Friday, February 23, 2018

Backpackers trip to Hokkaido 6


DAY 6
Sapporo City (28 Oktober 2017)


Hari ini kami habiskan masa seharian untuk shopping. Memandangkan kereta sewa sudah dikembalikan, perjalanan hari ni semuanya menggunakan subway.

Seperti hari sebelumnya sepanjang berada di Hokkaido, kami akan breakfast dulu. Lepas tu barulah boleh berjalan dengan gembiranya.

Kami mulakan perjalanan jam 10 pagi menuju ke Tanukikoji Shopping Street. Dari Ino's Place tu kami naik subway ke Odori Station & exit north untuk berjalan ke Tanukikoji Shopping street.

Ingatkan masa tu sudah lewat untuk shopping, rupanya banyak kedai baru mau buka. Masa kami tiba di situ, ada yang tengah sibuk menyusun barangan & membuka kedai.

Kami ronda kawasan tu untuk tengok apa barangan boleh dibeli. Masa ronda-ronda tu waktu Zohor sudah masuk so, singgah dulu surau yang terletak di Nishi atau Blok ke-6, betul-betul atas Hokkaido Tours. Jam 11 lebih sudah masuk waktu masa ni. Jadi, sebelum shopping tidak ingat dunia, elok lah tunaikan kewajipan dulu kan.


Hokkaido Tours Tingkat Satu ya..masuk dalam ada prayer room & tempat wuduk

Ni la Restoran Horyu Ramen

Usai solat, kami terus cari port makan yang memang dalam list Malaysians kalau datang dekat area Tanukikoji ni.

Horyu Ramen yan terletak berhampiran Susukino Station ni antara restoran yang hidangkan makanan halal di kawasan Tanukikoji. Jarak dari shopping street tu ke Horyu Ramen kira-kira 20-30 minit by walk. Ikut masa kami la sebab jalan slow-slow.

Di Horyu Ramen ni, aku order Genghis Khan Miso Ramen yang spicy untuk normal serving berharga 1,208Y dan dumpling goreng berharga 324Y. Serving bowl normal pun aku tidak boleh mau habiskan. Banyak sangat portion ramen tu.


Mangkuk Ramen ni besar tau, sila la minta regular size
Finally ada juga gambar bertiga..my travel buddies


Selesai membantai semangkuk ramen. Kami putuskan untuk ronda underground shopping area di Odori Station.

Sempat juga la kami habiskan saki-baki Yen di kedai 100yen shop & 3 coins shop.

Masa round-round underground shopping area tu, aku paling tertarik tengok Samurai Umbrella, payung lipat dengan tangkai ala-ala Samurai. Berkenan dihati jadi rembat la payung yang berharga 2,700Y tu.

Tidak puas shopping di situ, kami kembali semua ke Tanukikoji Shopping Arcade.

Nasib la kami decide patah balik ke situ, berpeluang juga kami saksikan Hallowen Parade. Masa ni sekitar 5pm. Menarik tengok anak-anak remaja Jepun memakai Cosplay masing-masing dengan pelbagai watak animasi. Ada juga la yang jadi Zombi dengan muka menakutkan.

Aku dan dua lagi travel buddy aku, sempat rakam video parade tu. Mereka yang sertai perarakan tu kemudian berkumpul di sebuah kedai. Malas mau tunggu apa persembahan seterusnya, kami sibukkan diri shopping souvenirs untuk orang-orang penting sahaja.

Tidak mampu den mau beli untuk semua orang sebab harga fridge magnet sebiji pun boleh lepas bayar parking for 1 night di Hokkaido ni.

Bila ingat dunia duit sudah tiada, kami pun balik semula ke Ino's Place. Sebelum balik, kami singgah 7Eleven dulu cari kuih doraemon tu. Ada sejenis Torayaki tu ada Malaysian yang rekomen boleh dimakan sebab hanya pankek dengan honey sahaja.

Masa kawan aku cari tulisan yang sama dengan imej Torayaki yang sudah di google sebelum ni, pelajar high school yang kebetulan ada di 7E tu hulurkan bantuan.

