Monday, April 9, 2012

Trip to Brunei Darussalam

Launching KK-Bandar Sri Begawan route 2-3 Feb 2012 (MASWings)

Ni adalah kali kedua aku mengikuti rombongan MASWings selepas trip ke Tarakan pada bulan Januari lalu..walaupun hanya untuk 2 hari tapi dapat juga la aku jejak kaki ke negara jiran kita ni..'nya orang Brunei merasa jua walau sekejap, jan kempunan..

Negara yang boleh dikira paling kaya di kepulauan Borneo..Sebut saja Brunei mesti kita fikirkan Sultan Hassanal Bolkiah yang memiliki Istana bersalut emas, ceh macam cerita dongeng budak2 la pula

Sampai jak kami di Brunei, kami terus dibawa ke VIP lounge airport, untuk menghadiri sesi taklimat ringkas dan malam tengahari..maklum la kami sampai betul2 jam 1.30petang memang kebulur sangat2

Walaupun makanan di Sabah lebih kurang jak dengan Brunei tapi terdapat sedikit sebanyak perbezaan..mau cerita lebih2 susah juga sebab kami tidak sempat untuk merasa makanan warung yang pastinya ada keistimewaannya sendiri

Nasib baik la masa trip ni, ada beberapa orang wartawan lain dari Sabah yang dibawa bersama. Walaupun tidak kenal rapat dengan diorang ni tapi ok juga la..

Antara tempat yang sempat kami kunjungi..Kampung Ayer, Brunei Muzium, Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. 

Malangnya kerana kekangan masa..kami tidak dapat masuk ke Masjid Sultan Omar Ali..so terpaksa ambil gambar dari luar ja la..masjid ni cukup cantik dan sama seperti masjid2 lain di sekitar Bandar Seri Begawan ni, pagarnya bersalut emas..buli jual ka tu ar?? hahaha...

Apa yang menarik perhatian..adalah dekorasi di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah. Ia bersalut emas termasuk la pagar yang mengelilinginya. Masjid ni dilengkapi dengan escalator or tangga bergerak khas  disediakan untuk laluan keluarga diraja..Pintu pagar juga terdapat pintu khas untuk keluarga diraja. 

Melangkah kaki ke dalam masjid membuat aku terpegun..Subahanallah reka bentuk di dalamnya cukup indah sehingga sukar digambarkan melalui kata-kata..Biarla mata yang bercerita melalui gambar yang sempat diambil..Masjid ni turut dihiasi oleh chandelier yang di import dari luar negara..tapi aku tidak pay attention masa kena bagi explanation dari negara mana kena import lampu2 ni..

Sepanjang tour untuk 2 hari..tour guide kami, Jenne banyak membantu memperkenalkan Bandar Sri Begawan. Dari keluarga diraja sehingga la sejarah negara tersebut. 

Apa yang menarik perhatian aku, kebanyaakan pekerja hotel, pemandu termasuklah tour guide kami semuanya bukan warga Brunei. Apa agaknya kerja muda-mudi di Brunei ni ar??? Mungkin semua business sendiri kan..

Banyak2 history yang diceritakan..bab paling aku suka dengar bila setiap pagi kereta milik Sultan Brunei yang beratus-ratus jenis harus dihidupkan enjinya..uishh banyak tu berapa ramai agaknya pekerja yang ditugaskan untuk hidupkan enjin kereta sahaja..

Peluang kerja di Brunei ni banyak dan duit pun 'masyuk' maklum la mereka tidak perlu bayar apa2 tax macam kita d Malaysia ni..
 
alhamdulillah sempat juga aku merakamkan gambar kenangan di hadapan masjid yg cukup cantik ni
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
escalator for royal family
the beauty decoration of the mosque
Masjid Sultan Ali Omar Saifuddien
Masjid Sultan Ali Omar Saifuddien
Masjid Sultan Ali Omar Saifuddien
Usong Raja-Brunei Muzium
view from the tower at Kampung Ayer Culture Gallery
walkway opposite Kampung Ayer
our tour guide-Jenne




