Showing posts with label Yogyakarta. Show all posts
Showing posts with label Yogyakarta. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Indonesia Trip-Day 2 (Yogyakarta)

view of Mount Merapi at 7am, Jogja time
Yogyakarta Day 2-Mount Merapi & Goa Pindul
12 Oktober, 2013

Hari Kedua-Yogyakarta tujuan kami ke Mount Merapi bukan untuk sunrise tetapi hanya untuk menjejakkan kaki ke situ

Kami tidak mahu bangun terlalu awal kerana penat yang ada masih bersisa akibat tidak tidur di airport Bali.

Oleh itu, kami ambil keputusan untuk mulakan tour pada jam 7 pagi. Alhamdulillah cuaca pagi itu mengizinkan kami snap gambar puncak Merapi.

muka orang bangun tidur with great view of Mount Merapi in the morning
Di sini, kami menggunakan perkhidmatan Jeep Tour untuk naik sehingga ke Bunker Merapi. Last stop yang membolehkan kita ambil gambar berlatar belakangkan Mount Merapi.

Memandangkan percutian kami tidak lama so, aku tidak la adventure sangat mau mendaki Mount Merapi. Kalau daki pun confirm semput sebab lama nda excercise...

ni la Jeep yang kami naik untuk Mt Merapi Jeep Tour
epik gila kan untuk isi minyak keta..manual lagi orang tolong isi
Kos Jeep Tour ni Rp 400,000 yang aku rasakan agak mahal padahal sebelum datang sini, aku baca di blog dan Virtual Tourist Review, Jeep tour for Mt Merapi hanya Rp 250,000 per jeep. Sah kami kena 'kencing' di sini...

Bayaran tour for the whole day Rp 400,000, Mt Merapi Jeep Tour pun Rp 400,000 memang kuyak habis poket kami...apa buli buat kalau travel 2 orang begini la jadinya...

Alkisah Mt Merapi, sebelum naik, aku ada tanya driver jeep berapa kos? Tapi dia macam mau nda mau jak bagitau..lepas tu last2 cakap 'ngak apa lepas tour baru cerita'. Nah ni confirm la kami sudah terkena la bah di sini ni.

Nda apa la mungkin kami kurang bernasib baik dihari kedua ni berbanding hari pertama yang dapat harga local masuk Borobudur dan Prambanan. Duit entrance tu last2 lari bayar Jeep Tour..pro and contra la katakan..apa yang best dihari kedua ni, tour for the whole day sampai malam tapi bayar maintain Rp 400, 000..ntah la murah ka nda susah mau cakap...first time kan

Advise aku untuk Mt Merapi Jeep tour ni, sila la buat bayaran perkhidmatan di kaunter tanpa guna middle person, which is your tour guide...

Bayaran masuk ke Mount Merapi ni hanya Rp 2,000 per person. Yang ni, aku nda sure kalau ada rate local and international visitors. Tapi, rasanya tiada sebab bukan ada big entrance pun mau masuk sini.

Masa visit Mount Merapi ni, aku jadi moody sebab terasa bayaran agak mahal..keadaan jalan masa tu lagi banyak halangan..laluan untuk pergi ke rumah Mbah Maridjan ditutup sebab ada jalan rosak. Padahal aku mau lawat kuburan si Penjaga Kunci yang meninggal dunia semasa letusan Mount Merapi pada Okt 2010.

Bila diberitahu nda dapat sampai sana dengan pelbagai alasan yang aku nda mau sudah dengar, tambah moody aku ikut tour pagi-pagi buta ni...

Nasib baik jugalah, bila dapat lihat keindahan Mount Merapi dapat sejukkan hati yang panas.

Sepanjang jeep tour di Mount Merapi ni, mau sampai 4 kali kami tukar laluan hanya sebab beberapa jalan tidak boleh digunakan.

Banyak sangat lori angkut batu dan pasir di kawasan Mount Merapi ni buatkan banyak laluan rosak. Sayang kan, tempat pelancongan tetapi dipenuhi dengan lori angkut batu dan pasir dari lava Mt Merapi.

