Friday, May 27, 2011

Hati...

Memikirkan perkara yang menimpa rakan sepejabatku membuatkan aku berfikir apa akan jadi jika perkara yang sama berlaku dlm keluarga aku..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..banyak sangat cerita yang kami dengar mengenai kejadian malang yang menyebabkan kematian anak rakan sepejabatku..anak yang berusia 3 thn dikhabarkan menjadi mangsa serangan anjing. Laporan post-mortem mengatakan yang anak lelakinya meninggal dunia disebabkan lemas. Anak kecil yang ada penyakit ashma sudah tentu tidak dapat bernafas dengan betul dalam keadaan cemas kan..

Tidak harus menuding jari kepada sesiapa...biarla dia dan keluarganya sendiri saja yang tahu siapa yg patut dipersalahkan..Siapa tidak sayang akan kan..hanya manusia yang berhatikan binatang saja yang sanggup buang anak...

Aku terfikir andai sesuatu terjadi kepada anak buahku..apa yang akan kami lakukan..Entah la tidak terlintas difikiran. Apa yang aku harapkan hanya kelembutan hati seorang ayah untuk berkongsi kasih sayang anaknya dengan orang ibunya..Andai jodoh tidak panjang JANGAN la anak menjadi mangsanya..

Wednesday, May 25, 2011

Takziah...

Hari ni aku dikejutkan dengan kejadian yang menimpa rakan sekerja ku..seawal 11pagi, kami menerima berita bahawa anak lelaki beliau diserang anjing di kampung dan terus dikejarkan ke unit kecemasan, Hospital Ranau. Tunggu punya tunggu akhirnya dalam pukul 3petang, kami dapat berita yang dia(rakan sekerjaku) baru saja tiba di hospital dan emosinya masih tidak stabil ketika itu..

Dalam 9.50malam...sekali lagi aku dikejutkan dengan berita pemergian anaknya..Inalillah mudah2an roh anak lelakinya yang baru menjangkau 3 tahun akan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..Sungguh tidak disangka...anak yang baru menyambut ulang tahun ke-3nya selasa lalu (24 Mei) meninggal dunia pada hari ni..inalillah buat pemergian anak tersayang..tabahkan hati mu wahai Suraini Andokong..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....

Wednesday, May 18, 2011

:: diriku yang malang ::

Disebabkan rushing mau balik file story di office sebelum pegi Press Nite pada May 15..aku boleh pula tertinggal kunci drawer yang memuatkan lucky draw ticket aku di dalamnya

aishhhhh apa punya malang la nasib ku ni tahun..bak kata kawan sepejabat ku..'Ko jahat sudah..memang nda b'nasib ko ni tahun'.aishhh..apa punya masin la mulut dia ni..

Kebetulan..assignment aku habis lambat so kena la cepat2 siapkan story semata-mata mau rushing pergi tu dinner

lagipun for those yang involves dlm persembahan harus berada di sana sblm jm 8..hehe
ni buat pertama kali aku terlibat buat persembahan utk Press nite setelah hampir 3 tahun dlm dunia penulisan..

Rushing punya pasal, aku pun cepat2 la buat story based on apa yg aku dengar masa sidang akhbar tu ja..tup tup the next day ada pula story yg aku terlupa mau selit dan story tu pula penting..apa lagi memang kena la ngan bos aku kan..sumpah lain kali tak buat dah. Pengajaran yang aku dapat mau rushing mcm mana pun..kerja harus diutamakan..Minta Ampun Bos ku :)

Mungkin tahun ni bukan rezeki aku..sudah dapat notebook utk lucky draw last year pun aku dah bersyukur sangat2..Belum pernah lagi aku seBERTUAH seperti tahun 2010..Ia la hidup kan ada pasang surut.

Banyak benda berlaku dlm masa sehari..function lambat habis, tiket lucky draw dlm drawer yang kuncinya tgl di rumah, pas tu masa mau ambil baju dlm keta, kunci pula tinggal atas meja..naik pula ambil kunci..lift lambat mau tunggu, aku main belasah jak turun tangga 5 tingkat owh..badan cekeding tinggal sekeping kalo hari2 naik turun tangga..

Dalam banyak2 kejadian malang..ada juga perkara yang membuatkan aku happy ari tu. Iaitu bila persembahan kami mendapat tepukan cemuruh dari kawan2 seperjuangan..alhamdulillah walaupun kami hanya sempat berlatih kurang dari seminggu semuanya berjalan lancar..Iya la bukan senang mau practise menari dlm masa yg singkat..apa2 pun gud job semua..n tahniah kepada semua pemenang anugerah pada malam tu..(photos by Elton Gomes-The Borneo Post)

me at Red Carpet Kinabalu Shell Press Awards 2011
with my colleagues

introduction session for all the performers..singers n dancers

 
before perform..look like all in happy face, but no body know how we feel...

Monday, April 25, 2011

Apa kaitan Roti Gardenia dengan orang Sabah/Sarawak???





