Thursday, August 30, 2012

Bila aku berjaya jejakkan kaki ke Ho Chi Minh City


Sudah agak lama aku tidak menjenguk blog ni, quite busy nowadays..Ok sekarang ni baru ada masa mau update blog dengan cerita sedih dan happy ketika berada di Ho Chi Minh City (HCMC) atau lebih dikenali sebagai Saigon pada 11-15 Julai 2012 lalu.

Percutian kali ni, aku join kawan-kawan dari Semenanjung. Aku seorang sahaja yang fly dari Kota Kinabalu.

Sama seperti trip ke Boracay Island, Manila tahun lalu. Kali ini, kami juga berlima dengan ditemani seekor kumbang.

Alhamdulillah berjaya juga kami jadi backpackers di bandar HCMC walau ada kejadian menakutkan menimpa kami..we take it as an experience..to be more careful in the future when we are going to travel again.

Memandangkan kami ni belum lagi berapa expert jadi backpackers, so ada kekurangan sedikit dalam perancangan.

Sampai jak di Saigon pada jam 10.10 pagi waktu saigon atau jam 11.10 pagi waktu Malaysia (perbezaan sejam antara kita dan mereka) kami terus menaiki bas awam yang parkir betul-betul di luar airport.

Kami naik bas bernombor 152 yang memang old-school bas mcm bas zaman 80an di Malaysia. Tapi bas macam ni masih ada di KK tau. Keluar jak dari exit airport, memang boleh nampak. Yang bestnya..bas ni memang berhenti betul-betul di Ben Thanh Market, di mana letaknya budget hotel yang sudah kami tempah melalui Agoda.

Tambang bas kira murah iaitu hanya VND 4,000. Actually, gamble jak naik public transport ni. Kami gunakan google jak untuk mengetahui mengenai bas ni dan baca review di Trip Advisor mengenai bas awam di sini.

Owh ya, aku tidak mau skip cerita di Tan Son Nhan International Airport, Saigon ni..Bila sampai jak time mau clearing immigration document, barisan punya la panjang, mungkin semua flight sampai dalam masa yang agak sama..so, semua orang terpaksa beratur panjang untuk clear dokumen perjalanan.

Lepas jak siap clearing document, kami keluar di pintu keluar, terkejut juga sebab ramai orang memegang signboards nama-nama visitors dan mungkin ahli keluarga yang ditunggu-tunggu..terasa kami disambut bagai artis..trip-trip sendiri la haha..

Opss..sorry sudah melilau jauh sedikit..Ok balik kepada cerita bas..Bila sampai jak di bus station dekat Ben Thanh Market tu, kami pun berlagak hero dan heroin la kononnya mau cari sendiri Saigon Pink 2 Hotel, iaitu hotel yang sudah ditempah.

Kami tempah dengan bayaran yang agak murah, hanya dalam RM35 satu malam..Total semua RM144 untuk 5 days 4 nights..murah kan kan kan..

Masa mau cari hotel ni macam pandai la konon padahal Map terlupa mau dibawa. Hanya alamat hotel saja yang jadi peneman. Last-last sesat di kota yang terasa begitu asing sekali bagi kami berlima.

Kami pusing-pusing di sekitar market tu mencari dan terus mencari tapi lepas hampir sejam tidak juga jumpa-jumpa..kami try communicate dengan orang tempatan..tapi memang susah mau berkomunikasi dengan diorang di sini sebab hampir semua yang kami tanya tidak reti berbahasa Inggeris apatah lagi Melayu. Susah juga tanya alamat dengan orang-orang tepi jalan.

Mungkin ada mata yang perhatikan gerak-geri kami berpusing-pusing dengan luggage besar di seret ke sana ke mari.

Bila kami tanya orang dijalanan tiba-tiba seorang pembonceng beca datang mendekati kami dan offer mau hantar ke hotel yang kami cari-cari tu..tapi bila kami tanya dia mana hotel tu, dia tidak pula kasitau (mau menipu la tuh, fikir kami)

Last-last kami decide teruskan pencarian sebab enda mau kena tipu..kami teruskan pencarian dan akhirnya hampir jam 1 petang baru kami jumpa hotel tu. Padahal kami sampai market tu dalam jam 10.30 pagi waktu Saigon.

Bila jumpa alahai...tersangat la dekat hotel tu dari bus station dan Ben Thanh Market. Cuma kami yang silap tidak print map supaya senang mau cari kedudukan hotel tu..sebenarnya aku ada print map tu cuma tertinggal di rumah (jauh tuh kalau mau patah balik pegi ambil di KK)

Apa-apa pun lepas check in bilik..tanpa fikir panjang dan diri yang kelaparan..kami teruskan perjalanan ke tempat-tempat bersejarah yang ada di sekitar bandar Saigon yang juga kami google sebelum datang sini.

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah War Remnants Museum dengan menaiki teksi.

Owh jangan lupa, kawan-kawan aku pesan hanya naik teksi dari company 'Vinasun dan Mai Linh' sahaja. Teksi lain tidak digalakkan sebab banyak kes pelancong kena tipu.

Tambang teksi dari market ke muzium hanya 30,000 Dong kalau naik Min Linh Taxi la. So, kalo dibahagi 5, kira jimat la. Entrance fee pula 15,000 Dong per person.

Kami spend time agak lama juga mengelilingi muzium ni..banyak sejarah perang vietnam yang dipaparkan dan sangat menyedihkan melihat gambar-gambar dari sejarah peperangan yang terpapar..Kami dapat lihat bagaimana orang Vietnam terseksa dalam perang yang berlarutan begitu lama.