Sebenarnya kalau betul-betul mau explore, boleh jak naik motorbike pegi Mt Merapi tour ni tapi ikut tahap keberanian la. Keselamatan perlu diutamakan sebab laluan tu kita kena explore sendiri mana ada tour guide mau tunjuk jalan
antara rumah yang terkena kesan lava Mt Merapi yang meletus pada Okt 2010
Tour ni ambil masa dalam 1 jam 30 minit dan stop terakhir adalah di Bunker yang pada aku tiada apa-apa keistimewaan untuk dikunjungi.
Bunker yang didirikan untuk lindungi penduduk kampung dari awan panas/lava
Dalam bunker tu kosong dan gelap..tiada apa2 yang diletakkan disitu untuk dikunjungi.
Sebelum tu, kami singgah di sebuah rumah yang dijadikan ala-ala  muzium oleh orang-orang kampung. Mereka tempatkan barangan yang terkena lava di situ dari barangan elektrik sehingga la bangkai binatang.

Ada beberapa gerai jual gambar dan cenderamata Mt Merapi juga disitu. Mungkin itulah cara mereka di sini untuk recover balik kan..lepas 3 tahun, mesti banyak lagi orang kampung yang tidak punya rumah yang lengkap seperti sebelum berlakunya letusan gunung berapi itu.

Apa yang menarik perhatian aku semasa lawat so-called muzium ni adalah ayat yang berbunyi ‘Merapi Tak Pernah Mungkir Janji’.

muzium Mt Merapi..disinilah penduduk kampung simpan semua koleksi barangan yang terkena lava Mt Merapi

antara barangan yang terkena lava Mt Merapi yang dikumpulkan penduduk..kini dipamerkan ala-ala muzium
bangkai sapi yang terkena letusan Mt Merapi kini dipamerkan
ni alien stone yang terdapat di Mt Merapi
Letusan Mt Merapi pada Oct 2010 diikuti letusan kedua 5 Nov 2010 mengakibatkan ratusan penduduk di kawasan sekitar meninggal dunia. Melalui pembacaan aku, ada yang menyatakan seramai 353 orang terbunuh dan 350,000 dikawasan terjejas dipindahkan.

Bila lihat kawasan sekeliling yang mana rumah penduduk musnah akibat letusan 2010 membuatkan aku terfikir bagaimana orang-orang kampung ini sekarang.

Menurut driver Jeep kami, sesetengah penduduk sudah berhijrah ke tempat lain akibat trauma kejadian letusan 2010.

Katanya, semasa letusan berlaku walaupun tidak sampai ke perkampungannya, tetapi mereka tetap bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan. Lava kan bila-bila masa boleh mengalir

Sepanjang tour, dia menjelaskan kepada kami bahawa kawasan yang dipenuhi dengan batu dimana sekarang boleh dilihat lori-lori mengangkut batu dan pasir itu, dahulunya sungai yang amat dalam bagi membolehkan lava mengalir.

ni antara sungai yang jadi laluan lava mengalir tapi sudah dipenuhi batu-batuan
Tapi selepas letusan besar yang berlaku itu, tahap kedalaman sungai yang kini kering itu semakin kurang kerana dipenuhi batu dari gunung.

Gambar2 sepanjang perjalanan aku sertakan di sini.

Selepas selesai tour kira-kira jam 9 pagi waktu Jogja, kami terus singgah breakfast di sebuah restoran yang aku boleh katakan nampak mewah tapi sebenarnya tidak.

Makanan sangat awesome dengan harga yang sangat murah..berbaloi lepas pegi Mount Merapi singgah la Timbul Roso. Confirm berbaloi makan di restoran yang menjadikan buluh sebagai perhiasan utama dari lantai, dinding hinggalah ke meja.

antara ruang makan di Timbul Roso yang diperbuat dari Bamboo
hidangan ikan keli masak lemak yang sangat layan..tempe seolah-olah wajib hidang kalau di Indonesia
Di sini, menu kami adalah ikan keli masak santan aku lupa nama Indonesianya..Sup ayam dan sambal. Nasi dihidangkan dalam bekas ala-ala bakul rotan kecil yang dialas dengan daun pisang.

Masakannya sangat sedap mungkin disebabkan ika n keli tu fresh diambil dari kolam peliharaan mereka. Sebab tengah2 tunggu makanan dihidangkan aku nampak pekerja di restoran ni bersihkan kolam ikan.

Suasana di sini nyaman sekali sebab bunyi dan ketukan buluh dibawah tempat duduk membuatkan suasanya seperti dalam hutan. So, those who wanted to go to Mount Merapi please ask your supir singgah makan di sini..nda rugi kalau try kan..ikan keli masak lemak memang recommended..iklan ni tidak berbayar, saja promo..

