Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day my beloved 'bapa'

Happy father's day to my beloved dad..thanks for being wit me whenever i need your help and support..no matter what i did, although it was wrong you never put the blame on me..thanks 'bapa'. Life would not be easy without your support..hehehe especially when I want to borrow $$$$..Love you dad :)

Monday, June 13, 2011

Ahkhirnya 2 Juara Sudah Diketahui..

Pejam celik, pejam celik sudah 2 program realiti yang aku ikuti perkembangannya setiap minggu telah melabuhkan tirainya dengan Salma-Juara Mentor 5 dan Hazama-Juara AF9..
Dalam Mentor5, markah Salma begitu jauh meninggalkan finalists lain dan sememangnya persembahan beliau di malam final cukup menghiburkan..walaupun lagu 'Aku Permata' kedengaran dia sedikit menjerit tapi suka hati dia la kan..tu lagu dia, tiada salahnya pun.

Salma anak jati Sabah yang dilahirkan di Tawau ni memang punyai kemantapan vokal yang tidak boleh disangkal lagi..power beb vokal minah ni..meremang bulu roma dengar dia bawa Beyonce-Listen dalam konsert final ari tu.

Nasib sebenar beliau bukan hanya di Mentor..Kita perlu tengok dulu sejauh mana perjalanan Salma dalam industri seni ni..maklum la sudah banyak peserta program realiti yang berasal dari Sabah ni tenggelam tanpa khabar..Entah mana silapnya..Fiq-Juara Mentor2 sekarang makin lama, makin menyepi..Diharapkan Mentor Salma-Erra Fazira akan membimbingnya menjadi insan seni yang benar2 layak mengangkat namanya di persada seni tanah air.


Hazama bekas pelajar AF4 akhirnya membuktikan penantian beliau selama 5 tahun tidak sia-sia..pengalaman dalam industri memberi dia kelebihan untuk beraksi dengan gayanya tersendiri di atas pentas..syabas buat beliau

Itulah orang cakap rezeki orang ni masing-masing..peluang kedua yang diberikan oleh warga kerja AF9 tidak disia-siakan..ternyata pelajar yang beranam Hazama ni telah memberikan sehabis baik dalam menyanyikan lagu yang diberikan.

Ketika membawa lagu 'Pukau' memang semua orang terpukau la..mantap persembahan dia masa tu..Dengan lagu 'Cinta Teragung'  dia membawa lagu yang dicipta untuknya tu sehabis baik..

Thursday, June 9, 2011

Bila aku jatuh cinta

Berjinak-jinak dengan novel bukanlah perkara yang pernah aku lakukan sebelum ni..even masa secondary school pun aku tidak pernah berminat dengan mana-mana novel..maklum la masih harapkan duit 'pa ma' papa dan mama..untuk membiyai perbelanjaan sekolah..

Tapi bila aku mula menjejakkan kaki ke menara gading..buat pertama kalinya aku mengenali apa itu NOVEL..melihat rakan sebilik ku membaca novel sehingga lewat malam membuatkan aku tertanya-tanya apalah bestnya baca novel tu..

tup-tup bila aku mencapainya dan mula membaca nukilan ringkas di belakangnya aku tertarik dengan sinopsis itu..

Pertama kali membaca karya si Penulis yang menggunakan nama pena -Damya Hanna, aku mula tertarik. Novel pertamanya yang aku baca dengan kulit novel berwarna pink 'Saat Cinta Bersemi' membuatkan aku fall in love with her Novel..for the first time in my life layan novel..excited memang tak dapat nak digambarkan la..bila rakan sebilik ku membaca novel itu aku buat tak endah je mula-mula..tapi bila aku sudah start baca sampai subuh pun boleh stay up..

Novel yang bertajuk 'Saat Cinta Bersemi' ni yang membuatkan aku terus mula mengumpul novel. Sehingga kini, ada beberapa novel yang belum pernah aku baca dalam simpanan ku..bukan tidak berminat membaca lagi tapi masa tidak mengizinkan..maklum la membaca ni perlukan kosentrasi yang betul supaya boleh habiskan 1 novel tu dalam beberapa hari ja..

