dengan yakin, katakan ya tiada daging. 

Sekali aku tengok menu di dinding, besar-besar tulis sweet & sour pork with rice. Kami terus blah dari restoran tu. Ni masalah komunikasi punya pasal. Nyaris makan di restoran serve pork. 

Restoran seterusnya kami betul-betul pastikan dalam menu tiada daging mahupun ayam. Bila yakin restoran yang kedua ni sah tiada hidangkan makanan berasaskan ayam & daging. Barulah kami berani order.

Aku order ikan cod dan nasi. Seorang rakan aku order salmon. Memang layan la makan ikan yang kena grill dengan nasi & miso sup awal pagi yang dingin macam tu. Hidangan untuk seorang sekitar 1,400 yen.

Cuaca sejuk begitu dengan miso sup memang ngam dengan selera aku.


Grilled Cod Fish
Ketam antara tarikan di Hakodate Morning Market
Ketam Raja ni lebih besar dari tapak tangan
Selesai sarapan, kami terus meninggalkan pasar tu sebab lokasi hendak dituju hari ni agak jauh. Destinasi hari ni, Lake Toya National Park & Jigokudani Hell Valley. 

Lepas tu, kami akan menghala semula  ke Sapporo City.

Kami hanya berhenti sekejap di Lake Toya untuk melihat pemandangan di situ. Lepas tu kami terus drive menaiki kawasan pergunungan untuk ke Noboribetsu.

Dari Hakodate ke Jigokudani ni hampir 3 jam perjalanan. Pemandangan sepanjang jalan yang cantik tidak buatkan aku rasa memandu terlalu lama. 

Ok parking di Jigokudani ni 500 yen per entry. Dari parking menuju ke Hell Valley ni dalam 2-5 minutes berjalan kaki. Bila sampai sahaja lokasi signboard Hell Valley tu, bau sulfur begitu kuat. 




Wap panas disebalik batu-batu yang terbentuk dari runtuhan gunung berapi. Disebabkan bau sulfur yang sangat kuat, kami tidak begitu rajin untuk turun sehingga berhampiran kawah yang terbentuk tu.

Kami hanya bergambar dekat2 dengan papan tanda tu sahaja. Rasa-rasa puas dengan aksi masing-masing, kami pun tinggalkan tempat tu untuk kembali ke Sapporo.

Kami sempat singgah AEON untuk beli telur, instant rice & sayur untuk masak dinner.

Tiba di hostel around 7pm. Lepas tu confirm tidak keluar sudah sebab risau balik nanti parking murah tiada. Sepanjang di Sapporo, kami dapat parking overnight for 500 yen berhampiran hostel tempat kami stay.

Sekitar hostel ni banyak tempat parking tapi yang lain rate ikut jam. Pengsan la mau bayar parking overnight kalau bayaran ikut masa.

Since sampai awal di hostel, kami basuh la basuh yang 4 hari lepas. Basuh baju pun kena guna duit sebab hostel ni tidak sediakan free laundry service. Kos hidup di Jepun mahal kan. Masa di Korea dulu, basuh la baju sesuka hati sebab free laundry service.

Map Code
-Hakodate Morning Market  86 072 436
-Lake Toya  321 518 499
-Noboribetsu Hell Valley  603 288 425

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...