Mai aku mau cerita al-kisah yang sedikit jakun dan lucu..Setiap kali aku pegi Semenanjung nda kira la KL or other parts of Peninsular. satu pesanan wajib yang akan keluar dari mulut mak aku 'Jangan lupa beli kek pisang dengan roti Gardenia ar'...hurm itu la pesanan penaja kalo aku pegi outstation or travel ke Semenanjung..erm mau tahu kenapa??????? sebab makanan ni tiada jual di Sabah mahupun Sarawak.

Walaupun Gardenia brand ni berasal dari Sabah tapi sehingga ke hari ni, hanya minuman dan white bread jak yang ada dijual di kedai2 di sini..Kalo roti gardenia yang ada pelbagai jenis tu memang nda akan jumpa la di Sabah, melainkan beli dari Semenanjung.

Setahu aku bila brand Gardenia ni dibeli oleh Singaporean, kebanyakkan products yang dikeluarkan hanya dipasarkan di Semenanjung jak..So, apa lagi kebanyakkan orang Sabah ni, kalo datang sana, mesti borong berbakul-bakul roti Gardenia ni..erm kesian kan kami di sini..

Rasanya akak-akak or adik-adik yang keja di Tesco, Jusco or Giant di belah2 Semenanjung tu mesti boleh cam aku ni dari Sabah...sebab kalo orang beli Gardenia bread dalam kuantiti yang banyak jak mesti kena label 'owh ni mesti orang Sabah or Sarawak'....

Aku ingat lagi cerita akak tour guide yang aku jumpa di Sarawak tahun lepas..dia juga bercerita benda yang sama..Akak tu cakap kalo diorang pegi Semenanjung mesti beli Gardenia bread tu banyak-banyak..iya la roti tu pun tiada jual di Sarawak

Masa tu, aku ikut team Gaya Travel Magazine punya program Kembara 1Malaysia di Sarawak pada Mac 2010..

Menurut akak tu, pekerja Tesco tanya dia..yang dia tu orang Sabah ka Sarawa? sebab dia pun beli roti gardenia tu berbakul-bakul...

erm nampak sangat kan memang ni antara description yang diberikan kepada kami orang Sabah/Sarawak ni..

Aku tahu bukan semua jakun macam kami...tapi believe me..most of Sabahans/Sarawakians would buy this bread when they travel to Peninsula..

So pekerja-pekerja Tesco, Jusco, Giant, Carefour or mana-mana la yang ada jual roti Gardenia ni jangan la hairan ya kalo nampak muka akak ni dok borong roti Gardenia di tempat anda..tapi sebenarnya bukan boleh tahan lama pun roti2 tu..paling lama pun 2-3 hari jak..so aku tidak la beli melampau-lampau macam mau kasi makan satu kampung..cukup2 la untuk family kami jak..

Bukan mau cakap roti-roti Gardenia yang berharga 70sen tu yang ada perasa coklat,jagung, vanila, coffee, ikan bilis dll tu sedap sangat tapi ntah la mungkin sudah jadi kebiasaan kami cari bread tu kalo datang Semenanjung..

Alah roti tu baru 50sen jak masa zaman2 aku study Penang dlu..zaman dimana harga minyak dan bahan mentah belum naik lagi :-)

July 2012 bar-baru ni bila aku pegi LCCT, aku baru tau yang roti gardenia ni sudah banyak dijual di airport dan dalam balai pelepasan pun ada jual..so sekarang ni mudahlah kami mau borong..nda payah sudah mau pegi jauh-jauh sampai tesco dll..

Kalau aku teringin sangat mau makan, silap2 buli jak aku travel pegi airport beli bread lepas tu balik KK..buat keja gila la jawapnya..

Friday, April 22, 2011

Orang Sabah pun pandai mengaji bah....

Alhamdulillah sesi pengenalan peserta-peserta Imam Muda musim ke-2 telah berlangsung..Pihak media telah sudah memaparkan pengenalan ringkas peserta musim ke-2 ni.

Malam ni pula adalah pengenalan Imam Muda secara rasmi di Astro Oasis. Tidak sabar rasanya ingin menyaksikan rancangan ni bermula. Akan bermaknalah malam-malam Sabtu(Jumaat Malam) ku selepas ni. Bukan bermaksud malam-malam Sabtu aku sebelum ni tidak bermakna tapi kebanyakkan rancangan TV kita sekarang ni sangat la membosankan.

Akhirnya Imam Muda kali ni terdapat juga wakil dari Sabah(Beaufort). Wah bangga jadi anak Sabah walaupun tidak ada kaitan saudara dengan aku, tapi aku masih bangga. Ini bermakna orang Sabah ni bukan saja pandai menyanyi tapi juga pandai mengaji...syukur la sebab sebelum ni orang selalu label yang orang Sabah ni ramai yang ada bakat menyanyi...sekarang orang sudah boleh kata 'Orang Sabah ni pandai mengaji'..erm sapa yang tidak bangga kan..Selamat melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil anak Sabah kepada Iman Muda Ali..

Tuesday, April 19, 2011

Pilihan Anda: Imam Muda, Mentor5@ AF9

Sebut saja rancangan nyanyian seperti Mentor dan Akademi Fantasia semua orang tahu yang program2 macam ni memang ramai penonton..Lihat saja 'rating' untuk setiap program ni.