Harga makanan dan minuman kami bertiga hanya Rp 71,000 or RM 20. Jika dilihat dekorasi sebegitu aku fikir harga makanan mahal la dan akan cecah RM 40-50 tapi tidak. Jika di Sabah, restoran dengan deocaration sebegini pasti harga makanan berpuluh-puluh ringgit untuk satu kepala.

ala-ala iklan 'welcome to Timbul Roso' ...posing itu satu kemestian
Selesai sahaja tour di Mt Merapi dan makan di Timbul Roso Restaurant, kami terus menuju ke Kota semula kerana ingin mengunjungi Kraton dan Taman Sari.

Kami tiba di Kraton dalam jam 11.30 pagi waktu tempatan di sini. Namun, disebabkan masa yang suntuk kami hanya pergi Kraton sahaja dan habiskan masa mengelilingi muzium itu lebih kurang 30 minit.
ruang utama...Kraton atau Istana lama yang kini jadi muzim
entrance Kraton
Settle ambil gambar, kami pun terus keluar dan terus kepada next plan iaitu singgah sebentar di butik jual batik sebab dikhabarkan batik jogja lebih cantik.

Dengar nama butik, terus fikir mahal kan tetapi Butik Batik Tirto Noto yang terletak di Jalan Kadipaten Kidul ni tidak la mahal sangat sebab ada baju yang diberi potongan harga sehingga 30 peratus.

Boleh tahan cantik dan banyak pilihan tapi kalau mau yang lebih cantik kena spend duit lebih la ya..di sini aku hanya beli sehelai batik untuk bapak aku yang dijual pada harga Rp 52,000. Ni harga lepas diskaun..sangat murah kan baru dalam RM 15.

Aku beli sehelai sebab aku tau bukan bapak aku pakai sangat pun..dia lebih banyak pakai t-shirt dari kemeja. Ni kan pula mau pakai batik, memang jarang la kena guna

Di sini kami tidak lama sangat sebab banyak lagi tujuan untuk hari ni. Selepas puas hati dengan pilihan masing-masing, kami teruskan perjalanan ke Wonosari, Gunung Kidul untuk next aktiviti iaitu water activity.

Perjalanan ke kawasan pergunungan Wonosari, Gunung Kidul ni dari kota ambil masa dalam 1 jam 30 minit dan kami tiba di pusat menyediakan perkhidmatan pelampung untuk aktiviti air ni dalam jam 3 petang.

Pintu Gerbang memasuki kawasan Gunung Kidul
Dalam perjalanan kami sempat lagi singgah IndoMaret untuk membeli jajan (keropok)sebab macam mengantuk pula kalau enda mengunyah bilang travel partner aku..

On the Way tu Mas Fajar ni sempat berhenti sekejap dan beli sesuatu seperti kotak. Mula-mula enda tau apa tu, rupa-rupanya itulah makanan khas Gunung Kidul yang diberi nama Gathot Thiwul. Dalam tu ada pisang, ubi, gula perang dan kelapa parut. Kalau dicampur semuanya dan makan sedap juga la


Sampai jak di pusat sediakan perkhidmatan wisata alam, kami terus salin pakaian sebab aktiviti ni confirm basah. Selesai salin pakaian di bilik persalinan baju yang disediakan, kami memilih kasut getah ala-ala kasut adidas kampung yang kita guna naik Gunung Kinabalu tu.

Time pilih-pilih kasut, tiada pula saiz kecil, nah mengantam jak aku kasut besar terus rasa macam kartun ni.

Untuk wisata alam ni, kami akan ikuti caving activity in Goa Sriti then, tubing activity in Goa Pindul dan bayaran for this only Rp 100,000 per person. Murah jak kan.

Lepas selesai pilih kasut dan diperkenalkan dengan guide yang akan guide kami sepanjang aktiviti ni kami naik lori kecil untuk ke Gua Sriti for caving activity.
jejaka di tengah-tengah ni la Mas Fajar..driver cum tour guide kami di Jogjakarta..posing before start caving and tubing
At first, I thought its just tour in a cave like what we did in our place..jalan2 dalam gua tengok itu ini sekali sampai, bila masuk air tu kira ok lagi la tapi bila ada satu part terasa kaki tidak jejak tanah panik juga la kami sekejap

belum start caving muka happy jak..pasni cuak gila muka sorang-sorang
muka cuak sebab kaki mula tidak jejak tanah
Rasanya kuat gila aku cengkam tangan guide kami yang dikenali dengan nama Gendut (kalau di Malaysia bermakna gemuk) tapi guide ni tidak la gemuk mana pun.

