Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Indonesia Trip-Day 4 (Bandung)


Bandung 14 Oktober 2013

Hari kedua di Bandung, selesai jak sarapan pagi di hotel kami terus menuju ke Rumah Mode berdasarkan map yang kami lihat. Mula-mula konon jalan kaki jak last2 bila enda jumpa Rumah Mode, kami tanya orang dan terus naik angkotan.

Di Rumah Mode, kami datang hanya untuk lihat apa-apa yang boleh dibeli tetapi di sini tempatnya nampak exclusive. Last-last kami hanya minum cendol nangka sambil melihat kecantikan dekorasi tempat tu.

nampak sedap kan Cendol Nangka ni...
Rumah Mode ni ada jual kerepek, ada restoran dan ada juga beberapa kedai yang jual barang lain seperti handbags dll. Melihat ke’exclusive’an Rumah Mode, tidak la aku simpan hasrat mau shopping di situ. Kalau setakat mau beli kerepek tu ok juga la di sini.

Kami hanya singgah untuk bergambar dan lihat sekeliling. Memandangkan kami breakfast free di hotel so, tidak lah kami godoot mau makan lagi di sana.

Kami hanya duduk menikmati cendol nangka yang berharga Rp 10,000 segelas. Boleh tahan juga sedap...dan haruman nangka meresap dalam cendol.

Habis jak posing di sekitar Rumah Mode, kami terus menaiki angkotan untuk menuju ke Gedung Sate kerana hasrat untuk beraksi bagai di hadapan bangunan yang jadi tumpuan pelancong tu.

Sekali bila sampai di Gedung Sate, tempatnya ditutup. Iya lah kami datang Bandung semasa orang mau sambut Hari Raya Aidiladha kan. Sambil jalan-jalan aku tertarik dengan iklan ni yang aku percaya jika di lakukan di Sabah, ia akan bantu lagi usaha menghijaukan Sabah. Satu korban, satu pokok harus ditanam. Ia usaha yang baik untuk menghijaukan alam.


Hurmmm...impian kami untuk lawat tempat bersejarah di Bandung musnah sebab semua tempat-tempat yang ingin dikunjungi seperti Muzium Post Office dan Gedung Sate hanya buka setengah hari sahaja.

Orang mahu cuti raya kan. Padan muka aku, sebab tanpa tengok kalender terus booking tiket hanya disebabkan tiket time tu murah. Bila sudah booking baru perasan, kami berada di Bandung semasa Hari Raya Haji.

Tapi Kota Bandung tidak la lenggang macam Kota Kinabalu or KL time perayaan sebab disitulah tempat tinggal merangkap kampung kebanyakan dari penduduk di situ (ni based on cerita dari pemandu teksi hotel semasa hantar kami ke aiport pada hari terakhir kami di Bandung).

Disebabkan semua tempat bersejarah tutup, kami hanya ambil gambar dari luar pagar sahaja lepas tu apa lagi, kami terus blah dan pegi Pasar Baru untuk kali kedua.

Kami bershopping dan lunch di Pasar Baru. Nasi berlauk ayam yang boleh la tahan sedap. Harga makanan lebih kurang Rp 60,000-70,000. Sambal punya kick...pedas dan makanan di Indonesia ni selalu dihidangkan bersama tempe. Tempe seperti jadi bahan wajib dalam hidangan mereka. Di sini buat pertama kali, aku dapat minum Teh Botol. Boleh tahan la tapi agak kelat sedikit mungkin sebab tehnya pekat

 
Bila kami hendak keluar dari Pasar Baru, aishhhh cuaca hujan la pulak, Dua hari di Bandung, petang memang hujan. Mungkin musim hujan agaknya.

So, kami terpaksa habiskan masa lepak dalam Pasar Baru sehingga hujan reda dan terus cari angkotan untuk balik ke Ciwalk.

Tapi lepas keluar Pasar Baru ternampak la gerai-gerai jual kerepek dan banyak pilihan yang ada. Kerepek dan kacang-kacang di situ dijual ikut kilo. Jadi, aku sempat juga rembat kacang dan sejenis biskut Bandung. Kalau tidak silap, aku spend dalam Rp 180,000 juga untuk beli kerepek.