Kini, minat ku bertukar untuk membaca novel thriller karya Ramlee Awang Mursyid (RAM)..mungkin bagi sesetengah orang karya RAM ni sudah dikira makanan mereka..tapi aku mengenali RAM melalui 'Mikhail' novel beliau yang entah ke berapa..aku akan cuba kumpulkan semua karya beliau kerana karyanya sangat bagus. Kini ADAM sedang salam proses pembacaan ku..Aku tahu ia novel yang sudah lama diterbitkan tapi bukan orang yang baru mengenali RAM ni, aku akan cuba menyelami cara penulisan beliau..

Sebenarnya aku juga punya hasrat untuk menghasilkan novel sendiri..tapi masa banyak yang perlua aku pelajari. Aku tidak mahu menjadi penulis hangat-hangat tahi ayam..menulis novel perlukan kreativiti dan idea yang bagus dan bernas..aku mahu jika aku punya novel suatu hari ni..biarla novel tersebut mendapat tempat dihati pengemar novel...insyallah doakan impian ku ini menjadi nyata :-)

Tuesday, June 7, 2011

Program keagamaan..or program hiburan

Perjalanan Imam Muda Ali terhenti di minggu ke-6...Cepat masa berlalu tup-tup sudah ada penyingkiran untuk program keagamaan pertama di Malaysia ni..

Walaupun tersingkir, ni tidak bermakna perjalanan dakwah Imam Muda Ali terhenti di situ..Teruskan perjuangan kerana masih ramai orang di Sabah yang memerlukan orang seperti anda..

Urm..hairan juga kalau program nyanyian, peserta dari Sabah la yang selalu menyerlah dan bertahan sehingga ke peringkat akhir..tapi bila ada program keagamaan seperti ini, kita agak jauh ketinggalan di belakang..apa sebabnya???

Ntah la, bukan tidak ramai yang berbakat mengaji dan cukup ilmu agama..mungkin mereka ni tidak mahu keluar dan menonjolkan diri..mungkin la kan. Tapi bila program hiburan berpusu-pusu orang datang membanjiri tempat audition..hairan2..

aku pun bukan la arif sangat bab2 agama ni tapi sama-sama la kita perbaiki diri ke arah yang lebih diredhai supaya kita sentiasa dekat dengan-NYA

Saturday, June 4, 2011

Seru yang merepek...

Takut???oh sama sekali tidak..filem ni macam tiada kualiti jak, jimat bajet kot

siapa yang pegi tengok di pawangan memang rugi la..ntah apa-apa jalan ceritanya...the whole film asyik dok rakam jak ingat tu seekers ke apa??? pelakon pun ntah apa-apa..filem macam nda cukup bajet..kalo buat cerita macam tu baik buat drama tv ja..

Friday, June 3, 2011

Nur Kasih The Movie hebat ka??

Bagi aku filem ni kira boleh-boleh la..tiada la sehebat yang diwar-warkan..Tapi entah kenapa publisiti yang diberikan seolah-olah hah ni la filem melayu berunsurkan keagamaan yang kita nanti-nantikan..

Atau aku yang hati kering x reti menilai..entah la susah mau cakap..lain orang lain pandangan dia kan..tapi untuk aku macam rugi jak tengok filem ni di Cinema..Bukan niat aku mau memburukkan filem melayu tapi ia tidak dapat memuaskan hati penonton..

Jalan cerita boleh kira mantap la..tapi bila satu scene ke scene berikutnya terlampau cepat..baru nak feeling sudah tukar scene lain..erm camna tuh..Ia aku tau ni bukan drama siri tapi sekurang2nya biarlah impak kesedihan tu sampai ke hati penonton.

Setiap hari aku dengar promosi kat radio favourite aku Hot fm, orang dok suruh bawa tisu..tapi bila aku tengok airmata tu tak mampu mau keluar..tipu la kalo cakap aku tidak sedih sama sekali kan..tapi ia belum cukup untuk membuatkan aku titiskan airmata..

Aku siap cakap ngan colleague aku..tidak payah la mau tengok Nur Kasih buat rugi tiket jak..terus terang aku katakan..jika sesebuah filem tu tidak cukup kuat penceritaannya buat apa kita mau promote lebih2 kan..

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...