Berkomunikasi guna bahasa tubuh seja sambil tunjuk gambar phone & plastik di tangan. Budak tu siap tolong tanya pekerja kedai, adakah itu produk yang sama.

Terjemahan aku, pekerja tu bagitau tulisan agak lain sedikit sebab Torayaki yang kawan aku pegang tu packaging baru. Yakin itulah Torayaki yang dicari, kami rembat semua yang ada.

Jenis yang kami mahu tu tidak banyak so, berkongsi la seorang dua bungkus. Boleh la makan untuk breakfast sebelum naik flight balik Malaysia esok.

Lepas beli tu, kami terus balik hostel. Duduk santai-santai di hostel sambil makan Torayaki tu, alamak sedap la pulak.

Masih banyak baki duit termasuk tambang subway ke airport esok hari.

Tidak kenal erti penat, aku dan seorang travel buddy keluar semula untuk beli lagi Torayaki di 7E belakang hostel. Di situ kami borong lebih 10 torayaki untuk bekalan ke Malaysia.

Sibuk membayar, staff di kaunter beri arahan cabut lucky draw dari box yang disediakan. Disebabkan bercakap macam anjing & kucing, kami tidak faham arahan tu. Last-last staff 7E tu yang tolong cabutkan lucky draw tu dan menang la kami coffee dalam tin.

Setakat tu la perjalanan hari terakhir di bumi Sapporo.


Hari ke-7 
Fly back to Malaysia (29 Oktober 2017)

Penerbangan kami around 9.20am. Maka, kami bertolak dari hostel seawal 6.30am.

Gerak memang cun la awal. Sekali masa tunggu JR Train untuk ke CTS Airport lambat la pula train tu. Train sampai sekitar 7.40am.

Masa tu debaran di jantung sukar mau digambarkan la. Sebab AirAsia 45 minutes gate closed. Masa perjalanan pun sudah ambil masa sebab banyak stop.

Bila jejak kaki di subway station airport jam sudah 8.20am. Maka, ada aksi pelari pecut negara berlarian dari domestic airport ke CTS International Airport.

Backpack seberat 10kg di bahu bagai tidak terasa. Nampak troli beg, terus letak backpack & handcarry bags dalam tu dan teruskan aksi ingin kalahkan rekod Watson Nyambek.

Bila nampak kaunter check-in baru terasa sesak dada gara-gara keletihan berlarian di airport. Kaunter masih dibuka dan alhamdulillah sempat la check in luggage.

Drama tidak berakhir di situ. Masa scanning handcarry bags, kawan aku pula ditahan & diminta selongkar barang. Rupanya payung samurai dia tidak dibenarkan handcarry naik pesawat.

Terpaksa pula dia keluar balik check in payung tu.

Selesai drama aksi pelari pecut & selongkar-selongkar beg, barulah dapat duduk tunggu departure dengan tenang. Flight dijadualkan lewat sedikit.

Sambil tengok-tengok kiri-kanan, terdetik pula hati mau beli makanan di kedai sebelah tempat menunggu tu. Syiling banyak lagi jadi berhabis la gunakan supaya tidak rugi.

Masa ni ada lagi duit kertas yang masih belum digunakan tapi tidak la mau habiskan 10,000Y dengan gula-gula saja. Bagus simpan duit tu tukar balik di Sabah nanti.

Flight tiba hampir jam 10am waktu Jepun. Naik saja flight ketiga-tiga kami buat hal masing-masing sebab mengantuk bangun awal.

Diawal penerbangan turbulence sangat kuat sehingga terpaksa berhenti makan seketika. Ni kesan taufan yang melanda bumi Tokyo.

Bila gegaran sudah makin ok, barulah kami dapat makan dengan tenang.

Kami touch down di KLIA 2 sekitar jam 4.50pm. Alhamdulillah tiba dengan selamatnya di Malaysia.

Lepas tu kami teruskan penerbangan balik ke KK dengan menaiki flight jam 9pm.


End of our journey for 8 days in Hokkaido, Japan.

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...