Masa beli kerepek ni la penuh adegan yang aku rasa cukup merimaskan. Tengah dok berdiri untuk beli, aku di datangi seorang pengamen yang nyanyi lagu ntah aku sendiri tidak pernah dengar..aku biarkan saja..

Bila time aku keluarkan purse mau bayar kerepek boleh pula dia ucap ‘terima kasih semoga dipanjangkan rezeki’ maka, aku terpaksa juga beri dia duit kecil dan kebetulan tiada duit syiling masa tu, terpaksa la aku hulur juga Rp 5,000 huuuuu...tu boleh buat bayar tambang angkotan aku balik pegi Ciwalk.

Bila ayat macam tu sudah keluar, terpaksa juga bagi..belum siap kerepek aku di pack dalam beg plastik tiba-tiba ada lagi seorang pengamen datang dan nyanyi, aishhhh last-last aku blah sebaik sahaja siap bayar.

Kalau aku berada lebih lama di situ, silap-silap duit untuk bayar kerepek semua diberi pada budak-budak pengamen tu. Memang diorang tidak paksa untuk beri tapi kita akan dengar ayat-ayat ‘Mbak..dikasi wangnya berapa saja janji ikhlas’

Kawan aku yang sedang tunggu aku siap membeli juga berhadapan dengan aski yang sama, yang mana, pengamen menghampiri dia dan nyanyi lagu dengan harapan diberi wang.

Malam terkahir kami di Bandung, misi kami adalah untuk cari Indo mee cheese seperti yang kawan-kawan aku recommend sebelum datang Bandung. Kawan-kawan aku yang pernah datang situ cakap, Indo Mee cheese is a must try food, kalau datang Bandung.

Malam first tu, kami cari gerai jual indo mee cheese tapi enda jumpa..nasib baiklah malam last di Bandung, ternampak satu gerai yang ada tertulis indo mee cheese di banner gerai. Tapi sebelum singgah makan, kami mau shopping beberapa barang terlebih dahulu.

Namun, hasrat untuk shopping malam tu terpaksa dibuang ke tepi sebab banyak kedai sudah tutup seawal 9 malam waktu tempatan. Esok raya kan, sebab tu la diorang tutup kedai awal.

Malam last tu, boleh katakan kami food hunting la, bukan setakat makan indo mee cheese, kami juga try roti susu cheese dan kemudian siap tapau roti pisang cheese (yang ni lagi sedap)..kami juga sempat tapau Batagor dan Siomay (yang ni ala-ala tauhu dan samosa yang ada inti dan dihidang dengan kuah kacang).

Indo Mee Cheese
Semua makanan malam last ni fuhhhh sedap..menyesal kami enda food hunting dari first night berada di Bandung.

Kami tidur dalam kekenyangan di malam terakhir di Bandung sambil kedengaran laungan takbir raya. Sedih juga la kan sebab beraya di tempat orang.  Walaupun aku sebenarnya keluarga aku jarang buat makan-makan masa raya haji.

15 Okt, hari terkahir di Bandung. Memandangkan flight ke Bali pada belah petang, kami ada masa lagi untuk meronda-ronda Ciwalk sebelum ke airport

Hari last ni, baru kami sibuk mau beli buah tangan untuk saudara-mara yang belum dibelikan sebarang baju atau apa-apa lah.

Aku hanya ingin beli baju batik yang dijual di kedai yang bernama ‘Sasak Batik’. Actually malam last tu memang mau beli baju batik tapi kedai ni tutup awal.

Nasib menyebelahi kami sebab kedai jual batik ni buka walaupun pada hari Raya Aidiladha. Aku beli baju yang berharga Rp 55,000 sepasang. Lepas tu sempat juga singgah kedai jual beg pack yang diperbuat dari jeans.

Hari terakhir di Bandung ni kami shopping kejap jak sebab perlu balik semula ke hotel untuk check-out dan seterusnya minta hantar ke Husein Sastranegara Airport.

Apa yang best mengenai Cihampelas Hotel ni, mereka sediakan free transfer service untuk guest sama ada ke train station mahupun ke airport. Masa datang aku nda tau diorang ni turut sediakan free transfer ke train station. Agak rugi la sebab kena naik teksi sendiri walhal ada jak free transfer service.

Transfer service ni FOC so, kira jimat la duit sikit kan. Pak cik teksi yang hantar kami dari hotel ke airport yang bagitau pasal transfer service ke train station ni.