Tuesday, April 3, 2012

My BFF wedding vs Penang Trip

Tanggal 9/3/2012 seorang lagi sahabat baik ku sah menjadi isteri orang..
Kali ni aku dapat menghadirkan diri di majlisnya yang diadakan di Padang Serai, Kedah..Tarikh bersejarah itu cukup bermakna buat Nurain Kamarudin yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Nor Mohd Shahril Ariffin..Tahniah both of you.
Sebenarnya kedua-dua mereka ni aku kenal masa zaman belajar di USM dulu..Ain ni memang kira ‘geng’ aku la masa study..cuma suami dia ni kitorang kenal di luar..maklum la dia orang luar bukan student USM..mungkin sudah jodoh agaknya kan jadi terjumpa la kami dengan sang jejaka yang merupakan adik boyfriend seorang lagi sahabat karibk merangkap rakan sebilikku masa duduk Desasiswa Restu dulu.
Setelah lima tahun tidak bertemu, akhirnya aku jejakkan kaki kembali ke Pulau Mutiara yang banyak ajar aku budaya orang luar. Selama ni kan aku duduk Sabah jak mana la aku kenal dunia luar..
Alhamdulillah rezeki aku dapat sambung belajar di USM..Walaupun kenal dengan kawan2 aku ni hanya tiga tahun jak tapi macam sudah bertahun2 kami saling mengenali..Berbalik kepada cerita sang pengantin..aku ambil cuti hampir seminggu untuk hadirkan diri ke majlis ni..Walaupun singkat tapi cukup buat aku mengimbas kembali zaman2 perkenalan mereka berdua dan itu sudah cukup membuat kami tergelak..
Owh hampir terlupa pula kali ni aku datang rumah pengantin merangkap pengapit sekali..perkara paling kelakar bila kawan kitorang yang juga pengapit lelaki pakai samping terlalu tinggi..ni sebab kelam kabut mau bersiap punya pasal la..ni ada beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang berada 5 hari di sana..

Menunggu panggilan pulau..sebelum diijab-kabulkan Ain with Nadia n Fana

the nervous moment..tunggu akad nikah dilafazkan..me with the bride n my bff, Fana
caption should be..bunga sepa yang cantik??? with nadia, ratu sehari-Ain n me :)
Selamat dah jadi wife orang..hilang neves so..leh la pose byk2..
yipee...Nasi Kandar Line Clear jadi pilihan hati
erm...laparnya
heading to Penang International Aiport..bye Penang
ni la tempat aku tidur selepas berjaya lari dari rumah pengantin..thanks Nadia utk free accomodation at Teluk Dumbar
Haruslah pose ngan Keta Sinar Harian..mana ada kat Sabah ni :)
the owner of this company's car- Nadia
Coin bag yang sempat dibeli di Feringghi Nite Market




Short trip to Tarakan (East Kalimantan)

Nilah short trip yang paling sekejap pernah aku ikut sepanjang aku keja ni..walaupun pegi luar negara tapi bleh balik day trip. Hanya 1 jam 20 minit penerbangan kami sudah sampai ke Kota Tarakan.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tarakan ni kalo ikut flight sekejap jak suda smpi..pejam celik pejam celik sampai suda..mau pejam mata pun nda sempat tup tup sampai di Kota Tarakan.

Thanks 2 MASwings yg membawa aku terbang ke kota itu..first flight pula tu..biarpun sekejap tp aku dapat juga jejak kaki ke situ..shopping??urm..memang xda la sebab kmi nda sempat pun mau ronda2 bandar Tarakan..

Bertolak dari KK seawal 8pagi pada 11 Januari lalu, rombongan kami tiba di Tarakan dlm jam 9 lebih..dlm rombongan ni ada lebih kurang 20 org la..ni sebenarnya bukan penerbangan sulung pun..ni hanya la penerbangan percubaan or test flight..

Dengan menaiki ATR72-500  aircraft, kami akhirnya selamat tiba di kota itu..sampai2 jak di Juwata International Airport Tarakan..rombongan MASwings diberikan sedikit briefing oleh officers airport n wakil mayor Tarakan..

Ni bukan pelancaran new route ke apa..ni hanyalah test flight jak sebab tu sekejap..so mau cerita panjang lebar pun susah kan..just share a few photos buat tatapan :)
pose before return to KK at Juwata International Airport Tarakan
During arrival..kedatangan kami dialu-alukan oleh pegawai airpot Tarakan..delegasi ni diketuai oleh Datuk Captain Nawawi Awang


Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...