Aku ni memang agak fobia sikit kalau bab-bab air ni sebab aku enda pandai berenang. Mau floating dalam air pun aku takut ni kan pula caving tanpa kaki jejak tanah.

Mula-mula rasa best jak masuk air yang sejuk gila tu...tapi lama-lama bila kaki tidak jejak tanah, mula la panik sorang-sorang

Untuk caving ni, kami dua digabungkan bersama sepasang kekasih (aku agak jak) memang orang Indonesia.

Aku ingatkan kami dua jak cuak bila kaki enda jejak bumi...rupa-rupanya girlfriend budak laki yang sama-sama kami tu pun lagi penakut siap leher kawan aku kena cengkam sebab takut hahahaha..ni kawan aku cerita la

Untuk keliling gua ni kami dibekalkan dengan headlight tapi bukan semua orang dapat sebab terlalu ramai pengunjung dan lampu tu enda cukup. Jadi, dalam group kami berempat ni, hanya dibekalkan dua headlight.

Gua Sriti ni tidak besar jadi nda la terlampau lama mau keliling ni gua dan aku rasa kalau lama pun confirm kami berempat ni mau cepat-cepat keluar sebab tiga dari kami penakut air

Caving Goa Sriti dalam masa 30 minit ...lepas tu kami terus ke Gua Pindul menaiki lori yang sama cuma bezanya kali ni, kami bergabung dengan satu group anak-anak muda Indonesia, mungkin juga students, lebih kurang lapan orang gitu la 
sorang-sorang turun untuk start tubing at Goa Pindul..ni satu group ngan kami

aksi sebelum start tubing around Goa Pindul..a great experience
Di Gua Pindul kami dikehendaki memilih tube getah sorang satu. Aku cari yang kecil jak cukup2 untuk tampung berat aku yang nda seberapa ni.

Jangan risau, tube ni kuat kukuh tampung berat badan kita sebab saiznya yang besar...
sesi memilih tube sebelum start aktiviti tubing..
It was a great experience ever.. aktiviti tubing ni ada jak di Malaysia tapi aku belum pernah try..dan aku x sure pula kalau Sabah ada tubing activity macam ni.

Di sini kami habiskan masa sehingga senja sebelum bergerak ke Prambanan Temple untuk menyaksikan Ramayana Ballet.

Tiket kami tidak beli in advance sebab menurut driver kami tu, ada jak tiket dijual walaupun last minit tapi mungkin jika weekend, perlu beli takut tiket habis. Tapi, kalau setakat 2-3 orang last minit beli pun ada jak.

Kami menyaksikan Ramayana Ballet dengan memilih tiket berharga Rp150,000 dan disebabkan persembahan terlalu panjang iaitu 2 jam, pada 30 minit terakhir kami ambil keputusan untuk tinggalkan sahaja persembahan itu kerana kami perlu berkejar ke hotel untuk check out dan bergegas ke stesyen keretapi untuk perjalanan seterusnya.

Lagi pula persembahan dilakukan dalam bahasa Jawa so, agak boring sebab tidak memahami sepenuhnya kisah berkenaan.

Kami cuba memahami persembahan berdasarkan sinopsis cerita yang perlu diambil dipintu masuk.

Semasa menyaksikan Ramayana Ballet ni, kami berdepan dengan masalah ‘kamera tiada bateri’. Kawan aku ada jak bawa extra bateri tapi tertinggal di hotel.
 
End up kami hanya saksikan persembahan tanpa dapat merakamkan sebarang gambar..Cukuplah kenangan yang tersemat dalam memori jak kan. Gambar hanya sempat diambil semasa di luar teater.

Paling best...kawan aku boleh pulak tidur masa tengok persembahan ni sebab menurutnya, dia kurang berminat dengan persembahan sebegitu...so, aku biarkan sahaja dia lena sampailah masa untuk kami ingin keluar meninggalkan persembahan yang belum tamat tu

Lepas tinggalkan panggung teater terbuka Ramayana Ballet tu, kami langsung ke stesyen keretapi untuk menukarkan resit pembelian kepada tiket keretapi yang sebenar. Disebabkan kami beli tiket melalui IndoMaret, kami perlu tukat tiket tu sejam sebelum pelepasan.

Maka, disinilah bermulanya aksi kelam-kabut sebab barisan sangat panjang dan aku siap menyaksikan beberapa drama kerana ada beberapa penumpang yang terlepas keretapi kerana lewat datang ke stesyen keretapi.