Aku hanya tahu diorang sediakan transfer service dari airport..so, kira lepas ni kalau datang Bandung naik train lagi, boleh la menginap di Cihampelas supaya dapat roundtrip transfer either ke train station or aiport.

Dari Bandung ke Bali kami menaiki flight pada jam 3.05 petang. Di sinilah baru perasan beg yang masa datang hanya satu, bila balik ke Bali beg sudah bertambah jadi tiga. Kalau terjumpa balik pemandu teksi yang kami naiki dari train station ke Ciwalk, mesti dia akan cakap begini ‘kan mbak, saya sudah bilang, datang tasnya satu baliknya tiga’ hahaha...

Monday, November 18, 2013

Indonesia Trip-Day 3 (Bandung)


Bandung 13 Oktober 2013

Keretapi yang kami naiki tiba di Stesyen Keretapi Bandung kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan.

Sebelum turun train, staff dalam tu ada jual Bakpia, sejenis kuih tradisi Jogja. Aku memang mau rasa bakpia tapi tiada kesempatan mau cari bakpia semasa di Jogja disebabkan kesuntukan masa. Bila ada jual dalam train, kami pun beli la bakpia tu dengan harga Rp 30,000. Aku rasa kalau beli di Jogja, boleh dapat lagi murah.

Kami ambil perisa cheese dan bila rasa, woww...memang sedap. Menyesal tidak borong sampai 2-3 kotak di Yogyakarta sebelum ke Bandung.
 

Bakpia Keju....
Sebaik sahaja turun dari train, kami berdua terus menuju ke stesyen taxi yang terletak berhampiran pintu keluar balai ketibaan penumpang.

Keluar sahaja dari pintu, ada beberapa orang tempatan yang cuba slank Malaya approch kami dengan ayat berbunyi macam ni 'kak nak gi mane? nak teksi ker?'aish trip2 orang Malaya pula diorang ni.

Kami abaikan jak orang-orang yang approach kami tu..tapi ada seorang pemandu teksi tu siap tarik tangan member aku suh naik teksi dia.

Aku dengan confident terus jak menuju ke station taxi Blue Bird. Sebab ramai orang recommend teksi ni. Even colleague aku yang selalu datang Indonesia pun advise naik Blue Bird sebab teksi ni dijamin selamat di seluruh Indonesia (ceh macam promo la pula kan....)

Semasa menaiki teksi, driver tu tanya dari mana..bila dia tau kami ni orang Malaysia terus keluar ayat berbunyi macam ni ‘Owh orang Malaysia ya mbak, selalu orang Malaysia kalau datang sini, datang tasnya satu tapi bila pulang, tasnya empat’.

Kami hanya tersenyum mendengar kata-kata seperti itu kerana aku yakin kami juga bakal balik dengan extra bagasi.

Memang confiirm la orang Malaysia gila shopping kalau datang Bandung.

Tambang teksi dari Stesyen Keretapi ke Hotel Cihampelas 2, lebih kurang Rp 35,000. Aku terbaca di sticket yang di lekat dalam teksi...Blue Bird punya tambang not more than Rp 50,000.  Wah, bagus kan mereka ada polisi sebegitu untuk elakkan penumpang di tipu.

Sampai di Hotel Cihampelas 2, kami terus check in walaupun waktu sebenar check in jam 2 petang tapi disebabkan booking room kami bermula 12hb, jadi kami boleh la check in awal. Ni semua gara-gara flight KK-Bali yang kena postpone due to APEC.

Masa check in tetiba diberitahu bilik full dan room yang kami book sudah orang ambil. Ngaga juga la depan kaunter tu kejap sebab bilik sudah tempah tapi no room..Panik..Yup aku memang panik tapi bila diberitahu kami dipindahkan ke Hotel Cihampelas 1 yang terletak tidak jauh dari situ dan bilik kami kena upgrade dari standard room ke deluxe room. Aku abaikan sahaja rasa amarah tu..

Disebabkan we did’nt show up during first nite, suka-suka jak Agoda pegi jual room yang kami tempah tu..Masa booking, aku ambil standard room with airport transfer dengan harga RM 201.57 for 4D3N melalui Agoda. Kira murah la kan

penginapan aku semasa di Bandung, Hotel Cihampelas 1
Sepanjang berada di Bandung ni, kami hanya stay area kota sahaja sebab hasrat mau ke Tangkuban Perahu dibatalkan. Sebabnya, 2-3 hari sebelum datang sini ada letusan kecil berlaku dan dikatakan pengunjung tidak dibenarkan datang situ.