Tentera Amerika gunakan defoliants untuk melumpuhkan serangan orang vietnam. Defoliants ialah sejenis dioxin yang boleh mencacatkan anggota tubuh manusia yang terkenanya.

Ia lebih dikenali sebagai Agent Orange dan digunakan tentera Amerika sejak 1961-1971 (10 tahun memang la lama kan)

Based on what I read..85gram dioxin tu boleh bunuh seluruh bandar yang mempunyai populasi seramai 8 juta orang. Uish..sangat dangerous kan dioxin ni..bayangkanlah macam mana ia membunuh jutaan penduduk Vietnam selama 10 tahun. Rasanya ada juga yang kekal cacat kerana dioxin.

Syukur alhamdulillah kita di Malaysia ni tidak pernah alami keadaan sedemikian. Aku terfikir juga masih ada kah orang yang cacat terkena dioxin tu sehingga kini? Sepanjang Perang Vietnam..dipaparkan dalam muzium tu seramai 3 juta Vietnamese terbunuh dimana 2 juta adalah orang biasa. Sementara ada 2 juta orang cedera dan 300,000 orang hilang.

Bila melihat paparan gambar dan info di dinding-dinding muzium, sungguh kejam tentera US terhadap orang Vietnam..tapi bila tengok pengunjung yang datang kebanyakkan Mat Salleh(orang putih), terfikir juga apa perasaan diorang melihat kekejaman yang dilakukan oleh bangsa mereka terhadap masyarakat di Vietnam.

Selepas menghabiskan masa hampir 2 jam di muzium perang ni, kami teruskan perjalanan ke Reunification Palace. Dari War Remnants Museum ke palace ni tambang teksi yang kami bayar dalam 26,000 Dong. Entrance Fee pula 30,000 Dong per person.

Reunification Palace ni bekas kediaman Presiden Vietnam Selatan. Apa yang menarik dalam palace ni adalah dekorasinya yang sangat unik.

Memandangkan kami penat mau panjat tangga sampai tingkat atas, kami hanya naik sampai tingkat 2 ja..Lift ada cuma lambat sikit mau ditunggu. Kami melawat kawasan istana ni sendiri tanpa guide so senang mau bergerak ke sini sana tanpa perlu hiraukan waktu berlalu.

Kami tidak lama di istana ni sebab ada beberapa tempat lagi yang perlu kami kunjungi sebab masa kami di Saigon ni sangat limited. Kami harus ikut tentatif yang sudah disusun sendiri sebab takut nda sempat mau pegi semua Must-Visited places di bandar Saigon ni.

Usai melawat dan melihat keunikan dekorasi di dalam Reunification Palace, kami teruskan perjalanan ke Notre Dame.

Memandangkan hujan, konon2nya mau naik teksi la pergi Notre Dame Cathedral dari palace ni. Sekali tanya tambang teksi yang mahal gila..terus kami ambil keputusan untuk jalan kaki dan tanya pegawai yang bertugas menjaga lalulintas di mana kedudukan church tu..sekali tengok, Notre Dame Cathedral ni hanya beberapa langkah sahaja dari Reunification Palace..hampir kami tertipu kalau naik teksi.

Rupa-rupanya di depan palace jak ni Notre Dame Cathedral. Nasib baik tanya abang penguatkuasa yang pakai baju hijau jaga lalulintas dihadapan kami masa tu. Selamat duit kami dari kena tipu dek pemandu teksi.

Punya penat on the first day di Saigon ni. Ambil gambar di cathedral ni dari luar jak sebab kami begitu tertarik untuk kunjungi bangunan bersebelahannya iaitu Saigon Post Office yang sangat cantik dan unik dari luar sampailah ke dalam.

Keunikan hiasan dalaman bangunan yang agak berusia ini boleh dilihat dalam gambar yang akan diupload kemudian hahaha...

Ok..first day berada di Saigon kami hanya makan di restoran yang berada dihadapan hotel kami..Walaupun agak tidak menepati selera tetapi disebabkan terlalu letih untuk mencari tempat makan yang halal, kami tibai juga makanan di sana sampai habis..

Aku hanya makan nasi berkuahkan ayam kicap dan sayur kacang yang dimasak sos tiram jak..harga agak mahal juga la tapi apakan daya sudah  tiada pilihan lain..

Sebelah malam, kami hanya mencuci mata melihat barangan yang dijual di pasar malam yang dibuka di luar Ben Thanh Market..orang kata barangan di pasar malam ni murah berbanding di Ben Thanh Market..tapi sebenarnya kalau reti mau tawar harga, di dalam pasar lagi murah..believe me you will never regret to buy things from the market if you know how to bargain with the shop operators.

Kalau mau shopping souvenir semua..adalah lebih baik beli di dalam Ben Thanh Market memang berbaloi dan murah selepas proses tawar-menawar...

Tu jak lawatan kami di hari pertama..hari kedua kalau rajin nanti aku update ya..
ni hotel tempat kami tinggal untuk 5 hari di HCMC
we took this bus to Ben Thanh Market-Bus no 152
public transport to Ben Thanh Market from airport
finally five of us took a photo together inside Post Office in HCMC
Post Office building HCMC
Notre Dame Cathedral-unique church in HCMC
War Remnants Museum-sinilah kami spend extra time utk baca history Perang Vietnam
dapat juga kami berlima ambil gambar bersama@War Remnants Museum