Memandangkan hari ni adalah hujung minggu dan minggu depannya Hari Raya Aidildaha, jadi agak sesak dan orang sangat ramai beratur untuk membeli serta menukarkan tiket pembelian dengan tiket keretapi yang original.

Boleh tahan kalut juga la sebab di sini kami habiskan masa menunggu giliran sehingga jam 10.30 malam dan barang-barang semua masih dihotel yang perlu dikemas sikit-sikit.

Lepas dapatkan tiket yang asal kami terus bergegas ke Gloria Amanda Hotel untuk check out dan ambil barang. Nasin baiklah kami sudah kemas apa yang patutu sebelum keluar meninggalkan hotel pagi tadi...kalau tidak ada jugak lah kami berdua ni tinggal train untuk ke Bandung, our next destinastion.

Bila kalut2 pegi sana dan sini sepanjang hari, sekali lagi kami kami skip lunch dan dinner..last-last tengah kalut mau ke train station sempat lagi tapau sate di depan hotel.

Alhamdulillah kami sempat juga naik train yang delay dalam 15 minit. Nasib baiklah...sempat juga kami makan sate sambil tunggu train tiba. Owh ya kami menaiki Turangga Eksekutif yang dijadualkan bertolak dari Jogja jam 11.37 malam. Harga tiket Rp 343,000 or RM100 as of October 2013. Di sebabkan kami beli tiket di IndoMaret, aku lupa sudah berapa harga tiket sebenar..sebab tiket kami ada extra charges.

Train tiba dalam jam 11.35 malam, naik2 jak train..bila perut sudah kenyang, aku apa lagi tanpa banyak bunyi, terus lelapkan mata kerana terlalu letih berjalan ke hulu ke hilir sepanjang hari.

begini la gerabak eksklusif train yang aku naik-Turangga Ekskusif

Indonesia Trip-Day 1 (Yogyakarta)


Dream come true-Yogyakarta Day 1 

For history lovers, I think Yogyakarta must be in their travel list..As for me, I travel all the way from Sabah to Yogyakarta because of the uniqueness of Candi Borobudur, one of the history that I learn when I was in secondary school.

I'm glad because finally I had an opportunity to visit this historical site..never crossed in my mind I can make it happen.

My journey started at 5.50am by plane from Bali to Yogyakarta on October 9.. Our plane landed at Adisucipto International Airport, Yogyakarta at 6am of local time (one hour different from Malaysia time) actually its 7am in Malaysia time.

It took 1 hour 10 minutes travel by plane from Bali to Yogyakarta

Once we reached at the exit door, I was looking for a guy that I known as Mas Fajar through Malaysian Backpackers Club (MBC) in Facebook.

While looking here and there, someone approached me and introduce himself..Yup his that guy that I was waiting for..I'm so lucky as he can recognize me although we only communicate through PM in Facebook..

He looks like photos I saw in his facebook account..Honestly speaking, at first, I'm a bit worry of being cheated as I only contacted him through Facebook. But after a while, I am thankful to have him as our guide and driver during our trip in Yogyakarta.

He's a nice guy and quite chatter...we were using his service for two days while we were in Yogyakarta..although my schedule a bit pack, but I manage to visit Borobudur and Prambanan Temples that I put on as my must-visit list.

Owh yeah, before I forgot, a rent fee is RM 400,000 per day...no extra charges even we were using his service until night time. 

I'm not sure if its expensive or not as I read some of the review in Virtual Tourist and Trip Advisor, the price is almost the same..

Before we visited Candi Borobudur, Fajar brought us to have a breakfast at Soto Suroboyo near a roadside in Jl Kaliurang.

I had a soup, rice and tea..the prices is very cheap. Its only Rp 42,000 or RM 12 for three persons.

For two days in Jogja, I think its a better place if you want to do a food hunting as there are lots of food.

...............................................


Hari pertama di Yogyakarta..kami menaiki penerbangan pertama dari Bali ke Jogja pada 9 Okt jam 5.50 pagi. Kami tiba di Yogyakarta dalam jam 6 pagi waktu Jogja.

Kalau ikut waktu Malaysia, kami tiba di Joga pada jam 7 pagi. Penerbangan dari Bali ke Jogja mengambil masa 1 jam 10 minit. Owh ya..Bali dan Sabah tidak ada perbezaan waktu

Sampai di Adi Sucipto Airport, kami disambut oleh supir yang aku kenali melalui Facebook. Kenal pun dari group Malaysian Backpackers Club (MBC). Perasaan takut kena tipu tu ada la sikit sebab kenal melalui Facebook kan..tapi alhamdulillah sepanjang berada di Jogja ni semuanya aman..