Itu kawan driver kami masa di Jogja yang beritahu kononnya Tangkuban Perahu tidak dibuka untuk dikunjungi. Kalau sudah tidak selamat untuk dikunjungi, kami tidaklah gagahkan diri mau pegi Tangkuban kan..pilihan lain adalah Kawah Putih.

Walau ada pasang niat untuk ke Kawah Putih yang terletak di Selatan Bandung tapi, bila baca review di Trip Advisor, Kawah Putih terlalu jauh, iaitu 2 jam perjalanan. Maknanya kami akan buang masa 4 jam untuk pergi dan balik.

So, aku dan kawan aku decide stay jak di kota supaya kami boleh fokus untuk SHOPPING jak sepanjang 2 1/2 hari di Bandung. 1/2hari tu sebab belah petang hari ketiga, kami sudah naik flight untuk ke Bali pula. My third destination for this trip. 

Selesai urusan daftar masuk, kami bersihkan diri untuk mandi kemudian keluar untuk explore Bandung yang diumpamakan syurga shopping.

Sebelum mula shopping, kami isi minyak badan dulu nanti kalau lapar nda larat mau shopping. Kami makan di sebuah restoran di Ciwalk. Aku memilih makan nasi timbal complete, yang menggabungkan nasi yang berbalut daun pisang, ayam penyet, sambal dan sup yang agak manis dan bukan taste aku. Overall menu yang aku pilih tu ok jugak la cuma sup jak yang fail.

Harga??? Ermmmm...harga makanan di Bandung agak mahal sedikit berbanding di Jogja, kalau di Jogja harga Rp 70,000 tu boleh makan berdua tapi di Bandung, harga tu baru untuk seorang makan, Tapi aku masih rasakan makanan di situ lebih murah berbanding di Sabah.
 
nasi timbel complete-nasi yang dibungkus dengan daun pisang serta ayam goreng
Selesai melantak nasi sampai habis, sebelum bertolak kami sempat bertanya kepada pekerja di restoran itu, angkot warna apa yang harus kami naiki kalau mau pegi Pasar Baru. Teksi ada jak tapi mau berjimat kena la gamble naik angkotan yang ada di merata-rata tempat.

Alhamdulillah orang-orang di sini amat membantu dan pekerja tu siap tolong jerit untuk kasitau pemandu angkot lagi yang kami ingin turun di Pasar Baru. Kalau tidak silap, kami diberitahu untuk menaiki angkot warna hijau-hitam, cat bahagian badan angkotan tu warna hijau tua dan part bawah tu warna hitam.

Sepanjang berada di Bandung ni, transport kami untuk bergerak ke sana-sini adalah angkotan.

Tambang angkot ni tidak akan lebih dari Rp 10,000 seorang kalau setakat dari Ciwalk mahu ke Pasar Baru atau tempat lain di sekitar kota. Tambang dari Ciwalk ke Pasar Baru hanya Rp 5,000 seorang.

Bagi aku, bila berada di Joga dan Bandung, tidak usah fikir takut ditipu. Sebab aku percaya naik angkotan di Bandung selamat. Kan ramai orang naik angkot so, susah mahu kena tipu dengan bayaran tambang yang tidak munasabah.

Lagipun, wajah orang Malaysia ada iras-iras wajah orang di Indonesia. Apa yang penting yakin dan tanya orang di jalanan angkotan mana yang patut dinaiki jika hendak ke sesuatu lokasi di sekitar Kota Bandung.

Based on my experience, I can say ‘Bandung is a safe town for toursists’ tu pendapat peribadi aku la..enda tau la pula kalau ada kes pelancong Malaysia kena tipu. Berdasarkan pengamalan di sana, aku rasa orang-orang Indonesia sangat baik dan sangat membantu.

Aku rasa sangat selamat untuk tanya orang-orang di jalanan kerana mereka memang akan membantu sekiranya kita bertanya arah jalan  atau warna angkotan yang patut dinaiki untuk ke sesuatu tempat.