Tapi lama-kelamaan penonton semakin bosan apabila dipertontonkan dengan benda yang sama setiap musim..nothing new (;-

Macam mana bosan pun ramai juga yang menyaksikan rancangan nyanyian ni setiap minggu..sebab apa???sebab...kebanyakkan rancangan Astro sekarang berulang-ulang dan membosankan..terpaksa la layan juga biarpun kualiti suara peserta2 ni kadang2 hampeh..bukan la aku reti nyanyi pun tapi at least biarla peserta yang masuk rancangan nyanyian ni ada sedikit kualiti suara.

Bukan mau menghina tapi hakikat...kita boleh kira dengan jari berapa ramai antara mereka ni mampu bertahan menjadi penyanyi di dunia sebenar. Macam orang selalu perkatakan la-Bintang2 nyanyian ni macam meggi segera lepas habis rancangan tu semuanya tenggelam tanpa khabar..

Sebut saja nama2 bintang AF yang masih aktif dalam dunia seni..dari musim pertama sampai ke-8, kira la dengan jari berapa ramai yang mampu mengukir nama dipersada seni tanah air..Tak banyak...Kemana mereka menghilang??? Memang ada juga antara mereka yang masih wujud tapi berapa ramai??rasanya lebih ramai yang senyap dari mereka yang masih aktif. Conggak la sendiri..

Jika anda ingat, nama seperti Azizi AF1 yang mendapat tempat ketiga dan Faizal Juara AF4 antara bintang yang senyap tanpa apa-apa perkembangan dalam bidang nyanyian. Terlalu ramai untuk disenaraikan..aku pun tidak dapat mengingati semua nama..

Mentor pula..erm sejauh mana rancangan ni memberi peluang kepada pesertanya mengorak langkah ke bidang seni???Mentor musim pertama kita ada Pija..mana dia sekarang? Apa cerita dia sekarang?lagu baru..erm memang tiada la kan..

Macam mana pula dengan Fiq Juara Mentor2?Walaupun dia ni ada suara tapi kemunculannya di kaca TV semakin kurang..Kebolehannya menyanyi memang tidak dapat dinafikan tapi kenapa dia tidak famous??Dia pernah menggantikan Faizal Tahir dalam Juara Lagu suatu ketika dulu..so memang kira boleh tahan la dia ni kan..

Kalau juara-juara yang baru sudah tentu la masih aktif kan..sah2 kita tengok Black banyak muncul dengan lagu bertemakan nama pompuan..diorang ni laku macam orang jual pisang goreng..tapi apa jadi dengan Juara2 yang terdahulu???tepuk dada tanya diri la...

Erm buat masa ni yang aku tertunggu-tunggu adalah rancangan Iman Muda musim kedua yang bakal disertai oleh peserta dari luar negara termasuk Singapura.

Walaupun target penonton rancangan ni adalah mereka yang muslim tapi ia menyasarkan penonton dari seluruh dunia..oleh itu senikata perlu diselitkan. Sebab kebanyakkan pertuturan yang digunakan berbahasa Melayu. Tidak tahu la pula macam mana musim kedua ni kan..Bagi aku, kalau mau target audience dari seluruh negara maka haruslah disertakan dengan senikata pelbagai bahasa..

Diharapkan pengisian Iman Muda musim kedua ni akan sedikit kelainan..bukan apa walaupun ia rancangan keislaman pertama di Malaysia, kita mengharapkan sesuatu dari rancangan sebegini. Penyertaan dari luar negara akan menyebabkan orang menjangka sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. So diharapkan pihak Astro sudah bersedia dengan pembaharuan. Kita harus ingat bukan kita ja yang menonton ye..

Ketiga-tiga rancagan ni mempunyai kekuatan tersendiri..dan masa tayangan pun berlainan. So tidak salah kan kalo kita tengok ketiga-tiganya sekali. Iman Muda-Jumaat, Konsert AF9-Sabtu dan Mentor-ahad..memang bijak la Astro dan TV3 ni kan..apa2 pun layan jak la semua..

Trip to Universal Studios, Singapore


Impian untuk sampai ke Universal Studios akhirnya tercapai..Best memang best..siapa yang tidak suka melancong kan..janji poket ada isi pegi la mana2 pun. Untuk trip kali ni kiranya aku la miss plannernya tapi tidak berapa berjaya la..Tujuan sebenar memang mau pegi Universal Studios tapi sambil2 tu mau juga la meronda kotaraya Johor Bahru..Tapi malang sungguh sebab kebanyakkan tempat under construction..not even jalanraya..Danga Bay pun sama..ditutup sebab mau buat pembangunan..aish time aku datang juga la nak tutup pun..tunggu la aku sampai dulu baru tutup..cewah suka hati je kan..malas mau tulis panjang2 biarla gambar bercerita :)

Welcome to Resort World Sentosa

at the entrance to Universal Studios

wit my kakak at Madagascar world...

Far Far Away Castle-got 4D film inside here-Enjoy it

Merlion replica at Resort World Sentosa...

grrrrrrr...pose ganas tuh

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...