Supir merangkap tour guide kami semasa berada di Jogja ni aku kenali dengan nama Fajar, bila baca komen orang2 Malaysia kat FB dia, aku rasa dia ni ok la..so, I do trust him to be our guide and driver for two days. Bayaran service tour dia ni kira standard rate la kalau di Jogja iaitu Rp 400, 000 per day.

Ok jugak la budak yang jadi driver kami ni, budak bukan budak sangat tapi disebabkan dia muda dari kami berdua, kira budak la baitu kan..

Itenerary sudah aku susun awal-awal sebelum datang Jogja. So, lepas budak Fajar ni ambil kami di airport, kami terus menuju ke Candi Borobudur. Tapi sebelum tu kena la singgah breakfast..lapar sangat2 sebab semalaman x makan nasi..

Pusing-pusing cari gerai yang buka akhirnya, kami berhenti makan tepi jalan di Gerai Soto Suroboyo yang terletak di Jalan Kaliurang..
 
ni la gerai first kami kunjungi-Soto Suroboyo
Aku memilih makan soto dan nasi kosong serta teh O manis..harga sangat murah jika dibandingkan dengan di KK..harga untuk tiga orang makan baru dalam Rp 42,000 atau kira-kira RM 12. Harga makan untuk 3 orang tu, sangat-sangat murah hehe..

my first meal in Jogja-Soto Ayam
After breakfast we continue our journey to Candi Borobudur and we reach at the site at 9.30am..At the entrance, we go straight to local entrance

Opppss there is a trick if you want to get a local price..its easy for Malaysian as we look like a local esp those who wearing hijab. You can save a lot if you get a local fee for the ticket. The trick is very easy..first you have to look like local then, don't speak to much..only asking for how many ticket you want and If you bring a backpack, ask the guard to check your bag first before he ask you to open your bag.

As for Sabahan I don't think its difficult for us as we do speak bahasa baku..which almost the same like Indonesia language.

I only pay Rp 30,000 for entrance ticket to Borobudur as we use a local rate..if its international rate, we have to pay Rp 190,000 per person as of October 2013.

Usai makan, kami teruskan perjalanan ke Candi Borobudur dan tiba di sana kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan. Sesampai di entrance, kami berjaya dapatkan tiket pengunjung tempatan, caranya mudah jak, jangan banyak cakap masa beli tiket..kan muka orang Malaysia lebih kurang jak dengan orang Indonesia, so hanya perlu bercakap ‘minta berapa tiket’ dan jika bawa beg pack yang bersaiz besar ‘offer minta di check begnya.

Rate tiket entrance untuk local sangat murah, iaitu Rp 30,000/RM 9 (masa tukar duit aku kira rate RM1=Rp 3400) tu rate masa aku pegi la

Gerbang menandakan Candi Borobudur tu semakin hampir
view masa on the way mau ke Candi Borobudur..kira dan kanan sawah padi
Kalau masuk ikut rate international harga tiket-Rp 190,000 per person or RM 56. Jauh kan bezanya. Owh ya entrance ticket ni as of Oct 2013 ya..

Aku rasa kalau orang yang banyak duit, dia ok jak mau guna bayar tiket masuk international tu tapi kami ni bajet ciput..so, kena la ikut taktik yang aku percaya ramai orang Malaysia guna untuk dapat local rate hahaha...

Tapi sebelum mula naik ke entrance temple ni, pengunjung dikehendaki memakai kain sarung sebagai tanda menghormati kawasan berkenaan

Tidak kira la kita pakai seluar panjang atau pendek, semua wajib pakai kain sarung ni.

kain sarung ni la yang wajib dipakai sebelum mula naik ke Candi Borobudur
Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam keliling temple ni, saja mau make sure every corner kami bergambar maklumlah bukan selalu kan dapat posing di Borobudur.

Owh ya, jika ingin lebih faham mengenai sejarah tempat ni, perkhidmatan tour guide ada jak cuma kami tidak menggunakannya sebab nda mau bajet lari..Bagi aku info pasal borobudur ni banyak jak di website kan..anytime boleh baca

Secara ringkas, based on apa aku baca, Borobudur ni merupakan Monumen Buddha yang terbesar di dunia dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, UNESCO pada tahun 1991.