Hanya pemuzik jalanan atau pengamen sahaja yang ada kalanya agak merimaskan...tapi mau buat macam mana tu cara diorang cari rezeki dan mau survive.

Sepanjang naik angkotan selama dua hari di Bandung, hampir setiap angkotan tu akan dinaiki pengamen yang menyanyikan pelbagai jenis lagu.

Aku ingat lagi, ada seorang pengamen tu, nyanyi lagu ‘Christina Perri-A thousand years’ tapi hanya part chorus jak yang ada betul sikit sebutannya..ala janji ada bunyi dia nyanyi kan bukan ada orang marah pun kalau salah pronounce. Pengamen ni kebanyakan masih muda, rasanya belasan tahun tapi sudah mencari nafkah untuk hidup

Walaupun ada ketikanya aku rasa rimas dengan pengamen di sana, tapi ada juga antara mereka yang punya suara yang sedap untuk didengar. Tu kan sumber cari makan diorang, haruslah punya suara untuk hiburkan penumpang di dalam angkotan kan.

Driver angkotan pula seperti sudah lali dengan pengamen yang tiba-tiba naik dan duduk di pintu angkotan dan kemudian mereka akan turun dimana-mana destinasi yang diorang suka tanpa perlu permission dari driver.

Angkotan di sini ni ala-ala mini van macam di Malaysia juga la cuma saiznya kecik sikit dan kerusinya seperti kerusi panjang di kantin sekolah aku dulu-dulu, kerusi diletakkan di kedua-dua belah kiri dan kanan... Semua angkotan di Bandung ni tidak punya pintu jadi itu lebih memudahkan pengamen ni datang dan terus duduk di muka pintu.

Disebabkan angkotan ni tidak dibekalkan dengan air condition, so tingkap harus dibuka untuk dapatkan udara dan habuk enda payah cakap la..asal balik hotel jak, confirm kami akan rasa mau flu sebab terdedah dengan habuk sepanjang naik angkotan.

Apa-apa pun pengalaman menaiki angkotan sangat best kerana bukan ada pengangkutan seperti itu di tempat aku.

Berbalik kepada cerita, kami diturunkan berhampiran dengan Pasar Baru. Walau agak blur awal-awal tu untuk cari bangunan mana satu dikatakan Pasar Baru tapi akhirnya kami memang berada di tempat yang betul.

Di Pasar Baru, semua barangan yang aku cari boleh didapati di situ jadi kami tidak la pergi ke tempat-tempat lain. Masuk Pasar Baru confirm keluar tangan menjinjit berbakul-bakul beg shopping.

Sebenarnya aku tidak juga shopping sangat di sini sebab bajet shopping terhad dan kami harus pastikan kami ada wang yang cukup semasa berada di next destinasion, iaitu Bali.

Di hari pertama berada di Bandung, aku hanya beli kain ela untuk buat baju kurung untuk diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.

Memandangkan terlalu ramai yang perlu dibelikan, aku hanya dapat beli sepasang kain ela untuk seorang. Masa beli tu, mula la tangan mengira berapa pasang yang perlu dibeli. Kakak, adik dan kakak ipar, sepupu terdekat semua tu kena ambil kira takut ada pula yang menagih buah tangan dari Bandung.

Hari pertama ni kami shopping ala kadar jak (ala kadar la sangat kan) sebab ari kedua kami masih ada banyak masa lagi untuk shopping kalau dihari pertama tidak sempat.

Hari pertama aku habiskan dalam Rp 500,000 untuk beli buah tangan saudara mara.Untuk saudara mara perempuan, aku beli kain ela bercorak batik dan untuk lelaki, aku hanya belikan t-shirt atau baju batik..senang cerita enda payah mau fikir panjang.

Balik dari Pasar Baru, kami turun di Ciwalk sebeb angkotan sudah terlepas hotel kami..dalam keadaan hujan lebat, kami terpaksa lepak di shopping complex di Ciwalk tu tunggu hingga hujan reda.

Maka, makan lagi la jawabnya..kali ni Bakso jadi pilihan..tempat kami makan ni kira macam food court dekat situ dan harga makanan sangat murah, semangkuk bakso Rp 18,000. 

Bakso complete
Jika di Jogja gambar wisata paling banyak...tapi trip di Bandung ni lebih banyak gambar makanan sebab kami hanya shopping dan makan sahaja sepanjang dua hari di sini

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...