Bahagian utama terletak berada di puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha yang diletakkan di dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Monumen ni, dihiasi dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha.
the front view of Borobudur
stupa loceng yang menghiasi Borobudur Temple
ukiran patung buddha yang terdapat di Borobudur..
Big stupa at the centre of Borobudur Temple..photo courtesy of my travel partner

 Kalau dilihat dari jarak dekat, some of the buddha dalam stupa loceng tu tiada kepala..mungkin disebabkan sturktur kepala Buddha dalam stupa tu sudah rapuh

Lepas puas hati dengan setiap gambar yang diambil, kami pun mulakan langkah keluar dan...bila sampai exit tu zoommmm....ibu-ibu, bapak-bapak datang mengerumuni kami dengan souvenirs yang pelbagai di tangan mereka

Uish..aku dengan kawan aku sampai terpisah sebab sorang2 kami dikerumuni..kalau ingat2 balik ada la dalam 6-7 orang keliling kami masa tu..jenuh juga mau menepis godaan beli souvenirs tu

Sambil2 diorang ni membebel suh beli, ada juga la aku bagi isyarat tangan tanda tidak mahu, malanganya orang2 ni nda makan saman..iya la diorang mau cari rezeki kan so, aku tidak salahkan mereka

Untuk bernafas sebentar, kami pun masuk la ke Muzium yang terletak tidak jauh dari situ, lepas berehat seketika kami pun keluar menuju ke parking. Ingatkan lepas keluar sudah tiada orang serbu..tau2 ada yang sanggup tunggu dan mereka adalah orang yang sama sejak tadi mengejar kami

Bila kami menghampiri kawasan parking, seorang ibu yang dari tadinya memujuk aku agar membeli barangannya memberi tawaran durian runtuh (bagi akulah)..dia menawarkan tiga jenis barangan cenderamata dengan harga Rp 50,000.

Walhal, pada awalnya, dia hanya jual 5 purse bercorak batik pada harga yang sama..tapi bila kami mau sampai ke arah parking, dia terus offer baik punya..sebab kesian tengok ibu tu yang dari tadi mengejar aku dan rakanku, aku beli juga la buat buah tangan kat kawan2 office.

Selesai tour di Candi Borobudur, next tempat aku mau visit adalah Prambanan Temple tapi sebelum tu, kitorang minta driver tu singgah kedai jap nak beli Sim Kad Indonesia.

Aku perlu hubungi hotel di Bandung (our next destination after Jogja) untuk inform hotel di situ bahawa kami akan lewat sehari.

Bila jumpa satu kedai jual handphone, kami berhenti seketika....lepas tanya itu dan ini dengan pemilik kedai, akhirnya aku beli sim brand simPATI yang berisi credit Rp 3,000.

Memandangkan aku ingin telefon hotel, aku tambah reload (pulsa dalam bahasa Indonesia) sebanyak Rp 20,000..ntah la banyak ka tidak reload tu tapi bila habis trip, credit ada lagi dalam Rp18,000 sangat rugi top-up banyak2 tapi enda guna sampai habis.

Lepas tu, aku minta singgah pula di Stasiun Keretapi Yogyakarta sebab malam 10 Okt aku bercadang naik train jak pegi Bandung seperti yang aku rancangkan.

Di sini aku agak bingung sebab kena tunggu no giliran kena panggil untuk buat pembelian. No kami kalau nda silap 495 dan masa itu nombor baru 435..wow lama tu mau tunggu

Buang masa la kalau duduk tunggu jak di situ sampai giliran kami..so, kami decide beli tiket train di IndoMaret jak macam yang dicadangkan oleh driver kami..IndoMaret ni kedai serbaneka macam 7eleven la kalau dekat Malaysia.

Bila aku cadangkan untuk ke Candi Prambanan sehingga sunset, driver kami cadangkan agar kami balik check in hotel terlebih dahulu. Sambil2 tu kami boleh mandi dan berehat.
Macam faham2 jak driver tu yang kami dua orang ni belum mandi.

Aku booking Gloria Amanda Hotel yang terletak di Jalan Sosrowijayan betul2 bersebelahan dengan Jalan Malioboro. Hotel ni aku booking through Agoda dengan rate masa beli tu kira-kira RM70++ semalam.

Lepas selesai mandi, kami pun gerak dalam jam 3 petang ke Prambanan Temple..seperti di Borobudur, di Prambanan juga kami dapat local rate Rp 30,000. International entrance fee Rp 170,000/RM 50.

Bak kata driver kami, di Prambanan ni tidak banyak songeh macam di Borobudur..sebab ada kalanya di Borobudur, orang yang beli tiket akan ditanya datang dari mana..nasib la masa aku beli tiket, penjual tu tidak banyak soal

Di sini, kami habiskan masa keliling sana sini dan ambil gambar di setiap ceruk temple lebih kurang 2 jam juga..View nda payah cakap la, tengok gambar sudah cukup untuk gambarkan macam mana cantik temple ni biarpun ada some part yang di tutup sebab faktor keselamatan.

susah sangat mau ambil gambar yang tiada orang..ni jak yang ada for the front view of Prambanan Temple
Ada satu part, semua pengunjung dikehendaki memakai topi keselamatan. Kalau dilihat dalam gambar ni, macam jurutera tengah lawat tapak pembinaan pun ada..ala-ala tengah buat site inspection gitu 

I was here.....at Prambanan Temple

trip-trip jadi engineer...engineer tengah buat site inspection
an evening at Prambanan Temple
 Di Prambanan ni ok sikit tidak macam di Borobudur yang terlalu sesak dengan penjual cenderamata. Apa yang berbeza antara Borobudur dan Prambanan adalah pelawatnya.

Jika di Borobudur kebanyakan pelawat adalah tourists seperti Mat Salleh (Europe), Chinese, Japanese dan Korea- aku bedal jak base on my observation masa lawat Borobudur.

Di Prambanan, mungkin disebabkan ia agak dekat dengan kota (30 min drive), pengunjung local lebih ramai berbanding pelancong asing. Mungkin mereka ni dari daerah lain sebab nampak juga mereka bergambar sakan.

Kalau orang Jogja enda kan berabis diorang mau bergambar kan. Tu assumption akulah berdasarkan pemerhatian sepanjang berada di situ

Prambanan ni bangunan dia sebijik-sebijik tidak macam di Borobudur.  Melalui pembacaan, Prambanan Temple ni adalah Candi Hindu yang terbesar di Indonesia dan salah satu candi yang terindah di Asia Tenggara.

Ada beberapa candi kecil lagi sekitar Prambanan ni tapi disebabkan agak jauh dan pengumuman gate akan ditutup pada jam 6.30 petang untuk semua pengunjung keluar, tidak sempat aku mau round habis. Masa tu, kami hanya ada 30 minit jak lagi mau round2 kawasan tu

Candi Sewu dan Candi Plaosan antara yang ada dalam list must-visit aku tapi nda sempat mau pegi terlampau jauh dari kompleks utama Prambanan. Kaki pun rasa macam mau tercabut terlampau penat gia jalan seharian.

Enda apa la lain kali la kalau berkesempatan datang ke Jogja lagi..

Habis jak bergambar sekitar Prambanan, kami terus ke lokasi penting, iaitu MAKAN..lepas breakfast tadi baru perasan rupa-rupanya kami tiada lunch

Hebat...jalan sampai nda rasa lapar bah kan..kami dibawa makan malam di House of Raminten. Owner restoran ni lelaki ala-ala wanita..siap gambarnya diletakkan berbaju kebaya. Hebat..customer yang datang kalau waktu dinner terpaksa beratur sebab terlalu ramai pelanggan.

Kami juga begitu, terpaksa tunggu turn untuk makan dan akhirnya kami dapat meja duduk bersila. Macam best jak kan..memang best pun makanan boleh tahan yummy..

Aku macam biasa la mau cari nasi dan aku pilih nasi goreng bersama segelas air jus buah campur. Boleh tahan sedap juga la makanan di sini..rakan ku memilih makan bubur. Sekali hidangan sampai nahhhhh..ambik ko besar gila mangkuk bubur kawan aku tu..paling best, dia baham sampai habis tu walaupun kalau dilihat hidangan macam untuk 3-4 orang makan.

Kos makan di Raminten untuk kami berdua hanya Rp 62,000. Giler murah, portion makanan besar tu yang kami order tapi harga murah.

Diet? Aishhhh kalau datang ke Indonesia lupakan la hasrat mau berdiet ya..sebab makanan di Indonesia memang best sangat2

Kami selesai makan kira-kira jam 9 malam..lepas tu terus langsung ke Jalan Malioboro yang akhirnya kami tidak jadi singgah sebab macam terlampau penat sudah. Jadi, kami terus pegi hotel dan zzzzzzz

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...